Aku yakin suami yang tak subur sebab dia lembut, sekali doktor kata aku yang bermasalah

Suami aku tergesa – gesa jawab call. Aku hairan kenapa dia silent HP? Kenapa nak jawab call kat luar rumah? Dia curang? Dengan siapa? Kawan sekerja? Habis tu.. anak ni? Siapa nak tanggungjawab? Tiba – tiba ada private no call aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terharu betul suami aku bila baca komen korang semua. Siap tanya lagi, ada komen baru ke tak? Dia plak lebih, haha. Ramai yang komen ‘macam novel’. Huhu.. Sebenarnya malu aku kalau penulis novel sebenar tau tulisan aku.

Novel bahasanya indah, aku menulis hent4m keromo. Anggap sajalah tulisan aku macam bercerita kepada kawan – kawan. Sebab siapa yang kenal aku, macam ni lah cara aku bercerita. Penuh aksi dan perasaan! Haha. Ok, seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku nak cerita tentang usaha mendapatkan zuriat.

Selepas raya 2018 kami pun mula berusaha bersungguh – sungguh. Selepas beberapa bulan, peri0d aku tetap datang seperti biasa. Sikit pun tak lambat. Hanya isteri – isteri yang dalam TTC (trying to c0nceive) tahu bagaimana rasanya kecewa bila tak berjaya ‘lekat’.

Bila dah macam tu, aku terasa perlu untuk jumpa doktor. Masa tu dah 2019. Genap setahun usia perkahwinan kami. Mula – mula suami aku tak nak. Dia rasa terlalu awal. Tapi aku tetap desak. “Takkan nak tunggu 10 tahun”

Suami aku senyap. Tapi bila dia kata.. “Abang kot yang masalah.. ” Aku jadi sebak. Aku pujuk dia, aku katakan yang sekarang perubatan moden. InsyaAllah semua benda ada ubatnya. Akhirnya, dia setuju. “Kalau abang bermasalah.. kita terus buat rawatan tau! Tak payah takut!”

Chewahh.. yakin betul aku yang suami aku bermasalah kan? Sampai saja kIinik, ujian kIinikal dibuat. Disitulah aku kenal ‘mulut itik’. Huhu.. Dulu aku cuma dengar daripada kawan – kawan. Boleh tahan seram masa cek rahim. Suami aku diminta beri sampel air m4ni.

Selamba dia cakap kat doktor.. “Isteri boleh tolong tak?” Aku cubit peha dia. Segan betul aku kat doktor tu. Doktor cuma gelak dan angguk – angguk. Dia kata buatlah macam mana pun yang penting sampel keluar! Dipendekkan cerita, selesailah semua.

Keputvsan dalam 2 minggu. Bila keputvsan keluar, ayat doktor yang aku tak boleh lupa.. “Suami normal. Sihat. Puan yang ada masalah sikit..” Aku bermasalah? Sikit pun aku tak bersedia dengan jawapan doktor. Punyalah aku yakin yang aku subur.

Siap bagi kata – kata semangat dekat suami sebelum ni. Huhu.. malunya.. rasa nak menyorok bawah meja. Bila aku fikir – fikir balik, dah tentulah suami aku sihat. Dah lah tak mer0kok. Jaga makan. Bersenam. Tak makan junk food.

Mungkin aku judge dia sebab dia lembut saja.. huhu.. sampai hati aku. Masa tu doktor bagi aku ubat subur. Clomid. Doktor cakap yang clomid hanya boleh di ambil beberapa kali saja seumur hidup. Seram pulak dengar.

Tapi setelah beberapa cycle. Period aku tetap datang macam biasa. Aku stop clomid. Badan aku naik berkilo – kilo. Daripada 50kg, dah cecah 60kg. Huhu.. Mujur suami aku faham. Sebab doktor dah mention benda ni sejak awal.

Masa tu, keyakinan diri aku menurun. Aku jadi kurang ceria. Selalu saja marah – marah. Suami aku jadi tempat aku lepaskan sedih. Bila peri0d saja aku akan menangis depan dia. “Takpe.. kita cuba lagi. Biarlah takde anak lagi.. Best apa honeymoon!”

Aku tau dia nak sedapkan hati aku. Tapi aku masih tak boleh move on. Aku akan murung berhari – hari. Bila aku rasa sedih, mak mertua akan call aku. “Jangan fikir sangat.. enjoy saja dulu.. mak dah ramai cucu. Mak lily pun dah ramai cucu.. tak perlu nak tergesa – gesa sangat”

Rasa lega bila mak mertua sendiri pujuk aku macam tu. Suami aku sikit pun tak ungkit pasal anak. Tapi aku yang over mengharap. Sampailah satu hari tu dia cakap kat aku, “Sayang dengar sini baik – baik.. abang tak nak anak kalau terp4ksa hilang sayang!”

“Tau tak.. selama sayang bersungguh nak anak.. dah jarang sangat kita boleh gelak – gelak macam dulu” Ya Allah.. rupanya aku dah lama h4nyut dalam em0si aku. Mula hari tu aku ubah persepsi aku pada usaha nak anak. Aku pun langsung tak mengharap dah.

Aku perlu cipta bahagia aku walaupun tanpa anak. Sampailah Mei 2021, peri0d aku lewat beberapa hari! Tapi, disebabkan aku malas nak fikir, aku abaikan. Aku hilangkan perasaan – perasaan yang akan buat aku kecewa.

Selepas 5 hari, period aku masih tak kunjung tiba. Masa ni, aku dah tak boleh tipu diri ‘Ya Allah.. perdengarkan kami berita gembira.. ‘ Aku beli pregnancy tester secara online tanpa pengetahuan suami. 35sen sebatang. Aku belilah 10bijik terus.

Yang nak jimat pegi beli kat shopee sekarang! Promosi 8.8. Hehe Seminggu berlalu, pregnancy tester yang aku beli online pun sampai. Kebetulan suami aku keluar beli barang dapur. Aku buat ujian. Aku guna 3 tester terus.

Tapi aku biarkan tester- tester di atas pam toilet. Saja aku tunggu beberapa minit sebelum aku nak pastikan aku mengandung ke tak. Aku keluar bilik air. Debar d4da aku hanya tuhan tahu. Rasa macam nak terkeluar jantung.

Selang 2 minit, aku kuatkan diri.. aku pujuk diri aku. ‘Kalau takde, takpe..nanti usaha lagi” Aku masuk bilik air. Makin kuat debaran jantung. Aku pandang semua tester. Ketiga – tiganya double line!! Ya Allah! Betul ke?? Aku capai salah satu tester.

Aku dekatkan, lepas tu aku jauhkan pulak. Aku nak pastikan betul – betul yang aku tak silap pandang. Ya Allah..janganlah ini mimpi.. Aku menangis sungguh – sungguh sambil renung tester tu. Aku ingatkan diri. Jangan over sangat Lily.. bila-bila masa Allah akan tarik nikmat ni. Berpada – pada.

Aku keluar bilik air. Aku capai fon. Orang pertama yang aku nak bagitau adalah.. mak mertua aku! Aku call. Tak sambut. Call sekali lagi. Masih belum ada yang menjawab. Kali ketiga, aku call lagi.. “Lily.. mak keluar beli barang. Fon dia tinggal. Nanti ayah suruh dia call balik ye..”

Alamak. Bapak mertua aku yang sambut. Perlu ke aku cakap kat dia dulu? “Ayah..” “Ye? Kamu ok ke? Ucu marah kamu lagi ke?” “Tak..” Ya Allah.. tuhan saja tahu betapa susah aku nak luah berita gembira ni. “Ayah.. Lily mengandung”

Senyap. Aku syak mungkin line terputvs. Atau coverage tak elok. “Ayah.. ayah dengar ke.. hello..” “Ye.. dengar.. ” dia menangis! Getar suaranya betul – betul buat aku sebak. Aku m4tikan talian. Aku jaga airmuka dia. Mungkin dia segan aku tau dia menangis.

Aku tau sangat perasaan dia. Dia yang berharap sangat dapat anak ‘lembut’ dia jadi lelaki sebenar. Dia yang p4ksa anak dia kawin mula – mula dulu. Dia juga yang menanggung malu selepas anak dia ceraikan isteri pertama dulu.

Dan bila berita ni datang pada dia dulu.. mungkin satu hadiah terbesar untuk dia. Tahniah ayah.. Lepas dah bertenang, aku beritahu seluruh keluarga aku. Aku buat video call. Mak bapak aku happy. Cuma tidaklah menangis. Aku faham sebab ini merupakan cucu ke-21 dalam keluarga aku.

Adik beradik aku pun tumpang gembira. Dan yang terakhir.. Suami aku. Sengaja aku letakkan dia di tempat terakhir.. Save the best for last.. Aku siap google cara nak buat k3jutan. Punyalah nak buat dram4tik. Sampai aku lupa yang suami aku dah nak balik dari shopping.

Tiba – tiba, aku dengar k3tukan di pintu.. berdebar aku. Bercampur rasa tak sabar dan tak sedia. Ah! Bagitau sajalah! Tak payah nak buat surpr1se sangat. Bila aku buka pintu, suami aku terus masuk dan kemas semua barang – barang yang dia beli.

Pelik. Biasanya dia akan suruh aku kemas. “Abang.. ” Dia cuma angkat kening pandang aku. “Nak cakap sikit..” “Jap jap.. ada call” suami aku tergesa – gesa keluar rumah sambil jawab call. Aku hairan. Aku tak dengar apa – apa bunyi pun.

Suami aku silent fon? Kenapa nak jawab call kat luar rumah? Dia curang? Dengan siapa? Kawan sekerja? Habis tu.. anak ni? Siapa nak tanggungjawab? Mata aku dah mula berkaca. Sedihnya aku. Di kala aku baru nak rasa bahagia untuk bergelar ibu.. aku terp4ksa berfikir untuk menjadi seorang madu..

Dalam aku berteka teki, telefon aku pulak berdering kuat. Aku lihat, ‘private number’. Aku tak angkat. Aku biarkan. Tapi bila berkali – kali nombor tu memanggil, aku angkat juga.. “Sayang..” Suara suami aku! “Tahniah.. ” Lepas tu baru dia masuk ke dalam rumah dan mukanya dah basah dengan airmata sebelum dia peIuk aku erat.

Kami sama – sama menangis. Sempat lagi dia nak prank aku. Rupanya dia dah tau dulu. Jahat! “Sape bagitau abang?” Suami aku cerita masa dia beratur nak bayar kat kaunter, mak dia call. Nak cakap dengan aku. Sebab cuba hubungi aku tak dapat.

Aku rasa sebab aku video call dengan family aku masa tu. Bila dapat tau, suami aku betul – betul terk3jut. Depan kaunter tu jugak dia menangis. Habis mask dia basah. Sempat dia pesan mak dia jangan call aku. Dia nak surpr1sekan aku dulu.

Yang kelakarnya, bila habis saja mak dia call. Baru dia perasan adik kaunter yang tengah kira jumlah barang dia pun rupanya ikut menangis. Haha. “Abang tak curang kan?” Aku belum move on dengan em0si aku tadi. Mungkin ini antara simptom mengandung. Huhu.

“Belum..” suami aku jawab sambil gelak. “Alaaaah…janganlaahhh!!!” Aku cuba cubit dia, tapi dia cepat tangkap tangan aku dan dia civm. “Jaga anak abang baik – baik ye.. ” sekali lagi airmata aku mengalir. Macam mimpi rasanya. Sambil taip cerita ni pun airmata aku mengalir lagi.. huhu..

Ya Allah.. peliharalah hubungan kami sampai syurga. Terima kasih atas kurniaan ini. Aku sedar semuanya pinjaman. Jangan biarkan kami leka dalam nikmatMu.. Aamiin.. Ye, begitulah kisahnya.. mungkin kisah korang lagi seronok.

Nanti share la.. aku pun suka nak baca pengalaman TTC orang lain. Sampai sini dulu ye.. kang tulis panjang – panjang nanti admin marah. Huhu.. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Raeisha : Ya Allah beriye meleleh air mata akak baca part berita gembira tu. Alhamdulillah tahniah Lily dan suami. Akak dah tahun ke-8 perkahwinan masih lagi berdua. Macam – macam dugaan kami lalui. Doktor tak kata pun kami tak boleh beranak tapi mulut orang takde insuran senang – senang je kata kami tak boleh beranak. S4kitnya dengar ayat tu Allah je yang tahu.

Nora Rahman : Sweet sangat cerita Lily.. Tersenyum – senyum akak baca. Teringat masa akak first time check pregnancy test double line. Cover perasaan exc1ted, sebak semua. Saja tinggal pregnant test tu kat toilet. Husband ternampak, lari keluar dia sambil nangis dan sujud syukur.

4 tahun ttc. Lagi terk3jut kami berdua bila doktor scan nampak 3 heartbeat. Alhamdulillah dah masuk 3 tahun triplet kami. Semoga dipermudahkan urusan bersalin Lily. Nanti update pula cerita life as parents.

Jeera Jasme : Saya baca dari part 1 cerita lily. Part ayah mertua lily nangis tu, sebak betul baca. Teringat ayah mertua sendiri. Jangan str3ss – str3ss tau tengah mengandung. Saya pun dulu ambil masa 2 tahun baru nak ada baby sebab perkenalan yang singkat terus kahwin.

Honeymoon dulu. Tapi masa tu saya jenis pekakkan telinga je kalau orang cakap pun. Hahaha. Ade aku kisah. Aku yang tak mengandung kau yang panas.. eh!! To suami lily, jaga lily baik – baik ok. Semoga mendapat zuriat yang comel, penyejuk hati.

Nurul Fatin : Tahniah Puan Lily dan Encik Suami. Tersenyum, tergelak, terharu baca cerita anda. Semoga rumah tangga Puan dan Encik berkekalan hingga ke Jannah. Amin.. Suami Puan dah buktikan yang lelaki lembut tak semestinya g.4y, p0ndan dan sebagainya. Buat confession berpuluh versi pun saya sanggup baca. Keep it up!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.