Kami suami isteri masing – masing datang dari keluarga yang bermasalah dan kami ada tr4uma masing – masing. Akibat dari itu suami sentiasa lari dari masalah, bila berg4duh tiada perbincangan yang akhirnya menjadi lebih besar. Akhirnya saya pernah meracau depan suami hingga ke pengetahuan mertua. Bila saya ajak jumpa pakar, mereka hanya suruh dekatkan diri dengan tuhan dan baca Al-Quran..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua warga facebook, admin tolong hide profile. selalu saya baca dan ikuti luahan dari orang lain. Hari ini saya buat confession untuk diri sendiri. Sebagai pengajaran pada orang yang mungkin sedang melalui situasi yang sama, di luar sana. Saya cuba untuk ringkaskan, maaf kalau panjang sangat
Saya W, kahwin dengan pilihan hati saya, F pada 2006. Tempoh kenal yang singkat tapi kami putvskan untuk berkahwin atas dasar percaya dan masing – masing dah bersedia. Keluarga F terk3jut dengan keputvsan untuk berkahwin yang dianggap terburu – buru. Tapi dia berjaya yakinkan yang dia bersedia. Kami pun berkahwin. Saya dan F mempunyai 1 persamaan, ibu bapa kami bercerai dan kahwin lain. Jadi dua – dua dari keluarga yang bermasalah dan masing – masing ada sejarah atau tr4uma masa kecil.
Saya, Alhamdulillah walaupun parents bercerai, ibu saya penyayang. Kami adik beradik boleh berkongsi apa – apa dengan ibu. Cuma, ibu saya juga ada sejarah hitam masa mula – mula. Ibu kerap pukuI, m4ki hamun dan macam – macam lagi. Tapi ibu saya pulih dari masa ke semasa. Saya pula, saya kira saya membesar tanpa ayah, dengan keadaan yang extr3me, jadi saya tidak ada pilihan lain selain menjadi kuat. Saya terlalu kuat, dominan, terlalu berdikari. Inilah sifat yang membentuk saya dari kecil. Hampir semua benda saya boleh selesaikan sendiri. Adik – adik dan ibu juga boleh berg4ntung harap pada saya. Tapi saya sering terganggu em0si dan kadangkala tidak mampu kawal diri dan em0si secara berlebihan.
F, berlainan kesnya. Dia membesar dengan ibu yang tidak tunjukkan rasa sayang. Selalu dimarahi. Bonding family F biasa – biasa sahaja. Mereka membesar tidak rapat satu sama lain. Masing – masing dengan hal masing – masing. F tidak suka atau takut jika dimarahi. Dia akan terus teringat semua kisah der4an mentaInya sewaktu kecil. F berkahwin dengan harapan dia dapat keluar dari tr4umanya. Harap perkahwinannya bawa bahagia. F lelaki yang baik. Tidak pernah meninggi suara ataupun berkasar selama saya kenal dia.
Sedikit info tentang F, dia sangat ramah, rajin dan komited di tempat kerja. Tapi berat tuIang dan berkira di rumah. Dia suka orang luar nampak usaha dan kerja kerasnya. Dia harap saya sentiasa menyokong, sentiasa faham kerjaya dan hobi bermain gamesnya. Bila F tak kerja, dia akan busy dengan hobinya.
Saya isteri yang berkerja, bila orang luar yang nampak pada mata kasar. Saya macam high maintenance dari penampilan. Tapi sebenarnya 90% barangan saya bundIe. Duit saya sendiri. Saya tak pernah demand dengan suami. Malahan saya tolong itu ini. Mungkin sebab ni jugak la suami ambil mudah bab nafkah.
Hubungan saya dengan keluarga F, biasa sahaja. Saya bukan pilihan keluarga. F pula sendiri tidak terlalu rapat dengan keluarganya. Kami tinggal berdikari di negeri lain. Ada masa kami balik ke kampung, tapi F sendiri tidak akan selesa untuk duduk lama di kampungnya. Perkahwinan kami mulanya okey, cuma berg4duh biasa. Asam garam rumahtangga kan? Lama kelamaan, perg4duhan kecil. Selalu menjadi besar. Sebab? Tidak di selesaikan dengan baik. Kami tidak duduk berbincang. F orang yang tidak suka berhadapan dengan konfIik, dia suka lari dari konfIik. Saya pula terlalu dominan, setiap kali saya bawa berbincang, F akan menjadi lagi takut. Akhirnya kami berdua hanyut dengan perasaan masing – masing. Masing – masing memendam rasa.
Pernah satu masa, saya terlalu str3ss, saya rasa seperti tidak berguna. Tiada orang yang ada untuk saya bila saya perlu. Tapi bila orang lain perlu saya, saya selalu ada untuk orang lain. Saya rasa kecewa, marah, sedih, tidak dihargai, diabaikan. F nampak episod meracau saya depan mata dia, dia bertambah takut dengan saya. Rupanya, masa tu. Saya dapat tahu saya mengandung. Kami masih jalani kehidupan seperti biasa. F pula masih tidak boleh lupa apa yang pernah jadi. Paling sadis, episod hitam saya itu juga sampai ke pengetahuan mertua saya, saya dicop kurang beriman dan tidak ingat tuhan.
Hubungan saya dan keluarga mertua bertambah dingin. Saya menjauhkan diri sebab malu dengan kejadian sebelum ini. Saya pernah usulkan pada F, untuk tolong saya atasi masalah pengurusan em0si dengan merujuk pada yang lebih pakar. Tapi F sepakat dengan ibunya, yang saya cuma perlu ingat tuhan dan tidak benarkan sya1tan control diri. Hmm. Nasihat saya, wanita di luar sana. Yang mengaIami situasi selalu berper4ng dengan perasaan atau em0si yang meIampau sehingga hilang kewarasan akal, menced3rakan diri, silalah rujuk pada yang pakar. Masalah mentaI juga s4kit yang perlu dirawat. Bukannya hanya dinasihatkan untuk solat dan baca quran. Percayalah orang yang berpandangan begini sama sekali tidak membantu malah tambah memburuk kan keadaan.
Hari berlalu, saya seIamat melahirkan anak yang cukup sempurna sifatnya. Saya dan F berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak kami. Tapi tidak semua yang dirancang berjalan dengan baik. Kami diuji lagi, selepas melahirkan anak, saya bertambah tidak stabil dari segi em0si. Selalu marah, sentiasa penat, sedih, mood sw1ng yang meIampau. Saya bekerja, menjaga anak, menguruskan rumah tangga sendirian. Saya rasa itu juga salah satu sebab. F jenis lelaki yg baik tapi dia tidak biasa membantu di rumah. Dan silap saya, awal perkahwinan saya manjakan F. Semua A-Z saya yang buat. So F sudah terbiasa, sampai ada anak. Masih mengharap saya buat A-Z. F akan buat jika saya meminta tolong, tapi ikut mood dia. Dia sangat tak suka jaga anak. Alasannya, tak reti. saya selalu kecil hati. Semua alasannya tak reti. Tapi yang membezakan, usaha. F tak usaha belajar, dia cuma berharap anak cepat besar. Bila besar baru dia tolong jaga, dah senang kalau besar katanya. hmm
Tapi lumrah wanita, selalu kalah dengan em0sinya. Bila balik kerja, saya berper4ng uruskan anak dan rumah. Saya kecewa dan lagi marah bila F buat tak tahu. Saya memang tak dapat sembunyikan perasaan. Memang akan nampak muka masam, buat kerja dengan gan4s. F akan buat tak tahu apapun yang dia dengar dan nampak. Nasihat saya lagi, suami, jika sayang pada isteri, tolong lah ALERT. Tidak dapat bantu buat semua kerja sekurang – kurangnya tolong ringankan, tolong tengokkan anak. Main dengan anak. Tanya isteri ada apa – apa yg perlu dibantu? Ataupun peIuk lah isteri. Beritahu dia jangan gop0h gapah buat semua. Biarkan dulu, rehat dulu. Nanti kita buat sama – sama. Sebab kadang – kadang isteri cuma perlu perhatian.
Seharian sama – sama keluar mencari kecukupan keluarga. Isteri pun keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. So tidak salah untuk sama – sama urus tadbirkan rumahtangga. Ini tidak, letakkan semua di bahu isteri bila isteri gagal menguruskan em0sinya. Suami cop isteri derh4ka sebab tidak hormat pada suami. Membent4k suami. Allahurabi. Isteri, saya nasihatkan jika sayang keluarga. Cuba slowtalk dengan suami, kalau nasib baik. Suami akan endahkan. Nasib tak baik, suami masih sama. Doalah pada Allah. Allah juga sebaik – baik tempat mengadu, minta Dia bagi kesedar4n pada suami. Jangan jadi macam saya, saya hanyut dengan em0si, saya lupa doa bersungguh – sungguh untuk Allah bagi kesedar4n pada suami.
Akhirnya, perkara kecil yang menjadi besar ini telah memakan diri kami berdua. Suami, sudahpun menceraikan saya. Kami berg4duh biasa, tiada yang serius. Tiada orang ketiga, tiada kes parah. Cuma tidak sefahaman. Siapa yang menjadi m4ngsa? Anak kesayangan kami yang baru berusia setahun. S4kit. Tuhan sahaja yang tahu, tapi saya mesti kuat demi anak. Saya bersyukur Allah bagi saya hadiah yang tidak ternilai untuk saya teruskan hidup dengan kuat. Saya, sudah biasa diuji dengan ujian yang dasyat – dasyat. Alhamdulillah, maksudnya Allah ‘nampak’ saya. Sebab itu saya selalu di uji.
Kesimpulan cerita, saya simpulkan dalam bentuk point untuk pembaca :
1. Suami, apapun alasannya. Kamu ialah KETUA keluarga. Bersiaplah dari segala segi. Rumahtangga tidak ada yang 24/7 bahagia. Bacul ketua, hancur rumahtangga. Isteri cuma mahukan perhatian & disayangi. Bila dia diberikan 2 ini, dia akan berikan seluruh kehidupannya untuk berbakti pada kamu.
2. Isteri, apapun alasannya. Selagi tidak meIanggar agama. Suamimu syurgamu. Patuhlah ! Hormatlah! Ini yang para isteri selalu terlepas pandang. Jangan biarkan em0si kawal kita hingga hilang hormat pada suami. Suami cuma perlu di horm4ti, bila dia rasa dihorm4ti, dia akan menyayangi.
3. Komunikasi. Selalulah solat jemaah bersama, wajib curi masa untuk solat jemaah. Saya rasa waktu lepas solat berjemaah itu adalah masa yang paling tepat untuk berbincang apa – apa masalah rumahtangga. Sebab keduanya dalam wuduk & tenang. Kami tidak ada peluang ini, saya cuba untuk semai. Tapi suami tak suka berjemaah. Leceh katanya. jangan ulangi.
4. Jangan abaikan isteri yang kepenatan. Itu lah punca segala masalah. Mak nenek sya1tan akan mudah h4ncurkan keharmonian rumahtangga melalui ibu rumahtangga.
5. Anak ! Fikirkan anak dalam apa juga keputvsan. Dalam kes saya, suami dahulukan diri dia dulu. Dia nekad tidak mahu memberikan peluang kerana dia sudah tidak boleh tahan dengan em0si saya. Dia pilih untuk berpisah & sanggup untuk berpisah dengan anak yang baru setahun.
6. Sayangi diri. Ibu – ibu yang sama situasi dengan saya. Tolong, kalau orang sekeliling termasuk suami tidak faham & cuma tahu menghukvm. Tolong bantu diri sendiri, dapatkan bantuan rawatan. Jangan k0rbankan diri. Jangan ambil hati dengan manusia yang suruh kita baca quran banyak – banyak, dia tiada ilmu. Dia tidak tahu mentaI heaIth itu peny4kit yang perlu rawatan.
7. Bersiaplah. Lagi – lagi para isteri. Kita tidak akan tahu ujian rumahtangga. Berpegang pada prinsip, setiap yang berkahwin pasti akan bercerai, cerai hidup ataupun m4ti. Cepat mahupun lambat. Isteri mesti bersedia. Kalau jatuh sekalipun, masih mampu bangun semula.
8. Jangan mengharap terlalu tinggi. Baik lelaki mahupun perempuan, masuklah ke alam rumahtangga tanpa expectations yang menggunung. Lumrahnya manusia tidak ada yang sempurna, kahwin untuk melengkapi satu sama lain. Terima baik buruk pasangan dengan berIapang dad4.
9. Bermaru4hlah. Bila diceraikan ( kecuali dengan alasan yang tidak boleh dimaafkan, curang contohnya ) cuba untuk refIect & berdamai. Tapi jika pasangan kamu tidak berganjak sikit pun dari keputvsannya, maka cukuplah. Simpan harga diri. Tidak perlu pujuk rayu lagi. Melangkahlah dengan penuh maru4h. Bangkit
10. Beradablah. Suami, macam mana kamu ambil isterimu dari keluarganya. Maka sekiranya satu hari kamu hilang rasa, tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan alasan kamu sendiri, maka pulangkanlah isteri mu ke pangkuan keluarganya denga beradab. Jangan buat seperti kain buruk, buang macam tu.
Saya dibuang seperti sampah, diceraikan di luar mahkamah. Tanpa di beritahu keluarga. Tanpa apa – apa perbincangan. Tapi tidak mengapa, saya redha. Mungkin ini ujian Allah untuk jadikan saya lebih baik lepas ni. Tolong doakan saya kuat untuk membesarkan anak saya. InsyaAllah, ada yang lebih baik untuk saya dan anak. Untuk percaya pada lelaki semula? Moga Allah urus tadbir semuanya. Kalau dari hati saya buat masa ini, saya serik. Tidak semua yang berjanji bulan bintang sebelum kahwin akan bertahan. People do change. Love, Wonder mom.
Komen Warganet :
Ryly Rylianee Mcquin : Semoga Sis sentiasa tabah untuk hadapi segala rint4ngan bersama si kecil. Kebahagian itu pasti ada.. Sedih baca sebab saya dah rasai macam mana susahnya besarkan anak sorang – sorang. Kadang – kadang ada 1 masa tu kita rasa menyerah tapi tetap laa kuat demi anak. Lebih dekatkan diri dengan family dan Tuhan kerana dalam masa ni la family dan berdoa yang banyak membantu dari segala apa pun dan doa untuk beri kita kekuatan. Dan sekarang anak saya dah 4 Tahun 4 Bulan. Syukur pada Tuhan.. Wonder Mom, awak kuat, jauhkn diri diri dari bersendirian okay. Sibukkan diri sentiasa, supaya awak sentiasa kuat.
Ain Siti : Puaskan…? bila dapat luah melalui tulisan. Kadang – kadang kita perlu ruang untuk meluah dan ruang itu menjadi peluang untuk kita bangkit meski bukan yang sempurna tetapi pasti mencuba terbaik. Bangga dengan ketabahan sis dan anak yang baru setahun. Semoga mendapat kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sis dan anak.
Sumiati Miet : Semoga terus tabah ya puan. Nak betulkan sikit bukan kita solat ja dengan baca alquran kita akan dapat jalan penyelesaian. Usaha dan tawakal ya puan supaya diberi kekuatan dari segi mentaI dan fizikaI. Jika ini takdir puan banyakkan bersabar, mungkin Allah nak beri yang lebih baik dari tak suami puan.. Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah akan beri yang terbaik untuk umatnya.. InsyaAllah. Semoga puan terus tabah dan diberi kekuatan untuk besarkan anak.
Hjh Ros Na : Pada siapa yang mcm sis ni, tolong jangan buat semua benda sebab anda pon bekerja, bahagi tugas. Pergi pasar suruh suami, bayar bil suruh suami, suami makan, suruh basuh pinggan sendiri. Masa berp4ntang suruh suami iron baju sendiri, suruh suami mesin kain kutip kain, Iipat mungkin dia tak pandai. Jangan fikir isteri nak urus semua, lepas tu str3ss, dapat mentaI, suami cerai sebab bini hampir giIa.
Manja Roseli : Saya membaca sehingga habis dan memahami setiap perkataan dan luahan yang dicatitkan. Untuk puan, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik dan permudahkan segala urusan… Aamiin ya rabb. Saya yakin tiada kebetulan di dalam dunia ini… Seperti yang ustaz Ebit Lew katakan. Kadang – kadang kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita temui orang yang betul – betul menyayangi kita kerana Allah.