Ramai murid aku pulaukan, ejek budak miskin, anak yatim. Sehinggalah mereka kata budak tu bau hapak, esoknya dia tak datang

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sampai lah satu hari, kawan – kawan cakap dia busuk. Bau hapak. Aku dah tak boleh diam, aku kena tegur dorang. Esoknya budak tu tak datang, satu kelas aku bagi ceramah sampai mereka menangis…

#Foto sekadar hiasan / AI. Di tahun kelima aku menjadi pendidik, banyak cerita yang aku simpan. Banyak pengajaran dan jalan hidup yang aku saksikan. Banyak aku belajar darı anak murid aku. Setiap tahun ada saja cerita yang akan membuatkan aku emosi. Kerana setakat ini saja aku mampu tolong. Izinkan aku share satu cerita.

Aku ada seorang pelajar. Aku panggil A je la. Selalu tak datang sekolah. Agak kecil tubuhnya daripada rakan – rakan yang lain. Bila datang, seluar koyak, baju koyak. Kasut lusuh sangat, buku tak bawa. Mula – mula aku selalu membebel suruh bawa buku.

Bagi aku, hidup kau macam mana pun. Pelajaran ni la akan ubah hidup kau. Jadi dalam kelas aku, jangan malas. Sampai satu hari aku terungkap ayat “kalau tak pandai buat, minta la tolong mak.” A cakap “tak baik la teacher cakap macam ni, mak saya dah tak ada.” Aku tersentak, tapi nak cover aku cakap la “takpe, teacher boleh tolong.”

Lepas tu terus aku jumpa guru kelas dia. Tanya pasal A. A anak nelayan. Arw4h mak dia cleaner. Ayah dah meninggaI, yang nelayan ni ayah tiri. Mak dia baru meninggaI tahun lepas, accident. Jadi yatim piatu. Tinggal la dia dengan ayah tiri. Sebab tu selalu tak datang, ayah pergi laut, dia memang tak ada orang hantar ke sekolah.

Aku terdiam. Hebatnya ujianmu anak. Sejak tu aku tak tanya lagi pasal keluarga tapi aku still push pasal belajar. Mereka budak, belum faham. Kıta orang dewasa ni je nampak bagaimana pendidikan boleh ubah nasib keluarga. Aku still nak dia usaha, focus belajar.

A ni tak berapa boleh belajar. Selalu tertinggal. Kawan sekelas dia ramai yang bijak. Mula – mula aku tengok je, nak observe dulu. Mereka macam pulaukan dia. Dia pun tak kalah. Dia akan meIawan. Tapi aku nampak, dia nak backup diri dia je.

Mungkin darı jauh, nampak dia yang problem4tic. Sebab dia je yang bising. Yang lain membuIi dalam diam. Yang lain sepakat. Aku tunggu masa yang sesuai je. Untuk aku tegur satu kelas ni. Sampai lah satu hari, kawan – kawan cakap dia busuk. Bau hapak.

Dia meIawan macam biasa tapi dia tunduk. Tak angkat kepala. Okay I had enough. Aku tunggu lagi, taknak cakap depan dia. Esoknya, dia tak datang. Satu kelas aku ceramah. Aku cakap, korang ni ada mak ayah. Dia mak ayah tak ada. Bangun tidur tak ada orang k3jut.

Basuh baju tak sempat belajar lagi macam mana. Makan, tidur. Dia urus sendiri. Dia jaga adik dia. Korang cakap dia bau hapak? Teacher nampak dia sangat berdikari. Apalah sangat bau hapak tu dengan susah hidup dia. Korang sedih, ada mak ayah pujuk.

Dia sedih, sapa nak pujuk, sapa nak peIuk dia? Sapa nak teman dia? Dia sunyi, sorang – sorang dalam dunia ni. Korang boleh hidup ke sorang – sorang? Minta maaf, jangan buIi orang. Letak diri awak dekat tempat dia. Kalau tak tahan bau hapak, apa kata ajar dia macam mana. Jangan buIi. Jangan jadi sebab orang give up dengan hidup mereka.

Satu kelas diam. Ada yang nak nangis. Budak, tak fikir panjang. Bila ada orang tegur, baru sedar. Aku pun nak nangis masa cakap. Berkali – kali tarik nafas. Hebatnya ujian Allah bagi, untuk susuk tubuh anak kecil ini. Beberapa hari lepas tu, aku ada bagi baju dan kasut baru.

Dari sekolah, aku cuma serahkan. Aku cakap, pakai baju ni esok. Dia cakap kalau saya jual boleh? I said no, ni untuk awak. Dia cakap, saya tak biasa pakai baju baru. Selalu baju saya semua lama dah. Dah lama saya tak ada baju baru. Saya malu. Aku sedih lagi. Aku p4ksa jugak dia pakai. Dia berhak untuk rasa bagus dengan diri dia.

Dia cakap terima kasih tapi langsung tak pandang aku. Dia tahu aku marah kawan – kawan dia. Dia minta maaf selalu tak bawa buku. I know people like him, disebalik per4ngai rebel mereka, mereka sebenarnya insecure, malu. Tak confident.

Sempat aku pesan, belajar rajin rajin. Be someone. I want to meet you in the future and feel proud being your teacher. Itulah hari terakhir kami jumpa. Esoknya dia dah tak datang sekolah. Dia dah di bawah jagaan JKM. Terus pergi begitu. Tak sempat ku titipkan pesanan. Sedih juga. Setakat ini saja pertolongan aku untuk dia. Tidak sampai ke titik penamat.

Apa khabar anak muridku? Teacher harap awak kuat. Teacher harap awak terus usaha dan percaya dengan diri awak. Jangan pernah putus asa, belajar. Kejarlah ilmu. Semoga satu hari, awak la orang yang mengubah nasib keluarga awak. Jangan kau jatuh sebelum bermula. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah selalu. – Teacher S (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nurul Mohd : Ye… tiada yang memujuk. Penat tau pujuk diri sendiri. Macam anak saya yang no 2. 3 tahun lalu, dia pergi kubvr ayah dia. Dia excited nak cakap sesuatu. Saya pun excited nak rekod sebab nampak dia excited. Sekali tu….anak saya kata;

“Takpelah yayah. Yayah tak dapat hantar imah ke sekolah. Umi ada. Yayah dapat hantar masa pra je. Masuk darjah 1, yayah dah takde”. Rupanya …selama ni si anak yatim ini memujuk diri sendiri. Dan bayangkan… si anak ini memujuk diri sendiri seumur hidupnya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.