Saya depr3ss dan menangis di pejabat. Isteri boss nampak dan dia offer untuk saya kahwin dgn suami dia

Mula – mula isteri pertama boss mesej saya offer jadi madu dia, kemudian lepas beberapa hari, isteri kedua boss plak mesej ajak saya jadi isteri ketiga. Ya, saya terima untuk jadi isteri ketiga, maka bermulalah hidup sebagai bermadu. Masa PKP aritu, saya sebagi madu yang muda terp4ksa ajar kakak madu..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum… Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Hangat pasal poIigami. Tentang ketidakadilan suami. Tentang isteri dizaIimi. Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe.

Jangan marah dulu. Kakak – kakak madu tahu kehadiran saya. Saya juga tahu situasi ini sebelum kami nikah. Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.

Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya depr3si. Masa tu, suami cakap, dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke? Dan saya terus menangis dekat situ juga. Kebetulan akak pertama, datang pejabat hari tu.

Dan akak bawa saya balik ke rumah. Tak lama tu, akak wasap dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih – sedih sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua. Saya macam rasa ini semua mimpi.

Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Pelik weiii. Sampai lah akak kedua pula mesej. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.

Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi. Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain.

Sebabnya, tak larat nak hadap gosip. Yelah orang masih pandang bermadu ni per4mpas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakik4t. Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri – isteri juga mampu.

Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting. Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja. Akak no 1 s4kit hari tu, saya dan akak no 2 keluar la berdua, beli barang – barang rumah dan sebagainya.

Yang betulnya, suami memang kena betul – betul stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja. Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul – betul, pastikan makan minum isteri terjaga.

Em0si isteri – isteri terjaga. Masa PKP hari tu, hari – hari video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda. Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai – pandai pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada – ngada nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih. Segala nak lebih.

Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi. Ini tak, datang kemudian, pastu rosakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. P4ksa lelaki tu ceraikan isteri pertama dia. Apa punya per4ngai lah tu.

Sebab tu orang cakap per4mpas, per4ngai macam b*bi, meny0ndol aje. Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, rosakkan masjid orang. Jadi batu api sampai suami ceraikan isteri. Mer4mpas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.

Jadi kongsi lah molek – molek. Bukan suami je kena adil, isteri – isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama – sama saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua. Owh ya, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang – tenang sahaja ya. Sebarkan kasih sayang.

Sambungan… Hi Assalamualaikum… Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Sebab ada beberapa soalan yang saya sempat baca dan nak jelaskan. Persoalan Mampu. Maksud mampu tu luas, luas seluas lautan tu.

Bukan takat mampu bagi makan, minum, dan s3ks. Bukan. Mampu ni, mampu tangani masalah em0si isteri – isteri. Masalah anak – anak di sekolah, anak – anak remaja. Semua ni kena mampu. Bukan semua buang dekat isteri.

Mampu dari sudut kewangan, fizikaI, mentaI dan segalanya. Suami paling kena mampu, isteri – isteri pun kena mampu kawal cemburu, kawal em0si. Bab suami kena bekerja, pergi kerja tu, bukan semata kerja balik ye. Kena pastikan nafkah cukup dan adil.

Adil ni bukan sama rata tau. Kena faham. Adil ni, contoh akak kedua ada 3 anak sekolah, mesti la duit belanja lebih sikit. Yang saya masih belum ada anak, dapat duit nafkah + duit rumah dan kereta. Ok dah. Abang pernah tanya, nak tukar kereta ke, saya cakap buat apa lah, saya masih belum ada anak.

Pakai je yang mana ada. Gitu la.. toleransi. Jangan akak lain dapat kereta, kita pun nak juga. Tu mengarut namanya. Part suami kena tegas tu betul gak. Rezeki abang juga la sebab isteri – isteri dia faham agama. Kami tak ada lah sampai berg4duh giliran. Relax – relax.

Tak lari pun suami tu. Paling – paling dia pergi tambah lagi sorang. Hehehe. Lagipun, abang selalu didik sebagai partner. Kita satu keluarga ni, suami isteri ni. Partner. Partner nak pergi syurga. Jadi kena sama – sama bantu.

Tak boleh la nak pergi syurga sorang – sorang. Akak pertama suka pergi tazkirah, kelas agama. Hari tu PKP kan banyak guna zoom kan. Jadi saya sebagai isteri muda,  adik yang celik IT saya la ajar kakak guna teknologi. Kan best tu?

Belajar agama sesama. Suami je pergi kerja. Hehe. Masa PKP abang je kerja. Jadi kami join la kelas yang macam – macam ada. Akak pertama dah berhenti kerja. Abang suruh duduk rumah. Akak kedua, abang bagi pilihan, tapi dia yang nak kerja.

Sebab bosan katanya duduk je kat rumah. Saya pula, memang pilih nak kerja. Sebab suka kerja sekarang. Pstt. Duit nafkah cukup je. Ada lebih lagi. Saja je pergi kerja, jumpa orang. Ada duit boleh belanja anak – anak makan ke, beli game ke, barang game mahai wiii.

Hari tu boleh tersalah c4bar, hangus juga ribu – ribu belikan Predator tu. Akak no 2 gelakkan aje. Cakap siapa suruh offer anak, padanlah muka. Haha. Abang tak bagi claim, sebab dia cakap sendiri kena bertanggungjawab. (Ini selingan)

Ada komen cakap cuba dari side isteri pertama… Erm saya dengan akak – akak selalu lepak sekali. Sebab saya isteri ketiga. Itu lah saya cakap, mampu ni, bukan mampu duit je. Mampu ni skop dia besar giIa. Mampu bagi didikan agama, mampu jaga hati isteri – isteri.

Bukan semua Isteri suka pakai Iphone. Haha. Ada soalan, “apa perasaan baca wasap suami kepada isteri lain”. Ermm sebab awal lagi kita dah tahu kita ni berkongsi kasih. Jadi wat lek wat pis je.. hehe.. tenang – tenang je.

Lagipun kitaorang ada group wasap family besar. Kalau apa – apa semua cakap dalam tu. Pernah gak salah faham, biasalah nada membaca tak sama. Tapi suami cepat – cepat selesaikan. Dan okay balik. Suami, Yang paling penting jangan tipu isteri. Tu je.

Bila kena tipu sekali, isteri hilang percaya. Bila hilang percaya, habis lah segala benda diungkitnya. Akak pertama selalu cakap, abang jenis tak bebel – bebel. Dan tak menipu dia. Sebab tu dia ok. Kalau isteri tak bagi, maknanya isteri tak mampu berkongsi.

Jadi jangan cari pasal, pergi kahwin curi – curi. Nanti masalah kemudian hari. Ada yang tanya, nak jadi no 4 ye. Yang nak jadi no 4 meh la. Tapi jangan tamak k. Kita berkongsi.. h4ng jangan nak c0nquer sorang pulakkk, haha..

Apapun kena lulus tapisan akak pertama dan kedua. Solat jemaah kena pandai jadi imam. Ngaji kena pandai sebut. Kalau bukan giliran saya? Saya kemas rumah, tukar cadar, try menu baru. Pergi spa ke, kenapa nak fikir apa suami buat kat rumah sana.

Kita chill – chill je. Suami baik dengan semua isteri Alhamdulillah. Kita masuk syurga ramai – ramai. Selesai. Betul la.. tak semua perempuan boleh kongsi, ada perempuan clingy, ada yang berdikari. Ada yang ok suami jauh, ada yang pergi tandas pun dah rindu. Macam – macam.

Sebab itu Islam suruh minta izin isteri kalau nak nikah lagi satu. Sebab tak semua perempuan ni sama. Jangan guna alasan boleh kawen ramai, ikut sunnah bagai sedangkan anak menangis pun suruh isteri hadap sensorang. Bil air eletrik pun minta isteri tolong. Yang ini buat d0sa Namanya.

Yang mana doakan kami, terima kasih tau. Semoga hidup kita semua dipermudahkan. Abang selalu cakap kat saya, hidup kat dunia ni, berkelana je. Tak ada satu pun yang kita punya, malah semua pinjaman sahaja. Abang ni pun, rezeki Allah pinjamkan 3 isteri sekali. Tak pernah jangka pun.

Jadi bila kita sentiasa ingat ini adalah pinjaman, bila – bila masa pemilik boleh ambil balik. Kan? Saya harap, perkongsian ini, boleh memperbaiki pandangan terhadap poIigami. Susun atur Allah itu cantik dah. Yang buat jadi kurang cantik tu, orangnya. Sampai jadi fitnah kepada agama. Okay? Jom. Sebarkan kasih sayang. – Annissa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Rifhan : Seperti komen saya di confession pertama tt, alhamdulillah, saya setuju dengan confession dia. Dua – duasaya setuju. PoIigami itu indah kalau orang faham agama, mampu adil dari segi semua sudut la, nafkah zahir dan batin.

Batin tu em0si ya. Suami kena jaga em0si semua, mampu pujuk em0si semua. Memang tak salah poIigami. Dan, yang paling penting isteri – isteri muda tu bukan penggoda, per4mpas dan pemusn4h rumahtangga. Macam kes tt ni, memang dia bukan kategori ni.

Dia direstui malahan bukan dia yang mula, kakak – kakak yang ajak jadi isteri suami mereka. Tapiiii, tetap bukan suami saya!!! Saya masih tetap dengan pendirian sama sebab saya tak mampu kongsi suami

Mubin Jauhar : Bagus. Tak dilupakan tanggungjawab suami untuk anak – anaknya juga. Beranak – pinaklah ramai – ramai tapi pastikan kebajikan mereka pun terjaga dari segala segi (kewangan, didikan, em0si, mentaI dll).

Part tanggungjawab berat tu patut difikirkan dua tiga kali untuk mana – mana lelaki yang berhasrat nak berpoIigami ni. Toksah sembang kencang mampu beristeri ramai, tapi anak tak mampu dijaga elok – elok.

Adlin Farahin : Sukanya baca confession macam ni.. inspiring.. hebat sebab mampu bertenang, bertoleransi dalam keadaan damai. Menunjukkan masing – masing matang. Alhamdulillah.. pengajaran untk kita semua, sama ada monogami atau poIigami.

Sebab benda yang confessor cakap is necessarily wajib ada dalam sebuah perkahwinan. I pray for u Bahagia dunia akhir4t. I pray for myself supaya can be as matang as calm as u hihihi semoga kita semua bahagia dunia akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.