Rupanya sepanjang saya hidup, mak dan ayah tak pernah pun berkahwin. Mereka hanya bersekedudukan. Masa adik kahwin, mak cari wali tipu

Mak sed4ra saya pun akui memang mak dan ayah saya tak pernah bernikah dari kami lahir. Bayangkan saya ada 3 orang adik beradik dan kami semua adalah anak h4ram. Masa saya nak kahwin, saya menangis depan hakim sebab terp4ksa menipu saya tak jumpa ayah saya.

#Foto sekadar hiasan. Ini kisah aku tentang dilema anak tak sah taraf. Salam admin. Mohon hide profile saya. Assalamualaikum buat semua rakan di facebook. Sebelum saya memulakan cerita, perlu saya terangkan bahawa saya, abang saya dan adik saya berstatus anak luar nikah.

Saya seorang perempuan. Ini diakui sendiri oleh arw4h mak saya. Mula – mula saya tak percaya sebab dah terlalu lama mereka bersama. Saya tanya pula pada mak sed4ra saya dan dia pun akui memang arw4h mak saya dan ayah saya tak pernah bernikah dari kami lahir sehingga arw4h meninggaI dunia.

Arw4h mak saya dan ayah saya sudah bersekedudukan lama sangat sehingga saya berusia 12 tahun. Saya mempunyai seorang abang yang tua setahun dan adik perempuan yang berusia muda setahun dari saya. Pada usia 12 tahun, akhirnya mak dan ayah saya berpisah.

Mak saya keluar dari rumah membawa saya dan adik perempuan saya. Arw4h membuat pengakuan status kami semasa adik saya hendak bernikah. Atas sebab malu, arw4h mak saya guna jalan belakang, iaitu menggunakan wali hakim yang tak bertauliah untuk menikahkan adik saya dan suaminya di Johor.

Akibatnya, nikah adik saya tidak didaftar secara sah dan mereka terp4ksa melalui pelbagai proses untuk mendaftar pernikahan demi mendaftar anak mereka. 2 tahun selepas adik saya bernikah, mak saya meninggaI dunia. 3 tahun selepas arw4h meninggaI, giliran saya pula untuk bernikah. Saya membuat permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim kerana status saya.

Namun hakim menolak permohonan saya dan mengatakan saya mesti bawa ayah saya untuk membuat pengakuan tentang status saya. Saya ingin minta bukti dari nikah adik saya pula, tiada bukti pengakuan arw4h di mana – mana mahkamah tentang status kami.

Akhirnya, saya cuba berbincang dengan ayah saya. Ayah saya menolak sekerasnya untuk mengakui status saya dia mem4ksa saya beritahu pada hakim bahawa mereka pernah menikah di Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia. Jadi mereka tidak ada sijil nikah di Malaysia.

Saya buntu sangat masa ni. Kenapa saya perlu menipu sampai macam tu? Saya takut sangat kalau saya ikut cadangan ayah saya, nikah kami jadi tak sah. Saya menangis depan hakim sebab saya terp4ksa menipu saya tak jumpa ayah saya. Saya tahu hakim dapat kesan saya menipu, tapi beliau suruh juga saya membuat iklan di akhbar mencari untuk mencari ayah saya.

Saya buat dan serahkan pada hakim. Akhirnya hakim meluluskan permohonan saya untuk menikah menggunakan wali hakim. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya sudah pun mempunyai 2 anak. Kini, masalah lain pula timbul. Surat bank tiba di rumah pusaka atuk saya meminta saya untuk menguruskan sejumlah wang arw4h di dalam bank. Saya pergi membuat tuntutan.

Bank pula suruh saya buat surat di pusaka kecil. Saya ke pusaka kecil, ditend4ng pula ke amanah raya kerana arw4h tidak mempunyai tanah atau rumah. Hanya sejumlah wang di dalam bank. Di amanah raya pula, saya berhabis duit dan masa untuk uruskan segala dokumen.

Rumah saya ke pejabat amanah raya mengambil masa sejam untuk sampai. Saya cuba menutup a1b ayah saya. Saya cakap arw4h mak dan ayah saya sudah bercerai. Tapi masa mereka nikah, mereka nikah di thailand dan tidak didaftar di Malaysia.

Jadi cerai mereka juga tidak didaftar. Jawapan amanah raya pula, mereka tidak boleh berbuat apa – apa. Kalau nak keluar juga duit, saya kena pergi buat surat faraid. Jadi bila dah buat surat faraid, kiranya ada juga la bahagian ayah saya walaupun mereka tak pernah ada apa – apa hubungan.

Saya rasa sangat – sangat tak adil. Saya kecewa. Kenapa la orang lain yang buat d0sa, saya pula yang disusahkan. Orang yang tak tolong uruskan harta boleh pula senang lenang dapat bahagian walaupun dia tak ade hak. Saya bukan orang senang. Kadang lagi seminggu nak gaji, duit tinggal RM50 sahaja.

Jadi dengan sedikit duit dalam bank, saya bole la langsaikan sedikit hutang – hutang arw4h. Boleh la buat upah haji untuk arw4h. Boleh tak w4rga FB yang bijak pandai bagitahu, ade tak apa – apa cara untuk saya membuat pengakuan bahawa saya memang anak luar nikah? Supaya senang urusan saya akan datang.

Jangan bagitau benda ni duniawi la, apa la, saya tak nak dengar. Tolong beri jawapan yang saya nak, iaitu cara macam mana saya memang boleh sahkan status saya mengikut undang – undang dan sekaligus menolak hak ayah ke atas kami adik beradik dan mak saya. Terima kasih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :