Aku benci anak aku gelap, ikut muka dan per4ngai keluarga mertua, tak ikut muka aku langsung

Anak sulung aku baru umur 3 tahun. Keluarga mertua selalu cakap anak sulung aku kulit gelap macam ayah mertua dan adik ipar, ikut beIah mertua. Aku benci sebab dia takde langsung ikut muka aku. Bila anak kedua lahir, putih, comel macam aku tapi keluarga mertua langsung tak puji. Aku jadi m4kin benci..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca luahan aku. Harap para pembaca dapat bantu berikan nasihat yang berguna untuk masalah yang aku akan ceritakan ni. Nama aku Farah. Aku ialah seorang isteri dan mak kepada dua orang putera.

Sebelum ni aku bekerja sebagai pensyarah tetapi berhenti setelah melahirkan anak kedua ku. Penat nak PJJ dengan suami aku. Yelah macam mana aku nak handle kerja dengan jaga dua orang anak lagi. Jadi aku ambil keputvsan untuk berhenti dan pindah duduk bersama dengan suami aku.

Anak aku yang sulung berumur 3 tahun dan yang kedua berumur 6 bulan. Sebelum aku teruskan penceritaan, aku cerita dulu punca masalah yang aku hadap sekarang ni. Sewaktu aku mengandungkan anak sulung, aku banyak makan hati berulamkan jantung dengan per4ngai ‘anak mak’ iaitu suami aku sendiri.

Aku tak nak cerita lebih hal tu aku terus skip part delivery masuk masa aku nak bersalin anak sulung. Aku beranak tanpa ditemani suami. Hanya mak dan ayah aku yang temankan aku dari mula masuk hospitaI sampai la aku melahirkan anak sulung aku.

Terima kasih mak dan ayah sanggup susah payah ke hulu ke hilir temankan Farah. Suami aku sibuk bekerja dan tidak dapat pulang. Keluarga mertua aku oun langsung tidak datang menjenguk. Dalam tempoh berp4ntang, aku selalu juga hantar gambar anak aku di dalam whatsapp group keluarga mertua aku.

Tapi selalunya aku akan dapat response yang kulit anak aku gelap. Atau anak aku muka ikut ayah mertua aku. Atau muka adik ipar aku. Atau muka suami aku. Langsung tak ada sedikit yang ikut muka aku. Aku tak tau la orang lain fikir ni hal kecil tapi aku mula makan hati.

Aku jadi benci dengan anak aku kerana dia langsung tak ada ikut muka aku. Dalam tempoh berp4ntang aku jadi str3ss. Aku sekadar jadi tempat melahirkan anak aku sahaja. Rasa kosong bila lihat anak aku. Susu aku m4kin berkurang.

Aku cuma mampu susukan anak aku selama sebulan sahaja. Aku cuba Iawan perasaan benci terhadap anak aku. Lama kelamaan aku m4kin sayang dengan anak aku. Tapi kata kata kulit anak aku gelap, muka langsung tak ikut muka aku masih ada berkicauan tapi aku buat buat tak dengar.

Aku ada suarakan hal ni pada suami aku tolong jangan bagi orang lain cakap macam ni pasal anak aku. Aku takut aku benci balik anak aku. Suami aku buat tak tahu malah dimarahnya aku lagi. Kata apa salahnya kalau anak aku ikut muka keluarga dia tak ikut muka aku.

Banyak kali juga kami berg4duh hal ni. Aku mula terima yang anak aku tak ikut muka aku langsung dan secara jujurnya aku memang tak ada masalah. Jadi masalah bila aku terp4ksa dengar benda ni berulang ulang kali selama 3 tahun.

Anak sulung aku kian membesar dan dia banyak menghabiskan masa dengan keluarga mertua aku. Setiap minggu aku akan disuruh hantar anak sulung ku ke rumah mertua aku. Per4ngai anak aku langsung tak boleh ditegur dan per4ngainya banyak mengikut keluarga mertua aku.

Aku jadi benci marah. Aku tahan diri dari pukuI anak aku tapi bila dah penat bekerja aku terlepas juga pukuI dia. Kadang – kadang aku menangis tengok muka anak aku bila dia tidur. Kesian kenapa dia dikurniakan mak macam aku.

3 tahun berlalu aku dikurniakan anak kedua ku. Kali ni aku ambil keputvsan untuk ajak suami aku pindah jauh dari rumah mertua aku. Suami aku setuju. Kami jadi lebih gembira dan alhamdulillah kami langsung tidak berg4duh.

Berbeza bila kami duduk dekat dengan mertua. Setiap hari ada sahaja aku tak puas hati. Setiap hari ada saja muka keluarga mertua di rumah aku. Weekend pula kena pergi rumah mereka. Sama seperti dahulu, aku selalu hantar gambar anak – anak aku dalam whatsapp group mertua.

Aku jadi pelik. Mereka tak akan puji anak kedua aku. Mereka akan puji anak sulung aku sahaja. Comel hensem dan segalanya yang baik – baik. Untuk pengetahuan semua, anak kedua banyak ikut muka aku. Selalunya orang akan lebih puji anak kedua aku putih comel dan sebagainya.

Aku cuba nak abaikan tapi m4kin lama m4kin terserlah per4ngai mereka yang seakan mengenepikan anak kedua ku. Anak sulung aku pula m4kin lama per4ngainya memang ikut keluarga mertua aku. Per4ngai apa aku tak nak bagitahu.

Senang cerita per4ngai dia berIawanan dari per4ngai aku. Setiap hari anak aku akan minta nak balik rumah mertua aku. Macam – macam aku belikan untuk dia. Apa yang dia nak terus aku belikan. Tapi masih dia nak balik rumah mertua aku.

Aku m4kin benci dengan dia. Kalau civm dan peIuk anak sulung aku pun sekadar civm dan peIuk langsung tiada perasaan kasih dan sayang. Berbeza bila aku civm dan peIuk anak kedua aku. Aku tidak mahu perasaan ni berlarutan.

Aku tidak mahu jadi mak yang benci dengan anak dia sendiri. Para pembaca sekalian, tolong bantu aku hilangkan rasa benci ni. – Farah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazwani Noor : Anak tak ikut muka kita takpe asal dia d4rah daging kita. Budak dah 3 tahun terbiasa kat rumah nenek sana memang ambik masa nak bagi dia lupa. Tu pun bukan boleh lupa. Ko mak dia kan. Ko corak la dia.

Budak baru 3 tahun sis bukan 30 tahun. Jangan nanti esok menangis meratap kenapa anak benci kita kalau dari kecik kita dah ajar dia yang kita benci dia. Jangan menyesal ye.

Hasni Ismail : Dik, anak tu anugerah. Tak kiralah macam mana rupanya. Allah bagi apa yang adik rasa tu sebagai ujian je. Toksah nak ‘belek tenung repeat on infinite loop’ sangat apa yang orang cakap pasal kita / anak kita / apa saje lah.

Anak untuk disayangi, dididik, disyukuri, bukan untuk dibanding – bandingkan ikut apa orang cakap. Dan kalau tak setuju, cakap. Takyah nak mengikut je apa orang lain nak dengan anak sendiri. Kesudahannya kita nak didik anak ikut acuan sape??

Intan Arriya : Awak bukan benci anak awak tetapi semua itu tindak baIas di luar sedar. Awak sebenarnya hanya melempiaskan rasa marah terhadap keluarga mentua melalui anak. Jangan penat berdoa. Keraplah pujuk dan peIuk anak.

Lama – lama nanti anak akan terbiasa berjauhan dari keluarga mentua dan sikapnya akan berubah perlahan – lahan mengikut acuan awak.

Tyra Rafie : Allah. maafla tt, mungkin sebab tu anak taknak dengan tt, sebab dia rasa tak disayangi mak sendiri. budak – budak pun boleh rasa, sayang ke tak. bukan salah anak tt, sebab dia kecil lagi, apa nak diharapkan dengan budak umur 3 tahun. kalau pun per4ngai opposite dari tt, yang corakkan anak adalah didikan kita. sorry to say, you are bi4s towards your son.

Chatoyant Ailurophile : Patutnya tt happy, muka anak ikut macam husband. kalau tak nanti kena fitnah plak bukan benih suami. lagi haru nak menahan. Kalau husband berkulit gelap, tt berkulit putih memang akan ada anak yang ikut ayah or mak.

Anak – anak lahir ikut ciri – ciri yang ada pada ibu dan bapa, bukannya diorang dapat pilih warna kulit or rupa diorang. Takkan tt tak tahu pasal ni sedangkan tt educated, kerja pun sebagai pensyarah. Anak sulung tu da terbiasa dengan keluarga mentua.

Lagipun tt sendiri setuju nak hantar kat rumah mentua. Lagi satu yang pelik, bila orang cakap anak sulung tt gelap, tt terasa. bila orang kata anak sulung hensem then anak kedua tak dipuji, tt kecik hati. Actually apa yang tt nak sebenarya?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.