Perempuan tu mengadu dekat mak bapak aku sampai aku kena p4ksa kahwin dengan dia. Cukup masa aku ceraikan talak 3

Tiba – tiba rasa pedih kat pipi. Tangan bapak aku naik dekat pipi aku.. Muka bini aku tu nampak macam satu kepuasan la kot sebab aku kena pen4mpar. Depan keluarga aku, depan keluarga dia… Aku cerai h4ng talak 3!

#Foto sekadar hiasan. Baru ni aku ada baca dalam page ni. Satu perempuan ni tulis, dia p4ksa suami dia kahwin dengan dia walaupun dia tahu suami dia tak cintakan dia. Dan suami dia cintakan perempuan lain. Aku tak ingat tajuk confession dia.

Dan aku tak pasti la tu cerita rekaan ke apa. Tapi apa yang aku nak cerita ni adalah benar – benar berlaku kat aku. Terpulang la korang nak percaya atau tak. Nak kecam pun tak pe la. Sebab aku happy dengan tindakan aku ni.

Dulu aku ada kenal satu perempuan ni. Dia ni cikgu. Tapi tu la, perempuan belajar tinggi – tinggi ni kebanyakannya pandai dalam akedemik ja. Tapi b0doh dalam kehidupan. Aku gelarkan dia Zombi. Aku kenal Zombi melalui member aku.

Mula – mula elok kami berkawan ja. Lepas tu ada la rasa spark sikit dengan dia. Dia tu awal – awal konon pemalu. Biasa la perempuan jenis – jenis ustazah. Kononnya jaga kesopanan dengan lelaki. Lama – lama bila dia dah selesa dengan aku, tapi aku pulak yang hilang keselesaan dengan dia.

Sebabnya aku tak boleh terima cara dia bercakap dan berfikir. Dia kalau nak mula satu topik, dia tak benarkan aku bercakap. Asyik dia ja bercakap. Dan sentiasa p0tong apa yang aku bercakap. Lepas tu suka cakap meleret, menggedik – gedik.

Aku tak suka perempuan macam tu. Ibarat dia saja la betul. Lepas tu sentiasa bajet dia ja la ahli syurga. Dan banyak lagi isu – isu lain yang aku malas nak cakap. Maksudnya aku dah rasa takde keserasian dengan dia. Aku berterus terang dengan dia nak putus.

Aku dah highlight semua benda yang aku tak selesa pada dia. Sebab bagi aku, komunikasi sangat penting dalam sebuah kehidupan rumahtangga. Kalau benda tu fail bagi aku, macam mana ke depan nanti. Dia menangis mintak peluang.

Katanya dia boleh ja ubah semua benda tu. Benda tu kecik je bagi dia. Aku kata la, benda tu dah 30 tahun dengan awak, tak mungkin awak mampu ubah. Tapi dia tetap mintak peluang. 2 tahun aku bagi peluang. Tapi masih macam tu, benda tu tetap berulang. Aku ni seorang lelaki baran.

Banyak kali jugak aku m4ki dia. Sebab str3ss dengan per4ngai dia. Dia kalau bercakap, macam anai – anai tepi telinga.. Beng4ng sangat rasa. Kami selalu berg4duh la. Kali ni aku nekad nak putus. Biasa la perempuan, dia guna ayat 2 tahun aku mainkan dia.

2 tahun kononnya dia setia, tolak lelaki lain demi aku.. Kepala hotak dia. Sedangkan dari awal aku mintak putus, dia asyik merayu mintak peluang. Aku ungkit jugak semua tu. Bukan aku suruh dia stay. Berulang kali aku suruh dia lupakan aku.

Tapi dia yang asyik nak peluang peluang peluang. Asyik ajak kahwin kahwin kahwin. Katanya dah sangat cintakan aku. Dia kata sebab tu kena kahwin, lepas kahwin dia pasti berubah. Kononnya taat pada suami. Puiii. Aku nak kahwin macam mana kalau aku tak suka.

Dia ingat perkahwinan tu satu trial kot. Tapi bagi dia kena kahwin dulu, baru aku akan nampak keberkesanan perkahwinan. Lepas tu dia kata aku yang kena didik dia. Slow – slow kena ubah dia jadi macam aku nak.. Aku cakap simple ja, aku bukan pendidik macam dia.

Dan yang penting, aku tak de perasaan cinta atau sayang kat dia. Awal – awal dulu mungkin satu attraction ja. Tapi lama – lama aku sedar aku tak dak perasaan apa pun pada dia. M4kin hari rasa m4kin benci. Dia kata aku asyik memandang kelemahan dia ja.

Kebaikan dia aku tak nampak.. Masalahnya aku memang tak nampak apa – apa kebaikan dia. Aku selalu str3ss dengan dia. So hari tu aku nekad nak putus. Dia nak terima ka tak ke. Lantak pi kat dia. Lepas tu aku blok dia dari semua benda.

Dia memang cuba cari aku dari number lain. Tapi aku tetap block sebab aku memang tak nak dah drama ni berlanjutan. Nanti m4kin ke depan, dia kata aku tipu dia 10 tahun la, 100 tahun la.. Malas la aku dengan perempuan play v1ctim.

Tapi aku tak sangka. Dia libatkan keluarga. Hari tu aku tengah tidur. Sebenarnya aku kena suspend kerja 2 minggu. Sebab berlaku kecurian dalam gudang. Walaupun aku tak buat, kononnya last aku yang jaga gudang, jadi majikan suspect aku terlibat.

Sementara nak siasat kes tu, bos g4ntung tugas aku.. Aku tak kisah la yang tu. Sebab aku tahu aku bukan pencuri. So pagi tu dia mai dengan family dia. Family dia kata aku tipu dia.. Aku main – mainkan hati anak dia. Actually, family aku pun jenis t0ksik jugak.

Aku pun fedup jugak dengan family aku.Tapi nak buat macam mana, mau tak mau, kena jugak hormat mak bapak. Family dia tu kan konon islamic. Bapak dia kata aku keluar sana sini dengan anak dia, semua sanak saud4ra dia tahu.

Sekarang tak nak kahwin pulak. Orang akan tuduh anak perempuan dia tak baik. Dan alasan aku reject tu tak logik katanya. Macam tak dak alasan kukuh. Macam aku murahkan maruah anak dia.. Nanti tak de orang akan kahwin dengan anak perempuan dia. Macam – macam la..

Mak aku pulak suruh aku kahwin. Sebabnya susah nak dapat bini cikgu. Nanti apa – apa nak berniaga dia boleh tolong. Macam tu la mentality family aku. Asal kerajaan ja semua gah. Kerana ugvtan demi ugvtan, tekanan demi tekanan. Aku terp4ksa jugak kahwin dengan dia. Muka dia nampak la happy. But not me.

Lepas kahwin bapak aku suruh aku duduk rumah parents dia. Aku ikut ja la. Sebab cakap lebih – lebih pun bukan ada orang nak dengar pendapat aku. Lagipun nak sewa asing aku pun tak mampu. Tapi hati aku m4ti sebenarnya. Aku tak happy langsung.

Family aku happy dapat menantu cikgu. Boleh jaja satu dunia, menantu cikgu menantu kerajaan. Dia boleh jaja satu dunia. Dia dah ada suami. Aku bukan nak h1na dia. Tapi dia memang jenis perempuan badan besar. So dia happy la kot finally dia dah kahwin. Kononnya dia rasa diri dia laku.

Tapi aku tak kisah pasal rupa pun. Tapi bila hati tak de keserasian, semua benda yang dia buat asyik nampak salah di mata aku. Lepas kahwin aku tak hidup macam suami isteri pun. Pandang dia pun aku menyampah, apatah pulak nak sentuh dia.

Dia biasa la gedik – gedih dengan aku tapi aku tak layan. Setiap malam aku balik lambat. Habis kerja awal pun aku lepak mana – mana. Aku balik semata – mata untuk tidur ja. Pagi – pagi buta aku dah keluar pi kerja. Macam biasa la, perempuan tu mengadu kat family aku pasal per4ngai aku.

Dekat family dia pun dia cerita jugak. Boleh dia pi cakap aku tak pernah sentuh dia. Berlaku banyak perg4duhan la masa tu. Family aku datang rumah dia. Semua berkumpul. Ayah dengan mak aku macam biasa la.. M4ki – m4ki aku. Salahkan aku.

Aku kata aku takde perasaan. M4kin hari m4kin meluat dengan per4ngai dia. Jadi aku kata aku nak bercerai. Tiba – tiba rasa pedih kat pipi. Bapak aku t4mpar aku.. Muka bini aku tu nampak macam satu kepuasan la kot sebab aku kena pen4mpar.

Dalam bilik, dia tanya aku ada perempuan lain ka. Sebenarnya tak dak pun.. Aku sendiri rasa lost banyak benda dalam hidup aku. Tak de masa nak fikir pasal pasangan. Tapi entah kenapa, masa tu aku kata ya. Aku ada perempuan lain.

Terus dia menangis – nangis. Dia kata no no. Awak saya punya ja.. Awak tak boleh ada orang lain. Macam – macam drama la masa tu. Aku kata aku nak bercerai. Dia lagi meraung. Masa tu family dia dengar kot. Family dia k3tuk pintu. Dia pergi la buka.

Dia kata kat mak dia aku kata aku ada perempuan lain, aku nak bercerai. Belum sempat ayah dia nak tarbiah aku, aku cakap macam ni. Pakcik, saya tak boleh hidup dengan anak pakcik. Walaupun saya cuba p4ksa perasaan saya, tapi saya tak boleh terima walau sikit pun per4ngai zombi ni.

Saya nak pisah ja la.. Bapak dia nampak marah la. Bapak dia kata ingat hidup anak dia mainan ka. Aku pun ber0ntak jugak la. Aku kata anak pakcik yang buat hidup saya macam mainan. Dari awal saya kata nak pisah. Tapi orang hanya tahu p4ksa saya dan terima ikut aturan orang ja. Orang tak nampak saya pun manusia.

Sekarang ni zombi, aku cerai h4ng dengan talak 3. Bila aku lafaz tu.. Rasa satu kepuasan dalam hati. Rasa satu beban hilang. Rasa ringan terus kepala aku. Keadaan time tu memang huru hara la. Aku kemas barang – barang aku. Aku keluar dari rumah.

Ada banyak isu berlaku masa tu, tapi malas nak ingat. Dia ada la masih pujuk – pujuk aku. Suruh balik pada dia. Aku kata simple ja. Aku boleh kahwin dengan h4ng. Boleh hidup 100 tahun dengan h4ng. Tapi aku dah cerai h4ng talak 3.

H4ng pi kahwin dulu dengan laki lain, lepas tu bercerai dengan dia, aku kahwin balik dengan h4ng. Aku janji aku akan kahwin balik dengan h4ng dan hidup selama – lamanya dengan h4ng. Setiap masa dia menangis tanya itu ini. Tanya apa salah dia la. Kenapa aku buat dia macam ni la.

Family dia pun masuk campur, aku cakap ayat yang sama ja. Dekat family aku pun aku cakap benda yang sama. Sekarang aku dah pi kerja kat Sarawak. Aku happy hidup macam ni. Tak de orang boleh contact aku. Aku hanya hidup untuk diri aku.

Aku rasa sangat tenang hidup dalam lautan. Jauh dari semua benda. Aku dah tak kisah dibuang keluarga ka, dih1na masyarakat ka. Satu stage dalam hidup, aku tak peduli apa – apa lagi dah. Aku dah fikir untuk hidup selfish.

Point aku nak sampaikan kat kaum hawa, kalau satu laki tu kata dia dah tak suka korang, terima saja. Jangan merayu – rayu. Sebab lelaki tu kalau betul – betul cintakan korang, seribu kekurangan perempuan tu pun dia tak nampak.

Tapi kalau dia dah tak suka, semua kebaikan pun dia nampak buruk ja. Kalau jadi perempuan, biar lelaki merayu untuk perempuan. Jangan perempuan merayu untuk lelaki. Sebab lelaki selalu suka perempuan yang ada standard tinggi. Lelaki suka perempuan yang mahal.

Self value dalam diri seorang perempuan tu sangat penting. So jangan sesekali lost benda tu. Lagi satu, memaksaan dalam hubungan boleh bawa kebahagian ka? Aku rasa macam tak de.. Satu pihak mungkin happy, tapi sorang lagi tak happy, last – last total relationship tu akan jadi t0ksik dan at the end, sapa pun tak akan happy jugak. Hidup la untuk tenang, bukan hidup untuk menang. – Labu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norain Noordin : Kalau dari mula bertegas kan bagus takdelah drama mama macam ni. Tapi apa – apa pun tahniah sebab dah buat keputusan yang membahagiakan diri. Jadikan ini sebagai pengalaman dan pengajaran. Betul tu perempuan tak perlu merayu. Perlu ada standard yang tinggi. Lebih baik lelaki yang menyayangi perempuan lebih.

Faridah Yusup : Walaupun kisah ni not happy ending namun dari penceritaan awak merupakan seorang yang transparent, tegas dan berpendirian. Matang dan sudi bagi nasihat yag terbaik. Nasihat cari isteri yang bermaruah untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi. InshaAllah suatu masa pasti Allah temukan jodoh yang sejiwa. Jangan lupa share kisah bahagia awak nanti ye.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.