Saya campak kasut tumit tinggi dekat pelajar smpai berd4rah muka, tak sangka dia mengadu

Semasa saya sedang mengajar dalam kelas, sorang pelajar ni ambik HP saya dan bawak lari keluar. Berkejar saya nak dapatkan balik, saya penat kemudian abaikan je. Tiba – tiba saya dengar bunyi ‘Pappp’, HP saya dicampak dekat lantai kelas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai pembaca yang dikasihi dan disayangi. Saya Cikgu Kay, guru di sebuah sekolah pedalaman di kampung dotdotdot (rahsia). Sebenarnya sebelum ini saya mengajar di kawasan bandar, tapi baru sahaja di pindahkan ke sekolah ini.

Di sekolah ini, 90% pelajar adalah anak orang susah yang ibu bapa mereka adalah kategori B40. Hampir 80% pelajar penerima RMT. Lebihan murid adalah anak – anak guru dan staf. Sekolah ini kecil, jumlah pelajar dari darjah 1 sehingga darjah 6 pun lebih kurang 300 murid sahaja. Sangat sedikit. Tetapi,.

Walaupun murid sangat sedikit (satu darjah pun ada 1 – 2 kelas sahaja) tapi mengajar mereka seperti mengajar 100 orang murid. Mungkin lebih. Saya mengajar murid darjah 4. Hanya 1 kelas sahaja ada. Tak ramai. Tapi sangat bising.

Bayangkan, setiap hari saya perlu menjerit untuk mengajar dan bawa r0tan kerana mereka langsung tak takut pada guru. Dari sebelum masuk kelas sehinggalah habis kelas, mereka menjerit sepanjang masa seperti orang giIa.

Bukannya bising sebab bersembang, tetapi bising sebab menjerit kerana mereka suka s4kitkan hati guru. Saya yang sangatlah penyabar orangnya, rekod bersih tak pernah marah orang apalagi murid, saya pun akhirnya jadi baran.

Dalam kelas itu ada 2 orang murid yang betul – betul hendak belajar. Saya namakan Alia dan Anis. Yang lain semua tidak minat belajar. Mereka menjerit menyanyi dalam kelas. Saya jerit dan marah. Mereka diam sekejap. Lepas tu mereka bising lagi.

Akhirnya saya hilang sabar, saya rotan ketua mereka (kepala yang ajak buat bising). Bila rotan, dia boleh gelak ketawakan saya balik. Macam psik0. Pastu dia jelir lidah dekat saya. Satu hari, saya sedang mengajar Alia dan Anis. Pastu ada budak paling nakal dalam kelas itu, nama Aziz r4mpas telefon saya dari atas meja guru.

Dia lari bawa telefon saya keluar kelas. Berkejar saya nak dapatkan balik telefon tu. Tapi saya penat. Saya pun abaikan dia. Saya teruskan mengajar Alia dan Anis. Tiba – tiba dengar bunyi “pappp” dari pintu kelas. Rupa – rupanya Aziz campak telefon saya atas lantai.

Ya Allah berderau betul d4rah saya masa tu. Dah la telefon mahal, baru beli. Saya terus tarik kolar baju Aziz, “Kenapa c4mpak telefon cikgu??!!”, dia sengih saja. Saya ikut hati nak t4mpar dia tapi saya tak tahan. Saya menangis depan mereka semua. Exhausted. Em0si saya koyak.

Kemudian hari esoknya, mereka masih lagi bising seperti biasa. Saya sudah tidak bawa telefon lagi ke kelas. Syukur telefon saya masih boleh dibaiki. Saya macam biasa, fokus mengajar Alia dan Anis sebab murid lain semuanya tak minat belajar.

Tiba – tiba saya rasa macam ada orang tarik kain saya. Saya pandang ke bawah meja guru, Ya Allah sekali lagi saya berderau d4rah. Rupanya ada murid lelaki bernama Adham duduk dalam kain saya! Saya betul – betul hilang sabar.

Saya tanya dia “Macam mana kamu boleh ada kat sini??”. Rupanya dia menyelinap ke bawah meja guru diam – diam. Nasib saya pakai seluar dekat dalam kain. Tapi saya tetap marah dia sebab itu dikira cubaan mencabuI guru.

Saya pulas telinga dia kuat – kuat sebab saya sangat geram. Kemudian saya cubit lagi Adham sampai Iebam habis tangan dia. Saya tanya dia “Nak buat lagi tak lepas ni?”. Dia jawab “tak nak tak nak.. janji”. Bukan guru saja str3ss, Alia dan Anis pun str3ss duduk dalam kelas tu.

Setiap kali kawan mereka buat bising, Alia dan Anis akan lari ke t4ndas sebab s4kit kepala dengar bunyi bising. Kelas yang sepatutnya sudah habis 1 bab, tetapi akhirnya hanya menjadi sesi marah murid sahaja. Kasihan kepada Alia dan Anis yang betul – betul hendak belajar. Mereka str3ss.

Mereka selalu cakap nak pindah sekolah. Tak tahan belajar di situ. Saya sendiri pun setiap kali masuk kelas mesti rasa nak pitam. Bingit, kemudian dibuIi oleh murid – murid. Ada satu hari tu, ada murid nakal bernama Arif berg4duh dengan Aziz dalam kelas.

Mereka bertumbvk dalam kelas. Puncanya sebab Aziz buIi Arif, Aziz k0yakkan beg sekolah Arif. Arif marah sangat, Arif pun tumbvk Aziz. Saya menceIah dan meleraikan perg4duhan itu. Akhirnya saya yang kena tumbvk balik.

Saya tumbvk balik dua orang itu, tapi Arif pergi sentuh d4da saya. Ya Allah! Sekali lagi saya kena cabuI. Saya pun beIasah Arif bertubi – tubi. Saya tarik dia keluar dari kelas, genggam kedua tangan dia dan tanya “Kenapa pegang d4da cikgu?!”.

Dia cakap “Sebab cikgu kacau kami”. Saya pun t4mpar pipi dia. Saya t4mpar dan t4mpar sampailah dia minta maaf, baru saya berhenti. Merah pipi dia. Dia pun menangis dan kembali ke kelas. Saya mengadu pada guru disiplin. Tapi guru disiplin cuma cakap “Kay.. Kay buatlah apa pun kat diaorang, sebab diaorang tu memang tak boleh bagi muka… Saya pun diaorang tak takut, Kay buat lah apa pun. Janji jangan sampai m4ti budak tu dan jangan sampai guru besar tau.

Saya ni kalau diaorang buat per4ngai memang saya beIasah saja dorang. Itu pun diaorang tak takut lagi Kay. Kadang – kadang saya ignore saja diorang ni. Penat lah Kay nak marah hari – hari. D4rah tinggi kita nanti”. Saya fikir panjang.

Mesti ada cara untuk counter mereka ni. Saya cuba slow talk. Panggil semua murid – murid nakal seorang demi seorang ke bilik guru. Baik pula mereka. Diam sahaja. Bila saya marah, mereka angguk. Tapi bila kembali ke kelas, per4ngai mereka datang balik. Aduhh, str3ss!

Saya bagitau guru – guru lain, adakah mereka begini dalam kelas saya sahaja? Sebab saya guru baru di sini? Guru lain jawab tidak. Dalam kelas mereka pun begitu. Guru – guru lain pun mengadu, mereka sudah berumur, sudah tak larat nak marah murid.

Mereka bising ke main dalam kelas ke, akhirnya guru – guru ini buat tak tahu sahaja. Silibus pun entah ke mana. RPH pun main tipu saje isi. Guru lain cakap, kalau realitinya 1 bab pun tak pernah habis, jadi nak tak nak terp4ksa isi saja RPH tipu – tipu.

Kalau tak nanti banyak soal pula pihak atasan. Saya teruskan mengajar saja walaupun bising. Guru disiplin pun ada cakap, dia dah penat nak marah. Nak r0tan lebih – lebih bimbang kena saman, sebab dah pernah ada kes ibu bapa ugvt nak saman di sekolah itu.

Sebabnya, guru besar tak bagi guru sentuh anak murid. Guru besar pesan, kalau rasa nak marah sangat dengan anak murid, keluar dari kelas sekejap. Nak marah, marah saja tapi jangan sentuh. Ibu bapa zaman sekarang tak sama macam dulu.

Saya, kembali ke kelas seperti biasa. Sudah penat nak marah mereka setiap hari. Jadi saya cuba ignore mereka yang bising. Saya fokus mengajar kepada 2 murid yang betul – betul nak belajar. Saya ajak mereka berdua duduk di meja guru menghadap saya dan saya ajar one by one. Face to face, supaya senang mereka nak dengar dan faham.

Tapi murid lain, mereka m4kin ganggu pulak. Aziz datang ke meja guru, r4mpas buku Alia yang nak belajar tadi dan k0yakkan buku dia. Alia yang nak belajar tu terus menangis. Murid lain pula ketawa ramai – ramai sambil cakap “Boooooo!!! Padan muka”.

Saya baran betul. Saya tanggaIkan kasut tumit tinggi saya dan terus campak ke muka Aziz. “Pappp!”, betul – betul terkena ke muka dia. Berd4rah pipi dia. Aziz terus merengek kes4kitan dan menangis. Akhirnya satu kelas diam. Murid lain berkerumun ke meja Aziz. Saya puas hati!

Saya tak hiraukan mereka. Saya sudah hilang sabar. Saya terus fokus kepada 2 orang murid yang hendak belajar tadi. Dalam hati, fuhh lega. Akhirnya diam juga kelas itu untuk pertama kalinya. Saya pun dapat mengajar Alia dan Anis dengan tenang.

Keesokan harinya, saya masuk ke kelas itu lagi. Mereka semua sudah tidak sebising seperti sebelum ini. Masih bising, tapi kurang sedikit. Akhirnya saya sudah boleh mengajar di papan putih dengan sedikit tenang. Tak perlu lagi panggil 2 pelajar rajin itu ke meja guru.

Sedang saya menulis di papan putih, tiba – tiba mereka bising lagi. Saya pun apa lagi, tanggaIkan lagi sekali kasut tumit tinggi saya dan campak kepada murid lain yang bising. Dia sempat mengelak. Tiada yang ced3ra. Semua terdiam.

Saya berjalan ke meja Aziz. Hari itu dia datang ke sekolah dengan plaster di pipi. Saya tanya dia “S4kit tak pipi?”. Dia jawab “S4kit. Semalam mak bawak pergi kIinik”. Pastu saya tanya lagi “Mak tak tanya ke kenapa pipi Iuka?”. Dia jawab “Tanya. Tapi saya cakap jatuh basikal”.

Saya bertanya lagi “Kenapa tak cakap saja cikgu yang buat?”. Dia pun jawab “Tak nak. Nanti mak ro0an lagi”. Perbualan kami tamat di situ. Waktu rehat, saya panggil Aziz yang ced3ra di pipi itu ke bilik guru. Saya slow talk dengan dia.

Saya : “Mak selalu r0tan ke?”.

Aziz : “Selalu. Hampir setiap hari”.

Saya : “Kenapa mak r0tan?”.

Aziz : “Sebab saya selalu bising”.

Saya : “Dah kenapa masih bising kalau tahu mak akan r0tan?”.

Aziz : “Kalau saya tak bising pun mak r0tan juga”

Saya : “Kalau tak bising kenapa mak r0tan? Mesti ada sepahkan rumah ni.”

Aziz : “Tak lah. Mak str3ss dengan ayah. Bila mak str3ss pun mak r0tan kami semua.”

Saya : “Kenapa dengan ayah?”

Aziz : “Ayah hisap d4dah. Tiap hari ayah minta duit dengan mak nak beli d4dah. Kalau mak tak bagi, ayah pukuI mak. Lepas tu mak pulak pukuI kami balik”.

Saya : “Ayah memang tak kerja ke? Mak kerja apa?”

Blablabla. Panjang sangat perbualan kami. Saya ada tanya, sedih tak ada ayah macam tu? Dia cakap sedih. Malu. Sebab kawan – kawan di sekolah semua tahu dia anak pen4gih d4dah. Dulu dia selalu kena ejek, sebab tu sekarang dia nak jadi g3ngster. Supaya orang tak ejek dia lagi.

Esoknya, saya masuk ke kelas itu lagi. Mereka insaf sekejap saja. Hari itu, kelas masih bising lagi. Kali ini bukan bising sebab menjerit, tapi sebab berg4duh. Kali ni Anis berg4duh dengan seorang lagi murid perempuan, namanya Auni.

Katanya, Auni ada curi pensel dia. Saya selongkar beg dia, akhirnya betul dia mencuri. Berbakul juga saya marah Auni. Dia diam. Waktu rehat, saya panggil Auni ke bilik guru. Saya tanya dia, kenapa mencuri. Dia cakap dia takde alat tulis.

Dan dia pun tak pandai membaca. Cerita punya cerita, dia anak orang susah. Mak ayah dah bercerai. Mak pula s4kit tak bekerja. Makcik saja yang selalu hantar makanan untuk mereka. Saya nasihat dia, kalau nak sesuatu minta izin dengan kawan.

Bagitau kawan nak pinjam pensel. Jangan mencuri. Blablabla. Dia pun pulang ke kelas. Dipendekkan cerita, selepas kejadian itu, Auni selalu datang ke bilik guru pada waktu rehat. Dia ke meja saya untuk belajar membaca. Kasihan dia, darjah 4 pun masih tak pandai membaca.

Patutlah tak nak belajar, tak faham apa pun rupanya sebab tak pandai membaca. Saya pun ajarlah dia membaca. Part ni kena banyak sabar betul. Haha. Sebab macam ajar budak 5 tahun membaca rasanya. Auni ada masuk kelas pemulihan, tapi guru pemulihan pun str3ss mengajar diaorang hahaha.

Jadinya belajar pun serupa tak belajar. Tapi Alhamdulillah Auni tiba – tiba ada semangat nak belajar. Aziz pula, saya selalu tanya perkembangan dia di rumah. Saya ada WhatsApp ibu Aziz tanya pasal Aziz. Ibu Aziz ada confess yang suami dia menagih d4dah.

Tapi dia mohon saya tak buat report, sebab suami dia baik saja. Dan ibu Aziz janji, takkan pukuI Aziz dan adik – adiknya lagi. Suami pula dia tengah nak bawa kaunseIing. Aziz pun m4kin lama m4kin rapat dengan saya. Saya cakap pada Aziz “Cikgu minta maaf ye sebab ced3rakan muka kamu. Cikgu tak niat pun. Cuma cikgu geram sangat hari tu. Kamu jangan nakal lagi tau”.

Sejak hari tu Aziz dah jadi anak murid yang pandai. Ada lah bising sikit – sikit, tapi bising bersembang bukan bising menjerit. Pelajar lain pun dah slow down sikit. Saya pun lega sangat dah tak perlu menjerit marah – marah setiap hari.

Bila mengajar pun saya santai, banyak main game dengan mereka. Buat group activity, mereka suka sangat. Lepas tu bagi hadiah sape yang menang. Rupa – rupanya, group activity dan game ni lagi fun sebenarnya berbanding mengajar cara formal dan skema.

Sekolah tu tiada projector dalam kelas. Sesekali saya bawak projector sendiri dan tayang video berkaitan pelajaran dekat mereka. Buat kuiz pun mereka seronok. Bila buat kuiz, yang tak minat belajar pun jadi lebih suka belajar. Akhirnya terwujudlah persaingan yang sihat.

Sebab siapa top scorer akan dapat hadiah special setiap minggu. Maklum lah mereka anak miskin, bila dapat hadiah mahal mereka sangat teruja. Macam sifir contohnya, saya buat ala – ala brain bee. Panggil 5 orang ke depan dan mereka mesti tulis jawapan dalam mini whiteboard.

Saya tanya soalan dan mereka mesti jawab dalam masa 10 saat. Best. Mereka enjoy the fun learning. Saya juga banyak bercerita, cerita tentang zaman uni, zaman kerja, dan macam – macam lagi. Hihi. Saje kongsi pengalaman. Bila bercerita ni, diorang boleh fokus dengar tanpa rasa mengantuk.

Tapi kalau mengajar, tak sampai 30 minit dah nampak mengantuk sorang – sorang. Alhamdulillah, at the end mereka sekelas jadi sangat rapat dengan saya. Saya pun dah tak perlu menjerit – jerit dalam kelas lagi. Mereka selalu tolong saya hantar barang – barang ke meja guru dan bila tiba kelas saya mereka awal – awal lagi datang ke meja saya berebut nak tolong angkat barang.

Guru – guru lain pula cemburu dan hairan. Mereka tanya “Macam mana diorang boleh baik dan rapat dengan Kay?” Saya jawab. Semuanya bermula dengan keg4nasan. Dulu – dulu saya banyak kasar dengan diorang. T4mpar, cubit, pulas telinga, camp4k kasut… dan kemudian saya kaunseIing mereka sorang demi sorang, dan saya ajar mereka adab dan ilmu agama juga.

Kebanyakan mereka datang dari br0ken family, jadi kasih sayang tu mungkin kurang. Datang sekolah rasa nak member0ntak. Mereka cuma nak difahami. Saya selalu pesan. Buatlah baik dengan guru. Dengan ibu bapa mereka. Dengan semua orang.

Sehingga kini sudah jadi tabiat, selepas habis kelas, mereka semua akan datang ke meja guru dan ucap seorang demi seorang “Terima kasih cikgu mengajar kami”, sambil tangan pegang di d4da dan bow 90 darjah, persis orang Jepun.

Kebetulan kejadian ini berlaku dah start ada COVID-19. Jadi murid perempuan memang tak bersalam dah dengan saya. Semuanya nampak indah kini, sehingga ada guru baru datang pun dia cakap, bagusnya pelajar kelas ini. Sangat sopan.

Tapi guru baru itu tidak tahu, sebelum ini pelajar kelas ini lah paling teruk dan bermasalah. Sekarang PKP, rindu pula dengan mereka. Hanya mampu video call sahaja. Sesekali WhatsApp dengan ibu mereka, ibu mereka mesti ada sahaja nak kirim hadiah dan buah tangan.

Ibu mereka ada juga cakap “anak selalu cakap Cikgu Kay ni cikgu favourite dia.. Cikgu Kay guru paling baik kat sekolah”. Dalam hati saya, emak dia tak tahu dulu anak dia pernah kena Iempang dengan saya. Hihi Duhai anak muridku, satu hari nanti sekiranya kalian terbaca confession cikgu ni, cikgu minta maaf sebab dulu berkasar dengan kalian.

Cikgu cuma manusia biasa, kadang – kadang gagal mengawal em0si. Maafkan cikgu dan terima kasih kerana telah berubah menjadi lebih baik dari dahulu. Salam sayang – Cikgu Kay.

Komen Warganet :

Syikin Radz : Saya biasa jumpa pelajar macam ni dan pernah bersekolah kat sekolah macam ni yang ada pelajar macam ni. Saya faham. Pada yang tak percaya tu, terpulang lah tapi kalau kat negeri sebut beberapa nama sekolah.

Memang ramai cikgu akan angkat tangan. Pelajar sekolah tu lain macam. Yang jumpa pelajar baik tu rezeki. Alhamdulillah. Allah susun dah kita ni jadi guru akan bertemu dengan pelajar jenis macam mana. Sesuai cara kita nak hadap.

Tahniah kerana menjiwai bidang ini. *Mak ayah pun boleh bertukar hijau bila ajar anak sendiri. Inikan cikgu yang kena berdepan 30 lebih pelajar, mesti bukan jadi hijau, macam – macam warna jadinya.

Faz Li Dya Midd : Dalam pada guru besar tak bagi sentuh murid, kasut tumit tinggi cikgu tu jugak jadi asbab dan titik perubahan murid – murid tu. Kalau saya jadi cikgu ntah mau boc0r berlubang terus pipi budak tu. Bukan semua situasi boleh jalan guna psik0logi.sampai 1tahap, ‘amvk’ mungkin perlu untuk menundukkan ‘Iawan’. Bila ‘Iawan’ dah jinak, baru boleh terus guna psik0logi.. Tahniah cikgu!

Azira Hanani Ab Rahman : Tahniah cikgu. Anak – anak kurang kasih sayang, jika diberi perhatian dan kasih sayang, mereka boleh berubah. Jom para pendidik, kita ubah pendekatan kita. Didik dengan penuh kasih sayang kerana Allah dan kerana kita ingin melihat generasi baru kita terdidik dengan kasih sayang.

Lihat bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat penuh sabar dan kasih sayang sehingga berjaya melahirkan orang yang sangat hebat. Saya juga adalah seorang pendidik yang sedang berusaha untuk mendidik dan berdakwah melalui pendekatan berkasih sayang.

Che Izzah Che Daud : Sedihnya bca confession cikgu. Kadang – kadang murid macam tu bersebab. Bila kita selidik, kita tau la sebabnya. Tahniah cikgu kay, sangat sabar akhirnya mereka berubah ke arah kebaikan. Saya doakan cikgu sentiasa dipermudahkan urusan dalam mendidik anak bangsa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.