Ramai puji aku masih cantik macam anak d4ra, suami aku plak tak handsome. Tapi suami layan aku macam sampah. Selalu maki, naik tangan

Aku ada kerjaya yang elok, gaji alhamdulillah, rupa paras cantik juga walaupun anak 3. Masih ada orang ingat aku anak d4ra. Suami aku ni rupa memang tak hensem langsung, dengan jerawatnya. Kalau dah selalu maki, hina aku, kenapa tak ceraikan je..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Tolong hide profile aku ya. Bagaimana hendak mula cerita, mencoret beban di d4da. Tak terluah apa yang aku pendam. Aku dan suami telah bernikah hampir 10 tahun. Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan. 9 tahun, 7 tahun dan paling kecil setahun usia.

Suami dan aku mempunyai kerjaya yang sangat bagus. Alhamdulillah. Rezeki kami sangat murah. Pada pandangan mata kasar kami bahagia. Tapi di sisi pandangan lain. Kami porak peranda. G4duh siang malam. Bercakar. Suami aku mempunyai kerjaya sebagai seorang pensyarah, bergaji besar, soft spoken dengan orang luar, keluarga, tetapi dengan aku dimaki hamun, kalau marah berg4duh berkau aku dengan aku, b0doh kurang ajar, bebaI, siaI, b4bi, tak guna selalu dihamburkan pada aku.

Menangis sampai bengkak mata. Dah penat nak menangis. Masa aku mengandung anak sulung kantoi layan web p0rno aku menangis – nangis, tanya kenapa buat macam itu. Ditolaknya sampai jatuh terduduk. Allah. Pada masa itu tak ada apa di dalam kepala aku selain nak minta cerai.

Tapi Allah bagi kekuatan melalui anak. Sehinggakan aku mengandung pula anak kedua. Per4ngai makin menjadi. Pantang aku tegur sikit melenting. Hambur maki hamun jerit – jerit marah aku depan anak – anak. Lepas itu dia akan buat tak tahu hal anak – anak.

Anak ber4k, anak menangis, nak susu nak makan dia buat b0doh saja. Tinggal anak – anak pada aku. Dia duduk dalam bilik main telefon atau tengok movie di laptop. S4kit hati Allah saja tahu. Aku ikut juga nasihat orang orang lama, buat saja macam biasa jaga makan pakai dia macam biasa.

Tapi suami aku ini kalau dah g4duh aku masak pun tak disentuhnya, aku ajak makan dengan muka kelat muka penuh kebencian cakap tak nak, kau makanlah sorang. Kadang – kadang tu, makanan buang membazir macam itu saja. Baiklah tak payah masak untuk dia.

Tapi kalau g4duh ke apa, hal anak – anak aku tetap kena uruskan. Dia urus diri sendiri macam lelaki bujang. Keluar pergi gym sorang – sorang, keluar makan mamak sorang – sorang. Dah macam bujang kan. Tapi depan orang lain berlakon kemain baik. Semua benda dia tahu semua benda dia pandai.

Suami aku juga selalu naik tangan pada aku. Pernah dia cekik aku, tolak aku sampai jatuh dari katil, tarik rambut, pulas telinga aku sampai berd4rah, tendang aku suruh keluar bilik, pijak kaki aku dengan kasut spike di tapak, tarik baju aku sampai berbirat lengan tercabut butang baju, tarik tudung aku sampai pin tercucuk kepala, pernah sekali itu masa aku tengah dukung anak menyusu.

Salah satu sebab dia marahkan aku adalah sebab tolak ajakan layan nafsu dia. Dia minta aku buat bukan – bukan. P4ksa aku tanpa rela. Allah. Macam mana aku boleh bersabar sampai sekarang. Semua sebab anak. Anak s4kit aku yang berjaga malam, dia tidur sepanjang malam tanpa ada rasa risau. Setakat bawa ke klinik dan ambil ubat lepas itu lantak engkau nak sihat ke tak.

Sampai klinik pun tunggu dalam kereta saja. Aku terkial – kial dukung anak, pergi daftar di kaunter. Tengok suami orang lain dukung anak sambil dodoi zikir – zikir sebaknya hati. Teringin sangat nak macam itu. Yang buat aku makin benci pada suami aku ialah dia tak hormat ibu ayah aku, boleh buat muka kalau ibu ayah aku datang ke rumah.

Ibu ayah aku jauh – jauh bawa kereta dari Kelantan. Nak jumpa cucu – cucu di Kuala Lumpur. Buat tak nak saja layan. Buat muka tak suka. Kalau bercakap pun macam sindir – sindir. Bawa makan pun macam tak ikhlas. Aku memang tak boleh tahan kalau dengan ibu ayah aku, dia boleh buat kurang ajar.

Yang paling aku menyampah ibu ayah dia selalu nasihatkan aku supaya jadi isteri yang patuh, ibu yang rajin – rajin untuk anak – anak. Nak saja aku jerit depan muka ibu ayah dia bagi tahu per4ngai sebenar anak mereka yang Nauzubillah kurang ajar pada aku, ibu ayah aku dan keluarga aku.

Nak saja minta ibu dia nasihatkan. Tapi aku masih ada perasaan hormat dan tak nak aibkan dia. Ibu dia pula nama saja hajjah tapi mulut Nauzubillah. Mengata orang nombor satu. Anak per4ngai macam s3tan dia tak nampak. Dengan adik – adik aku pun dia pandang sebelah mata.

Maklumlah adik – adik aku tak berkelulusan tinggi, kerja biasa – biasa saja. Nak pergi ke rumah adik – adik aku memang dia tak layan. Adik – adik aku punya lah sayang anak – anak aku, layan macam anak sendiri. Tapi suami aku layan mereka macam sampah.

Kalau nak pergi rumah adik – adik aku pergi sendiri bolehlah lepak lama sikit. Kalau pergi dengan dia, panas punggvng ajak balik sambil jeling – jeling pada aku. Penatlah nak layan per4ngai dia. Suami aku juga pernah kantoi berwasap dengan bini orang, rakan sekerja dia. Bukan main manja bahasa.

Dengan aku Allah kemain kasar. Yang pelik. Suami aku kalau datang angin mood dia baik, dia akan layan aku macam puteri, hantarkan bunga di ofis, bawa aku makan tempat mahal, bawa bercuti di hotel – hotel hebat. Tapi layanan itu tak lama, sekejap saja dia berubah – ubah. Kadang – kadang tak faham aku.

Dan masalah yang paling besar adalah suami aku tak solat. Kadang – kadang malu aku pada anak – anak yang tengah membesar, anak ajak solat dia buat tak dengar saja. Aku yang ambil tanggungjawab ajar anak solat panggil dan bayar ustaz datang rumah ajar mengaji solat.

Kadang – kadang aku terfikir, aku bukan tak ada kelulusan, aku ada kerjaya yang elok, gaji alhamdulillah, rupa paras cantik juga walaupun anak 3 masih ada orang ingat aku anak d4ra. Kadang – kadang fikir, tak ada dia pun aku boleh terus hidup. Asyik b0dohkan aku, siaIkan aku.

Bila aku tanya kenapa simpan aku lagi, ceraikanlah aku. Buat muka ego setinggi langit. Suami aku ni rupa memang tak hensem langsung, hitam, rambut kerinting, muka berjerawat batu. Tak ada niat nak burukkan dia. Biarlah suami anda itu tak berduit buruk rupa tapi layan anda dengan baik. Syukurlah.

Tak apalah mungkin ini nasib hidup yang aku kena hadap. Ini pilihan yang aku buat. Bukan p4ksaan dari mana – mana pihak. Aku pasrah. Aku sangat jeles bila tengok kawan – kawan yang ada suami yang membimbing ke jalan lurus, mengaji solat bersama. Aku tak pasti nak minta pendapat ke atau setakat nak luah perasaan. Terima kasih kerana sudi membaca. Lega rasa dapat luah di sini.

Ulasan pembaca :

Nor Shahera Ezana : Kerjaya ada. Rupa ada. Maka haruskah dibiarkan sahaja. Oh sayang. Jangan perjvdikan hidupmu yang serba lengkap dek kerana masih bertahan untuk orang sedemikian. Kalau tak percaya, cuba move on, tengoklah, nanti dia merangkak merayu pada kau.

Batrisyia Qiestina Alya : Kalau aku jadi kau, aku pasang CCTV senyap – senyap. Rekod apa yang dia lakukan. Kalau dah isytihar darurat kau bagi tengok keluarga dia. Biar semua orang buka mata tengok perkara sebenar. Boleh juga jadi bukti untuk kau tuntut fasakh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :