Saya pelajar nakaI, lari dari sekolah naik keretapi hilang selama 2 hari. Ini yg cikgu2 buat sampai saya insaf

Cikgu disiplin gelarkan saya sebagai P1, cakaplah apa je yang saya tak pernah buat dekat sekolah. Masuk asrama perempuan, curi TV, apalagi berg4duh. Sehinggalah gempar di sekolah bila saya lari dari sekolah, naik keretapi waktu malam. Tak sampai 2 hari saya ditangkap. Sampai sekarang saya masih ingat ‘layanan’ cikgu – cikgu..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih Cikgu, selamatkan saya. Ya.. bagaimana mungkin sebilangan besar guru – guru di sebuah sekolah asrama penuh di Perak akan melupakan seorang pelajar tingkatan dua tahun 1989, yang lari daripada sekolah pada waktu malam, menaiki keretapi lalu ke utara tanah air tanpa diketahui sesiapa.

Gamat satu sekolah keesokannya. Namun kisah ‘fugitive’ itu tidak bertahan lama. Dua hari selepas itu saya berjaya ditangkap. Tidak mungkin juga, mana – mana guru dapat menghilangkan wajah seorang Azamin yang terp4ksa berdiri di hadapan ratusan pelajar pada hari perhimpunan Jumaat, kerana meIanggar displin sekolah.

Digelar oleh guru displin sebagai P1 (Penjena4yah, penj4hat, perosak dan pelbagai perkataan P yang menunjukkan akhlak saya tidak elok). Bukan sekali Ianggar. Acap kali. Antaranya bertvmbuk, berg4duh, pecah almari makmal, bawa ‘lari’ sebuah TV asrama ke bilik gerakan sekolah semata – mata untuk menonton video, meronda – ronda ke Asrama Puteri lewat malam dan aneka macam kelakuan yang cukup memaIukan.

Seringkali mata memandang serong apabila saya menuju ke bilik pengetua sekolah untuk menjalani hukvman sebatan r0tan yang cukup meny4kitkan. Lebih mengaibkan, ayahanda terp4ksa datang sebab saya dig4ntung selama seminggu kerana menced3rakan pelajar lain.

Senarai panjang salah laku, tidak mungkin dapat memenuhi coretan ini. Cukup secebis, tanda pengakuan salah sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Saat itu, umpama sudah ada ‘sayap untuk terbang’. Terlalu angkuh, padahal hijau lagi akal budi.

Cumanya, paling menyayat hati dan tersentuh jiwa, walau setinggi mana gumpalan noda dan d0sa, biar melangit saya melompat, dan tersungkur ke bumi sekalipun, guru – guru sekolah tidak pernah ‘membuang’ ataupun ‘menyisih’ saya.

Malah ketika saya ‘jatuh’, mereka mengutip saya, mengangkat lalu menjulang semula ke atas. Tanpa serik, saya kembali ‘liar’ melonjak ke sana ke mari menc4bar jiwa naluri seorang guru. Setelah lama, saya ‘jatuh’ terperusuk lagi. Sepi, s4kit dan berd4rah.

Guru – guru, sekali lagi memapah, memeIuk dan menyelamatkan saya sambil membasahkan bibir dengan kalimah kata – kata hikmat dan azimat. Tanpa peduli, siapa saya yang dikenali cukup bermasalah. Tidak putvs – putvs, seorang demi seorang menasihati saya.

Baik guru lelaki mahupun perempuan. Baik yang beragama Islam mahupun bukan. Tanpa kecuali guru kaunseling, silih berganti, menjadikan saya sebagai subjek bermasalah yang perlu ditangani dengan segera. Selama setahun lebih guru – guru memulih dan menenangkan ‘pember0ntakan’ saya.

Bayangkan tanpa ayah ibu di depan mata, guru – guru menjadi keluarga pengganti diri. Jika tidak sabar, sudah pasti tidak ada sekelumit nurani pun yang berhajat untuk membimbing saya ketika itu. Tanpa jemu, guru – guru terus memberi semangat juang yang tinggi untuk menjadikan saya, seorang pelajar yang baik.

Tahun 1990, terbit rasa insaf. Allah jualah yang mendorong hati untuk berubah. Mungkin doa tidak putvs – putvs ibu ayah. Juga nasihat guru yang semangatnya tidak pernah patah. Berjurai air mata tatkala mendengar kalimah t4jam menusuk jiwa daripada guru – guru saya.

“Awak terlalu matang untuk membuat kerja – kerja b0doh ini. Seorang pemimpin, bukan begini kelakuannya.,” nasihat seorang guru perempuan kepada saya yang ketika itu berada di tingkatan tiga. “Azamin, cara awak berkata – kata, bercerita menunjukkan tahap pemikiran yang sama sekali berbeza dengan sifat yang awak tunjukkan selama ini. Berubahlah, di sebalik keburukan pasti ada cebis kebaikan awak,” kata pula seorang guru kaunseling sambil menitiskan air mata.

Walaupun tercatat nama dalam buku hitam dispilin sekolah termasuk satu rekod di Balai Polis kerana lari sekolah, saya ‘bangkit’ semula atas usaha jerit pedih cikgu – cikgu mendidik saya. Ya bukan senang menjadi guru. Siang malam bergelumang dengan karenah dan ragam pelajar yang kini cukup dasyat, menyeramkan dan meloyakan.

Saya, antara bukti yang masih hidup. Betapa payahnya, guru – guru melentur saya, namun akhirnya berbaIas jua. Berapa ramai guru di seluruh negara, secara ‘tidak sengaja’ dan tanpa niat telah melahirkan beratus – ratus malah ribuan ‘penjen4yah’ di luar sana.

Penjen4yah sekalipun asalnya juga daripada suci perut ibu mengandung, juga asalnya seorang pelajar sekolah. Pasti mengecewakan. Namun itu bukan salah cikgu, bukan sepenuhnya salah ayah ibu. Alhamdullilah, saya terselamat kerana guru – guru saya sempat dan cepat.

CaIar baIar dan Iebam di tubuh serta tempeIeng dan jerkahan guru menjadikan saya sedar kesilapan yang dilakukan. Jika tidak, entah di kolong manalah saya melabuhkan lena, entah di longkang manalah saya terjaga. Lorong hitam manalah saya berkelana dan mungkin perginya tanpa nama, atau lebih pedih dih1na.

Jikalau badan saya tidak berbirat dan tiada pekikan guru menerjah telinga saya, sudah pasti saya tidak berada di sini. Mungkin tidak ada sesuatu pun boleh dibanggakan oleh guru – guru terhadap saya. Namun sejahat mana sekali pun saya, seteruk mana libasan guru ke tubuh saya, sekuat mana tempikan guru kepada saya. Saya tidak pernah meIawan guru.

Jauh sekali untuk mencaIarkan kereta atau memancitkan tayar kereta cikgu apatah lagi mengajak cikgu ‘bert3mpur’ di luar sekolah. Biar apapun, dua jenis manusia yang tetap saya horm4ti sepanjang hayat, ’ayah ibu dan guruku’.

Mungkin guru – guru saya, di sekolah, di kolej atau di pondok agama pasti akan bersyukur dan merasa sungguh bangga apabila sebilangan besar anak – anak didik mereka telah menggapai ‘bintang’. Yang menjadi doktor, peguam, jurutera, pendidik, usahawan, pemimpin politik dan berada di puncak pasti akan menyejukkan hati guru – guru saya.

Cuma tentang diri saya, saya belum pasti. Cuma pinta saya hanyalah sekelumit doa buat saya dan saya mohon ampun dan maaf atas segala tutur kata dan gerak gaya yang menyinggung dan mengusik hati cikgu – cikgu yang cukup baik terhadap saya.

Cikgu, bersabarlah dan pandanglah kerana ada anak murid dan pelajarmu yang ternanti – nantikan kasih sayangmu, percayalah. Maaf cikgu, tidak dapat membariskan nama cikgu satu persatu kerana tak mahu cikgu mendapat malu. Terima kasih cikgu, selamatkan saya. (Allah Tolong Saya dan Kita Semua) – AZAMIN AMIN

Komen Warganet :

Ann Fardan : Sebab tu acapkali ustaz berpesan pada ibubapa. Jangan dipandang h1na anak yang bermasalah. Jangan dibenci budak yang member0ntak. Jangan disisihkan anak – anak yang nakal. Boleh jadi bila besar mereka inilah yang menjadi imam di masjid – masjid.

Boleh jadi anak – anak nakal inilah yang cebok ber4k k3ncing ibubapa mereka. Boleh jadi si gangster sekolah inilah yang bakal menjadi pendidik tersohor. Kerana apa semuanya bermula dengan kata – kata yang baik. Semua bermula dengan doa yang tidak putvs – putvs.

Doa ibubapa dan guru – guru makbul. Selepas marah pujuklah mereka dengan kata – kata yang positif. Dekati mereka dengan amalan – amalan agama. Doakan.. Doakan anak – anak ini. Moga mereka jadi asbab kita jejak ke syurga Allah.

Nor Hidayu : Betul nakal jahat macam mana pun kat sekolah dulu kena Iempang kena r0tan depan perhimpunan. Tak pernah berd3ndam dengan cikgu. Tak berani nak caIar kereta cikgu ke apa. Sebabkita tau salah kita. Lagi pun hidup kat asrama jauh dari ibubapa, cikgu tu lah ibu cikgu tu lah bapa.

Nordiana Ismail : Alhamdulillah.. tahniah confessor. Hasil keberkatan daripada sifat hormatkan ibu ayah dan guru sebenarnya punca kejayaan tuan. Sifat hormat pada 3 susuk inilah yang menyebabkan ramai hidup porak peranda atau tak bahagia. Kita sebagai ibubapa pun sebenarnya kena hormatkan guru – guru yang mencurahkan ilmu pada anak – anak kita.

Wan Rosliza : Tereima kasih menghargai jasa guru. Saya yakin dan percaya anda seorang yang cemerlang sekarang. Dan saya tabik untuk warden anda yang tidak jemu menjaga anda. Saya juga seorang warden berdepan dengan pelbagai ragam anak murid memerIukan ketabahan mentaI yang sangat tinggi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?