Saya minta suami bertakIik depan saksi. Kami hanya bahagia 2 bulan apabila kawan datang sampaikan pada kami bahawa saya dan suami dah bukan muhrim ketika tu kerana dalam diam suami langgar takIik. Kali pertama saya nampak suami menangis sepanjang berkahwin..
#Foto sekadar hiasan. Ada orang suami dia kant0i curang. Ada orang laki dia kaki pukuI. Ada orang laki dia kaki lepak. Dan banyak lagi kekurangan setiap manusia. Tapi saya tak tahu masalah saya betul – betul satu masalah atau saya seorang manusia yang tak reti bersyukur dan nak semuanya sempurna.
Kalau nak hitung kebaikan dan keburukkan yes! Memang banyak yang baik dari yang buruk sepanjang hampir 13 tahun hidup bersama. Tapi kali ini saya betul – betul penat. Penat mentaI nak fikir masalah yang tak sudah sudah.
Berkali – kali kant0i MINUM K3TUM. Berkali – kali berjanji. Berkali – kali bersump4h. BertakIik sudah. Cerai pon sudah. Rujuk pon sudah. Tapi hasilnya tetap sama. Dia dan K3TUM tak pernah berpisah. Bukan saya yang silap buat keputvsan untuk nikahi dia 13 tahun lepas.
Yes saya bod0h masa tu. Baru 15 tahun dah kawin. Kawan – kawan lain masih di bangku sekolah. Saya dah jadi mak orang pada usia 16. Tapi masa tu suami bukan kaki k3tum. Kekurangan dia masa tu, cuma dia jenis tak solat.
Saya pon laIai juga masa tu. Maklum la usia masih muda. Dia yang usianya 15 Tahun lebih tua dari saya patutnya bimbing saya betul tak? Tak cukup dengan tak solat 4 tahun kebelakangan ni terjebak dengan k3tum. Ye ada je isteri yang tak marah suami diorang minum k3tum.
Lantak la apa orang nak fikir. Tapi saya tak suka!! Saya f0bia!! Sebab k3tum dia dipenjarakan masa saya tengah aIahan mengandungkan anak ketiga. S4kitnya masa tu Allah je tahu. Saya tebalkan muka meminjam duit ik4t jamin dia demi anak dalam kandungan.
Lepas tu dia janji tak akan buat lagi. Tapi janji tinggal janji. Berkali – kali kant0i dia ingat ugvtan saya main – main bila saya suruh dia buat pilihan sama ada saya atau k3tum. Baru – baru ni kena tangkap lagi. Saya dan dua anak lagi pergi mengaji tinggalkan yang kecik (setahun lebih) pada dia.
Dia memang tak liat tolong jaga anak kalau masa dia tak bekerja. Bagai nak luruh jantung bila polis call suruh datang balai ambik anak saya yang sedang menangis. Polis cakap bapak budak ni tinggalkan anak ni pada dia dan larikan diri untuk elakkan diri dia di tangkap.
Dia kena tahan kat polis mase dalam perjalan nak pergi beli k3tum. Boleh pulak dia bawak anak sekali. Dua hari jugak dia hilang tak balik ke rumah. Saya buntu kereta pon polis r4mpas. Kereta buruk tu je kami ada nak ke mana – mana.
Lepas selesai kes tu, saya dah tawar hati. Tapi dia pujuk lagi. Bersump4h bagai nak stop k3tum. Dia tahu takde satu pon kebaikan yang datang bila dah mula ket4gih k3tum. Kalau puan – puan di tempat saya f0bia tak bila dua kali hadap laki kena tangkap asbab k3tum?
Anak saya boleh hilang bapak sebab k3tum. Saya boleh hilang suami sebab k3tum. Salah ke saya betul – betul benci dengan perkataan k3tum?? Mesti ada yang nak bekap cakap k3tum tu ubat kan? Yes ubat jika pada tangan yang betul.
Tapi r4cun pada tangan orang yang salah! Dia hijrah ke bandar selama sebulan untuk stop k3tum. Alhamdulillah memang dah betul – betul stop di bawah pantauan abang saya. Dia pon balik konon mulakan hidup baru. Bahagia la kejap dalam 2 bulan macam tu.
Tak lama lepas tu kant0i lagi.. saya pon tekad ke pejabat agama dan bawak balik borang cerai tunjuk pada dia. Kali ni dia menangis. air mata pertama saya penah tengok sepanjang kenal dia. Kali ni saya fikir tak boleh bagi muka mesti ada perjanjian yang kemas.
Saya minta dia bertakIik depan saksi. Dia pon sanggup. Tapi sayang apa yang dia fikir sampai takIik pon dia sanggup Ianggar. Seorang kawan tahu tentang takIik dan dia tahu suami minum lagi, jadi dia datang sampaikan pada kami bahawa saya dah suami dah bukan muhrim ketika tu.
Suami diam seribu bahasa. Kebetulan time tu dia demam teruk saya pon serba salah nak hukvm dia lagipun, tapi time ni dia dah slow – slow solat. Saya serba salah. Asyik fikir dia betul nak berubah ke tak. Sebab dia tak ambil k3tum banyak – banyak macam dulu dah.
Nak jadikan cerita baru – baru ni anak saya kena warded. Faham – faham la kewangan seorang pen0reh getah macam mana bila ada ahli keluarga yang s4kit. Saya balik – balik boleh jumpa berbotol – botol air k3tum dia sorok. Allahu tak tahu nak kata apa dah.
Ini bukan cara orang nak stop k3tum dah kalau stock banyak macam ni. Saya rasa dia memang manusia yang tak akan pernah berubah. Patutnya time ni dia berjimat untuk family kami. Tapi dia habiskan duit dengan benda tak berfaedah.
Saya buntu sekarang. Pejabat agama tutup, surat fail cerai yang saya ambik hari tu masih ada dalam simpanan tinggal diserahkan dah siap isi apa semua. Cuma perlu buka fail je bila di serahkan nanti. Tapi disebabkan PKP tak tahu bila pejabat agama akan buka.
Saya pula terus makan hati macam ni. Dia pulak macam tak bersalah. Saya ada tengok – tengok kerja nak buat persediaan kot – kot nak kena jadi ibu tunggal nanti. Sekarang saya cuma mampu berdoa.. “YaAllah jika dia bukan j0doh ku yang terbaik, maka kau h4puskan segala rasa kasih sayang aku terhadap dia. Mudahkan aku membuat keputvsan.”
Saya dah penat doa yang sama mintak dia berubah. Mungkin saya yang patut ubah hati saya. Saya cuma fikir anak – anak kalau berpisah macam mana. Anak – anak pun rapat dengan dia. Saya tak pernah bekerja, ye la umur 15 tahun dah kahwin.
Anak – anak pula masih kecil bawah 12 tahun semuanya. Kalau nak bagi pendapat silakan. Kalau setakat nak kecam, fikir dulu tak cukup kesian ke kat saya yang sedia ada ni dah banyak masalah.
Komen Warganet :
Farhana Ismail : Saya rasa, awak kena keluar dan cerai je dengan lelaki macam tu. Cukuplah 3 orang anak bersama dia, jangan ditambah lagi. Bukan je awak yang tersiksa, anak – anak pun akan hidup dalam suasana yang tak sihat. Kalau betul pikirkan tentang anak – anak, berpisah je la. Dah banyak peluang bagi tapi masih tak berubah.
Mohamat Azali : Elok pisah selagi tabiat si suami tak berubah. Itu adalah untuk kebaikan diri sendiri dan anak – anak. Semoga dipermudahkan urusan.
Tekat Emas : Kalau puan nak cerai bukan pergi pejabat agama, boleh terus buka fail di mahkamah bayar RM50. Tapi lebih baik sediakan dalam rm300, kalau mampu ambil peguam.
Rose Ahmad : Move on je dik. Cari kerja, sampai bila nak makan hati. Kita hidup nak happy – happy kenapa nak tunggu d3rita. Sedih kenangkan anak – anak korang tu. Korang memang mak pak yang k3jam kalau terus bersama.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.