Saya doktor hospitaI kerajaan tapi isteri nak bersalin dekat swasta, Andorra. Saya terp4ksa pinjam duit dekat kawan nak bayar bil

Saya penat kerja doktor sampai shift 30 jam. Tapi isteri boleh h1na saya busuk, h1na tentang gigi saya sampai saya pakai braces. Baru ni, saya mengaku dekat isteri yang saya ada perempuan lain. Isteri gelak je, dia kata…

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Salam. Harap admin hidekan profile saya.. Saya seorang suami, ayah untuk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan dan jugak seorang medical doktor di hospitaI kerajaan. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya confession saya ni meIukakan hati para pembaca.

Beban yang saya tanggung sepanjang perkahwinan, dah tak dapat saya simpan. Diluah m4ti emak, ditelan m4ti bapak. Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Saya dengan isteri, ‘berkenalan’ di FB, dia di Malaysia, di sebuah University Islam di sini, saya di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu saya kenalkan diri saya serba sedikit. Saya ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi saya orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah.

Saya anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik saya kesemuanya bijak dan berjaya semuanya. Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari saya, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi dan sekarang tengah buat PHD dan jaga aur4t sepanjang masa.

Saya berkenalan dengan isteri atas dasar bisnes (dropship dari China), saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dgn isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dengan saya.

Saya memang tak pernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut untuk menolak cinta isteri. Saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak sahaja. Untuk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan tak nak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami.

6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada video call (isteri berpurdah). Saya dengan isteri berkahwin di Masjid di Terengganu, hanya ada akad nikah sahaja memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dan 3 kakak.

Semua persiapan nikah, isteri dengan saya uruskan melalui whatsapp atau call sahaja. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos. Hari nikah tulah, hari pertama kali saya akan berjumpa dengan isteri saya. Saya agak terk3jut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa – biasa sahaja. Tapi takpe, saya terima.. Saya pun bukannya hensem.

Selepas menikah, saya habiskan cuti summer saya selama 2 minggu di Malaysia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi untuk habiskan study saya. Saya dan isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, video call.

Isteri dapat kerja sebagai executive di bank terkemuka Malaysia. I’m happy for her. Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri keguguran anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi saya. Isteri mula baran, m4ki hamun saya.

Dia cakap saya takde di Malaysian untuk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. M4ki hamun, rajuk, g4duh, siap minta cerai berkali – kali berterusan sehingga saya tamat study dan pulang ke Malaysia.

Untuk pendekkan cerita, saya dengan isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hospitaI KL. Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, m4ki hamun saya, sep4k ter4jang saya bila marah, rumah tak pernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah sahaja cecah RM500 untuk sepasang.

Isteri akhirnya bukak purdah atas polisi syarik4t, sebab selalu jumpa client, saya okay je. Dia tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya. Malah di kampung, dia berani tinggikan suara dan kuis saya guna kaki di rumah keluarga saya.

Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah pes4kit, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat str3ss, setiap kali pulang balik kerja, saya akan menangis. Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila berg4duh, saya mengadu saya penat dengan kerja, dengan kerenah dia, semua tak kena dengan saya, sampai gigi saya pun jadi isu.

Dia h1na gigi saya jongang, saya pakai braces, dia h1na saya selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30 jam). Dia tak pernah basuh atau ironkan baju saya, saya buat sendiri atau hantar ke dobi. Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju saya sekali.

Langsung tak pernah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal tak pernah bertukar, saya tukarkan, rumah saya hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci. Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak saya kasi, 2 – 3 pinggan dan mug.

Dapur tak pernah berasap, saya teringin nak ada isteri yang masak, sekurangnya makanan simple atau buatkan air. Ini kopi atau gula pun takde di rumah. Dia? Minum air mineral, beli berkotak – kotak simpan di peti. Saya ni seolah – olah housemate sahaja.

Kalau saya minum air mineral dia, dia mengungkit. Kadang – kadang saya terlupa beli air untuk saya, terp4ksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia. Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya bagi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++ Gaji dia?

Langsung tak bantu saya. Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama – sama. Kadang – kadang terp4ksa keluarkan dividen ASB. Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, m4kin berubah. Sama sahaja…

Kalau saya oncall. Dia hantar anak dekat babysitter dalam keadaan kotor, tak mandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu. Babysitter pun kena marah  dengan isteri saya, asyik bertukar babysitter je. Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri saya bagi cadangan untuk hantar dekat Umi saya di kampung.

Saya yang berat hati, tapi isteri? Suka, langsung tak peduli. Setiap hujung minggu kalau tak oncall, saya akan naik flight balik ke Alor Star jumpa anak. Isteri? Tak nak. Penat kerja katanya. Memang hujung minggu, saya habiskan masa di kampung dengan anak saya.

Bila berjauhan dengan isteri ni, hati m4kin taw4r. Saya mula berjinak – jinak dengan Tinder, bila swipe – swipe, match dengan Anna (bukan nama sebenar) . Lawa orangnya, bertudung tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL jugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey.

Bak kata orang Anna ni memang cool dan sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Saya mula bersembang Anna, mengaku sebagai bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama. Memang 100% Anna ni sempurna dari segala segi. Saya dan Anna bercinta hampir 2 tahun.

Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna, saya akan pergi. Anna memang tak tahu status saya. FB saya memang takde gambar anak atau isteri. Isteri saya? Langsung tak pernah tanya saya ke mana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja.

Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya bagi resit bank in duit. Sampai lah 1 hari saya ceritakan semuanya dekat Ummi saya, saya nekad nak bercerai dengan isteri dan kahwin dengan Anna. Ummi saya minta saya berterus terang dengan Anna dahulu tentang status saya, kemudian buat pengakuan dengan isteri.

Saya buat seperti mana yang ummi sarankan. Bila Anna tahu saya suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali Iukakan hati perempuan lain, dia minta saya pulang ke pangkuan isteri. Saya terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung tak percaya.

Dia suruh balik dan didik isteri saya, dekat 3 tahun lebih saya cuba, langsung tak dapat didik. Ya Allah. Saya jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus saya bagitau isteri, yang saya ada wanita lain. Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke?

Saya tunjuk bukti, kami berg4duh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis. Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna (tak perlu tinggal pun, lepas Anna tau saya dah berkahwin, dia terus blocked no saya).

Saya dan Anna putus terus contact, dalam hati saya memang masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berk0rban. Isteri tunjukkan effort jadi isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami m4kin baik.

Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing. Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah per4ngai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari – hari saya makan m4ki hamun dia, duit dah tak nak kongsi.

Makan hati berulam jantung saya ni. Hari – hari saya dan anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dengan phone, tak pun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan – kawan. Isteri ni pernah viral dulu dekat FB, sebab posting pasal kewangan.

Jadi followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada – yada. Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan – bulan. Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV. Saya sendiri pun pakai myvi sahaja.

Disebabkan saya pernah curang, saya pun turutkan aje, seolah – olah tebus d0sa. Nak beranak di Andorra HospitaI, padahal saya doktor wad bersalin. Boleh je beranak di hospitaI kerajaan, saya boleh dapatkan kawan sekerja perempuan sambut, tak nak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya.

Sampaikan saya ni hutang dengan kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang. Dia tinggalkan 2 anak dengan kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam sahaja, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pukuI 10 pagi keluar, pukuI 1 pun belum balik, akak tu call nangis – nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terp4ksa em3rgency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak – anak. Saya call, dia offkan phone.  Rupanya jumpa client dan kawan – kawan.

Sekarang anak no 2 dah keluar, saya memang nekad nak bercerai. Takkan nak curang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik. Untuk para suami, apa patut saya buat?

Kang bercerai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan FB, kalaulah dia cerita di Facebook, memang semua nampak salah saya. Saya pernah curang, hak penjagaan anak – anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia tak pernah jaga anak – anak.

Kalau saya pergi curang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih – alih saya Iukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula. Nak bercerai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nanti kalau si isteri saya viralkan kes curang saya, silap – silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah.

Anna langsung taksalah apa – apa, entah – entah dah bahagia hidup dia. Saya nak bercerai sayang anak – anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sep4k ter4jng saya nanti. Tapi saya tak sanggup nak hidup dengan isteri macam ni.

Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka. PukuI dengan hujung kain? Saya kena balik nanti. Report polis? Takdelah dia tend4ng sep4k ter4jang saya sampai Iebam – Iebam, dia perempuan, sep4k pun tak kuat, tolak – tolak kepala, t4mpar aje. Semua takde bukti. Pening saya. Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat sahaja. Thanks.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.