Saya bayar hutang Ahl0ng ayah, bila dah selesai saya kena haIau dgn ayat, “SEMOGA KAU DIL4NGGAR LORI TRAILER.”

Sampailah satu hari, ayah saya minta abang saya bekerja semula dengan saya. Saya sangat marah dan saya minta ayah pilih antara saya atau abang. Kalau ayah saya pilih abang , saya rela pergi dan tinggalkan bisnes saya. Tapi, ayah saya tetap memilih abang saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Saya ingin berkongsi sedikit masalah keluarga saya, cuma saya minta admin jangan dedahkan fb saya ya. Sebelum itu, saya minta maaf kerana cerita saya agak panjang. Saya harap, saud4ra saudari sudi berkongsi pendapat ya kerana saya sudah terlalu buntu.

Ceritanya begini, saya merupakan anak lelaki nombor 4 dalam keluarga. Saya ada 2 orang abang dan seorang kakak serta 2 adik 0KU. Sejak kecil lagi, saya lihat ibu dan ayah saya terlalu sayangkan abang dan kakak. Ibu dan ayah sanggup tanggung kos perkahwinan mereka, sampai berhutang dengan Ahl0ng semata – mata untuk bahagiakan mereka.

Tapi selepas itu, mereka biarkan ayah dan ibu terkapai – kapai bayar hutang. Mak dan ayah tidak pernah marah mereka. Walaupun pernah sekali kami keluar beramai – ramai tapi abang tinggalkan saya, mak dan mak mertua di dalam van, manakala mereka pergi makan berdua sahaja.

Waktu itu, saya baru berumur 12 tahun. Saya nekad berhenti sekolah dan mencari kerja kilang untuk bantu ibu dan ayah. Saya pinjam kad pengenalan kawan yang berumur 18 tahun supaya saya diterima kerja. Alhamdulillah, nasib menyebeIahi saya.

Namun begitu, saya bekerja hingga separuh nyawa, kerja – kerja yang saya buat ialah kerja yang terlalu berat. Bermacam – macam pekerjaan saya lakukan hanya untuk menolong ibu dan ayah. Setelah usia saya meningkat dewasa, saya mampu membeli sebuah motor biasa, yang saya guna untuk menjual air minum, buah, nasi, dan keropok.

Alhamdulillah, saya berjaya untuk menolong menyelesaikan hutang – hutang tersebut, tanpa bantuan kakak dan abang – abang, yang telah berpindah rumah kerana tidak mahu menolong kami. Sampailah ketika saya berumur 20 tahun, saya berjaya membuka sebuah perniagaan.

Alhamdulillah. Berkat doa mak dan ayah, saya telah menambah 3 cawangan kedai. Saya mengambil keputvsan untuk menjadikan abang saya untuk menjadi pengurus di salah 1 kedai. Saya menyediakan perbelanjaan untuk membayar sewa kedai, api, air, lori dan gaji pekerja.

Namun begitu, abang saya telah mengambil wang tersebut untuk kegunaan peribadi. Barang – barang yang dibeli dari supplier untuk jalankan projek juga belum dibayar. Jumlahnya pula tidak masuk akal. Kerana saya memberikan wang untuk membayar setiap bahan – bahan dari semua supplier.

Saya menyedari perkara ini ketika surat tarik lori sampai di rumah saya, Ya Allah.. Gaji pekerja 3 bulan tidak berbayar, sewa kedai api dan air juga sama, jumlah semuanya beberapa puluh ribu, termasuk kerugian semasa abang saya mengendalikan semua projek saya.

Saya memilih untuk berdiam diri daripada berg4duh. Saya bekerja siang malam tanpa henti untuk mencari wang nak membayar hutang. Disebabkan saya terlalu penat dan kurang tidur, saya eksiden. Kereta saya h4ncur. Total lost.

Nasib baik, saya sedikit pun tidak ced3ra. Mungkin kerana doa mak ayah. Walaupun saya bekerja sehingga ke tahap ik4t perut, tapi hutang yang abang saya buat, saya masih belum berjaya bayar habis. Saya rasa sedih sangat.

Sampai menitik air mata. kenapa dia tergamak kenakan saya sebegini? Tidak cukup dengan itu, nama saya difitnah. Kononnya saya yang berhutang. Padahal hakik4tnya bukan saya! Saya juga s4kit kerana disih1r. Pada mulanya saya tidak percaya.

Tapi apabila saya pergi berubat di darul syifa, berjumpa ustaz, dimandikan di masjid, diberi makan sirih, air yasin semua, barulah saya percaya. Dan, orang yang menyih1r saya? Abang saya. Sih1r apa? Sih1r supaya perniagaan saya tidak maju, sih1r untuk pisahkan saya dan isteri, serta sih1r untuk buatkan mak dan ayah bencikan kami.

Kenyataan yang saya sukar terima. Tapi, setiap ustaz yang menolong saya, semuanya memberikan penerangan yang sama. Saya berubat sehingga merata negeri. Sampailah saya dan isteri sudah terlalu penat, akhirnya, kami memilih untuk berhenti mencari ustaz dari jauh.

Dan memilih ustaz yang tinggal berdekatan. Kerana kekangan kewangan, dan kekangan masa yang kami hadapi tapi seperti yang saya nyatakan, cerita yang sama sahaja saya dengar. Tergamakkah saud4ra kandung saya buat macam tu pada saya?

Marah memang marah. Tapi saya tetap pilih untuk diam. Tak tidak bersemuka dengan dia. Biarlah Allah yang baIas. Apa yang membuatkan saya tidak puas hati ialah. Berkali – kali abang dan kakak saya kenakan saya. Sejak saya kecil sampai lah sekarang.

Umur saya dah 30 tahun, mereka buat hutang, saya terp4ksa tanggung. Anak – anak mereka buat hal, Ianggar kereta orang, jah4namkan harta orang, mencuri dan dimasukkan ke dalam penjara, saya yang kena tanggung. Kalau saya tak tolong, mak dan ayah akan marah saya.

Apa d0sa saya selama ini? Sampai diperlakukan seperti ini?? Saya tolong habis – habisan sampailah saya terp4ksa menjual kereta saya. Tinggal motor sahaja, saya sudah cukup bersabar. Sampailah satu hari, ayah saya minta abang saya bekerja semula dengan saya.

Saya sangat marah dan saya minta ayah saya pilih antara saya atau abang. Kalau ayah saya pilih abang saya, saya akan pergi dan tinggalkan bisnes saya. Tapi, ayah saya tetap memilih abang saya, dan dia sanggup halau saya dari rumah.

Dengan ayat, SEMOGA KAU M4TI DIL4NGGAR LORI TRAILER. Allah…. tidak cukupkah peng0rbanan saya selama 18 tahun selama ini mak? Ayah? Kenapa mak ayah pilih abang dan kakak, yang banyak susahkan mak dan ayah?

Kenapa mak dan ayah sanggup haIau dan m4ki saya sampai macam tu sekali? Saya pun keluar dari rumah, dan hidup merempat, berdua dengan isteri saya yang  saya nikahi tanpa apa – apa majlis dan kenduri. Hanya berempat, kami, saksi dan tok kadi.

Kami berjaya mencari rumah sewa di kawasan kampung dan hidup tenang seketika. Beberapa bulan selepas itu, ayah saya call, mengatakan, mak dan ayah serta adik saya cuma makan nasi dan kicap. Mereka juga tak ada wang.

Retak hati saya mendengar. Saya tanya, mana abang? Kenapa tak jalankan projek? Ayah diam. Saya beritahu isteri, dan kami balik ke rumah ayah dengan menaiki motor. Betul. Hanya tinggal mak, ayah dan adik. Abang..? hilang sekali lagi.

Tanpa pedulikan sump4h seranah ayah beberapa bulan lalu, saya dan isteri berusaha lagi, untuk dapatkan projek. Dapatkan duit, untuk sara mak ayah, selama setahun kami bekerja keras, alhamdulillah… kami berjaya membeli dua buah kereta second hand. Cash.

Hutang – hutang lama juga hampir habis. Saya merasa bahagia. Kerana saya rasa mak dan ayah sudah berubah. Tapi, sangkaan saya meleset. Ayah meminta saya utk memohon supaya anak buah yang dipenjarakan tadi dilepaskan dari sekolah bakti.

Alasan ayah ialah, supaya dia boleh tolong saya bekerja. Berat hati saya untuk turutkan. Kerana budak ini telah banyak menyusahkan saya. Seperti yang saya tulis di atas tadi. Tapi ayah tetap berkeras. Saya tak mampu meIawan. Saya ikut kehendak ayah.

Budak tadi cuma tolong kerja selama 2 bulan. Selepas itu, dia kembali dengan per4ngai asal. Merayau sampai pagi buta. Kerja malas. Harapkan saya untuk tanggung makan minum. Disebabkan dia dah banyak susahkan saya, saya nekad halau dia dari rumah.

Tapi, mak dan ayah back up budak tu. Disebabkan saya haIau dia, mak dan ayah marahkan saya lagi. Selama 18 tahun, saya menghadap perkara yang sama berulang ulang kali. Orang lain buat masaalah, saya yang tanggung, dan akhirnya, saya yang dibenci oleh mak dan ayah tapi orang yang buat masalah tu?

Disayang dan ditatang seperti minyak penuh. Saya betul – betul kehilangan semangat hidup, saya dah nak jadi giIa sehingga bisnes saya sekarang hampir lingkup. Seperti telur di hujung tanduk. Kerja tertunggak, pelanggan marah sebab lambat, hanya disebabkan masaalah keluarga keluarga.

Saya nekad. Saya nak keluar jauh kali ini. Saya nak lari ke luar negara. Bersama isteri. Sebab mak dan ayah tak pernah hargai saya walau sebesar manapun peng0rbanan saya terhadap mereka. Saya berikan segalanya. Rumah, kereta, duit, kasih sayang, tapi, anak – anak tak berguna yang lain juga disanjung.

Anak – anak yang cuma cari mak ayah bila mereka ada duit. Bila mak dan ayah tak ada duit, dibiarkan tanpa makanan, jauh sekali nak datang jenguk. Saya? Dih1na dan dim4ki. Saya penat sangat, dari umur 12 tahun, sampai 30 tahun.

Terlalu penat, saya dah nak giIa, saya rasa macam nak m4ti pun ada. Patutkah saya keluar dari keluarga? Tinggalkan bisnes? Apa yang patut saya buat? Bolehkah saud4ra saudari semua berikan pendapat.

Komen Warganet :

Biskut Merry : Allah.. berat dugaan awak ni. Sebak saya baca. Saya berpendapat, utamakan la isteri dan anak – anak awak yang lebih banyak bersusah payah dan memendam rasa dengan keluarga awak. PergiIah merantau bawa hati dan isteri dan mulakan la kehidupan baru.

Tentang mak ayah dan adik – adik, awak hulur la duit untuk keperluan diorang. Adik beradik yang tak mengenang budi tu biarkan la merempat sampai mereput nak ditolong bagaikan melepas anjing tersepit. Tentang perniagaan, kalau ada kawan – kawan atau ahli keluarga isteri yang bole pegang amanah, serahkan buat sementara waktu dan buat pemantauan dari jauh.

Kalau merantau tak jauh, awak monitor la sendiri tak perlu gajikan abang dan kakak. Kalau tak boleh, tutup saja dan buka cawangan baru di tempat perantauan kalau boleh. Moga urusan dipermudahkan moga mak ayah awak dibukakan hati dan akal untuk memilih kaca dan permata.. Amin.

Tatie Tati : Setiap bulan awak jangan lupa hulurkan duit kat mak bapak awak. Awak pergiIah jauh berdikari di tempat orang. Awak ada pengalaman, guna pengalaman tu untuk bangkit semula. Cuma tanggungjawap awak sebagai anak jangan dilupa. InsyaAllah ada bahagian awak nanti di masa hadapan dari Allah swt.

Mawar Berduri : Saya sendiri ada adik kerja jadi tukang gunting dia kedai sendiri. Pernah saya suruh anak saya kerja dengan adik saya. Katanya baik dibagi orang lain pada anak sendiri sebab kerja saud4ra sendiri memang banyak masalah ditegur dinasihat nanti apa kata maknya.

Bekerja sambil lewa. Bagi gaji sikit pulak kang mengadu pulak kata kedekut habis tu macam mane. Lebih baik ambik yang bukan saud4ra senang sikit boleh dimarah senang disuruh itu kata adik saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.