Saya terp4ksa bekerja untuk sara keluarga. Kalau saya ini anak orang kaya, takde nya saya nak kerja begini. Kadang – kadang jiran tetangga ejek saya. Mereka kata, orang bangla, nepal pun gaji lebih tinggi dari saya. Kenapa saya kerja yang gaji lebih rendah dari orang asing?
#Foto sekadar hiasan. Saya berumur 28 tahun, lulusan master, masih single namun tidak jobless. Tetapi saya hanya kerja cleaner dengan gaji RM 600 sebulan. Percaya atau tidak, inilah realitinya. Saya dulu pelajar pandai. Di sekolah sering top 3, UPSR hingga SPM cemerlang, sentiasa dapat anugerah.
Masuk universiti sentiasa dekan, aliran sains. Lebih kurang sama macam kisah confessor sebelum ini yang ceritanya budak straight A tu. Tak ingat dah confession tajuk mana tapi cerita dia pun lebih kurang cerita saya juga. Saya yakin ramai lagi yang punya jalan hidup macam saya.
Ramai saya kira lulusan sains yang dulunya budak pandai tapi akhirnya bekerja di luar bidang, malah guna result SPM sahaja. Belajar tinggi – tinggi pun akhirnya result uni tak guna pun. Sama juga seperti saya. Lulusan master bidang sains tetapi akhirnya hanya kerja yang langsung tak perlukan kelulusan apa – apa pun.
Takde SPM pun tak apa, janji rajin bekerja. Alkisahnya saya belajar straight dari SPM hingga Master jadi sudah tentulah tiada pengalaman bekerja. Lepas grad Master terus mencari kerja. Saya kira sudah beratus – ratus resume dan cover letter saya hantar sana sini, baik menerusi email mahupun walk-in.
Segala bidang saya dah apply, namun tiada jawapan. Kalau mereka kata saya gagal, tidaklah s4kit sangat. Tapi ini langsung tiada jawapan. Saya memilih kerja? Ya. Mula – mula lepas grad, saya hanya apply kerja dalam bidang sahaja.
Namun selepas beberapa bulan langsung tiada panggiIan, saya luaskan skop kerja kepada semua bidang. Malah saya apply sahaja semua jenis kerja sehingga yang perlu result SPM sahaja pun saya apply. Saya juga sanggup letak expected salary hanya RM 1,000 sahaja pada resume saya namun, tetap juga tiada recruiter mahu hire saya.
Sedih. Kecewa. Saya pelik kenapa langsung tidak diberi peluang. Interview pun langsung tak pernah dipanggil. Saya kira saya ni memang tak pernah diberi chance untuk hadir interview, apatah lagi diberi peluang untuk kerja. Selepas setahun lebih menganggur, akhirnya saya dapat tawaran kerja sebagai cleaner.
Saya sudah puas menganggur. Lebih lama saya menganggur, lebih susah hidup saya kerana saya juga perlu duit untuk makan minum dan teruskan hidup. Lagipun family saya susah dan saya masih ramai adik – adik di bawah saya yang perlukan duit.
Mahu atau tidak, saya terima sahaja kerja sebagai cleaner dengan hati yang redha dan ikhlas. Mulanya ibu bapa saya menolak mentah – mentah penerimaan saya untuk kerja sebagai cleaner. Tapi saya beritahu mereka, ini saja rezeki saya.
Apa boleh buat. Ibu bapa saya siap cakap lagi, kamu budak pandai tapi kerja lebih teruk dari bangla nepal. Apa langsung sudah tidak ada kerja lain yang lebih baik? Tapi saya cakap. Kita ni orang susah mak, sampai bila saya nak terus begini.
Saya kasihankan mak ayah, juga adik – adik. Saya perlu bekerja. Akhirnya ibu bapa saya faham. Biasalah, kerja cleaner ni memang penat. Kerja dari awal pagi sampai petang, kadang – kadang extend sampai ke malam. Kerja ini memerlukan kudrat yang lebih dari kebiasaan.
Perlu sapu mop cuci lantai, cuci tingkap, sental kotor sana sini, kutip sampah sarap. Itulah rutin saya setiap hari. Jangan harap nak berlawa. Sebab akhirnya badan akan kotor juga. Mula – mula kerja, satu badan saya s4kit – s4kit tapi akhirnya lama – lama saya sudah terbiasa.
Balik kerja je ibu kadang – kadang sedih tengok saya. Ibu cakap, kasihan anak ibu terp4ksa kerja macam ni. Muka yang cerah pun dah jadi gelap sebab kadang – kadang ada masa kena berjemur bawah matahari. Kulit pun dah bertompok hitam putih sebab kerja ni berpeluh banyak dan main kotor dan panas.
Gaji cuma RM600 sahaja sebulan. Kerja overworked dan overtime tapi underpaid. Apakan daya. Saya terp4ksa bekerja untuk sara keluarga. Kalau saya ini anak orang kaya, takde nya saya nak kerja begini. Kadang – kadang jiran tetangga ejek saya.
Mereka kata, orang bangla nepal pun gaji lebih tinggi dari saya. Kenapa saya kerja yang gaji lebih rendah dari orang asing? Mereka tak faham. Saya sudah puas cari kerja merata tempat tapi memang belum ada rezeki saya.
Sebagai cleaner, sudah tentu saya ini dipandang rendah dan hina. Saya sudah biasa dipandang remeh oleh orang – orang lain yang melihat kami di jalanan. Kadang – kadang kami dilayan dan ditengking oleh orang lain seperti kuIi yang sangat – sangat h1na.
Kadang – kadang kami diIempar dengan sampah hanya kerana kami cleaner, mereka pun buang sampah merata sebab nampak kami ada di situ. Apalah salahnya tolong buang dalam tong sampah. Kalau tiada sampah merata – rata, kami tetap kena bekerja juga.
Apa anda fikir, kalau semua orang buang sampah dalam tong sampah, cleaner takde kerja nak buat? Janganlah jadi kolot. Walaupun kerja ini penat, bayaran pun tidak setimpal, tapi saya yakin ada sebab kenapa Allah letak saya dalam situasi begini.
Sekurang – kurangnya saya belajar memahami kerja ini dan pekerja cleaner. Kebanyakan pekerja cleaner adalah makcik – makcik tua yang kudratnya sudah lemah namun terp4ksa bekerja kerana nak surv1ve. Saya selalu sedih melihat nasib makcik – makcik cleaner yang tak cukup makan.
Kadang – kadang, bila saya sedih mengenangkan nasib diri, saya lagi sedih melihat makcik cleaner ini semua. Melihat wajah mereka pun sudah cukup meruntun jiwa saya. Ada anak mereka yang sudah kahwin dan sudah kerja, tapi masih meminta duit dari emak mereka.
Sepatutnya di usia emas begini, makcik – makcik ini sepatutnya hanya berehat dan fokus beribadat saja. Tapi mereka terp4ksa bekerja demi anak – anak. Saya pula yang rasa geram dengan anak – anak makcik ini. Alhamdulillah sejak kerja cleaner ni, saya dah pandai bergaul dengan orang tua.
Bestfriend saya pun semuanya makcik – makcik tua. Saya pun dah belajar cara betul untuk bersihkan tandas, cuci lantai cara effisien. Kalau saya tak jadi cleaner, mungkin saya tak tahu tips – tips ni semua. Saya yakin Allah sedang merencana sesuatu yang baik untuk saya.
Saya sentiasa husnuzzon. Walaupun selalu juga rasa lemah dan sedih dengan nasib saya, tapi saya selalu cari hikmah di sebalik semuanya. Saya selalu puji diri sendiri dan bisik dalam hati. Saya kata pada diri sendiri, walaupun kau cleaner tapi kau masih sihat fizikaI tak cac4t.
Ada orang lain kerja bagus tapi tiba – tiba Allah uji accident dan s4kit. Kau sihat walafiat. Alhamdulillah sihat pun ialah rezeki. Walaupun kau cleaner tapi kau masih ada mak ayah yang baik. Syukur. Ada orang lain kerja bagus tapi mak ayah bercerai.
Kadang – kadang saya pesan juga pada diri, walaupun kau cuma cleaner tapi kau tak perlu sengsara hadap rakan sekerja yang tak best dan boss yang suka marah – marah. Alhamdulillah sebab rakan sekerja saya semuanya makcik – makcik yang baik – baik.
Mereka semua anggap saya macam anak mereka. Saya pesan pada diri, Allah belum bagi saya berjaya. Sebab dia nak bagi rezeki kerja yang lambat sikit. Mungkin rezeki kerja saya tertangguh sebab Allah nak bagi yang baik terus nanti.
Sangka baik selalu. Walaupun dah 28, saya masih belum str3ss untuk risau soal kahwin kerana ibu bapa saya lebih memerlukan perhatian lebih dari saya. Saya perlu bantu tingkatkan ekonomi keluarga supaya keluarga saya boleh keluar dari kepompong kemiskinan.
It’s just that I need to wait for the right time je. Kalau saya kahwin tapi ibu bapa hanya cukup makan di kampung, saya akan merasakan bahawa saya anak tak guna. Cukuplah saya dengar cerita – cerita sayu dari makcik cleaner je tentang anak – anak mereka.
Yang pasti saya tak nak jadi macam anak – anak makcik cleaner. Buat jobhunt3rs yang senasib macam saya, jangan bersedih. Ada ramai lagi geng macam kita : geng rezeki lambat. Jangan terlalu membandingkan hidup kita dengan orang lebih baik, sebab ianya hanya akan menghakis rasa syukur kita.
Sebaliknya sentiasalah melihat orang yang lebih susah dari kita, sebab ia akan buat kita sentiasa rasa bersyukur dan memuji kebesaran Tuhan terhadap kita. Sejak kerja cleaner, saya dah takde sosiaI media. Facebook, instagram, twitter semua saya dah delete.
Sebab saya nak didik hati supaya jauh dari sifat cemburu dan tidak bersyukur. Saya juga gesa family saya supaya uninstall semua socmed. Supaya mereka tidak cenderung untuk membanding – bandingkan kehidupan siapa lebih baik.
Kita semua ada timeline hidup masing – masing, fasa pergerakan hidup kita tak sama. Ada orang cepat bab kahwin tapi lambat bab zuriat, ada orang lambat kahwin tapi zuriat cepat. Ada orang kerja cepat tapi gaji lambat naik. Ada orang kerja lambat tapi sekali kerja terus gaji tinggi.
Sangka baiklah dengan Allah. Jangan sampai putvs asa dengan rahmat Allah. Teruskan berdoa dan yakin denganNya. Allah Maha Mendengar. Sekurang – kurangnya bersyukurlah Allah uji kalian dengan rezeki kerja je. Dia tidak uji kita semua dengan berita kem4tian keluarga, berita peny4kit kr0nik, berita jen4yah, berita hutang ah long dan sebagainya. Bersyukurlah ujian yang kita dapat sekarang mampu untuk kita pikul.
Buat anda yang senasib dengan saya, tahniah kerana bersabar. Yang penting kerja je apa pun. Jangan menganggur. Setiap kerja ada kebaikan dan pengajaran masing – masing.
Nota kaki : walaupun ramai graduan sanggup kerja underpaid dan tidak berkaitan dengan bidang, namun masih ada pak menteri cakap melayu pemalas. Saya sangat terasa dengan statement ini sebab saya sanggup kerja cleaner walaupun belajar tinggi, dan saya tahu ada ramai lagi graduan melayu lain yang macam saya.
Dia boleh la cakap macam tu sebab keluarga dia dah kaya. Cuba suruh cucu dia pulak mengemis kerja macam graduan lain? – Cik karipap
Komen Warganet :
Faeza Dalilya Zakaria : Untuk permulaan boleh try fastfood restaurant macam McD, KFC instead of cleaner. Free meal, OT, KWSP, medical ada kot. Try as supervisor ke. Mana tau ada rezeki jadi manager / office / management . Yang penting ada opportunity career develoment. Kalau perlu berhijrah why not. Single lagi kan. Saya doa sis murah rezeki ya
Fitrah Ishak : Same here. Saya dah stop apply keje sejak 2 bulan lepas. Sekarang ni fokus nak kumpul duit. Nak bukak ladang lembu. Dah tak berharap kerja dalam bidang. realitinya orang yang bukan ada degree tapi dapat kerja orang degree.
Orang yang bukan master dapat keje yang sepatutnya untuk orang master. Alasan tiada pengalaman. Sapa nak bagi pengalaman kalau dah semua tak nak amik keje. Hahahahah. At least jaga lembu tak perlu pengalaman.
Nur Izzah Roslan : Jangan sedih confessor, saya pun senasib awak tapi saya 30, belum berkawin, kerani dengan master. Masuk pun pakai SPM, takpe awak slow – slow, saya doakan awak dipermudahkan dapat kerja lebih baik, time zone kita tak sama dengan org lain, keep strong confessor.
Nur Inayah : Termasuk saya lah, kita yang grad dari uni ni tak diajar entrepreneurship, jadi dalam minda kita ni tak lain bila dah grad nak makan gaji je, sedangkan kita patut diajar jugak untuk bangun sendiri dan pada masa yang sama employ orang lain, jadi masalah graduan menganggur boleh dikurangkan.
Kita boleh create job sendiri. Macam cleaner ni, boleh start slow – slow iklankan diri sendiri di sosiaI mesia dan medium lain macam mudah.my atau corousell, gunakan internet untuk marketing. Sekarang kan industri 4.0. wake up guys!
We can do more! Saya akui saya masih makan gaji sekarang sebab saya perlukan pengalaman dan tambah networking. Jalan kita tak sama confessor, jadi gunakan internet untuk kembangkan potensi hokkeii!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.