Perniagaan suami jatuh, aku tanggung bagi mertua 700 sebulan. Baru ni, mertua minta aku duit sebab nak tolong adik ipar pula. Tak cukup lagi, dia nak basikal anak aku

Adik ipar aku punya mak mertua meninggaI, tapi mak suami aku suruh aku pulak yang bagi duit untuk selesaikan hal pengkebumian. Aku ni takde kena mengena pun. Bila aku cakap takde duit, mula bagi ayat kesian macam perli aku. Aku dah banyak tolong, berhutang tapi tak bayar..

#Foto sekadar hiasan. Aku janda anak dua sebelum berkahwin dengan suami aku yang sekarang ini. Aku lebih tua 5 tahun daripada dia semasa pernikahan kami. Kami bahagia je, dia suami dan ayah yang tegas dalam mendidik anak – anak terutama dua anak lelaki aku, sering tunjuk ajar anak – anak solat dan mengaji bersama.

Bersama suami ini, aku dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Alhamdulillah.. Aku sayangkan suami, walaupun perniagaannya jatuh teruk dalam 7-8 tahun lepas, aku ok je untuk bantu dia dalam urusan nafkah keluarga. Untuk info, dalam pada perniagaannya jatuh teruk ini, aku menanggung belanja maknya setiap bulan dalam RM1,000 pada mulanya, tetapi kemudian mengurangkannya pada RM700/sebulan, dengan persetujuan maknya juga.

Mak mentua aku ni kategori perempuan Melayu terakhir la, walaupun dah usia 60an, tapi kalau dia keluar dengan anak perempuannya, orang akan kata adik beradik, cakap dengan orang pun lembut je. Suami aku ada lagi 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki. Yang bongsu perempuan, masih di universiti, manakala yang lain dah berumahtangga.

Belanja bulanan RM1,000 tu pun, asalnya aku berpakat dengan adik ipar, masa mak mentua aku jatuh s4kit dan tak mampu lagi nak bekerja mengasuh budak di rumah, tapi adik ipar aku mungkir janji, sehingga akhirnya aku yang kena tanggung sorang – sorang.

Nak harapkan suami, bisnes dia jatuh teruk juga dan dia hanya mampu tanggung belanja makan minum untuk keluarga kecil kami. Jadi, aku ingat nak ringankan tanggungjawab dia dan bantu dia berbakti pada kedua orang tuanya. Selama bertahun aku membantu kedua orang tuanya dengan bayaran bulanan RM700 tu, akhir – akhir ni aku agak terasa, sebab kedua mentua ni mula terlalu berg4ntung pada aku atas apa jua perkara yang melibatkan kewangan.

Sehinggakan besannya (ibu mentua adik ipar lelaki aku) meninggaI dunia pun, dia menekan – nekan aku untuk membantu belanja pengkebumian. Jika aku tak bantu, dikatanya ya lah, orang susah kan.. (merujuk kepada besannya yang berstatus asnaf), walhal besannya tu ada anak lelaki juga tu, dan sepatutnya anak dia sendirilah yang usaha untuk uruskan, aku takde kena mengena pun.

Aku faham kenapa dia menekan – nekan aku begitu, sebab anak lelaki dia (adik ipar), selalu meminta wang kepada mereka berdua (mentua aku suami isteri) untuk urusan bayar hutang dan belanja makan minum keluarganya, tambahan pula isterinya (birasku) ditimpa s4kit kritikal.

Aku pula, angin juga.. Sebab aku baru je tolong adik ipar dengan isteri dia dalam bantuan kecemasan perubatan dan apabila ibu biras aku (besan mentua) meninggaI dunia, aku ditekan pula untuk membantu keluarga mereka. Aku pun ada tanggungan lain juga, anak – anak masih bersekolah dan ada yang ke peringkat universiti. Memang banyak belanja yang perlu aku keluarkan untuk anak – anak.

Mak mentua ni juga suka bercerita pasal anak menantunya yang lain, kadang – kadang kedengaran macam mengutuk jugalah menantu lelakinya kerana kurang usaha dalam pekerjaan dan memuji anak perempuannya kerana berkeras dengan suami masing – masing untuk kesenangan keluarga mereka.

Aku terasa bingit juga, sebab anak – anak lelaki dia sendiri pun (suami aku) dan adik ipar lelaki pun nampak kurang berusaha dan kurang maju dalam pekerjaan masing – masing. Kalau dah tahu kelemahan anak sendiri, tak payahlah mengata anak orang lain (menantu lelakinya).

Aku terus tegur dia masa tu, “Alah.. Tak yah kata menantu mak la, ni anak lelaki mak (suami aku) ni pun kurang maju juga. Dia terus jawab,” Alah.. Kan Diana ni jenis syukur dan redha je,” Masa aku dengar dia cakap begitu, terus panas hati aku, sampai sekarang hati aku terasa s4kit. Sepatutnya, dia nasihat anak – anak lelaki dia ni untuk lebih berusaha.

Bapa mentua aku pula, pernah persoal aku, (masa dia minta kami tong – tong bayar keperluan adik ipar lelaki aku) yang minta pinjam daripada mentua aku suami isteri. Masa dia minta tu, aku jawab juga, tak dapat bagi, sebab aku dah habis duit bayar kereta aku yang rosak.

Bapa mentua aku persoal sebab aku tak nak bantu adik ipar lelaki aku tu, sedangkan adik ipar aku tu pun rajin juga meminjam pada aku. Kadang – kadang bayar, kadang – kadang tak… Banyaknya yang tak bayar la. Hari tu, ada datang rumah aku bersama adik ipar kedua aku.

Ada la basikal aku yang dah tak dipakai anak – anak, sebab masing – masing dah pandai pandu kereta motosikal, adik ipar aku cakap dekat mak mentua aku, teringin nak ambil satu basikal aku tu (masih elok lagi). Eh, mak mentua aku masa nak balik ke rumahnya, terus suarakan keinginan nak ambil basikal aku balik dan nak bagi pada adik ipar aku.

Eh, yang ni aku geram juga, dah kenapa.. Adik ipar aku tu pun kerja juga dan ada duit sendiri, beli la… Senang – senang je nak ambik harta orang. Aku geram juga tu!! Banyak benda lagi la yang aku mula s4kit hati dengan kedua orang tua berdua ni.

Antaranya, aku dah bagi pada mak mentua aku sebulan RM700, alih – alih aku dengar suami aku bagitau, maknya minta pula duit beli topup daripadanya RM30/bulan. Wah.. Ini memang bikin aku marah, pada aku sendiri pun, suami aku kadang – kadang bagi kadang – kadang tak je duit bulanan tu sebagai nafkah.

Kadang – kadang apa yang dia bagi pada maknya tu RM30, lagi banyak daripada apa yang dia bagi pada aku. Ini yang buat aku lagi berbulu dengan orang tua tu. Bila luah kat sini, hati aku terasa ringan sikit, kalau tak, aku pendam sorang – sorang je.

Pernah juga mengadu kat suami tapi dia pun tak boleh buat apa, sebab mak dia kan.. Nanti jatuh status anak derh4ka pulak. Tapi, aku memang terasa dipergunakan dan dibuIi dalam keluarga mentua aku ni.. Nak bayar makan kat kedai pun, muka aku juga yang ditalanya juga, walhal anak – anaknya, lelaki perempuan pun ada, menantu lelakinya pun ada sekali. Ibarat dalam keluarga tu, akulah yang paling kaya dan cop duit hari – hari.

Itu yang menyebabkan aku semakin berbulu dan menyampah pada keduanya sekarang ni… Huhu… Mohon nasihat dan kata – kata yang baik daripada korang ya… Tq in advance..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :