Sedangkan sebelum ni banyak benda saya mengalah dengan dia. Apa – apa perbincangan, mesti akan menjurus untuk saya terima keputuusan yang dia aturkan meskipun benda tu saya tak suka. Saya tak tahu ke mana lagi saya nak pergi.
Saya bukanlah orang baik – baik sebab tu family buang saya. Tapi tak sangka pasangan hidup saya pun sanggup buat saya macam ni. Rosakkan kepercayaan dan peluang yang saya dah bagi. Memang sifat lelaki ye, perlu hilang insan tu baru dia benar – benar hargai dan buat apa saja untuk pulihkan keadaan agar kembali macam biasa??
Terus terang saya cakap, hari demi hari terasa dingin je hubungan kami. Terasa seolah – olah cinta tu dah lama m4ti tapi bertahan sebab tanggungjawab je. Bayangkanlah, urusan anak – anak memang 100% dia tolak pada saya.
Sayalah mandikan, bagi makan, pakaikan baju, tidurkan diorang. Sampai masa saya nak keluar ke mana – mana pun kena pastikan anak – anak tidur dulu untuk elakkan diorang buat masalah. Kadang – kadang saya rasa terkongkong, saya nak ke kedai pun, kena bawak diorang, incase salah sorang masih berjaga dan tak mau tidur.
Pernah saya cakap saya tak sedap badan macam nak demam, harap sangat saya dapat berehat untuk beberapa jam dan ayat saya dapat, “Harap sangat awak tak s4kit masa ni, saya ada banyak urusan yang perlu disettlekan..”
Boleh bayang kalau satu hari saya s4kit teruk (Contoh), terp4ksa dikuarantin di hospitaI, mahu dia m4ti kutu terp4ksa menjaga anak – anak kami. Saya bukan taknak faham situasi dia tapi banyak benda dah saya sabar. Waktu saya banyak dihabiskan dengan anak – anak.
Pernah dia berhabis duit 1 – 2k untuk kononnya membeli jiwa saya, agar saya dapat jaga anak – anak dengan sebaiknya selepas ni. Katanya itu percutian keluarga. Saya bukan tak bersyukur.. Tapi nama saja percutian, badan ni terasa lagi berganda penatnya nak dibandingkan dengan duduk di rumah.
Dia tak habis – habis dengan urusan dia, dan saya berkejaran uruskan anak – anak seperti biasa. Tapi lebih extreme sebab anak – anak bila di tempat baru, excited diorang memang agak terlebih – lebih. Waktu tidur pun jadi tak menentu tak sama seperti berada di rumah.
Kadang – kadang kena layan mo0dy dia yang tiba – tiba tu. Si sulonglah tempat kemarahan kerana sulong kami agak nakal sedikit. Tapi bila sampai waktu dia s4kit, saya layankan je apa je keinginan dia yang kadangkala menjengkelkan.
Risau bukan kepalang.. Tetap anak – anak di bawah pemantauan saya. S4kit ke sihat ke, anak – anak masih tak saya abaikan. Tup – tup ada ungkitan dia dah berhabis banyak tapi bini tak enjoy pun percutian tu. Macam mana nak enjoy kalau feeling bercuti tu dah m4ti akibat kepenatan??
Tengok pulak suami dengan urusan dia memanjang. Kadang – kadang saya sedih, tak pernah sekali pun rasa family kami macam orang lain, hubungan kami suami isteri macam orang lain. Orang lain ada jugak bercinta lepas kahwin, happy je.. Tapi kami?? Berantakkan menanti beIah.
Sumpah saya dah penat.. Yaa, mungkin ada yang cakap jangan harapkan suami buat itu ini, kalau suami taknak jaga anak, ada yang suami jadi prajurit berbulan tak balik, kerja offshore semua bini terkontang – kanting buat semua, urus semua, yaa anda memang isteri yang hebat.
Tapi takpelah dah tuntutan tugas suami perIukan peng0rbanan dari pihak puan – puan jugak.. Tapi masalahnya, suami saya kerja berdekatan je. Patutnya ada waktu untuk uruskan anak – anak bersama, tapi takde.. Terlampau selesa sebab semua isteri yang handle..
Tu pasal bila saya buat cubaan larikan diri suatu masa dulu, dia tahu mengelabah, siap pergi report polis saya hilang. Saya gertak je masa tu, tak lari pun, duk je di suatu sudut terlindung dalam rumah. Dengan anak – anak yang mencari – cari saya sama.
Saya pun tak pastilah, dia perIukan saya sebab ikhlas sayangkan saya atau hanya untuk kepentingan saja. Banyak benda yang berlegar di kepala saya. Rasa macam nak lari betul – betul pun ada. Macam mana mungkin hidup dengan orang yang dah khiaanati saya?? Kepercayaan saya??
Kalau betul saya ni eg0, dah lama saya betul – betul tinggalkan rumah tak balik dah. Tapi saya sanggup butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut, disetiap apa perbuatan dia buat walaupun saya cukup – cukup meluat. Jadi, adakah saya isteri yang bermasalah??
Komen netizen :
NurNadhirah Jaafar : Allahu… puan seorang yang kuat. Diuji dengan pe’el seorang suami. Keluarga pula takda saat – saat perlu untuk bercerita. Kalau pendapat jujur saya yang tak berada di tempat puan, yang tak merasai kepenatan dan pend3ritaan puan.
Saya memang lama angkat kaki. Dipujuk rayu macamana pun takkan kembali dah untuk kali ni. Kita wanita berkahwin dengan orang yang kita sayang adalah untuk berkongsi hidup bersama. Saling menyayangi dan mencintai.
Jika perkahwinan tu menyebabkan kita rasa mend3rita, tertekan sepanjang masa undurlah diri. Tak perlu dah rasanya terus bertahan k0rbankan perasaan dan hati sendiri. Kat luar sana ramai je ibu tunggal lebih bahagia bersendiri.
Membesarkan anak – anak sendiri. Semoga puan terus kuat. Buat keputuusan kali ni fikirkan kebahagiaan diri sendiri terlebih dahulu. Fokus bahagiakan anak – anak. Jangan takut berpisah dengan alasan anak – anak tak dapat kasih sayang seorang ayah.
Cik Leen : Allahuakbar. Duit puan duit puan. Suami takleh usik duit puan. Kalau terguna wajib ganti. Hmm puan dah ambil ke kad puan? Hmm diam bukan penyelesaian yang baik. Biarkan dan saik0 dia pun bukan penyelesaian yang baik. Rujuk pejabat agama puan. Berbincang kaunseling ke apa. Tapi agak pada saya baik puan angkat kaki dari bertahan lama lagi.
Wan Nor Fathonah : Kesian sis. Memang sedih. Semoga sis kuat k. Buat keputuusan elok – elok. Memang tak patut seorang husband bersikap macam tu. Moga jumpa jalan terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan sis.
Kalau saya memang tak tahan dah. Banyak peluang dah bagi kat dia. Sia – sia je. Duit bini yang tak seberapa tu pun gatal nak guna jugak. Mungkin dia tak faham. Try pi kaunseling, pi pejabat agama tu. Entah sape yang materialistik sebenar pun tak tau. Dia cakap sis, tapi sebenarnya dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.