Buat masa ni yang saya tahu suami ada 6 orang skandal. Dia burukkan saya dekat perempuan tu. Katanya saya kuIikan suami, tak buatkan sarapan. Sedangkan semua skandal dia tu perempuan takde class, pangkat N17 je!
#Foto sekadar hiasan. Pada 13hb Mac 2023 saya membuka email suami saya dan menjumpai file whatsapp antara suami saya dan seorang perempuan. Whatsapp tersebut dapat disimpulkan bahawa suami mempunyai hubungan dengan perempuan F dari bulan November 2021 sehingga tarikh yang tak dapat dipastikan.
Di dalam perbualan whatsapp tersebut didapati suami saya berdating, berkaraoke, bermain bowling, mereka turut bercivman dan berpeIukan. Ada perbualan di mana suami meminta perempuan F membawa kain ketika keluar bersama. Mereka turut berkongsi gambar yang mengghairahkan.
Saya telah menghubungi F dan dia mengatakan dia sudah lama block suami saya di telefon setelah mendapat tahu suami saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Perempuan F juga berkata dia tidak pernah cintakan pun suami saya, suami saya yang tergiIa – giIakan dia.
Ketika saya bersemuka dengan suami mengenai perkara tersebut, dia mengatakan dia tidak bahagia dengan saya dan meminta saya untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik, dia juga mengatakan saya buat dia seperti kuIi.
Selepas dua hari kejadian, saya menjumpai lagi message suami dengan perempuan E dan beberapa lagi perempuan lain. Mereka bertemu di wechat. Dan saya jumpa gambar perempuan – perempuan yang tidak memakai tudung, bersinglet yang dihantar ke suami saya. Suami saya turut memberikan duit kepada perempuan – perempuan tersebut.
Jumlah skandal perempuan yang saya dapat temui adalah seramai 6 orang. Tetapi suami saya mengaku dia hanya berjumpa dan berdating dengan perempuan F sahaja, yang lain hanya di wechat dan whatsapp. Semua kejadian tersebut adalah dari tahun 2018 hingga ke tahun 2022.
Pada tahun tersebut kami PJJ kerana suami kerja offshore. Pada tahun itu juga saya mengandungkan anak kami yang kedua. Maka suami saya berskandal ketika saya mengandung hingga anak berusia hampir 2 tahun. Saya mengandung tanpa suami di sisi, pergi checkup di hospitaI dan menguruskan rumah tangga tanpa bantuan suami yang jauh, tetapi saya tidak pernah merungut kerana ingatkan suami ikhlas dalam rumahtangga kami.
Saya mengambil keputusan untuk memaafkan suami dan cuba untuk memperbaiki hubungan kami kerana anak – anak, ingin saya kongsikan di sini suami seorang lelaki yang bertanggungjawab, dia tidak pernah memukuI saya dan memberi nafkah.
Anak – anak juga sangat rapat dan sayang pada suami saya. Keluarga saya juga sayang pada suami saya. Saya turut meminta dilepaskan dan meminta suami untuk keluar rumah, namun suami saya menangis dan minta diberi peluang.
Namun, pada bulan puasa tahun 2023 saya menemui perbualan whatsapp suami saya dengan perempuan N. Di dalam itu suami memburuk – burukan saya. Bila saya bersemuka suami meminta maaf dan berjanji tidak akan menghubungi perempuan N lagi sekali.
Saya turut menemui perbualan suami saya dengan kakak angkat dia bernama R. Suami mengadu yang dia str3ss hidup dengan saya. Sekali lagi saya minta dilepaskan dan saya rasa suami berhak mencari kebahagian dia sendiri tetapi dia enggan kerana masih sayangkan saya dan keluarga kami.
Sehingga sekarang suami melayan saya dengan cukup baik dan dia cuba untuk memperbaiki hubungan kami. Dia turut membawa kami sekeluarga melancong keluar negara. Persoalannya sekarang, apa langkah yang perlu saya lakukan, apa jalan yang perlu saya ambil.
Terus terang saya katakan sudah hampir setahun saya berendam air mata dan kepercayaan saya pada suami musn4h sama sekali. Hati saya cukup terIuka sehingga saya tidak nampak jalan untuk berbaik. Depan semua orang, saya berpura – pura bahagia dan tiada siapa yang tahu masalah kami. Di luar kami kelihatan family yang perfect.
For more info selama kahwin saya tak pernah ye nak check handphone suami, saya percayakan dia seratus peratus. Cuma waktu tu, tiba – tiba saya terbaca email dia seba masa tu pinjam laptop dia. Sampai sekarang saya salahkan diri saya sendiri sampai jadi depr3ss, kalau saya check dari dulu mungkin tak kena tipu hidup – hidup macam ni
Dalam beberapa bulan ni memang nampak dia cuba sedaya upaya t4wan hati saya, dia belikan je apa – apa yang saya nak, petik jari je. Tapi suami saya tak faham yang saya ni bukan perempuan materialistik, saya tak boleh dibeli, saya kahwin dengan dia bukan sebab harta, sebab cinta je.
Saya nak dia setia je, duit kita boleh cari tapi setia tak boleh dibeli. Saya ni cantik giIer kot, ada pendidikan yang tinggi dan kerja yang hebat. Perempuan – perempuan yang dia giIerkan tu pangkat N17 je! Pakaian pun tak se cun saya.
Ini dia yang ngaku sendiri, saya lagi cantik lagi men4wan bagai dan ramai kawan – kawan cakap beruntung dia dapat saya. Saya pernah kena mengorat dengan laki orang yang bawa ferrari! Tapi saya block number dia with no hesitation.
Jadi saya memang cantiklah walaupun dah mak orang, laki saya ni tak hensem pun! Saya terima dia kembali tapi saya tak boleh move on dan saya dah terus terang dengan dia yang saya tak boleh nak lupa benda ni, saya selalu ungkit, sekali dalam sebulan mesti saya meltdown, meng4muk m4ki – m4ki dia.
Tapi suami saya tunduk je, apa – apa pun yang saya cakap untuk s4kiti hati dia, dia sabar je. Yalah orang dah buat salah kan. Sebenarnya saya tak suka hidup macam ni, walaupun saya baling hp sampai pecah, dia akan pergi belikan balik iphone baru.
Saya bukan macam ni, saya dulu isteri yang taat pada suami tapi maIangnya dia yang tak hargai. So, what the heII lah kan! I make ur life in heII for m4king my life such a heII! Inilah punca saya nak bercerai sebab saya tak boleh lupa, saya tak boleh nak move on.
Komen W4rganet :
Lelaki kalau dah kaki perempuan ni, memang susah nak berubah kecuali kalau dah s4kit nak m4ti. Kalau u rasa nak cuba terus bersama, suruh laki buat taklik. Kalau dia ada hubungan dengan perempuan lain dan burukkan u kat skandal beliau, maka jatuh talak.
Pastikan masa dia lafaz taklik tu ada saksi ataupun buat taklik bertulis pastu sign. Pasal taklik ni mungkin u boleh refer ke pejabat agama untuk lebih info. Tapi kalau u rasa enough, minta dia lepaskan u dengan baik. Kalau dia tak nak, u boleh minta fasakh.
Bagi segala bukti kecurangan dia (email wasap segala bagai tu). Jangan pergi pejabat agama untuk failkan cerai tapi terus pergi ke mahkamah syariah. Cerai atau tidak, hanya u yang mampu fikir apa keputusan u dan yang penting, ada support dari family dan kawan – kawan. So that u rasa kuat untuk hadapi perceraian. Good luck.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.