Aku janda anak satu, lepas kahwin suami suka cubit anak aku sebab tak suka duduk sekali

Aku memang tak nak kahwin sebab sedar aku ni janda anak satu tapi dia yang beria pujuk, sampai cari aku dekat kampung nak ajak kahwin. Bila dah kahwin, tiba – tiba dia kata tak boleh terima anak aku umur 3 tahun. Paling aku tak tahan, sebelum kahwin dahi hitam kuat solat dah kahwin baru keluar per4ngai..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, ni aku nak reply post suami aku sebelum ni. Aku tahu dia post ni, sebab aku terbaca dari history google dia. Ye, aku kahwin dengan dia, sebagai janda anak satu. Wah bukan main, kereta sambung bayar lah, barang scrap.

Tiada siapa yang bercita – cita nak jadi janda. Aku bercerai dulu dengan cara baik, setelah berbincang berkali – kali. Mula – mula dulu, family aku pun tak tahu kenapa aku nak bercerai, lagikan family dia. Sebab nak menjaga aib bekas suami.

Yela, hujung dunia mana pun, dia tu bapa kepada anak aku. Kesian anak aku malu nanti, sekarang memang la anak kecik lagi, nanti dah besar, perkara macam ni orang ingat dan bawang sampai m4ti. Kena label nanti. Ala macam korang lah label janda.

Walaupun dah kahwin lain pun, masih ingat orang tu dulu janda. Tapi memandangkan korang tak kenal pun siapa aku dan bekas suami aku mahupun suami aku sekarang, boleh lah aku cerita dekat sini, takde aibnya kalau korang tak kenal siapa orangnya kan.

Aku bercerai sebab bekas suami aku, kaki perempuan, kaki mesin jvdi , kaki m4buk club, pukuI aku, dan malas bekerja. Masa aku pregnant setelah menunggu selama 3 tahun, aku dapat tahu suami aku bercinta dengan kawan aku sendiri.

Balik club m4buk, tidur dekat rumah perempuan tu. Kau rasa apa jadi? Aku dapat tahu ni, bukan dari teka – teka tuduh – tuduh ya. Ini dari kant0i b0doh, perempuan tu sendiri mengaku lepas aku menyamar whatsapp perempuan tu guna handphone bekas suami aku ni.

Time tu bekas suami aku balik dari malam minggu, m4buk. So dia tak perasan aku pegang hp. Lepas tu aku call dan jumpa perempuan tu, dia pun mengaku. Ko bayangkan, aku m4buk teruk lembik dekat rumah. Laki aku j0li katak dekat luar. Hmm

Lepas berdepan dengan bekas suami, dia merayu pujuk aku dan aku ni pun b0doh, tetap sayang lagi, maafkan sampai lah aku bersalin. Lepas bersalin, jadi lagi. Jadi, aku bincang elok – elok, sebab aku tak ingin masuk club, ikut lifestyle yang dia nak, enjoy sana sini, ambil d4dah untuk suka – suka, dengan tak pernah solatnya.

Jadi sama ada dia berubah atau kami berpisah. Dalam tempoh berpisah tu, aku cuba bincang lagi untuk selamatkan perkahwinan kami sebab aku tak nak suatu hari nanti, anak aku soal kenapa aku tak Iawan selamatkan perkahwinan kami demi anak.

Jadi aku turun eg0, tanya dan mengalah demi anak, walaupun dia dah tayang bersayang dekat IG dan FB dengan orang lain. Tapi dia kata, dia adalah dia, tak ada siapa yang boleh ubah. Ok lah. Sebagai seorang perempuan, aku ni fikir, aku boleh tolerate lagi, kalau kau nakal – nakal, janji aku seorang.

Tapi kalau nak pasang cawangan, pastikan aku cukup nafkah, sekadar ada bumbung atas kepala pun cukup. Ini tidak, dia kerja pun malas. Aku dulu kerja sales gaji belas belas ribu, aku ni sayang suami, siap belikan LV Gucci, tak cukup tu, belikan dia kereta, tak cukup tu, Superbike lagi.

Aku book 600cc, dia sesuka hati tukar order booking tu jadi 1000cc tanpa persetujuan aku, dengan alasan beza berapa ratus je monthly. Dah dapat superbike, angkut perempuan, bangga dengan member, hebat lah banyak gadis nak.

Pergi tengok midnight movie dengan scandal, bayar pakai card bank aku! Haha almaklum lah dia kan tak kerja. Orang tengok mewah, tapi sebenarnya harta bini. Eh banyak lah drama bekas suami aku ni, suruh aku pinjam Ahl0ng lagi sebab nak tampung kehidupan mewah dia.

Sampai suatu tahap, aku tak nak anak aku membesar dengan tengok contoh bapak dia malas kerja, susah bangun pagi, tak pernah solat, kaki jvdi. Oh! Untuk pengetahuan pembaca, aku diisytihar bankrupt ya sebabkan loan – loan yang bukan aku nak ni tadi.

Bila tegur, g4duh, kena d3bik. Ala kassim. Jadi sekarang pakcik bawang yang cakap janda ni scrap car bagai. Kau rasa patut tak aku cerai? Kalau lah jadi dekat adik kau ke, kakak kau ke, anak kau nanti ke. Apa kau nak nasihat? Suruh sabar?

Ok lah berbalik pada suami aku sekarang ni. Dia kata aku kahwin dengan dia, kemudian bisnes dia terus h4ncur? Min oo min. aku kenal dengan dia, sebab dia bos aku min. Lepas 8 bulan cerai, baru aku start kerja. Besarkan anak.

Aku mula dari bawah dengan hutang bank banyak ni. Aku tak pernah ada niat nak kahwin lagi, lagi pun aku ingat dia g4.y. Sampai suatu hari tu, dia kata “you jom kahwin”. Suruh aku buat ishtikarah dan sebagainya. Masa tu bisnes dia pun dah jatuh, dia dah berhentikan staff dia, tak mampu bayar gaji aku pun. Tutup office, jual kereta.

Aku ni terpujuk sikit nak kahwin sebab dia solat memang tak tinggal, dahi hitam, solat dhuha tak tinggal, mengaji sedap, sebab selalu dengar dari bilik office dia mengaji time waktu bekerja. Aku suka yang dia bukan jenis kaki club, tak main game dekat hp, takda ambil d4dah suka – suka.

Jadi aku fikir, insyallah aku boleh dapat family life yang aku impikan. Normal muslim family. Duit boleh cari min. Tuhan tu kalau salurkan, dia boleh bagi melalui suami atau isteri. Asalkan redha dan faham satu sama lain je.

Dalam proses nak kahwin tu, aku masih lagi, berbeIah bagi, f0bia tak habis lagi, aku lari balik kampung, rumah mak bapak aku, tak nak jumpa dia. Nak ruang untuk berfikir. Tapi dia gigih ye, pujuk, dan yakinkan abah dan abang aku, yang dia nak jaga aku dan boleh terima anak aku.

Nak jaga kami berdua. Family dia pun dah pesan, yang dia pilih ni janda yang ada tanggungjawap, bersedia ke. Tiba – tiba kena tanggung 2 mulut tambahan. Almaklumlah, bekas suami aku, bapa kepada anak aku ni buat toya, tak bagi nafkah, walau dah cakap banyak kali dan minta.

Dia kata, dia susah. Aku kena faham. Jadi aku buat keputvsan dan aku cakap dengan suami aku sekarang, kalau nak kahwin dengan aku, anggap je, anak aku ni anak yatim, sebab bapak dia umpama dah m4ti, aku boleh je tanggung anak aku ni, kalau aku bekerja.

Jadi, selang sebulan dua bulan kami tunang dan nikah. Dan aku pregnant. Sepanjang ‘waktu’ dia ajak kahwin ni, aku dan dia tiada pendapatan. Aku nak kerja tak boleh, dia pun tak cari lagi. Dia kata dia percaya rezeki lepas kahwin.

Rupanya dia nak kahwin sebab dia kata, kalau kahwin, rezeki masuk. Jadi kira aku ni macam tiket rezeki dia masuklah. Hmm. Dia kata aku suka habiskan duit? Aku nikah pun, bapa aku tak pernah letak hantaran. Dulu dan sekarang pun.

Bapa aku sangat mudahkan, sebab bersyukur, aku jumpa bahagia. Jadi dia hanya bayar mas kahwin, kami nikah di masjid, Catering jemput kurang 100 orang. Tak ada duit mahupun berbaIas hantaran. Dia belikan baju nikah aku dekat Carousel second hand orang pakai. Aku ok je.

Sebab aku fikir keadaan dia. Dia support semua. Sebab aku kan tak kerja dah, pasal company dia closed, dan dia tak bagi kerja. Selama kahwin, aku tak pernah lagi lah mintak meIampau min. Beli baju pregnant dekat pasar je min.

Pasar Car Boot Sale yang bundle tu. RM10 dapat satu plastic baju. Aku punya lah memahami. Oh tapi masa raya lepas tu, aku mengidam sangat nak handbag dan kasut raya baru. Itupun second hand min, beli dekat Carousel.

Tak dapat dibendung tiba – tiba sebak masa minta suami belikan. Kan tengah sarat. Walaupun dia tak berkerja min, dia adaaa je duit. Oh dah kahwin baru keluar semua per4ngai dia ya, dia main sp0rt t0to. Main jvdi B3t Game Bola online.

Dari dia habis duit 100 – 200 beli jvdi. Aku cuba lah minta handbag raya kan. Berapa ratus je min. Sampai sekarang 1 tahun, total barang dia beli tak sampai pun Seribu. Aku ni masa pregnant, sarat – sarat pun ambil job makeup pengantin, dapat je duit, ratus – ratus tu aku belikan dia hadiah, umpama berterima kasih sebab tanggung aku.

Masa baru kahwin  dulu, dia rajin bagi aku nafkah, RM50 lah RM100 lah bank in dalam bank aku. Guna duit itulah aku belikan hadiah birthday untuk dia. Jam RM800. Mak aku tolong drivekan aku yang sarat ni pergi beli. Itu je mampu.

Itupun sebenarnya duit nafkah dari dia. Aku tak berbelanja langsung apa – apa untuk aku, jumpa kawan pun tidak. Itu pun dia pergi canang dekat orang aku perabis duit. Hmm. Dia apply kerja tak dapat, sebabnya memilih sangat.

Kawan nak tolong, pesan suruh letak gaji 5k, dia letak 6k. Ada company panggil temuduga sebab dia letak expected salary 6k, tapi bila masa temuduga dia letak sampai 9k. Hmm dia masih ada rasa besar diri sebab dulu banyak duit.

Aku cakap, kita dah susah, kena rendah diri, turun eg0, tapi dia tak boleh ditegur. Dia sentiasa betul. Aku buktikan, lepas beranak hari tu, aku cakap you tengok ye, kalau interview cara i, dengan kelayakan you, mesti senang dapat kerja.

Expected salary jangan tinggi sangat, ekonomi tak kuat sekarang, Aku pun buat resume letak degree dia. Aku ni diploma je. Tak sambung degree sebab dah terpegang gaji belas – belas ribu. Menyesal. Suatu hari aku hantar resume aku, petang tu jugak dapat panggiIan untuk temuduga keesokkan harinya.

Aku pun diterima dan start kerja. Seminggu start kerja, aku rasa bersalah sangat dan takut. Setiap kali pergi kerja, perut macam ada rama – rama. Akhirnya aku berterus terang dengan Chinese bos aku. Dia kata, “it’s ok, I hired you because of your charisma dan the way you present yourself. Within 1 week, you have proven that you can do the job effortlessly” Fuhh. Lega min. Bila hidup jujur.

Start aku pergi kerja, suami aku ni, asyik cakap aku berIagak dengan dia. Bila g4duh je, dia cakap, macam dah besar sangat. Hebat sangat. Hebat apa, dia yang rasa rendah diri macam tu, padahal aku buat biasa je. Sebab aku malas nak g4duh dah.

Penat kerja lagi, anak kecik lagi, bapak dekat hospitaI lagi. Bab masak tu, alhamdulillah. Bersyukur sangat. Aku tak minta pun, kadang – kadang aku balik lunch break, aku masak untuk dia. Kadang – kadang balik kerja, aku masak.

Tapi kerja aku terlalu banyak sebab aku tengah revamp company baru aku ni so kadang – kadang tu aku ajak makan luar je, aku belanja. Tapi dia action, bila nak bayar, dia kata, takpe. Tanggungjawab I bagi u makan. Sekarang ni, nak cakap aku habiskan duit nak makan luar?

Bab anak, dia kata dia tak boleh minta kerja sebab anak asyik meragam nak dukung, yelah baru 4 bulan. Aku cakap nak cari baby sitter atau hantar taska, dia tak bagi pula. M4ti – m4ti tak bagi. Keliru aku ni tak tahu nak buat apa.

Ha, bab nak cerai tu antara punca dia, selepas aku kahwin, dia tak bagi anak sulung aku, meaning anak tiri dia, duduk sekali, dengan alasan dia tak mampu jaga. Sedihnya min. Aku cuba nak tolak ansur. Sekarang ni, aku minta tolong bekas suami aku jaga.

Nasib baik dia nak. Nenek dia jaga masa bekas suami aku pergi kerja. Jadi aku legalah sikit. Yang meny4kitkan hati, suami aku sekarang ni selalu d3ra budak tu. Setiap kali aku ambil anak aku, balik rumah kami, dia cubit lah t3ndang lah.

Bila kant0i dengan aku, dia cakap, anak aku menipu. Anak aku ni 3 tahun pun belum sampai. Tak pandainya dia nak menipu. Lagipun tipu apa, kalau ada kesan, lagipun masa dia jerit, cakap anak aku menipu, dia c3kik leher anak aku, h3mpas bantal kuat – kuat. LagiIah terbukti.

Akhirnya dia mengaku yang dia benci tengok muka anak aku, sebab teringat sejarah aku dulu. Eh kalau dah tahu aku ada ‘kisah’ hidup lama, kenapa kau merayu – rayu nak kahwin dengan aku dulu? Beria pujuk? Setiap kali balik ye, kadang – kadang tu, sampai pecah mulut anak aku dia t4mpar.

Bila aku try selamatkan, kami berg4duh, dengan aku sekali kena beduk. Dia nak siksa jiwa aku min, siap dia r4mpas baby kami yang baru lahir ni, cakap biar kita cerai, anak aku jaga, dia nak bawak lari. LagiIah aku mer0nta nak ambil balik anak aku, lagi lah kena pukuI.

Semua gambar kesan Iebam yang dia buat dekat aku dan anak, aku simpan. Tapi hari tu dia ambil hp aku senyap – senyap, delete, dia ingat dia dah selamat. Of course aku ada simpan backup. Jadi dekat sini, aku tak rela terpisah dengan anak aku.

Aku nak dia membesar dengan aku dan adik dia. Tapi aku tak boleh tinggalkan dia dengan suami aku, sebab subahanallah aku tahu dia akan buat something pada anak aku. Aku nak report polis, kang kesian pulak anak kami yang baru lahir ni, bapak dia kena tangkap. Ya allah.

Untuk pengetahuan korang, suami aku sekarang ni tengah gian main Jvdi, sebab katanya ni je cara dia bayar hutang juta – juta dia. Aku pun baru tahu dia kaki sc4m orang, ratus ribu ok. Aku ada bukti. Guna duit tu juga dia pergi fly oversea baru ni tinggalkan aku dan anak.

Aku ni kalau nak ani4ya dia, anytime je, aku call dan tunjuk, memang kena. Tapi aku ni fikir panjang dan berharap dia berubah. Dia tak tidur sekali dengan aku, tidur dekat bawah, sebab tu aku cakap aku tak cukup kasih sayang.

Aku penat kerja balik, nak borak dengan suami, tapi suami buat muka dan marah – marah sebab str3ss orang kejar duit. Sekarang ni, aku bincang cara elok. Aku cakap aku nak jaga anak – anak aku. Aku dah bekerja, aku mampu.

Aku nak berkahwin dengan dia, sebab aku masih sayang dia. Lagipun siapa nak menjanda kali kedua min. Tapi lepas bincang, dia kata, priority dia adalah bayar hutang orang. Lebih baik dia ceraikan aku dan aku jaga anak kami yang baru.

Kami dah capai persetujuan, aku siap pesan, tak apa, kalau parents tanya, cakap je salah aku dan jangan burukkan satu sama lain. Kita ada anak, fikirkan kalau kita bermusvh. Sekali, aku terbaca dia post dekat sini, dia menyalahkan aku, dan bila aku confront pagi tadi, dia kata, kalau cerai , anak kami dia nak jaga. Saja ja, nak siksa jiwa aku. Aku nak buat apa ni? Kalau macam ni kereta scrap ke nasib aku ni?

Luahan dari suami : 

Komen Warganet :

Nursyuhada Abd Rani : Andai dtakdirkn awak bcerai, jangan risau anak dapat kat dia.. Tuntut.. dia cuma ugvt awak jer nak amik anak kalo bercerai..So baik awak hidup solo, bela jer anak – anak awak. Fikir yer habis – habisan sebab kita hidup laki bini sampai akhir hayat tapi kalau dah duk makan hati, awak sanggup ke harunginya sampai bila – bila??

Zubir D. Rumi : Fuh.. kehebatan sis terserlah dengan kesusunan bicara dalam penulisan. Aku yang malas membaca (melayu kan) pun boleh baca sampai habis. Bagi aku, teruskan dengan niat yang diselit adanya Allah dan Rasul.

Andai kuat minta diteruskan, teruskan.. andai kuat dipisah, terus pisah.. Hak boleh tuntut dengan hadirkan bukti – bukti. Tak kan kite nak anak kite dibeIa oleh t4ik jvdi.??? Silap – silap kena jual pulak kang.

ABby MoKk II : Bagus puan. Bersyukurlah puan ada kerjaya sekang. Satu tiket besar untuk puan tinggalkan dunia yang penuh penyiksaan lagi – lagi melibatkan em0si anak – anak. Jika saya di tempat puan :
* Buat polis report sbgai rujukan mahkamah syariah

* Buat permohonan cerai

*Tuntut hak pnjagaan anak dengan suami sekarang ( peluang untuk menang sangat tinggi)

– Puan berkerjaya dan mampu untuk sara anak – anak

– Suami kaki pukuI

– Suami berjvdi, pengaruh yang perlu dijauhi dari anak – anak

– Suami culas nafkah zahir batin

Tak m4ti hidup menjanda daripada hidup berpasangan tapi penuh pend3ritaan . Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?