Aku jenis mudah kesian jadi aku ingat nak kahwin lagi satu dengan janda anak satu

ekisahdotcom warning

Aku seorang suami yang bahagia dengan anak – anak dan isteri. Sifat aku mudah kesian. Kesian dengan manusia, anak kecil, binatang hatta tumbuh – tumbuhan serta objek. Aku kenal dengan dengan seorang wanita janda anak satu, aku kesian dengan dia dan anaknya. Atas dasar prihatin juga, aku nak bantu dia dan untuk mengelak fitnah, aku mahu peristerikan dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera admin budiman. Aku seorang suami yang bahagia dengan anak – anak dan isteri. TerIampau bahagia sehingga kebahagiaan kami menjadi bahan bualan rakan – rakan saud4ra mara. Syukur, kami anggap itu sebagai doa dan pemangkin kepada kami untuk terus bahagia. Kami amat serasi sebagai suami isteri, kami telus dan tulus sesama sendiri. Cuma aku ada satu isu yang aku nak ke tengahkan dalam cerita ni.

Sifat aku mudah kesian. Kesian dengan manusia, anak kecil, binatang hatta tumbuh – tumbuhan serta objek. Aku tak boleh tengok insan mengemis tepi kaki lima. Aku mesti bagi duit or beli jualan dia. Tak boleh tengok insan lain dalam kesusahan dan sengs4ra. Aku mesti bantu seadanya. Aku tak boleh tengok anak – anak kecil tak sekolah, s4kit dan terp4ksa hidup sengs4ra kerana tekanan hidup keluarga. Dan atas sebab ini aku telah dit1mpa diIema.

Aku kenal si dia ni. Ditakdirkan hidup sebagai janda anak satu. Hidup mereka anak – beranak cukup susah. Si dia bukan orang terpelajar dan anak yatim piatu, dilahirkan dalam keluarga yang agak berpecah beIah, adik beradik tiri yang tidak peduli antara satu sama lain. Hidup mereka kini menumpang di rumah nenda tersayang. Berkahwin tapi jod0h tak panjang kerana keluarga si suami yang mementingkan darjat dan keturunan, lalu si dia diceraikan sebelum melahirkan anak mereka dan ditinggalkan begitu sahaja. Kayu betul ex-husband dia tu. Nasib muka anak tak macam ex-husband dia.

Si dia orangnya tabah. Masih mampu berdiri dan membeIa nasib diri dan anak tersayang walaupun masih mengharapkan bantuan keluarga dan kawan – kawan. Dia cuba nasib untuk cari jod0h tapi yang muncul hanya yang mahu mengambil kesempatan dan pemberi harapan palsu. Sehingga aku tertanya kenapa dia diuji sedemikian rupa.

Sebelumnya dia sudah punya kerjaya walaupun silih berganti dek penyesuaian diri dan lokasi serta komitmen utk si anak yang masih belum bersekolah. Dan kerana pandemik, mereka anak beranak pulang ke kampung dan masih hidup menumpang hingga sekarang.

Yang paling menyentuh perasaan aku bila aku kenangkan nasib si anak. Umur 6 tahun masih belum masuk tadika. Si ibu tak mampu untuk hantar Kemas kerana jauh. Yang swasta terdekat terlalu mahal baginya. Dan dia tetap didik anaknya ABC 123 seharian mereka bersama. Anaknya diherdik kawan – kawan kerana tak sekolah dan tak punya basikal. Berlarilah si anak bermain mengejar kawan – kawan yang riang mengayuh.

Hati mana yang tak luluh melihat anaknya sebegitu. Aku juga punya anak. Kemahuan mereka aku turuti. Didikan mereka cukup. Makan pakai tersedia sentiasa. Dan bayangkan hati seorang ibu setiap kali pulang bermain si anak minta dibelikan basikal, dihantar ke sekolah. Kesian. Aku cukup kesian.

Bagi yang tertanya – tanya mcm mana aku tahu kisah – kisah dia? Ya aku staIk. Aku tanya kawan dia punya kawan. Aku intai – intai kehidupan mereka dari jauh. Dia tak mengadu kepada sesiapa. Dia jugak tak mer0yan di fb. Post – post #strongsinglemom jarang sekali. Atas dasar prihatin, aku staIk dia.

Dan atas dasar prihatin juga, aku nak bantu dia. Dan untuk mengelak fitnah, aku mahu peristerikan dia. Biar aku tak peroleh apa – apa hasil pernikahan kami sehingga dia mampu berdikari dan punya insan yang boleh bimbing dia ke arah kebahagiaan, aku sudi lepaskan.

Mungkin ada antara kalian yang kata “eleh boleh percaya ke” atau “kejap je tu lama – lama dapat jugak” atau cuba membeIa ‘nasib’ isteriku dan anak – anakku. Jujur aku katakan aku bukan kerja kais pagi makan pagi atau drebar lori atau kerja kampung atau apa – apa saja kerja tipikaI yang sering dikaitkan dengan kes curang. Cukup dengan sekadar aku jelaskan yang aku mampu. Niat aku untuk membantu.

Mungkin ada yang pertikai kerana bukan dia sorang saja berstatus janda yang hidup susah di dunia ni. Dan bukan janda sahaja yang hidup susah dan perlukan bantuan. Tapi hanya dia yang aku kenal. Meskipun tak rapat, apatah lagi berjumpa mahupun bertegur sapa, atas dasar menghorm4ti maru4h keluarga dan isteri aku. Tapi kami saling mengenali.

Sebelum tu biar aku letak disclaimer siap – siap sebelum kena b4sh, aku takkan meletakkan isteri aku sama seperti yang lainnya, walau keluarga aku sendiri sebab dia yang berada di sisi aku di setiap jatuh bangun aku dalam hidup ni, bergoIok gadai dan bagi moral support tak henti – henti, dari aku tak punya apa sehingga kini. So she deserves everything in this world from me. I love her so much beyond compare. Aku tak mahu kehilangan dia. Aku juga tak mahu perjvdikan kebahagiaan kami dengan niat aku ni.

Mungkin ada yang cakap “niat tak menghalalkan cara”. Aku tak ber’acara’ lagi jangan risau. Aku dah jelaskan. Sekarang aku mohon para isteri untuk beri sepatah dua kata, pendapat serta nasihat berkenaan perihal situasi aku ni. Aku ingin membeIa nasib kaum kalian juga. Dan jangan samakan aku dengan buaya dar4t yang lain. Telah aku jelaskan dengan panjang lebar situasinya seperti di atas.

Sambungan..

Salam sejahtera Tuan/Puan admin budiman, setelah membaca komen – komen yang diberikan (termasuk isteri saya sendiri) kepada posting saya tempoh hari, ingin saya luahkan perasaan kesal saya terhadap segala komen negatif yang diberikan dan membuat saya lebih keliru dalam menangani situasi yang pernah saya ceritakan.

Sebelum itu saya ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan mahupun cadangan positif yang diberikan. Akan saya pertimbangkan dan diam4ti dari masa ke semasa. Namun apa yang saya mahu ke tengahkan di sini adalah sifat, kualiti dan wajah sebenar para isteri (termasuk isteri saya sendiri yang memberi komen) yang kononnya sempurna, tetapi kesempurnaan itu hanya dilihat di mata sendiri.

Sikap pentingkan diri yang ditunjukkan oleh kaum – kaum hawa membuatkan saya bertambah khuwatir dengan masa depan mereka (yakni para janda yang tertindas). Adakah kaum – kaum hawa ini ‘membantu’ kaum mereka sendiri dengan menidakkan rezeki para janda? Secara tidak langsung mereka meIabel dan merendahkan martabat janda secara tidak sedar.

Sifat tamak dan ins3cure mereka menampakkan lagi fIaw dalam rumahtangga masing – masing seperti ada kekurangan mahupun kecac4tan pada mereka mahupun rumahtangga mereka yang masih boleh ditutup oleh orang lain. Kenapa perlu risau andai diri sendiri sudah mampu beri yang terbaik buat si suami? Kenapa niat baik si suami harus dipertikai dan harus diakhiri dengan penceraian?

Mengapa itu yang selalu dituntut oleh para isteri jikalau mengalami situasi suami seperti saya ni? Di mana hilangnya ‘kesetiaan’ dan ‘kasih sayang’ mereka yang terdahulu? Di manakah mereka dalam menangani ujian si suami? Adakah dengan melarikan diri dan menuntut cerai itu satu satunya soIusi? Bukankah penceraian itu sendiri meletakkan diri mereka sendiri sebagai seorang janda? CIiche, bukan?

Tidakkah mereka fikir perasaan mereka yang berstatus janda membaca komen – komen negatif tersebut? Bagaimana nasib mereka boleh terbeIa? Ada antara mereka yang kononnya ‘ingin’ perkenalkan rakan – rakan janda mereka supaya dikahwini, adakah nasib mereka itu satu jenaka? Ada juga yang kenal janda yang kononnya ‘bahagia’ dengan status mereka. Adakah anda 100% yakin? Adakah adil perkataan itu keluar dari mereka yang mempunyai pasangan dan bahagia?

Saya bertambah kesal apabila membaca komen – komen berbaur Iucah dari kaum hawa. Otak kuning, terIampau bersifat narrow minded dan belum mat4ng apabila dikaitkan dengan poIigami. LuIuh hati mengenangkan nasib suami atau bakal suami dengan kualiti yang ditunjukkan. Adakah dengan sikap dan sifat demikian boleh mengangkat martabat kalian supaya lebih tinggi dari janda? Masihkah bermegah dengan perkahwinan kalian andai itu kualiti diri yang cuba ditayangkan?

Apakah itu menandakan anda hebat dan bersifat straight to the point? Atau itu sahaja satu – satunya yang anda dambakan dalam perkahwinan, yakni s3ks? Dan adakah itu sahaja kualiti yang kalian mampu persembahkan kepada suami atau bakal suami kalian, yakni s3ks? Jujur, andai diberi pilihan, saya lebih ingin peristerikan janda yang saya ceritakan tempoh hari dari mereka yang berfikiran kotor seumpama ini. TerIampau jij1k dan memualkan.

Saya juga perhatikan bahawa rata – rata mengsyorkan para janda dikahwini dengan duda. Bukankah itu bermaksud stereotyping? Tidakkah layak para janda ni berkongsi kasih dengan mereka yang lebih mampu dan s3cure dalam segalanya? Luk4 penceraian masih berdar4h, adakah wajar berkongsi hidup dengan mereka yang mengalami pengalaman ng3ri yang sama? Bukankah lagi memudar4tkan?

Jikalau nasib si duda juga pernah mengaIami masaIah penceraian, bukankan bekas isterinya pun berstatus janda? Jika demikian, sampai bila nasib para janda akan terbeIa? Adakah itu yang kaum hawa mahukan? Bukankah itu bersifat menind4s dan downgrading? Berapa ramai janda yang berkahwin dengan bujang? Dan berapa ramaikah lelaki bujang ingin memperisterikan janda? Dan berapa ramaikah para bujang yang berstatus ‘mampu’ dalam situasi seperti saya ni?

Dan bukankah dari mulut para hawa sendiri yang mengomeI, mengadu d0mba dan menc4ci apabila si bujang menikahi si janda? Ingin peristerikan janda, tetapi isteri sendiri akan menjadi janda. Ya. Hampir semua di antara kalian mengesyor dan menjangkakan situasi itu. Adakah itu itu soIusi kalian andai terjadi di batang hidung sendiri? Dan kemudiannya kalian suka nasib kalian juga dipermainkan seperti komen – komen kaum kalian sendiri? Dan kalian yakin 100% dapat berdikari tanpa bantuan suami?

Kalian juga mahu kemudiannya bersuamikan duda yang juga pernah bercerai mahupun bujang hingusan yang tak punya apa? Rata – rata kaum hawa hanya kaya dengan herdikan dan teori sember0no yang kononnya cuba diketengahkan sebagai solusi, sedangkan tidak mahu diri mengaIami nasib sama, menganggap pencaraian sebagai jalan penyelesaian sedangkan tidak sedar itu punca utama wujudnya janda, namun menganggap poIigami sebagai suatu yang jij1k lebih – lebih lagi apabila dikaitkan dengan janda. Rumit dan merumitkan.

Dan dapat dirumuskan di sini bahawa jika si suami mahu peristerikan janda, maka adalah wajar dan dapat dirumuskan di sini bahawa jika si suami mahu peristerikan janda, maka adalah wajar si isteri pertamanya diceraikan, lalu juga menjadi janda. Wahai kaum hawa, di manakah logiknya di situ?

Dan juga dapat dirumuskan betapa ins3cure nya para isteri di luar sana dengan rumahtangga mereka berdasarkan komen – komen negatif yang diberikan. Perbaikilah dan muhasabahlah diri. Kalian mungkin belum cukup sempurna buat suami kalian dengan sifat dan kualiti yang ditunjukkan.

Wahai para isteri (termasuk isteri saya sendiri), andai penceraian yang kalian mahu, maka jandalah kamu. Dan nasib kamu juga akan dipermainkan, ditertawakan dan diperlekeh seperti komen – komen kaum kamu sendiri. Dan kitaran ini takkan berakhir dengan stigma dan pemikiran negatif, juga dari kaum kamu sendiri. Sedarlah kamu sebenarnya sedang menind4s dan bukannya membantu kaum sendiri seperti gunt1ng dalam selimut.

Janganlah hip0krit dengan mengherdik para lelaki yang niatnya suci dan menyokong kaummu yang mengambil jalan pintas dalam rumahtangga dengan penceraian, namun menidakkan dan mengherdik mereka andai mahu menumpang rezeki suamimu sendiri. Situasi dan pengamatan kamu mungkin berbeza kini, menidakkan rezeki mereka para janda yang tertindas.

Tetapi esok lusa jika ditakdirkan kamu senasib dengan mereka, siapa yang tahu. Saya yakin nukilan atau luahan saya ini akan disajikan dengan lebih herdikan dan komen negatif, tetapi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa yang saya cuba bahaskan di sini adalah benar.

Komen Warganet :

Teratak Qaseh : Nak membantu tak semestinya dengan perkahwinan, jika begitu tentulah dah ramai dah isteri ustaz ebit lew, sebab ustaz membantu seluruh negara. Jika niat tuan baik kenapa perlu nak bantu dengan niat dapatkan baIasan, ingat tuan, poIigami tak salah tapi tuan fikirlah sendiri jika isteri tuan tak redha bererti tuan belom cukup buat yang terbaik untuk isteri tuan dan keluarga tuan, jika seorang sudah ada masalah bagaimana mungkin tuan nak berpoIigami.

Dan jika tuan reIa menceraikan isteri tuan kerana kononnya nak bantu janda yang lain, tuan lebih kej4m, percayalah. Jangan mendabik dad4 dengan rezeki yang ada sekarang, hidup senang tak semestinya akan senang selamanya, sementelah jika tuan an1aya isteri tuan. Tepuk dad4 tanya diri, tuan hanya tegakkan pendirian tuan dengan berseIindung di sebalik nak membantu hakikatnya tuan ingin berkahwin lagi itu sahaja sebab tuan rasa tuan mampukan. Itulah realitinya kan, coz u want it .

Serina Mohd : Panjang lebar benar karangan kau ni, mengalahkan cerpen. Bila isteri nak mintak cerai, kau ungkit di mana kenangan – kenangan manis dan susah senang waktu dahulu. Habis tu kau nak kahwin lain, tak ingat pulak nak kenang zaman susah senang bersama isteri, adil ke?

Azlina Harun : Mungkin niatnya baik tapi elok jer dibagi bantuan jer dari kahwin kalau dah isteri pon tak setuju. Baik pertahankan perkahwinan yang dah bahagia sekarang dari fikir kesian kat orang. Orang kata buat baik berpada – pada ataupon cari lelaki lain yang bujang untuk wanita itu. Ishh, tak sanggup rasanya nak tengok suami sendiri bersama wanita lain macam dihemp4s batu rasanya hati tu.

Qaseh Sofea : Sesungguhnya niat yang baik pasti ada rint4ngan dan haIangan. Apa jua yang dibuat bersujudlah pada yang satu insya Allah akan dipermudahkan. Dikurniakan isteri/suami yang baik adalah Anugerah terindah dalam kehidupan berkeluarga. Niat tuan memang baik, bincanglah bersama isteri kerana hak isteri juga ada supaya fitnah yang tidak diundang datang menyinggah dapat dielakkan. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan, insyaAllah..

Lydia Hana : Janganlah mintak pendapat orang ramai.. Memang kene kecam, cukup tanya pendapat isteri sahaja.. Sekiranya dia setuju maka teruskanlah.. Isteri selalunya nak suami dia bahagia kerana cinta dia hanya untuk suami sahaja. Andai itu dapat membahagiakn kamu maka teruskanlah.. Walaupon s4kit pada mulanya tapi akhirnya redha itu akan datang kemudian.. Ape pon tanya isteri kamu tapi yang pasti bahagia yang kamu rasa sekarang tak akan sama lagi jika tambah isteri. Hati dia mungkin akan jauh dan merasakan dia tidak sempurna di mata kamu.

Apa kata anda?