Kalau dulu pakai kasut lama pun suami tak kisah, sekarang serba baru, pakaian pun berjenama. Lepas tu dah pandai guna minyak wangi untuk kereta, dulu dia kata membazir. Pelik anak – anak pun jauhkan diri dari ayah mereka dan sehinggalah anak – anak hasut saya untuk cerai..
#Foto sekadar hiasan. Akhirnya saya terp4ksa membuang perasaan malu untuk meluahkan isi hati ini. Sudah terlalu lama saya memendam rasa, menanggung kecewa, kecil hati, sedih dengan per4ngai suami saya, Amir. Kini saya terp4ksa buat keputusan sendiri, biarlah segala – galanya berlalu menjadi penyebab perpisahan kami, jika ini boleh meredakan tekanan perasaan dan jika itu ketentuanNya.
Masalah saya rasanya memang berat tetapi tidak ada tempat nak mengadu. Nak bercerita dengan adik beradik terasa malu, sebab saya adalah kakak, bermasalah pula. Nanti apa kata mereka. Nak mengadu dengan emak, emak dah tiada.
Akhirnya terp4ksa tanggung sendiri dan saya berserah walau apa juga yang akan terjadi. Umur dah dekat 50 tahun, anak – anak dah remaja, ada yang dah masuk universiti dan kolej, cuma yang kecil masih bersekolah menengah.
Tetapi per4ngai suami saya sem4kin hari sem4kin tak sedar diri. Sanggup berbohong semata – mata untuk memenuhi hajat di hati. Pada awal perkahwinan hinggalah lebih 10 tahun berkahwin, per4ngai suami saya tak macam ni.
Dia ambil berat masalah anak – anak, suka bergaul dengan ahli keluarga, tetapi sedikit demi sedikit berubah, alasannya selalu sibuk. Saya maklum umur m4kin meningkat, tanggungjawab di pejabat bertambah berat dan banyak yang harus diselesaikan.
Jadi kalau dia kata sibuk, saya faham. Sebab saya pun bekerja, sama – sama sibuk dengan tugas dan kita faham masalah masing – masing. Tetapi takkan hujung minggu pun susah nak berinteraksi dengan anak – anak. Kalau dulu kami sering bawa anak – anak ke pantai.
Itulah tempat yang kami mampu, sebab nak pergi taman tema dengan anak empat orang memang mahal, kata Amir, ‘buat apa membazir, kita perlu simpan duit untuk masa depan mereka’. Selain kami sudah beli rumah tentu banyak wang yang diperIukan.
Tetapi bila anak bertambah remaja, nak berjalan ke rumah saud4ra mara pun tak ada masa, sibuk. Apa lagi kalau balik kampung, anak – anak bukan di bawa bertemu saud4ra mara, tetapi melepak dalam rumah nenek.
Sedangkan sepupu sepapat beraya ke merata tempat. Tentu anak – anak bosan. Akhirnya anak – anak menolak beraya di kampung. Kata mereka buat apa? Lebih baik di rumah, paling tidak boleh ada rakan – rakan hendak datang rumah beraya. Lagi meriah.
Masalahnya saya tak dapat beraya ke rumah adik beradik, cuma duduk rumah melayan masak makan anak – anak dengan tetamu mereka. Sementara Amir pula suka duduk rumah, katanya kita tak perlu ke rumah adik beradik, biar mereka jumpa kita.
Fikirkan kebenarannya, saya diam kerana per4ngai saya tak suka bantah, apa lagi bertengkar. Ikut aja cakap suami. Nak jadikan cerita satu hari, Lela anak kedua saya beritahu dia nampak ayahnya dalam kereta dengan perempuan.
Kemudian mereka makan di restoran, mereka berdua aja. Katanya lagi, sudah tiga hari dia simpan rahsia ini tak beritahu saya, cuma hari ini baru dia beritahu. Berdebar tapi saya bawa bertenang. Saya katakan mungkin teman sepejabatnya yang sama – sama keluar makan. Lela diam.
Dan saya ambil masa seminggu untuk bertanya pada Amir, terk3jut dia. Katanya dia pergi makan selepas habis meeting. Kalau sudah jam 5 petang kenapa tak balik rumah sahaja? Saya cuba bertanya. Tapi alasan Amir, ada benda perlu diselesaikan dan mereka lapar. ‘Salah ke saya pergi makan?’
Sejak peristiwa itu, barulah terbuka mata hati saya melihat pergerakan dan per4ngai Amir yang selama ini saya ambil enteng. Kalau dulu pakai kasut lama dia tak kisah, sekarang serba baru, pakaian pun berjenama. Kenapalah saya tak nampak?
Lepas itu dah pandai guna minyak wangi untuk kereta, kalau dulu dia kata membazir. Sekarang ok pula? Padanlah kereta Amir bersih dan wangi. Dia tak mahu gunakan keretanya untuk ke kedai atau keluar dengan saya atau sesekali hantar anak – anak ke stesen bas.
Kereta saya jadi sasaran, saya fikir dia nak jimat petrol. Rupanya dia tak mahu keretanya kotor dan berpasir. Baru sekarang saya nampak. Aduh!!! Saya perhatikan semenjak dua menjak ini anak – anak jauhkan diri dari ayah mereka.
Kalau sekali sekala ayah balik awal, mereka tak mahu makan bersama, alasan mereka banyak kerja hendak disiapkan. Saya juga rasa pelik mengapa mereka duduk dalam bilik bila ayah mereka ada di rumah. Akhirnya Izam pecah rahsia, dia tunjuk tiga gambar ayah mereka makan dan berjalan dengan wanita yang sama. Terk3jut saya.
Belum sempat saya buka mulut, Lela beritahu ‘Sekarang emak percaya?’ Mereka suruh saya tanya ayah siapa wanita tersebut? Mereka malu sebab gambar itu kawan mereka yang bagi. Kawannya juga mengintip ayah mereka. Tetapi lain mereka jumpa.
Saya kelu tak dapat berkata – kata. Diam – diam saya beredar ke bilik dan berfikir memang Amir kini sudah banyak berubah. Memang itu kekasihnya. Itu kesimpulan saya. Tetapi bila saya tanya Amir, dia nafikan. Katanya dia keluar bekerja cari rezeki untuk keluarga, mengapa saya tuduh dan s4kitkan hatinya.
Katanya dia tak pernah terfikir nak kahwin lagi. Kalau nak kahwin, dulu masa muda dia dah kahwin, takkan sekarang umur lebih 50 tahun baru nak buat hal. Saya terdiam sebab tak pandai bertengkar. Yang meny4kitkan hati bila Amir kata, ‘Tuduhlah macam – macam, nanti saya betul – betul kahwin baru awak menyesal.’
Walau apa pun alasan Amir, anak – anak tak berbohong. Mereka tentu tak suka ibu bapa mereka berpisah. Tapi yang tenangkan saya, Amir tetap balik rumah. Walaupun selalu lewat, mungkin kerana wanita tersebut masih bersuami.
Mungkin mereka tunggu masa yang sesuai untuk buat keputusan dan berterus terang apa tindakan selanjutnya. Saya tak mahu keruhkan suasana tapi saya percaya manusia boleh berubah, termasuk Amir. Kalau dulu baik, kini ingin mencuba yang baru.
Mungkin bunga – bunga cinta mula subur dalam hati Amir sekarang. Kalau tidak, takkan dia sudah pandai cari teman wanita. Tetapi dia terp4ksa terima saya dan anak – anak kerana usia perkahwinan kami sudah lebih 20 tahun.
Mungkin dia belum berani melepaskan saya atau belum ada keyakinan diri. Atau mungkin kekasihnya belum mendesak supaya mereka cepat kahwin. Jadi saya cuba bersabar tidak mahu keruhkan suasana, bimbang Amir ceraikan saya jika saya ganggu fikirannya.
Saya mesti bersabar dengan per4ngai dan perubahan Amir demi masa depan anak – anak. Tetapi tindakan dan per4ngai anak – anak muda sekarang amat berbeza. Mereka cepat member0ntak. Lesya dan Lela terus terang beritahu mereka tak boleh terima per4ngai ayah yang sudah tua masih nak bercinta lagi.
Mereka suruh saya bertindak putuskan hubungan ayahnya sebelum mereka terIanjur lebih buruk lagi, kecualilah saya bersedia bermadu. Anak – anak terus mendesak. Kata mereka, saya ada kerja dan mereka pun jika ada rezeki insya-Allah akan bekerja setahun dua lagi.
Mereka boleh jaga saya jika ditakdirkan saya kena cerai. Kata – kata mereka membuat saya terlalu sedih. Tetapi anak – anak lebih sedih dan kesiankan nasib saya. Mereka tak sangka ayah mereka bercinta lagi. Sedangkan saya tidak pernah bersangka buruk, bertengkar atau berg4duh dengan ayah mereka.
Lebih sedih lagi kata mereka kerana saya terlalu percayakan suami, hingga ditipu hidup – hidup. Mereka ingatkan saya tentang masa depan saya bersama ayah mereka. Kata mereka, tak lama lagi ayah akan bersara demikian juga dengan wanita tersebut.
Bila bersara nanti, ayah ada duit beratus ribu, mungkin setengah juta dalam tangan. Manusia boleh berubah, begitu juga dengan ayah bila banyak duit, dia tidak akan pedulikan saya lagi. Mungkin ayah lebih sayangkan isteri baru dan anak – anak tirinya.
Kata mereka, ayah mahu hidup senang bersama isteri baru. Waktu itu apa akan jadi dengan emak, pasti emak diceraikan atau ditinggalkan setelah emak berk0rban dari muda hingga tua demi kesenangan hidup ayah. Mungkin ayah madukan emak, adakah emak suka bermadu? Mereka sedih akhir – akhir usia hidup emak tersiksa?
Kami tahu dan kami lihat selama ini emak yang berk0rban bantu ayah uruskan kami, urus makan minum dan keluarkan duit untuk pelajaran kami, bukan ayah. Ayah ambil mudah dalam semua hal dan lepaskan kepada emak.
Jadi kami tak sanggup lihat ayah ceraikan emak bila hidupnya senang, bila bersara dengan isteri barunya nanti. Walaupun saya tidak tunjukkan bukti gambar Amir dengan wanita tersebut, tetapi nampak gayanya Amir seolah – olah tahu bahawa rahsianya sudah terbongkar.
Tetapi dia tetap nafikan, sebaliknya salahkan saya kerana terlalu percaya cerita orang dan buat tuduhan jahat. Dia tidak tahu orang yang sampaikan berita itu adalah anak – anaknya sendiri. Sebenarnya terlalu banyak hendak saya tanyakan kepada Amir, tetapi belum sempat saya tanya, Amir tuduh dan kutuk saya macam – macam. Seolah – olah saya bersalah.
Akhirnya lidah saya kelu berkata – kata, saya cuma menangis sedangkan dalam hati ini mendidih membara seperti gunung berapi tunggu masa meIetup. Sementara itu, per4ngai anak – anak sem4kin jauh dari ayah mereka.
Masing – masing sibukkan diri belajar, duduk asrama, enggan jumpa ayah, semua jauhkan diri. Masalahnya saya turut terpinggir dan tenggelam dalam tekanan perasaan. Saya salahkan diri sendiri. Ini semua kelemahan saya, yang saya terp4ksa terima apa juga perbuatan Amir.
Saya yakin saya akan dimadukan kerana dia sekarang terlalu pentingkan diri dan sering tidak puas hati dengan keadaan saya. Dia buat saya jadi serba salah. Di hati saya sekarang hanya ada anak – anak, mereka tempat saya berg4ntung, bukan Amir seperti yang saya impikan selama ini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.