Saya dan suami beli kereta baru. Lepas bincang suami suruh saya bayar separuh duit rumah dan bayar penuh duit bulanan kereta

Gaji saya hanya 1700 sebulan dan gaji suami 500 sebulan. Duit sewa rumah saya bayar, duit bulan kereta saya bayar. Suami juga suruh saya bayar bil untuk rumah mertua. Saya ugvt nak berhenti kerja..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Nanad. Saya berumur 26 tahun dan telah berkahwin selama lima tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat. Isu utama yang sering mengh4ntui saya dalam perkahwinan ini adalah soal nafkah, sesuatu yang menjadi sem4kin jelas apabila saya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM1,700 sebulan, manakala suami saya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak tetap.

Saya bekerja dengan gaji yang cukup – cukup makan. Pendapatan bulanan saya digunakan untuk menanggung komitmen rumah seperti membayar sewa rumah sebanyak RM600, bil utiliti, dan pelbagai hutang lain. Baru – baru ini, kami diuji dengan musibah apabila kereta kami terbakar.

Selepas berbincang, saya dan suami bersetuju untuk membeli kereta baru. Namun, dalam perbincangan itu, suami saya menyatakan, “Rumah macam biasa kita share bayar, kereta awak bayar sendiri.” Saya terkedu mendengar kenyataan itu.

Pada pandangan saya, nafkah termasuklah keperluan rumah seperti sewa. Namun, suami nampaknya tidak merasakan ia sebagai tanggungjawabnya. Suami saya mempunyai pendapatan yang tidak tetap, antara RM300 hingga RM500 sebulan, dan dia tahu saya bekerja. Namun, dalam soal nafkah, dia kelihatan tidak begitu mengambil berat.

Saya telah banyak kali berg4duh dengannya, mendesak dia untuk mendapatkan pekerjaan tetap agar boleh memberi nafkah dengan lebih teratur. Tetapi sekarang, saya lebih memilih untuk berdiam diri dan berusaha menggunakan kudrat sendiri untuk berdikari.

Duit yang diperoleh oleh suami saya hanya digunakan untuk perbelanjaan peribadi dirinya. Setiap kali tiba soal perbelanjaan rumah, dia seolah – olah tidak peduli. Malah, bil air di rumah ibu mertuanya juga disuruh saya bayarkan.

Apabila saya meminta bantuan kewangan, suami akan bertanya, “Takkan gaji awak dah habis? Bayarlah sendiri.” Selain bekerja dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang, saya juga terp4ksa menguruskan kerja – kerja rumah seperti mengemas, mencuci baju, dan melipat kain tanpa sebarang bantuan daripada suami.

Kadang – kadang, keletihan fizikal dan emosi membuatkan saya menangis sendiri, memendam rasa marah kerana tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Saya sering terfikir, lebih baik saya hidup sendiri daripada terus memikul semua tanggungjawab ini seorang diri.

Suatu hari, suami saya mendapat sedikit rezeki lebih, kira – kira RM500, dan dia memberikan wang tersebut kepada saya. Pada mulanya, saya gembira kerana merasakan dia mula memahami tanggungjawabnya, tetapi kebahagiaan itu hanya sementara.

Pada hari pertama, dia meminta saya meminjamkannya RM150 untuk membeli barang dan berjudi. Kemudian, pada hari keempat, dia meminta lagi RM200 untuk membaiki motosikal. Saya telah menggunakan baki wang yang ada untuk membeli barang dapur.

Apabila suami tahu, dia marah dan bertanya, “Kenapa pakai duit saya?” Sedangkan, bagi saya, membeli barang dapur adalah sebahagian daripada tanggungjawab nafkah yang sepatutnya ditanggung oleh suami. Keadaan ini sem4kin merumitkan apabila satu hari saya meminta suami belanja makan di luar kerana sudah lama kami tidak makan di kedai.

Selepas makan, dia meminta saya membayar bil kerana saya yang mengajaknya keluar makan. Saya sangat kecewa dan terfikir, suami saya sanggup berjvdi setiap hari hingga berpuluh – puluh ringgit tetapi berkira untuk membayar makanan yang tidak sampai RM30.

Ada satu ketika saya terlalu tertekan dan mengugvt untuk berhenti kerja. Suami saya hanya menjawab dengan selamba, “Tunggu abang kerja tetap dulu, baru awak boleh berhenti kerja.” Tetapi sudah tiga tahun, dia masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil, dan saya masih menanggung beban kewangan seorang diri.

Dengan keadaan ini, saya tidak dapat membeli apa yang saya inginkan. Apabila kereta rosak, saya yang perlu membayar kos pembaikan. Segala peralatan dan perabot rumah juga dibeli dengan duit saya sendiri. Apabila kewangan terdesak, saya pernah memajak emas untuk menampung perbelanjaan.

Hanya apabila hujung tahun saya mendapat bonus, barulah saya dapat menebus semula emas tersebut. Namun, sepanjang masa itu, saya tidak pernah merasa simpanan, bonus, atau gaji saya sepenuhnya. Kini, saya sering terfikir, jika saya tahu nasib saya akan begini, mungkin saya akan memilih untuk tidak berkahwin.

Saya pernah sampai ke tahap berfikir untuk mencari wang dengan cara yang tidak elok kerana tekanan kewangan yang begitu kuat. Namun, saya tahu itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Saya berada dalam dilema dan tidak mempunyai tempat untuk mengadu atau meminta nasihat. – Nanad (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Shima Ali : Alahai dik, manalah adik kutip laki tak guna tu. Merepek betul, ada ke patut sampai bil mertua pun adik kena bayarkan. Buat apa adik ugvt dia nak nak berhenti kerja, patutnya adik ugvt dia nak tamat menjadi isteri dia. Baru dia berakal sikit. Akak doakan, semoga Allah permudahkan hidup adik. Jaga diri ya dik, jangan dipergunakan oleh orang yang tak berguna.

Hajaa Yusoff : Puan Nanad tidak tahukah isteri boleh menuntut cerai atas sebab yang dibenarkan oleh syarak? Dan puan berada dalam kategori ini. Sangat layak. Kumpul segala bukti. Pergi ke mahkamah syariah. InshaaAllah selesailah segalanya kelak.

Takdir yang puan sesali menikahi orang yang salah boleh dihentikan puan. Janganlah biarkan takdir itu berterusan. Nasib kita tidak akan berubah kalau kita tidak berusaha untuk mengubahnya. Allah memberi jalan untuk kita selesaikan apa – apa pun kekusutan. Puan jangan fikir puan memang ditakdirkan hidup bersuamikan dia sampai bila – bila.

Ummy Ain : “Kalau saya tahu takdir saya macam ni saya pilih untuk tidak berkahwin. Saya sampai terfikir nak cari duit dengan cara kotor”. Kenapa kamu nak rosakkan diri sendiri demi orang yang dah rosak dik? Berjvdi tu h4ram. Takkan berkat kehidupan. Suami isteri hidup saling berkait… Masih ada jalan keluar dik. Cuma nya kamu sendiri yang ‘taknak keluar’

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.