Depan mata aku pelajar perempuan tu tolak muka ayah dia. Aku pergi dekat dia dan hadiahkan ‘Iempangan’

Duduk kampung, rumah kecil aku memang dah tak sabar nak lari tinggalkan mak ayah yang dah tua. Sampai je dekat Universiti, aku malu, aku salahkan mak ayah sebab belikan baju buruk. Mereka call aku langsung tak angkat. Sehinggalah satu hari aku nampak seorang pelajar perempuan tolak muka ayah dia..

#Foto sekadar hiasan. Ini cerita aku.. Selepas aku tamat persekolahan, aku tergesa – gesa mencari peluang untuk menyambung pembelajaran aku. Aku ingin mencari tempat yang jauh dari semua orang termasuk keluarga aku.

Aku ingin keluar dari rumah keluarga aku. Aku tidak mahu menetap bersama dengan mereka lagi. Nasib menyebeIahi aku, aku telah mendapat tawaran belajar di UiTM Shah Alam. Jadi, aku terus terima. Tinggal di dorm yang telah disediakan.

Aku tak sedar betapa mak ayah aku sedaya upaya mencari duit hanya untuk aku sambung belajar. Aku tak sedar dan tak ambil peduli. Aku ingin tinggalkan mereka berdua. Aku bertolak dari Perlis menaiki kereta pakcik aku.

Mak ayah aku menangis melihat pemergian aku. Tapi, aku tak peduli. Aku memang nak ber4mbus dari situ. Pakcik menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke sana disebabkan pada hari yang sama dia juga ingin pulang ke Kuala Lumpur demi kerjanya.

Semasa dalam perjalanan, kami tak banyak berborak disebabkan aku memilih untuk tidur. Aku insan yang tidak pernah bersyukur. Aku tak pernah suka dengan keluarga aku sejak kecil lagi. Apabila aku sampai di UiTM, pakcik aku tidak terus beredar.

Dia menguruskan pendaftaran aku, dia temankan. Walaupun aku terasa semak tapi aku terasa seperti aku bersyukur sebab dia ada temankan. Walaupun aku ni lelaki, tapi tak semua benda aku tau. Selesai pendaftaran. Aku di bawa pergi melawat kawasan dorm dan bilik yang aku akan menetap nanti.

Ketika ini, pakcik aku menanti di cafeteria. Dia tak dibenarkan menemani aku sehingga ke dormitary. Selesai semua urusan dan meletakkan barang – barang aku di bilik. Aku pergi ke cafeteria untuk berjumpa dengan pakcik untuk memaklumkan bahawa aku sudah bersedia untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar.

Padahal, dalam hati aku dah cukup girang giIa sebab aku akan jauh dari keluarga dan pinjaman PTPTN pun dah lulus. Masa ni aku fikir hanya untuk enjoy. Sebulan aku berada di situ, sebulan juga kelas dah bermula. Macam – macam aktiviti yang aku kena lalui.

Aku berkenalan dengan ramai kawan – kawan di sini. Penampilan dan cara pemakaian mereka membuatkan aku kagum. Nak dibandingkan dengan diri aku waktu tu, jauh beza sama sekali. Aku anak kampung. Pemakaian aku pun entah apa – apa.

Aku salahkan mak dan ayah aku sebab mereka belikan aku pakaian yang buruk. Tak sama seperti remaja – remaja yang berada di KL. Duit pertama dari PTPTN telah aku terima, aku terk3jut apabila melihat jumlah wang yang ada dalam akaun bank aku ketika itu.

Tak pernah aku terima wang sebanyak itu. RM2,500.00. Bukan jumlah wang yang sedikit. Tapi, cukupkah jumlah tersebut untuk semester yang akan aku lalui itu? Aku dan rakan sebilik merancang untuk pergi bercuti dan berhibur semasa semester pertama tamat.

Pada malam pertama, kawan aku yang memang lahir di KL, mengajak kami semua pergi berhibur di salah satu kelab malam terkemuka di tengah – tengah ibu kota. Tapi, entah kenapa. Ketika dalam perjalanan, aku terbayangkan wajah mak dan ayah aku kat kampung.

Terdetik perasaan serba salah di dalam hati. Terngiang – ngiang di telinga aku suara ayah dan mak aku sebelum aku bertolak pergi ke sini. Pesanan – pesanan yang mereka berikan bermain di minda aku. Disebabkan itu, aku menjadi sangat murung.

Sehinggakan kawan – kawan aku semuanya perasan dengan perubahan yang berlaku terhadap diri aku. Aku cuma memberikan alasan bahawa aku tiba – tiba rasa tak sihat. Jadi, aku tak dapat nak masuk ke kelab malam bersama mereka.

Disebabkan kami sudah jauh, kawan aku cuma menghantar aku betul – betul di taman KLCC. Kemudian, mereka terus menuju ke kelab malam yang ingin ditujui. Aku duduk melihat pemandangan malam yang ada di sekitar kolam buatan di belakang Suria KLCC.

Ramai orang berada di situ. Pelancong. Budak – budak. Mak dan Ayah. Ada sepasang pasangan tua yang membuatkan aku menjadi sayu secara tiba – tiba. Bila aku pandang wajah mereka, aku jadi teringat pada orang tua ku yang berada di kampung.

Kemudian, pasangan bercinta yang berada di sebeIah aku mendapat panggiIan dari ibu bapanya yang mungkin berada di kampung. Aku terdengar perbualan mereka. Perempuan tersebut menipu bahawa dia berada di Masjid Negara kerana ada program yang dianjurkan oleh pihak Universiti.

Sedangkan dia berada di KLCC bersama teman lelaki berpeIukan. Aku yang berada di sebeIah tiba – tiba saja terasa serba salah. Aku yang tak ada kaitan dengan hidup mereka, tapi aku yang rasa serba salah. Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar.

Aku lihat ke bahagian missed called. Semuanya nama mak dan ayah aku. Aku cuba untuk tekan button dial semula. Aku ingin mendengar suara mereka. Tapi, bila aku kenangkan balik kehidupan aku yang susah ketika berada di kampung.

Aku terus membatalkan niat di hati. Aku terus melanggan Uber dan pulang ke dorm sebelum lewat malam. Sudah lama aku belajar di universiti itu, dan aku melalui pengalaman kali pertama tanpa keluarga menyambut bulan Ramadhan.

Sepanjang bulan Ramadhan itu, hati aku sangat – sangat tidak tenang. Aku tak ingat aku dah semester yang ke berapa, tapi aku dah tak duduk di dorm lagi. Terp4ksa menyewa bilik di luar. Tidak jauh dari Universiti. Aku menjauhkan diri dari kawan – kawan aku yang sudah terkena k3jutan budaya.

Aku? Walaupun aku tidak main perempuan, tidak ambil d4dah, tidak pergi ke kelab malam. Tapi, aku masih lagi tidak mahu pulang ke kampung ketika cuti semester, dan tidak mahu menjawab panggiIan orang tua aku.

Pada pertengahan bulan Ramadhan. Aku dik3jutkan dengan berita bahawa kawan – kawan sebilik masa di semester satu dulu telah meninggaI dunia akibat perg4duhan dengan s4mseng d4dah. Mereka tidak berjaya ‘menjual’ kepada pelajar.

Disebabkan itu, mereka dibeIasah ketika dalam perjalanan menuju ke kelas. Hilang nyawa macam tu je. Entah kenapa, perasaan bersyukur itu datang dalam diri aku. Aku bersyukur kerana tidak terjebak sama dalam kancah maksi4t yang mereka ikuti.

Dan, ada beberapa kes lagi yang aku lihat depan mata. Seorang pelajar perempuan dari Kedah, mengandung 4 bulan. Ibu bapa dia dari kampung terus datang ke KL setelah mereka mendapat berita tersebut dari pihak universiti.

Sudah banyak kali aku terserempak dengan pelajar perempuan tersebut. Pada awalnya, dia tidak pernah buka tudung dan tidak pernah mengenakan pakaian yang s3ksi. Tapi kini, gaya pemakaian dia saling tak tumpah seperti peIacur.

Walaupun dia mengandung, tetapi dia langsung tak ada rasa serba salah. Ibu bapanya menangis teresak – esak. Bapanya memarahi dia tetapi dalam nada yang perlahan. Aku melihat dari jauh dengan perasaan yang sayu. Aku merasakan kasihan pada ibu bapa pelajar perempuan itu.

Akan tetapi, ketika perempuan tersebut menjerit – jerit memarahi ibu bapanya dan menolak muka bapanya, aku jadi panas. Entah kenapa hati aku jadi terlalu panas. Perasaan marah membuak – buak dalam diri. Aku lihat tiada sesiapa pun yang berada di situ cuba untuk membantu orang tua yang sedang diani4ya oleh anak perempuan mereka sendiri.

Aku datang dekat pada mereka bertiga. Lalu, aku menghadiahkan sebuah hadiah perkenalan kepada pelajar perempuan tersebut. Aku mend4ratkan sebuah Iempangan yang membuatkan pelajar itu berubah dan menjadi insan berguna selepas itu.

Aku meninggaIkan pesan selepas aktiviti ice breaking tersebut berlaku. “Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derh4ka, mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api ner4ka.” Lalu aku beredar dari tempat kejadian dengan memimpin ibu bapa pelajar tersebut keluar dari situ.

Aku membawa mereka berdua ke cafeteria. Memberikan tisu penguin kepada mereka berdua. Aku meminta mereka untuk menenangkan diri. Dan, aku mendengar cerita mereka. Mereka memberitahu bahawa anak perempuan mereka bukan seperti itu.

Dahulunya anak yang solehah, selalu mendengar kata – kata ibu bapa. Selalu solat, jaga adab dan maru4h keluarga juga diri sendiri. Tapi, semenjak belajar di perantauan, anak mereka berubah, tidak jawab panggiIan. Tidak pula membuat panggiIan kepada mereka berdua.

Saat itu, hati dan jantung aku berdegup kencang. Terasa apa yang sedang berlaku itu refleks ke atas diri aku. Aku juga dimaklumkan bahawa setelah berbulan – bulan lamanya, mereka mendapat panggiIan dari pihak universiti mengenai anak perempuan mereka.

Dan berita yang mereka terima adalah, anak perempuan mereka sedang mengandung anak luar nikah. H4ncur hati ibu bapa pelajar perempuan tersebut. Air mata aku juga turut bergenang. Kerana, aku terfikirkan mak dan ayah aku yang berada di kampung.

Aku tidak pernah menjawab atau membuat panggiIan kepada mereka. Bagaimana agaknya kesihatan mereka? Apa agaknya yang mereka makan di sana? Sedangkan aku di sini makan sedap – sedap. Macam manalah mereka tidur malam agaknya?

Aku juga diberitahu bahawa lelaki yang bertanggungjawab sudah melarikan diri, menghilangkan diri. Tidak ditemui lagi. Dihubungi pun tak dapat. Lelaki yang bertanggungjawab bukanlah pelajar dari universiti tersebut. Tetapi pekerja pangkat tinggi di pejabat entah apa ke nama.

Dan, mereka tak tahu macam mana nak lakukan lagi, anak mereka sudah mengandung. Mahu atau tidak, mereka terima juga bayi di dalam perut itu. Bayi tersebut tidak berd0sa. Kemudian, anak perempuan mereka muncul dari belakang.

Bersama dengan dua orang pensyarah. Mungkin pensyarah tu dah basuh otak budak tu agaknya. Menangis – nangis pelajar perempuan tersebut memeIuk ibu bapanya. Memohon maaf. Kemudian, dia datang kat aku dan Iempang muka aku.

Aku meninggaIkan nombor telefon aku kepada bapa perempuan tersebut. Aku menyuruh mereka hubungi aku ketika berada di situ jika memerIukan apa – apa bantuan. Kemudian, aku berlalu pergi. Aku menghubungi pensyarah aku semua dan memaklumkan kepada mereka bahawa aku ingin pulang ke kampung dan ingin ambil cuti belajar lebih awal.

Aku memberikan alasan bahawa ayah aku sedang s4kit dan memanggil aku untuk pulang dengan segera. Dan, pada malam itu isteri pakcik aku membenarkan aku menggunakan keretanya untuk pulang ke kampung halaman.

Lagi pun dia pulang ke kampung naik kereta suami, dia risau jika keretanya dibiarkan di rumah tanpa ada pengawasan. Jadi, aku terima. Aku pandu kereta tersebut dengan penuh berhati – hati dan berhemah sekali. Apabila aku sampai di perkarangan rumah aku di Perlis, pinggang aku terasa macam nak patah.

Disebabkan aku tak pernah memandu kereta begitu lama dan aku bawa tidaklah laju mana. Mengambil 10 jam perjalanan. Berhenti sekali je. Itu pun sebab dah tak tahan sangat nak terk3ncing. Aku sampai je kat kampung, azan subuh dah berkumandang.

Dan, aku dapat lihat dari luar lampu – lampu rumah satu persatu dinyalakan. Aku tahu itu mesti mak aku. Ayah aku tu liat nak bangun kalau bukan mak aku yang k3jutkan. Tapi kalau ayah aku dah bangun, dia terus bangun.

Bukan macam aku, menggeliat lepas tu mintak delay lima minit. Aku keluar dari dalam kereta. Beg pakaian aku tidak besar mana, jadi senang sikit untuk membawanya. Aku berdiri di hadapan pintu. Aku terdengar suara mak aku memanggil ayah aku agar cepat menjadi imam.

Aku masih lagi menanti di luar. Aku dengar mereka solat subuh bersama. Rumah aku tak besar, memang ruang tamu saja ruang untuk solat. Kiblat pula membelakangi pintu. Aku menanti sehingga mereka selesai solat.

Kemudian mereka berdoa. Sama seperti selalu. Tapi, doa yang terakhir membuatkan aku benar – benar rasa sangat berd0sa. Aku terdengar ayah aku mendoakan aku agar menjadi orang yang baik, menjadi insan yang soleh, menunaikan solat lima waktu, diberikan kesihatan berpanjangan, murah rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

Menitis air mata aku mendengar doa ayah aku tu. Aku menahan diri agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku mengeluarkan kunci dari dalam poket, aku membuka kunci pintu. Dan aku membuka daun pintu perlahan – lahan.

Aku lihat mak dan ayah masih lagi di atas sejadah sedang menadahkan tangan berdoa untuk aku. Mengalir air mata aku sampai ke baju. Panjang betul doa mereka, hanya untuk aku. Anak derh4ka yang tidak pernah berbakti walau sedikit pun terhadap orang tuanya.

Anak yang tak mengenang budi. Aku menanti mereka menghabiskan doa. Setelah mereka selesai mengaminkan doa. Aku terus memanggil mak dan ayah aku tapi tak kuat dan tak perlahan. Kerana aku tak tertahan sendu dan sebak di hati.

Mereka berdua tidak menoleh. Aku menjadi hairan. Aku panggil mereka sekali lagi. “Abang? Abang ke tu?” Aku dengar dengan jelas suara mak aku menanyakan soalan itu. Dan, aku menjawab, “Ya, mak..” Mak aku menoleh ke arah aku.

Dan sebelum sempat dia bangun aku terlebih dahulu meluru ke arahnya dan memeIuk erat tubuh mak aku. Aku melepaskan segala – galanya. Segala rasa bersalah dan segala rasa sedih yang terkandung di dalam hati. Aku meminta maaf kepada mak aku di atas segala kesilapan aku.

Kemudian, aku memeIuk tubuh ayah aku. Ayah aku menahan dari menitiskan air matanya, tetapi saat aku memeIuk tubuhnya. Dia mengalirkan juga air matanya. Pagi itu kami berbual panjang. Tidak pernah aku berborak begitu bersungguh – sungguh dengan orang tua aku sepanjang hidup.

Terasa seperti aku kembali ke zaman budak – budak. Diberi perhatian. Memang mak dan ayah aku sentiasa berikan perhatian. Tapi, aku yang tidak sedar. Mak aku memasak sarapan pada pagi itu. Dan, kami sekeluarga makan bersama.

Sambil makan sambil berbual. Aku terasa seronok sekali. S4kit pinggang akibat memandu lama bagaikan tidak terasa. Meluangkan masa bersama keluarga menghilangkan semua itu. Kemudian, kawan ayah aku datang ke rumah untuk menjemput ayah aku pergi melakukan kerja di kebun.

Aku mempelawa dia untuk bersarapan bersama. Tapi wajah dia berubah ketika dia melihat kami sekeluarga sedang menjamu selera. “Woi! Korang tak puasa ke!? Aku, mak, dan ayah saling berpandangan sesama sendiri. Kami semua betul – betul terlupa masa tu bulan puasa – Tamat.

Komen Warganet :

Mira Ruslan : Ni betul. Aku pon banyak kali terleka nak buat maksi4t. Yelah, dulu opis pon dekat night club je. Tapi, still tak pernah buat dan tak boleh buat perkara buruk tu. Ade je halangan dia. Selalu jumpe orang – orang yang baik – baik je kat KL ni. Terima kasih mak abah.

Nur Aminah Nur : Sejujurnya aku bergenang airmata baca cite nie. Kena atas batang hidung sendiri. Awal – awal aku keje, 1st time jauh dari mak ye jadi k3jutan budaya aku ni. Mak kerap je call tapi aku jawab pun nak marah – marah, nak cepat letak.

Tapi aku macam mamat dalam cite ni, cepat sedar. Pas pada tu aku kerap balik kampung, cuti 7 – 10 hari memang duduk bawah ketiak mak. Pergi kuar jalan pun tak, yang aku tau aku rindu mak dan aku balik kampung nak berkepit dengan dia.

Daripada jarang – jarang balik sekarang paling kurang 3 bulan sekali aku balik kampung. Asal cuti je memang 7 – 12 hari aku amik. Apa la guna mak bapak penat besarkan kau tapi kau dah besar nak tunjuk kepala dengan mak bapak. Takde mak bapak takde kita anak – anak ni. Sementara dorang masih ada, luangkanlah masa. Penat travel tu letak tepi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.