Bunyi pergerakan air mandi yang berulang 3 kali, aku tau dia mandi wajib – Naluri seorang isteri

6 tahun aku hidup dengan suami yang banyak kali kant0i curang, Yang janda, andartu, cashier noob, kerani kilang, semua ada. Dan ada antara beberapa daripada diorang tu ada perbualan yang jijik dan meI0yakan. Tapi apa yang aku lakukan memang ramai tak sangka..

#Foto sekadar hiasan. Ok straight to the point. Aku sebenarnya adalah isteri yang mengalami situasi yang hampir sama dengan penulis confession tu. Cuma bezanya aku dah hidup dalam dunia post – kecurangan tu selama 6 tahun sekarang ni.

In case korang tertanya – tanya macam mana kehidupan selepas kita pilih untuk beri peluang kepada suami, jadi aku kat sini nak kongsikan macam mana masa depan korang kalau korang pilih untuk bagi peluang kedua.

Sebenarnya aku dengan suami aku kahwin atas dasar suka sama suka. Dia seorang doktor manakala aku seorang engineer. Tempoh percintaan kami tak lama sebab kami memang pasti yang kami sangat – sangat dilamun cinta dan duit pun dah ada, apa lagi kahwin saja la kan.

Jadi dunia bercinta kami ni tak banyak ranj4u sangat la. Kecuali sepanjang pertunangan kami bekerja berbeza negeri jadi susah nak ambik tahu aktiviti masing – masing. Di awal tempoh bekerja, suami aku ada sedikit masalah menyesuaikan diri dengan tempat kerja.

Jadi ada masa dia menunjukkan disiplin kerja ke laut. Mak mertua aku pulak beranggapan kalau dia percepatkan perkahwinan kami, mudah la aku nak memantau si suami. Entah pergi kerja ke tidak dia tu. Makan ke tidak.

Alhamdulillah aku dapat offer kerja dekat dengan suami jadi lepas kahwin memang kami terus duduk sekali. Selesai semua masalah. Sehingga la satu hari aku ternampak ada mesej masuk time dia tengah solat.

Ayat macam perempuan tu ucapkan terima kasih for a wonderful day camtu la lebih kurang. Itu pertama kali aku hadapi situasi macam tu. GigiI memang takyah cakap la pengalaman pertamakan. Dan itu perg4duhan dahsy4t kitorang yang pertama.

Tapi sebab aku di kelilingi kawan – kawan perempuan yang suami masing – masing pun buat hal, jadi aku anggap semua ni Iumrah dalam rumahtangga. Aku maafkan dia, tapi of kos aku tak lupakan. Aku busy, dia busy, jadi kami tak banyak masa bersama.

Jadi suami aku ni pasang la sparepart kat tempat kerja di kalangan nurse – nurse untuk fill in the gap. Aku pun banyak kawan – kawan lelaki sesama engineer yang hensem – hensem belaka di tempat kerja tapi aku tak pernah over – over dengan diorang sebab aku fikir kalau aku menggeIenyar mesti diorang akan tertanya – tanya siapa suami aku yang maIang sangat dapat isteri terhegeh – hegeh ni?

Jadi aku tunjukkan peribadi yang mulia supaya kawan – kawan sekeliling ni terfikir betapa beruntungnya suami aku dapat isteri yang sedar di mana bumi dipijak. Secara tak langsung aku sebenarnya nak menjaga maru4h suami aku jugak la.

Ok done puji diri. Jadi, itu la bezanya tahap kesetiaan lelaki dengan perempuan yer tuan – tuan dan puan – puan. Fast forward, masuk tahun ke 4 perkahwinan, aku dah sem4kin lali dengan kes – kes suami aku terkant0i mesej perempuan lain, kant0i simpan second phone dalam bonet, kantoi fb mesenger dengan kerani kat tempat kerja dia, macam – macam lagi la.

Tipu la kalau kata aku tak berg4duh besar. Memang aku m4ki – m4ki kan dia je. Siap kerusi meja makan pun aku angkat sebab nak pukuI dia. Jiran – jiran dengar ke tak ke aku memang tak ambik pusing. Bagi aku, kau pandai buat t4ik, kau kena berani hadap aku punya giIa.

Dengan imej luaran aku, korang takkan sangka seg4nas mana aku punya meng4muk. Setiap kali kant0i, setiap kali tu la handphone suami akan berd3rai dekat dinding. Aku tak peduli iphone ke nokia ke semua aku baling.

Aku tak heran dalam tu ada nota – nota penting ke, info – info berkaitan kerja dia kat hospitaI ke, group whatsapp ke apa ke, itu dia kena tanggung sendiri.. berani buat berani lah tanggung. Maka tergedik – gedik la suami cari phone baru murah – murah malam tu jugak sebab group – group whatsapp tempat kerja terlalu aktif, dia tak boleh hilangkan diri sikit pun.

Komitmen kami pun dikongsi 50 – 50. Jadi setiap kali dia terkant0i mengorat perempuan lain, aku akan pass satu komitmen aku ke dalam senarai komitmen dia. Dia buat lagi, aku pass lagi. Lama – lama dia m4kin miskin, aku m4kin kaya, hahaha.

Okay. Tapi suatu hari, aku terima mesej dari sorang lelaki mengadu yang suami aku bermain cinta dengan wife dia. Aku ingat lagi aku ucap terima kasih kat dia sebab bagitau aku sebab aku kenal sangat – sangat perangai suami aku.

First time dengar dia mengadu aku dah terus percaya dah. Tak perlu susah payah nak sertakan bukti untuk yakinkan aku. Dia bagi no phone suami aku yang digunakan untuk bercintan cintun dengan wife dia.

Aku call, suami aku terus m4tikan. Suami aku mengaku kat aku, time aku call dia tu sebenarnya dia dah start menggigiI. Pencab4r aku kali ni bukan kaleng – kaleng yer. Dia sangat cantik, kerja engineer jugak, anak orang kaya, tapi ada masalah rumahtangga dengan suami.

Jujur aku cakap, berpuluh – puluh kes curang suami aku sebelum ni, aku takde rasa tercab4r sangat sebab perempuan – perempuan yang dia mengorat tu semuanya kategori asal boleh je. Asal nama kau perempuan, tak cantik pun takpe, inshaaAllah suami aku akan mengorat.

Dari kes ni membawa kepada penemuan satu handphone rahsia yang suami aku guna. Seperti biasa, aku ramp4s phone tu dan berg4duh besar lagi. Tapi kali ni suami aku tersilap cara. Dia uninstalled whatsapp tanpa delete dulu semua conversation.

Jadi bila aku install balik whatsapp tu, semua conversations dia rest0red balik. Beribu – ribu message. Dari situ terpapar semua aktiviti – aktiviti dia dengan beberapa perempuan. Yang janda, andartu, cashier noob, kerani kilang, semua ada.

Dan ada antara beberapa daripada diorang tu ada perbualan yang jijik dan meI0yakan. Aku masih bersangka baik, mungkin diorang cuma berimaginasi, until.. aku terjumpa gambar – gambar selfie diorang dalam bilik hotel.

Aku ingat lagi background music kat rumah aku time ni adalah lagu Lets Go Pocoyo yang anak aku selalu tengok. Sampai sekarang bila aku dengar lagu pocoyo ni aku akan menggigiI sebab seolah – olah aku berada dalam situasi ni balik.

Bayangkan, aku dah laIi dengan kes dia mengorat setakat bermesej – mesej. Aku ingat lelaki ni paling – paling pun mesti akan ada kegataIan jugak yang perlu disalurkan every now and then so aku setakat berg4duh jela dengan dia.

Tapi bila dia dah pandai check in hotel, bagi aku, ni dah another level. Serius aku tak boleh terima. Aku ambik cuti seminggu untuk tenangkan diri. Keesokannya aku pergi ke pejabat agama.

Aku call suami aku untuk datang sekali. Masa ni aku nak failkan perceraian dah tapi ofis takde orang. Jadi aku panggil suami aku masuk dalam kereta aku, tapi aku suruh dia duduk kat belakang, while aku remain dekat driver seat.

Aku suruh dia mengaku semua sekali dekat aku. Bila, dengan siapa, berapa lama. Semua – semua la. Muka dia masa ni mony0k macam budak kecik kena siasat dengan mak. Dia mengaku dia check in dengan beberapa perempuan yang berbeza, dan setiap seorang daripada diorang tu pun berulang beberapa kali.

Jangan terk3jut yer nurse yang bertudung Iitup pun boleh mengikut dengan sekali ajak je. Makcik kerani mrsm yang andartu pun seIamba jer serah diri dekat lelaki yang dikenali di chatting apps. Tu la betapa dahsy4tnya dunia diorang bagi aku.

Hubungan suami dengan wife orang tu tak ke mana la lepas tu. Just relationship diorang jadi asbab untuk big catch yang tu la. In fact dengan siapa – siapa pun sebelum tu setiap kali dia terkantoi mengorat siapa – siapa pun lepas tu suami aku akan terus tinggalkan diorang di tengah jalan macam tu je.

Ada yang suruh suami aku tinggalkan aku and kawen dengan diorang pun. Tapi suami aku tak nak la. Bila aku tanya kenapa, dia cakap, nak jaga satu rumahtangga pun jenuh, apatah lagi dua tiga. Dari situ aku tau suami aku type yang not really into poIigami.

Tapi type yang suka fIirt around. Sekarang ni aku dah berkawan dengan si wife tu. The reason being is aku agak berterima kasih sebab kerana diorang suami isteri, aku dapat kantoikan suami aku besar – besaran and aku boleh b4mbu suami aku cukup – cukup.

Satu lagi sebab aku bersyukur dia jenis yang jaga diri jugak, suami aku penah mintak nak pegang tangan dia tapi dia taknak sebab dia tak b*d*h. Ye, aku mengaku dia tak seb*d*h perempuan – perempuan lain yang desp3rate nak berlaki tu.

And for that, i thanked her, and should be her friend, instead of her en3my. Plus, dia layan suami aku pun sebab nak retaliate suami dia pun perangai sama jugak. So aku tak patut salahkan dia. Aku doakan rumahtangga diorang aman bahagia selamanya.

Yang lain – lain sampai tergadai b0dy tu, yang tu aku memang kecam bersungguh – sungguh la. Sebenarnya time terbongkar semua aktiviti diorang tu, jujur time ni aku sec0nfuse perempuan – perempuan lain jugak.

Aku memang takde kekuatan untuk buat keputusan dan aku pun tak tahu kalau aku buat keputusan, keputusan tu akan jadi keputusan yang bijak ataupun tak. Aktiviti check in tu pun dah habis dah even before dia mengorat wife orang tu lagi.

Jadi aku agak terlambat la. Tapi Allah mudahkan urusan aku menjejaki pompuan – pompuan tu dengan cara yang aku tak sangka. Jadi setiap daripada diorang pun sempat la dapat semburan berbisa daripada aku sebelum betul – betul hilang selama – lamanya dari hidup aku.

Sebenarnya malam terkantoi d0sa suami berlatarbelakangkan lagu Lets Go Pocoyo tu, aku terus jumpa ayah aku. Terbayang lagi wajah suguI ayah aku time ni. Penuh dengan ri4k kesal dengan apa yang men1mpa rumahtangga aku.

Ayah aku cakap beri peluang kedua demi anak. B3ar in mind, aku masa ni sangat – sangat kosong. Aku memang bersandarkan kepada keputusan orang yang lebih tua dari aku, lebih berpengalaman dari aku, dan yang paling penting, yang aku sayang dan aku horm4ti.

Ok berbalik kepada situasi di pejabat agama. Aku terus terang kat suami aku aku rasa macam nak bvnvh dia jer. Benci betul aku tengok muka dia masa tu. B*d*h terlajak – lajak. Jadi aku pun drive kereta, bawak suami aku keluar daripada pekan yang kami duduk ni.

Aku nak dapatkan nasihat daripada orang yang aku percaya. Suami aku pun pasrah jela ikut aku. Yang aku terbayang time ni someone like AJK masjid or something. Tapi taknak masjid dekat – dekat dengan kitorang sebab aku risau diorang kawan – kawan dengan ayah aku je.

Tak feel la nak bukak 4ib semua kan demi secebis nasihat. So aku melajak sejauh – jauhnya, and berenti kat satu masjid kubah hijau ni. Kami berdua time ni macam orang blur yang taktau arah tuju.

Kami mintak nak bersembang jap dengan imam masjid. Aku still ingat nama ustaz ni tapi aku keep this to myself la. Ustaz ni dengar cerita kami dengan penuh teliti. Kemudian dia cakap kat suami aku, kalau hukvm hudud ni, awak ni dah tak wujud dah kat dunia ni tau tak?

Awak mungkin takkan rasa dug4an ni sehebat yang isteri awak rasa, sebab awak yang buat, bukan dia. Jadi awak takkan dapat rasa s3ksanya tu macam mana. Cuba awak fikir, walaupun dah beberapa kali awak ulang kesalahan yang sama, tapi Allah masih tak kant0ikan awak contohnya ada orang datang tangkap khaIwat ke apa ke, jadi anggap la Allah masih nak bagi peluang kepada awak.

Kalau tak, dah lama 4ib awak terbukak dan kena hukvm la. Fahaman aku kat sini, mungkin ustaz ni nak cakap, Allah lebih Mengetahui bila Dia kehendaki seseorang tu dah tiba masanya untuk dihukvm hudud, maka dibongkar la kesalahan dia.

Bila mana benda tu masih diIindungi, anggap la Allah masih beri peluang. Macam tu la kot. Apa pendapat korang? Kepada aku pulak, ustaz tu cakap, kalau awak pilih untuk beri peluang, maknanya awak kena beri peluang yang sebenar – benar beri peluang.

Jangan dib0ngkar cerita ni kepada anak cucu cicit awak nanti. Kena simpan kemas – kemas walaupun saya tau tak mungkin awak boleh lupakan sampai bila – bila. Lepas tu kami sambung bersembang lagi, tapi lebih kepada mengadu la kat ustaz tu.

Aku mengadu, laki aku def3nd diri, aku baIas balik, laki aku baIas balik, last – last ustaz tu cakap haihh pening la saya dengan awak berdua ni. Aku dah hilang no telefon ustaz ni. Dia ada bagi satu ayat untuk aku amalkan tapi aku dah hilangkan ayat tu.

Still ingat – ingat lupa, kalau aku jumpa dalam Al Quran tu in shaa Allah aku boleh cam. Sekarang ni dah 6 tahun berlalu, korang tau tak hidup kitorang macam mana? Nampak normal macam orang lain. Bercuti ke sana sini.

Post gambar – gambar bahagia kat media sosiaI. Dah bertambah – tambah dah anak. Dan dah takde kes baru. Tapi perbualan kitorang (actually ayat aku) tak pernah clean daripada mengungkit kesalahan suami.

Macam orang yang patah hati tapi nak share resipi buat kek tu. Pec4hkan 2 biji telur, macam mana awak pec4hkan hati saya dulu. Kacau – kacau hingga sebati, macam mana awak kacau ketenangan hati saya dulu. Haa mcm tu la gayanya.

Pant4ng ada peluang, mesti nak seIit. Kadang tu aku nampak pompuan mana – mana je kat shopping mall, aku akan panggil husband pastu tunjuk kat dia. Haa tengokk tu macam girlfriend abang dulu tu yang tak lawo tapi gatal tu kan muka dia.

Suami aku pulak baIas “ishh geIi la sudah la abang taknak ingat dah. BIuwek” Ada masa bila giIa aku datang, aku akan cari pasal dengan suami. Ada masa out of nothing, aku akan ajak suami aku bercerai. Aku cakap kita boleh kekalkan hubungan baik kita tapi not stay married like this.

Sebab aku tak tengok dia the same way as before dah. Dia sentuh orang lain selain aku kot. How heartbr3aking is that. Kadang – kadang aku merempan mer0yan panjang – panjang kat whatsapp dia sampai dia bergegas balik dari hospitaI untuk mintak maaf lagi dekat aku untuk kesalahan 6 tahun lepas.

Dia cakap takde perempuan lain yang dia sayang selain aku. Dia cakap dia rasa rendah diri jadi fIirting ni somehow b00st confidence level dia la as a man. Aku pun taktau aku patut percaya ke tak. Tapi selalunya aku akan baIas, “Yela, ayang dengar je tapi ayang tak percaya punnnnn”.

Dia takut aku akan kawen lain kalau dia ceraikan aku. Dia tak sanggup hadapi tu. Aku cakap, aku dah tak teringin nak kawen dah. Hidup single lagi best. Setiap kali aku jadi giIa, setiap kali tu suami aku akan extra effort buat kerja rumah, extra effort layan anak – anak bermain, beli macam – macam makanan untuk aku.

Kadang – kadang sampai ke tengah malam dia still mengemas dapur lagi. Aku tau dia buat tu untuk sejukkan hati aku, bukan sebab dia minat sangat, tapi aku nampak la dia memang takut kehilangan aku. Kadang – kadang aku tengok muka dia yang keletihan time tido, aku rasa bersalah sangat.

Aku simpati tengok dia keletihan demi sebuah kemaafan. Aku suruh dia surrender dan ceraikan je aku. Aku bukan tak sayang dia, tapi aku memang tak boleh lupa. Tapi suami pilih untuk hadapi semua ni. Kalau dulu antenna aku ni akan bergerak – gerak setiap kali dia curang (mind you isteri memang ada naluri luar biasa yang boleh terasa sebu semacam je setiap kali suami buat perangai).

Tapi sekarang ni antenna aku macam antenna tinggal yang dah berpuluh – puluh tahun tak digunakan. Aku memang tak boleh detect apa – apa dah. Jauh di sudut hati aku, aku yakin dia dah berubah. Tapi aku tak pernah cakap kat dia, sebab aku takut over confidence tu boleh drive away the blessing yang aku tengah nikm4ti sekarang.

Orang luar akan cakap aku beruntung ada suami yang sayang aku, manjakan aku dengan macam – macam, kachak, penyabar dan family man. Tapi aku jer yang tau kisah di sebalik semua ni. Bila aku terjumpa dengan rakan-rakan sekerja suami macam PPK, MA, beberapa kali jugak la diorang puji suami aku depan aku.

Diorang cakap mem jangan risau, suami mem sayang mem. Aku pun taktau ni benar – benar kejadian ataupun suami aku dah pakat – pakat dengan diorang dah. Tapi macam aku cakap naluri aku kuat mengatakan dia memang dah berubah.

Pernah seorang sahabat mendekati aku, dan bagitau aku yang dia selalu nampak suami aku di masjid pagi – pagi. Jadi aku tanya kat suami aku, dia mengaku yang dia sebenarnya singgah untuk bersedekah setiap pagi.

Hati aku terusik sebab aku yang perasan sempurna ni pun tak pernah buat macam tu. Masa ni aku rasa macam hin4 jugak la judge dia macam lahh aku bagus sangat. Kami berpeluang menunaikan umrah bersama – sama tahun lepas.

Dan aku boleh katakan yang sepanjang di sana, kami seperti bercinta semula. Aku rindu jejakkan kaki lagi ke sana. Kadang – kadang bila aku bersembang dengan mak aku, mak aku nasihatkan aku supaya berenti layan suami macam sampah.

“Mama boleh nampak dia sayangkan ** (nama aku). Mama rasa dia cukup penyabaq dah tu” Dan ini aku setuju. Aku rasa kalau ex – ex bf aku tengok macam mana suami aku layan perangai aku, diorang mesti tak sangka sebab baran aku ni lain macam.

Hadir tanpa didug4. Jadi aku pujuk hati aku, kesilapan suami aku dulu mungkin berpunca daripada diri dia yang tak mat4ng dan pengaruh beberapa rakan terdekat dia jugak. Baru nak kenal dunia, sebelum tu zaman belajar dia memang ant1sos**l, cuma menghadap buku dan game je.

Jadi aku rasa mungkin aku patut bagi peluang untuk dia. Lagipun bila aku tengok balik kehidupan aku, serba serbi cukup. Anak – anak yang sihat dan gembira, kasih sayang yang cukup. Yang tak bahagianya cuma hati aku.

Untuk nikmat kesihatan anak yang Allah dah bagi pada keluarga aku, aku rela kalau gaIang gantinya adalah cinta aku pada suami tergadai. Aku rela dan aku redha Ya Allah. Kalau nak diceritakan sikap suami pada aku, dari mula kahwin sampai la sekarang ni, aku dilayan macam queen.

Mintak lah apa pun, tak pernah tak dapat. Yang tak mintak pun dapat. Apa yang aku cakap, dia setuju je. Tak pernah angkat tangan kat aku. Sentiasa pastikan makan minum aku dari br3akfast sampai ke late night supper terjaga.

Dia yang jaga anak – anak bila aku penat, dia yang mengemas rumah, masak, uruskan baju – baju. Aku cuma buat bila aku rasa nak buat jer. Dari segi kewangan pulak, kami berdua ada group whatsapp sendiri. Aku tau berapa gaji dia, berapa OT claim dia, dan kami bahagi komitmen masing – masing.

Dan gaji kami pun sama banyak sekarang ni. Lupa aku nak cerita, suami aku sebenarnya salah sorang HO yang kecundang akibat tekanan dari HOD yang penah viral sebelum ni pasal S3x pr3dator dulu. Adjustment dis0rder, plus tekanan di tempat kerja, aku kira, dia jadikan hobi fIirting sebagai cara untuk p4ksa diri dia terus hadir di hospitaI.

Jadi kesan daripada tekanan tu, dia penah hilangkan diri selama beberapa bulan daripada tempat kerja. a.k.a MIA. Lepas tu gaji terus kena stop. Dan bila dia datang balik, took few months jugak untuk gaji berjalan balik. Gaji masih gred 41. 3 tahun berlalu, dengan kesibukan yang sama, suami harungi jugak sebab dia nak cuba Iawan and buktikan dia boleh lalui semua tu.

Dingdong2 surat menyurat jawatankuasa disiplin tatatertib makan masa selama 3 tahun jugak dan dalam tempoh tu suami aku teruskan rutin harian seorang doktor dengan gaji paling basic. Setelah 3 tahun barulah keputusan dikeluarkan.

Suami dihukvm takde pergerakan gaji selama 3 tahun bermula dari tarikh surat tu diterima. 3 tahun dah berlalu dengan penuh cab4ran, sekarang ni kena tunggu lagi 3 tahun.. 6 tahun tanggung hukvman gaji tak naik walaupun kesalahan cuma beberapa bulan. Sigh.

Aku taktau kisah curang suami betul – betul dah berakhir ataupun tak. Boleh jadi selepas 10 tahun, akan timbul pulak kes baru. Tapi setakat ni takde la. Harap – harap jangan ada dah la. Sahabat aku pernah cakap, ada orang suami dia senyap tak menguit, tapi sekali jatuh cinta, sampai ke akad nikah dia punya pergi.

Suami aku pulak, mengorat sana sini tapi priority tetap isteri dan anak – anak. Kalau tengok cerita The World of Married tu, suami aku ni macam si Jaehyuk jiran Dr Ji ni la. Banyak buat perangai tapi semua stok geIi – geIi.

Dalam cerita tu last skali wife dia tetap tinggalkan dia kan, sebab tak sanggup lagi hidup dalam keadaan penuh syak wasangka dekat suami sendiri. Well, aku pun taktau suatu hari nanti mungkin pengakhiran aku sama jugak ataupun tak.

Kita just go with the flow jela. Kadang – kadang aku terpikir, kalau aku dapat suami baru pun, sejauh mana sangat lah bahagia tu boleh pergi. Suami baru tu pun manusia yang bersifat manusia. Hidup kat dunia ni pun memang penuh duk4 Iara.

Tak datang dari kerja, mungkin keluarga, mungkin kewangan. Macam – macam. Jadi aku just go with the flow je. Untuk confessor, renung – renungkan lah, 6 tahun dah berlalu tapi aku masih tak boleh lupa. Malam – malam aku akan termenung susah nak tido, kadang – kadang aku termimpi suami aku curang, bila bangun aku terus tend4ng dia bertalu – talu sampai jatuh katil.

Sampai bila aku nak hidup sebagai isteri kurang ajar pun aku tak tau. Kalau confessor lebih kuat untuk harungi, teruskan la. Tapi benda ni takkan hilang dengan mudah unless kita tiba – tiba hilang ingatan. Aku selalu cakap kat suami aku, aku jadi jahat sebab dia.

Dengan orang lain aku baik je, pendiam je. Dia cakap semua berpunca daripada salah dia jugak. In shaa Allah, kalau ditakdir ayang meninggaI pun, redha abang sentiasa mengiringi ayang. Untuk para suami pulak, sudah-sudahlah berlakon bod0nya tu.

Pikir balik kenapa korang kawen dengan wife korang. Kalau korang nak main – main, baik korang teruskan je membujang, nak kawen kenapa? Apa yang korang bayangkan bila kami perempuan cakap kami ada naluri yang sangat kuat?

Korang ingat kami main – main? Korang ingat kekantoian tu mungkin terjadi dekat orang lain tapi bukan korang? Hello, kita ni kahwin dengan akad. Bukan main sain atas kertas je. Di luh mahfuz pun tertulis nama kita sebagai suami isteri. Allah tau (ofkos la Allah tau) yang kita ni suami isteri.

Jadi setiap kali korang buat curang, agak – agak korang, kat mana notification tu akan sampai? Mesti la tepatttt mendar4ttt dekat isteri korang. Takkan makcik kiah sebelah rumah pulak. Aku dulu, suami aku balik keja (lah konon) pastu mandi malam – malam sebelum tido, Allah tu nak guide aku si isteri naif ni agaknya, bunyi pergerakan air dia mandi yang berulang rythm 3 kali, 3 kali tu aku dapat tau dia mandi wajib.

Aku tanya dia, abang mandi wajib ke, sambil gelak – gelak, pastu ofkos la dia tak mengaku. It’s a sign. Sehalus – halus tu, Allah takdirkan tiba – tiba aku boleh detect. Tapi time tu aku bersangka baik tak mungkin suami aku berani pegi sejauh tu.

Sebelum tu aku jumpa kond0m dalam beg keja dia. Aku still bersangka baik, sebab tak mungkin suami aku pegi sejauh tu. Pernah jugak aku tengok ada love b1te kat dad4 suami aku, aku tanya dia siapa gigit ni, sambil gelak – gelak.

Suami cakap binatang gigit kot. Aku still tak terpikir lagi sebab aku tak rasa suami berani pergi sejauh tu. See, Allah sentiasa bagi petunjuk dekat para isteri. Tinggal nak cepat pickup ataupun lampi je. Dalam kes aku, aku agak lampi la.

Selagi mana tertulis aku masih isteri yang sah di sisi agama aku rasa aku still boleh sense perubahan suami. Kalau dah bercerai nanti, patutnya tak berfungsi dah la kot six sense ni semua kan? Ok la, aku tak berniat pun nak tulis panjang – panjang ni.

Tapi sebab aku paham dan simpati dengan perasaan confuse yang para isteri kepada suami curang terp4ksa lalui tu, jadi aku kuatkan diri la berkongsi cerita. Maaf kalau ayat aku berterabur. Harap – harapnya adalah manfaat. Kalau takde, maafkan aku. – Angin yang Kencang Laut yang BergeIora (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ila Azilah : Tr4uma dapat laki camni, kalau ikut hukvm agama dia memang patut dah arw4h. Kira sis masih kuat nak terima dia. Orang yang dah berzin4 dengan bersepah – sepah betina after that nak sentuh sis. AllahHuAkbar.

Sorii sis saya pulak geIi nk terima lelaki camtu kalau saya, saya lebih rela berpisah dari nak hadap muka manusia penipu berkali – kali ni walau dia dah bertaubat.. harap sis dapat hadapi hari mendatang dengan kekuatan hati dan iman.

Afy Fathihah : Sis, awak je yang paham s4kit hati kau camner. Memang pempuan suka mengungkit, lagi – lagi bila awak sn4p pasal perempuan lain. Hati-hati dengan tindakkan awak sendiri.

Kebarangkaliannya; Bila awak asik ungkit dan carik g4duh, maybe suami awak senyap – senyap kahwin lain. Pastuh awak b00m dan filekan cerai pulak. Bila awak da rasionaI, nyesal plak sebab da tercerai hahah awak mer0yan and carik salah lain kat bekas suami awak contohnya pasal nafkah anak, ugvt benda lain plak. just1fied ke smua tuh?

Kita as perempuan nih memang selalu tak puas hati and banyak demand since nafsu kita ada 9. Pandangan saya yang bukan engineer dan tak lawa nih, tenang – tenang aje sis. Beri kemaafan pada suami dan jangan selalu ungkit. Maybe kecurangan suami tuh mcm bIessed in disgu1se utk marriage korang.

An-Nur Binti Mohamad Firdaus : Sedihnya baca ni.. sedih dengan confessor.. kalau pon bole memaafkan tapi xmungkin melupakan sampai m4ti.. penat otak penat mentaI penat hati sepanjang masa perlu pujuk hati.. perlu berteka teki.. kisah curang ni tak pernah habis.. walaupun solat walaupun nampak menjaga diri tapi itu tak menceminkan apa – apa pun.. Allahuakhbar semoga kita diIindungi dari hasutan ibIis dan sy4itan yang durj4na..

Aimee Maziah : Jujur dari saya seorang perempuan and isteri, I respect you a lot! Sebab you kuat! Isteri mana la yang baik hati boleh terima suami sendiri curang sampai ketahap berzin4 kan.

Tak kena bat4ng hidung sendiri, sedap la cakap macam – macam. This lady here kuat orangnya sebab boleh terima and bagi peluang kedua untuk suami dia lepas apa yang suami dia hadiahkan dekat dia.

Dia member0ntak, dia perIi – perIi, dia selalu sangka buruk, itu normal untuk orang yang pernah dicurangi. Sebab percaya tu dah takda. Nak dapat percaya balik, yang suami tu dah tak buat perangai lagi, bukan senang.

Apa pun, saya doakan puan dapat memaafkan suami puan. Memaafkan tu senang, tapi nak melupakan tu, sangat susah. Suami buat la macam mana pun, memang isteri tak boleh nak lupa. Saya doakan semoga puan kekal bahagia dengan suami puan.

Epi Rafeza Resources : Saya pernah ada kawan sebiji macam ni, dia muda dan cantik. Cuma dia, perepmpaun tu memang menyond0l – nyond0l kata dia tak pandai jaga suami dan memang nak suami dia. Saya nasihatkan kalau nak maafkan suami dia jangan ungkit dah.. dan bebetul maafkan.

Kalau dia rasa dia tak kuat, lepaskan laa sebab masa tu dia memang muda lagi. Masih ramai orang nak. Saya kagum dengan isteri yang boleh sabar. Saya mungkin boleh maafkan d0sa suami yang lain. Tapi zin4., maaf lah.

Taubat tu urusan dia dengan Allah, dengan saya, habis. Tak akan saya bagi peluang. Walau apa pun alasannya, inikan pulak berkali – kali dengan ramai orang. Apa pun pilihan puan, dan puan yang hadap.

Semoga puan dapat pahala kesabaran. Suami dan anak adalah ujian. Saya doakan puan terus kuat dan sama – sama bimbing khiIaf suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.