
Aku call suami tapi dia tak nak angkat. Aku viralkan gambar perempuan tu, baru suami nak jumpa dengan aku. Aku ikut cakap dia, padam gambar perempuan tu tapi suami terus terang dah tak sayang aku, dia nak berpisah. Tak mungkin! Kami kenal sejak umur 16 tahun..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin comel. Tolong hide profile aku ya. Aku meluahkan dekat sini sebab aku nak minta pandangan daripada semua. Aku tak tahu nak meluah dekat siapa sebab aku rasa semua orang sedang ambil kesempatan atas kes4kitan aku.
Aku seorang isteri dan juga seorang ibu, memiliki anak seramai 3 orang, 2 perempuan dan 1 lelaki. Aku berkahwin dengan Azman pada usia aku baru nak memasuki 16 tahun. Aku berkahwin pada tahun 2018 dan pada usia aku baru nak menjejak 24 tahun, pada tahun 2026 aku telah diceraikan suami.
Aku ringkaskan cerita aku sebab agak panjang untuk diceritakan. Bismillah. Semuanya bermula bila syarikat Azman dapat projek. Jadi kadang – kadang dia akan ke sana atas urusan kerja. Aku percaya selama dia ulang alik, apa yang dia buat hanya disebabkan kerja. Tetapi aku silap.
Pada tahun lepas, aku terasa kelainan bila mana setiap kali berjauhan atas urusan kerja, WhatsApp dia online tapi chat dengan aku langsung tak ada. Dan setiap kali aku nak video call dengan dia, dia sedang on another call. Aku diamkan diri aku, tak tanya apa – apa sebab aku masih percaya.
Tapi aku tak tenang. Aku diamkan diri, tak cakap banyak. Aku layan dan buat tanggungjawab aku, tapi dia langsung tak tanya kenapa aku berubah. Berminggu – minggu dan berbulan – bulan aku hidup ibarat tanpa suami. Ada depan mata tapi hati dan fikiran dia aku tak tahu ada di mana.
Dan dalam masa yang sama ramai kawan dia call dan cakap pasal Azman ada perempuan lain, Hana. Dan Azman dah kahwin dengan Hana di seberang. Hana ada di rumah mertua aku. Tapi aku mendiamkan diri dan buat macam tak ada apa yang berlaku.
B0dohkan aku? Takkan la keluarga mertua nak tipu aku. Aku tahu mesti ada yang cakap aku b0doh sebab aku buat tak tahu dan hanya mendiamkan diri. Bukan aku tak nak buat apa apa. Bukti tak ada di depan mata jadi aku hanya boleh mendengar. Tak boleh buat keputusan melulu.
Kemuncak pada tahun ni aku dapat panggiIan dari Terengganu berkaitan Azman dan Hana. Diorang suruh siasat sebab dah kecoh. Aku siasat dan terjumpa Facebook Hana. Aku menangis sebab jelas Azman ada dengan Hana. Diorang balik bersama.
Aku bekerja dan tak tenang. Aku call Azman minta bersemuka tapi tak ada respon. Aku viralkan gambar Hana dan Azman meminta aku padamkan gambar – gambar tu. Janji nak bersemuka. Tapi aku tak padam sehingga aku bersemuka dengan Azman di rumah.
Kata akan buat keputusan bila aku dah padamkan gambar Hana. Aku padam dan Azman kata kami berpisah. Aku diam. Aku terkedu. Azman minta pisah disebabkan katanya tak ada persefahaman. Aku tak boleh terima. Tak logik. Aku bagitahu Azman, aku rindu dan aku sayangkan dia. Takkan disebabkan orang lain kami perlu putuskan hubungan yang dah 8 tahun ni.
Azman menangis dan aku menangis. Azman kata masih sayang. Malam tu kami menangis, masing – masing luah masih sayang antara satu sama lain. Redha. Tapi keesokan harinya aku rasa macam ada yang tak kena. Tak tahu kenapa aku rasa ada sesuatu. Sesuatu yang tak dapat aku jelaskan.
Aku minta izin untuk buka telefon Azman. Dia mengelak. Dia kata tak nak s4kitkan hati aku. Aku tertekan. Tertekan sampai aku melutut nak tahu apa isi kandungan dalam telefon tu. Kami berg4duh dan dia buka. Aku tak baca perbualan Azman dan Hana.
Yang aku nampak hanya gambar. Gambar yang membuatkan aku seperti kena bvnvh. Seperti kena tik4m dengan pis4u yang amat tajam. Badan aku menggigil. BerpeIukan mesra. Gambar dalam hotel. Aku menangis sekuat hati dan aku pukuI Azman dengan sekuat hati.
Aku tanya Azman, dia nak berkahwin dengan Hana ke dan jawapan Azman, YA. Tapi bukan buat masa sekarang. Bila aku dengar tu aku rasa kosong, kecewa dan menangis tanpa henti. PukuIan demi pukuIan aku bagi pada Azman sehingga aku tak sedar apa yang aku cakap dan apa yang aku buat.
Yang buat aku tersedar bila Azman lafazkan cerai talak 1 pada aku. Aku rasa nak pitam. Aku meraung sekuat hati. Aku macam tak boleh terima hakikat suami yang aku sayang tergamak lepaskan aku hanya disebabkan perempuan yang baru dia kenal.
Aku keluar dari rumah dengan otak yang serabut. Petang bila aku balik, Azman dah tak ada. Aku rasa kosong. Rasa macam gelap sekejap dunia aku. Aku menangis. Menangis sepanjang malam. Aku macam orang tak betul. Aku WhatsApp, aku call minta dia balik. Aku menagih kasih daripada suami sendiri.
Aku peIuk baju dia. Aku betul – betul rindukan Azman. Aku tak dapat tidur dan aku buat keputusan keluar dari rumah untuk tenangkan fikiran. Aku keluar dari rumah tak ada hala tuju. Otak kosong. Rasa serabut. Tak ada tempat dituju. Ke sana sini macam orang tak ada akal.
Sehingga aku pergi ke suatu tempat. Aku rasa tenang. Walau aku menangis macam mana pun, aku tetap rasa ketenangan tu. Aku macam perlahan – lahan boleh terima. Mungkin jodoh kami sampai sini sahaja. Cuma aku belum pergi ke pejabat agama menguruskan hal penceraian kami sebab aku masih sayangkan Azman.
Selama aku hidup dari alam persekolahan hingga sekarang, Azman lah tulang belakang aku. Azman lah kawan, Azman lah ayah dan ibu kepada aku. Dari kami kosong sehingga mampu merasa senang, Azman lah yang bagi semangat.
Semua mungkin cakap aku b0doh, siksa diri sendiri. Tapi aku masih tetap sayangkan Azman. Aku tak minta kecaman. Aku hanya minta sedikit kata – kata sokongan daripada w4rga FB. Pandangan yang baik aku terima. Maaf kalau penulisan aku agak celaru. Aku menaip dengan fikiran yang serabut. Terima kasih admin siarkan. -Dari insan lemah
Ulasan Pembaca :
Pria Mujahedeen : Bagus sebenarnya dia lepaskan awak. Dia dah berz1na. Dia dah meletakkan diri dia seorang yang dayus. Dia tak nak s4kiti awak dengan kepura – puraan dia. Move on kak. Betul akak sayang dia. Tapi dia dah tunjuk dia bukan lelaki yang baik. Dia dah rosakkan diri dia dan keturunan dia.
Suhaili Abdul Mutalib : Tahniah kerana kahwin pada usia muda. Istighfar dan tenangkan diri. Mungkin ni petunjuk jodoh sis. Ramai kawan kita. Happy lagi bila bersendiri daripada ada yang meny4kitkan hati. Kami doa dari jauh semoga Allah membantu sis. Amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.