Saya merajuk bila suami hanya beli kek murah. Saya wassap minta cerai, bila suami balik ini yg dia buat

Suami saya hanya kerja berniaga tapi sejak C0v1d pendapatan dia berkurang. Gaji saya banyak je tapi hanya untuk diri saya sendiri. Saya geram tengok suami tidur je bila dia takde kerja, saya mesti cari g4duh. Sehinggalah saya bersalin anak ketiga, tiba – tiba hati saya terbuka untuk..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya sekadar ingin meluahkan apa yang berlaku pada saya ketika ini. Saya seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Suami berniaga tetapi pendapatan agak kurang sepanjang c0v1d19 melanda muka bumi ini.

Sebelum tu pun pendapatan suami juga agak terjejas. Mungkin sebab berniaga sendiri, ada pasang surutnya. Tapi alhamdulillah saya juga bekerja jadi mungkin tak terkesan mana keluarga kecil kami ini. Sebenarnya isu duit ni bukan boleh di ambil ringan.

Sebagai perempuan saya ni sememangnya mudah terpengaruh. Pertama sekali dengan emas. Saya cuba untuk tidak minat barang kemas, sebab saya tahu suami tidak mampu belikan. Untuk beli guna duit sendiri pula, saya rasa tak patut.

Mungkin segan nak tunjuk pada suami yang saya suka bazirkan duit sedangkan suami sendiri struggIe mencari duit siang malam. Yang keduanya hadiah mahal. Saya pernah menangis sebab teringin hadiah mahal. Tapi menangis sorok – sorok.

Apa yang suami mampu beli hanyalah kek yang murah dan kecil saja. Suami pula bila dia tertekan, dia akan tidur seharian. Contoh bila dalam seminggu tu tak ada job langsung. Memang akan s4kit hati la tengok dia tidur.

Sampai tak ambil peduli semua benda. Tahu tak apa saya buat. Saya mula cari g4duh. (Sebenarnya saya tak pernah minta keinginan saya pada suami) Sampai saya wasap suami untuk ceraikan saya. Saya cakap saya dah tawar hati.

Suami cool je. Dia tak baIas pun. Bila balik rumah dia buat macam tak ada apa – apa yang berlaku. Jadi kami masih menjalani kehidupan rumah tangga macam biasa. Saya nak tanya wahai kaum lelaki, mesti terasa hati kan anda bila isteri bagitahu yang dia tak perIukan anda pun.

Ya. Saya cakap macam tu pada suami. Sampai saya rasakan tak perlu saya jadi isteri jika saya hanya menjadi isteri yang durhaka kepada suami. Suami tak pernah cukup duit untuk beri nafkah pada saya dan anak – anak. Dan kami pun sudah lama tak membeli beIah bersama – sama.

Mesti segan kan. Sebab suami tak mampu nak bayar kalau isteri ambil barang yang bukan – bukan. Realitinya gaji saya banyak. Pendapatan saya juga tetap. Entah la kenapa suatu hari selepas saya bersalinkan anak ketiga. Saya mula rasa simpati pada suami.

Saya terfikir tak boleh ke saya bantu suami semasa dia susah ni. Saya mula ingat balik, masa perniagaan suami maju. Sepenuhnya dia bayar segala hal. Duit saya untuk saya j0li saja. Mungkin keadaan ni adalah ujian bagi saya.

Dengan rela hati saya transfer kan duit kepada suami. Kemudian saya apply moratorium supaya kurang sikit komitmen saya. Walaupun saya kerja tetap mampu bayar semua. Tapi saya fikir kali ni saya nak tolong suami. Entah macam mana, hilang sudah rasa tawar hati tu.

Dah boleh rancak bersembang di rumah. Walaupun masih lagi suami ada buat per4ngai. Yela mungkin dia masih rasa dia ada kekurangan. Tak mampu nak sediakan semuanya untuk isteri dan anak – anak. Tapi mungkin yang Maha Esa beri kelebihan pada saya ini untuk tidak lupa diri.

Saya sayangkan suami saya. Saya tak pernah melayan mana – mana lelaki pun. Tetapi sebab pengaruh media. Saya pula nak jadi isteri durhaka. Apa salahnya saya bantu. Duit saya tak luak pun. Saya tak tahu la macam mana hukvmnya.

Buat masa ini saya yang menanggung semuanya. Tapi barang dapur suami tak pernah miss untuk beli. Guna duit dia sendiri. Dan kalau bulan ni saya tak perlu bayar loan. Saya nak bagi sedikit hadiah cash money buat suami.

Kesian suami. Dari kecil dia susah. Mesti ada barang yang dia teringin beli. Tapi tak mampu. Dulu dia kuat berbelanja. Bila tak da duit macam ni, dia la paling berjimat cermat. Bersyukur la anda ada suami yang mampu beri segalanya.

Kereta besar, barang kemas dan jambangan duit. Suami saya tak mampu. Jadi biar lah kami buat seperti orang tak mampu. Terima kasih. Saya Ina, isteri yang mudah terpengaruh. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Dalam perkahwinan kena ada give and take. Tak boleh memberi banyak sangat dan tak boleh juga mengharapkan yang baik – baik saja. Suami memang wajib bagi nafkah walaupun RM10 asalkan isteri redha, Insya-Allah rezeki akan berkat dan bertambah.

Dalam kes puan ni baguslah puan nampak kebaikan suami, walaupun ada kekurangan. Tapi asalkan dia selalu ada di rumah dan ada bila kita perlu itu sudah cukup. Semoga terus berbahagia.

Yusnita Yusof : “Keluar beli barang sama, tapi mesti maIukan bila isteri yang bayarkan”. Statement mana awak dapat ni. Hidup ni mudah. Yang jadi payah bila semua perkara nak lihat dari sudut pandang orang sekeliling.

Sendiri yang hadap susah senang, bersama laki / bini dengan anak – anak. Jadi buat sesuatu tu, selagi tak buat perkara salah. Buat je lah bagi menyenangkan keluarga sendiri. Nak perfect segala sudut, payahlah.

Jacket Zara : Dalam sosiaI media yang dipaparkan hanyalah yang manis – manis dan keseronokan semata, tidak semua yang realiti dibentangkan untuk tatapan umur. Setiap orang senang, mampu dengan cara yang berbeza.

Ada yang sanggup ‘biar papa, asal bergaya’ manakala yang bijak hidup berdasarkan ukur poket sendiri. Hakik4tnya kita perlu ‘lebih bijak’ dari permainan media sosiaI. Hidup setakat kemampuan, mampu menyimpan adalah bonus dan itulah jaminan masa hadapan.

Impian tidak salah namun berpijaklah di bumi yang nyata. Minta doa agar dimurahkan rezeki, didatangkan rezeki yang tidak disangka – sangka untuk diri kita dan untuk membantu orang lain. Perbanyakkan juga sedekah kerana sedekah tidak menjadikan kita fakir. Taat dan patuh pada suami juga punca rezeki.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.