Saya dikejar suami orang. Saya tak boleh nak elak sebab dia senior. Bila staff lain takde, dia datang makan dekat meja saya

Saya dah cuba tolak tapi lama – lama bila dah selalu bertemu, bercerita dan berdua – duaan, saya dah jatuh cinta. Tambah lagi dia dah berjanji akan mengambil saya jadi isteri kedua. Dia kata lelaki boleh kahwin 4, jadi 2 orang apa salahnya?

#Foto sekadar hiasan. SEBAGAI manusia baik lelaki mahu pun wanita, semua mahukan kehidupan yang lebih baik daripada apa yang dilaluinya. Kalau anak orang kaya dia hendak lebih kaya lagi, dapat suami dari keturunan kayangan, atau inginkan pasangan yang berjawatan dan berpangkat tinggi. Demikian lumrah dan impian manusia.

Bagaimana pun kita hanya boleh merancang, Allah menentukan. Dan kita terp4ksa akur dengan ketentuanNya, tetapi sebagai manusia hanya mulut mengaku dan akur kepada kehendakNya, namun jauh di sudut hati kita masih mengejar apa yang kita cita – citakan. Itu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Demikian juga dengan saya. Mula – mula masuk bekerja, saya simpan impian kalau ada jodoh saya inginkan pasangan yang ada pekerjaan tetap, kalau boleh senegeri dengan saya. Namun setelah beberapa tahun, nampak gaya tidak ada calon yang sesuai, maka saya putvskan mungkin saya belum ada jodoh. Saya terima kenyataan jika itu suratan. Dan saya redha kalau saya terp4ksa jadi andartu.

Tetapi nak jadikan cerita bila saya ditukarkan ke bahagian lain walaupun di bawah satu bangunan, saya bertemu dengan Fadli. Saya panggil dia Encik pada awalnya, tetapi dia suruh panggil Adli saja. Heran jugak, dia senior dan berpangkat takkan sesuai nak panggil nama sahaja, tetapi itu kehendaknya. Tetapi kalau depan orang panggil Fadli, arahnya.

Pelik jugak, kerana dia atasan saya, terp4ksalah ikut sahaja kehendaknya. Tetapi bila suruh saya ikut dia pergi lunch, saya tolak. Ini sudah lebih, sebab saya tahu dia sudah berkeluarga. Kerana saya tegas enggan keluar makan, maka dia suruh saya belikan makanan untuk dia makan dalam pejabat. Dan dia suruh saya makan bersamanya. Apa hal ni.

Sebagai orang baru di bahagian tersebut, tentu saya tidak selesa. Tetapi Fadli beberapa kali tumpang makan di meja saya bila orang lain keluar makan. Banyak kali saya lari ikut kawan keluar makan dan ada ketikanya dia ikut sama makan dengan teman teman lain. Sungguh saya tak selesa. Sebab kawan lain pun pelik dan segan dengannya.

Saya perhatikan dia sengaja buat saya tidak selesa, akhirnya satu hari kata Fadli kalau saya tak mahu keluar makan dengan dia, dia akan terus ikut saya ke mana saya pergi makan. Tapi dia tidak akan ikut saya keluar makan lagi dengan syarat saya mesti keluar makan dengan dia selepas waktu kerja. Lagi teruk syaratnya.

Saya hairan mengapa Fadli berkelakuan seperti ini. Dari kawan – kawan saya dapat tahu dia sudah 12 tahun berkahwin ada 3 orang anak, dia sangat sayang keluarganya dan perkahwinan mereka memang bahagian dan aman, tak pernah dengar cerita mengarut. Tetapi mengapa dia p4ksa dan ugvt saya seperti ini?

Setiap hari dia akan telefon saya dan tanya bila boleh keluar makan dengannya. Memang meny4kitkan hati. Berbulan saya diganggu seperti ini. Akhirnya saya mengalah sebab sikapnya mengganggu kerja saya setiap hari. Dan saya jadi malu dengan per4ngainya.

Kali pertama keluar makan kami sama – sama memandu di tempat yang dia tetapkan. Habis makan kami balik. Kali pertama dia nampak ok, esok ajak lagi. Alasannya daripada saya makan sendiri di rumah, lebih baik makan bersamanya, balik rumah tak payah masak lagi.

Nak jadikan cerita dari keluar makan bersama 2 kali seminggu akhirnya jadi 4 kali seminggu. Tidak banyak yang kami bualkan. Kecuali dia tanya latar belakang saya. Oleh kerana dia enggan bercerita, saya pun membisu.

Akhirnya terkeluarlah cerita konon dia tertarik dengan saya dan ingin menjadikan saya isterinya. Memanglah saya terk3jut, sebab saya tahu dia sudah berkeluarga. Bila saya tanya apa hal nak kahwin lagi, sedangkan dia sudah ada keluarga dan ada anak lagi lengkap lelaki dan perempuan. Alasannya lelaki boleh kahwin sampai 4, jadi 2 orang apa salahnya.?

Oleh kerana umur saya belum pun 30, minat nak kahwin suami orang memang tak terfikir langsung, saya bukan terdesak. Tambahan pula umur Fadli dah lebih 40 tahun. Saya memang tak suka berg4duh, famili saya pun memang tak suka kalau saya kahwin suami orang.

Seperti kata emak saya, kahwin suami orang memang sengaja menempah m4ut dan cari ‘peny4kit’. Sebenarnya saya memang tidak ada teman lelaki, semasa di kolej. Mungkin kerana per4ngai saya yang tak suka berbual dan beramah mesra dengan mereka, maka saya tidak ada ramai kawan baik lelaki mahu pun perempuan. Kalau ada pun seorang berdua sahaja.

Mungkin kerana saya rapat dengan keluarga dan setiap bulan saya pastikan akan balik ke rumah emak, tambah – tambah kalau ada cuti panjang. Tetapi sejak berkawan dengan Fadli beberapa kali program saya balik ke rumah emak terganggu.

Dia selalu ajak saya makan makan ke tempat yang dia suka, bukan dekat dekat KL, hingga ada sampai ke Melaka, Muar, Seremban, Sabak Bernam, Kuala Selangor. Asalkan orang kata makanan di tempat itu sedap dia ajak saya pergi mencuba.

Bila selalu sangat ikut Fadli makan tentulah program saya balik ke rumah emak pun terganggu. Dan paling tak sedap tentulah isterinya juga merasa pelik dan hairan dengan perubahan Fadli. Diam tak diam persahabatan kami berlanjutan hingga 2 tahu.

Kalau begini selalu tentu famili saya risau, tambah – tambah keluarga Fadli. Nak jadikan cerita bila dah selalu bertemu, bercerita dan berdua – duaan, pastilah perasaan suka antara kami mula terjalin, tambah – tambah Fadli berjanji akan mengambil saya jadi isterinya.

Sikap Fadli yang sem4kin ligat keluar dengan saya membuat isterinya curiga. Satu hari saya terima panggiIan telefon dari isteri Fadli. Terk3jut saya, macam mana dia dapat nombor telefon saya. Soalan pertama keluar dari mulut isterinya, kenapa ganggu keluarganya.

Saya masih muda mengapa tak cari orang bujang kenapa kejar suami orang? Terkedu dengan soalannya saya letak telefon sejak itu berkali – kali dia telefon saya gunakan nombor telefon orang lain. Paling meny4kitkan hati adik beradik dia pun ada telefon dan mem4ki hamun saya kerana ganggu ipar mereka.

Paling tak tahan bila terima wassap tuduh saya b0mohkan suaminya. Pada saya ini bukan soal guna ilmu dan b0moh, tetapi suami dia sendiri yang cari wanita lain. Hendak saya ceritakan suami dia yang gatal ganggu saya, tetapi siapa nak percaya, tentu si gadis yang dituduh gatal, pengg0da, peny0ndol dan sebagainya.

Sebenarnya saya pun dah bosan dengan sikap Fadli yang masih belum berhajat hendak meminang saya apa lagi ajak saya kahwin. Tentu dia tak berani dengan isterinya, alasannya bila saya tanya pasal kahwin, dia suruh saya sabar. Nak sabar macam mana umur pun dah lebih 30 tahun, nak tunggu apa lagi.

Saya sedar dia tak akan kahwin dengan saya di negeri ini, kecuali ajak saya nikah lari ke Siam! Tetapi tentu emak saya tak suka. Nak berpoligami tentu Fadli pun takut sebab banyak syarat berpoligami apakah dia sudah bersedia. Apakah isterinya boleh terima bermadu.

Sebab masalah inilah membuat Fadli tak berani nak kahwin dengan saya. Yang dia berani cuma mengajak saya keluar makan bersama dia untuk menghiburkan hatinya. Tetapi macam mana dengan hati saya, maru4h saya dan berapa lama saya mesti bersabar menunggu?

Akhirnya satu hari kerana tak tahan diganggu oleh isterinya saya terangkan dengan jelas, baawa suami dia yang gatal mengg0da saya, jadi kalau dia tak suka kami kahwin dan dia bermadu, tolong sekat, ik4t atau tambat suaminya jangan keluar makan dengan saya lagi. Sebab saya pun dah bosan disuruh sabar dan sabar sampai bila.

Emak saya lagi tegas, kalau nak kahwin dengan laki orang tak payah kahwin pun tak apa, kata emak dia tak kebuluh dapat cucu. Kalau saya tak kahwin pun emak kata dia tak akan marah. Daripada berg4duh, berper4ng dan ser4ng menyer4ng berebutkan seorang lelaki lebih baik jangan kahwin, itu nasihat emak.

Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana emak boleh tahu saya bercinta dengan suami orang, saya tak cerita pada emak. Tetapi emak lebih pandai, dia boleh teka dan tekaannya tepat. Akhirnya saya terp4ksa buat keputvsan mengejutkan, saya mesti putvskan hubungan dengan Fadli, walaupun kami sudah 3 tahun berkawan, dan memang saya banyak buang masa berkawan dengannya.

Tetapi saya lebih yakin nasihat emak. Saya terp4ksa putvskan hubungan dengan Fadli. Tapi Fadli buat saya s4kit hati dia dengan muka tak malu duduk dalam kereta tunggu saya depan rumah. Beberapa kali dia buat per4ngai macam tu dengan tujuan memaIukan saya depan jiran – jiran, jadi kerana malu pada jiran saya kena keluar juga dengan dia.

Beberapa kali dia buat per4ngai macam tu, satu hari kerana s4kit hati saya telefon isterinya suruh datang ajak suaminya balik. Kali itu baru Fadli terk3jut. Dia tak sangka saya berani panggil isterinya. Akibatnya 2 hari Fadli tak datang kerja, pelik juga.

Telefon saya pun tidak, baru saya terasa lebih aman. Tetapi sebulan kemudian Fadli minta tukar ke bahagian lain. Saya rasa ini mesti peranan isterinya yang buat aduan dengan bos besar kami. Saya tak kesal dengan perpisahan ini, sebab saya yakin nasihat emak. Kata emak tak kahwin tak berd0sa. Jangan ganggu rumahtangga orang, walaupun asalnya memang suami mereka yang gatal mencari daun muda.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.