Saya pernah berdoa supaya Allah tarik nyawa mak mentua cepat2 supaya saya tak lalui semua ni seumur hidup

Sebelum ni saya pernah bercerai akibat daripada campur tangan bekas mentua. Tapi sekarang bila saya dah berkahwin buat kali kedua, tak sangka pisang berbuah dua kali. Sekali lagi saya terp4ksa jaga mak mentua yang berumur 76 tahun. Tr4uma dengan bekas mak mentua dulu masih berbekas di hati, saya pernah berdoa supaya Allah tarik nyawa mak mentua cepat – cepat supaya saya tak lalui semua ni seumur hidup…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga facebook. Diharapkan admin dapat hide profile saya nie. Saya cuma nak meluahkan beban di hati. Perkahwinan yang sekarang ni adalah perkahwinan yang kedua bagi saya dan juga suami. Perkahwinan yang pertama sangatlah memilukan. Berkahwin secara terp4ksa kerana buatan sih1r. Bekas suami pula pen4gih dad4h dan malas bekeja, ditambah pula ketika itu menumpang di rumah bekas mentua yang ada sejarah kesihatan mer0yan kerana ditinggalkan suami 1 masa dulu. Saya did3ra secara fizikaI dan mentaI oleh mereka sekeluarga selama 2 tahun dan alhamdulillah mungkin Allah dengar suara hati saya.

Ada pihak yang menolong saya untuk keluar dari umah tersebut dan bercerai walaupun begitu tr4uma yang diaIami mengh4ntui saya saban ari. Nak dijadikan cerita, saya bertemu jod0h dengan suami saya yang kedua ni. Dia merupakan duda tiada anak, orangnya tiada cac4t ceIa di mata dan di hati saya. Seorang yang cukup baik, penyabar, penyayang, mat4ng dan sangat sempurna sebagai suami dan ayah kepada anak – anak saya yang masih kecil. Pada mula berkahwin saya bekerja tetapi anak kedua saya ada ecz3ma sejenis aIIergic kulit jadi saya berhenti dan fokus menjadi suri rumah sepenuhnya. Lagipun suami stabil dan mampu dari segi kewangan.

Semua keperluan dan bil – bil suami yang bayar dan kebetulan suami ingin menjaga ibunya yang sedang uzur bergilir – gilir dengan kakak ipar. Saya terima dengan hati terbuka. Saya pernah berbicara dari hati ke hati dengan suami dan suami tahu kisah silam saya. Saya kata pada suami andai emak adalah syurganya, tak kan lah saya nak menghalang suami dari masuk syurga. Oleh kerana suami bekerja office hour., jadi kebanyakan masa sayalah yang sentiasa menjaga dan membantu mak mertua semasa rutin asas setiap hari. Dari A sampai Z saya buat tapi masalahnya sekarang mak mertua saya (berumur 76 tahun dan mempunyai peny4kit 3 serangkai) sangatlah ‘manja’. Dia terlalu sensitif dan terlalu cerewet pasal makanan.

Saya selalu terapkan dalam hati yang orang tua – tua memang perangai macam nie. jadi saya bersabar sahaja tetapi m4kin hari perangainya m4kin menjadi – jadi. Saya selalu dimarahi dan dicerca akibat perkara yang remeh temeh. Saya tertekan kerana mak mentua kuat makan dan tak mahu langsung berpant4ng jadi mak mentua kerap s4kit dan menjerit – jerit kes4kitan di dalam rumah sampai saya segan pada jiran tetangga. Takut – takut orang luar ingat saya mend3ra mak mentua saya. Bayangkan mak mentua saya makan 6 kali sehari.

Agak susah juga nak menepati selera mak mertua saya. Mak mentua tak kan makan makanan yang sedia ada. Dia akan mintak benda yang tak ada di rumah dan tak kan makan makanan yang berulang – ulang. Dengan ada anak yang masih kecil agak susah saya nak keluar mencari makanan di luar setiap hari. Jadi selalunya saya gagahkan diri juga memasak. M4kin hari mak mentua jadi manja dan tak nak urus diri sendiri sampaikan mandi pun saya kena gosokkan, jika saya lambat sampai di bilik bila dia memanggil dan dia akan menjerit – jerit, meraung-raung, asyik sebut pasal m4ti jer.

Bila saya bagi ubat mak mertua tergamak cakap saya bagi r4cun pada dia. Bila saya tertido dan tak dengar mak mentua panggil, dia cakap saya dah meluat nak jaga dia, bila saya tak nak ikutkan sangat nafsu makan dia yang sangat tak munasabah dia cakap ini lah nasib orang tak ada laki. Bila dia selalu sangat menjerit kes4kitan saya buntu nak menolong. Saya cakap nak bawak mak ke hospitaI terus mak naik angin mem4ki hamun saya, saya sangat tertekan. Tr4uma dengan bekas mak mentua dulu masih berbekas di ati.

Saya sedih sangat, kesabaran saya pun ada hadnya. Bila kebaikan dibaIas dengan tuba s4kitnya Allah yang tau. Hati ni dah tawar, saya dah tak ikhlas nak menjaganya lagi. Saya dah mengadu pada suami, suami paham dan berjanji untuk ambil alih menjaga mak selepas pulang dari kerja tapi saya kasihan pada suami. Tak nak dia bersusah dalam pada masa yang sama saya dah tak boleh pandang dah muka mak mentua saya. Rasa meruap – ruap perasaan marah nie. Tapi sebab sayang pada suami, saya tetap menjaga mak mentua seperti selalu tapi keikhlasan tu dah hilang.

Macam mana yer nak reda dengan takdir? Susahnya hati nie. Sampai satu tahap saya pernah berdoa supaya Allah tarik nyawa mak mentua cepat – cepat supaya saya tak lalui semua nie seumur hidup. Kenapalah pisang berbuah 2 kali, saya cuma nak bahagia tanpa rasa dend4m. Dan pernah juga saya berarap 1 hari nanti bila anak gadis meningkat dewasa. Dia akan berkahwin dengan sorang lelaki yang baik tetapi yatim piatu agar dia tak perlu bersedih dapat mak mertua sebegini.

Komen Warganet :

Che Yan : Bersabar la jika tak tertanggung, awak pindah ja. Lagipun itu sebagai tauladan nanti kita jadi mak mentua jangan ikut cara mak mentua awak buat tu. Kita sebagai menantu kena hormat jangan bencikan mak mentua walau macam mana pun sebab kita ambil anak dia lama mana sangat dia nak makan.

Fisha KL : Ada anak kecik lagi nak jaga, nak kena keluar cari makanan yang tak ade kat rumah, anak – anak lagi nak fikir. Kalau memanjang kena m4ki dengan tak pant4ng makan suka jerit – jerit lagi. Kalau dia eg0 dan somb0ng mesti dia biar suami yang jaga.

Susilawati Saharudin : Saya sendiri tak dapat bayangkn kalau saya tua nanti macam mana keadaan saya. Adakah saya akan terbaring, nyany0k atau lebih teruk dari itu. Nauzubillah, kalau boleh saya tua nanti tak nak susahkan sesiapa. Biarlah kalau Allah nak tarik, tarik terus.

Lieya Azlia : Penat fizikaI insyaallah redha, penat em0si takut jadi tak ikhlas. Orang keIiling mungkin faham, sebab mak mentua sis memang dah lanjut usia. Melainkan makcik bawang atau makcik pu4ka. Memang dah standby notepad perendap butir kata orang dalam rumah.

Mariani Aziz : Buat tt, akak rasa mak mertua tt dah masuk zon nyany0k, banyak – banyakkan bersabar. Layan org tua yang nyany0k memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Bila tt rasa nak marah, cepat – cepat istighfar, zikir. Cuba bayangkan kita juga akan tua, kita tak tahu macam mana keadaan kita bila kita tua nanti. Bayangkan mungkin kita masa tu lagi teruk karenah. Inilah ujian utk tt, inilah lubuk pahala untuk tt. Sabarlah masanya dengan kita dah tak lama.

Orang kampung akak dulu lagi teruk dia berdepan dengan karenah mentua yang nyany0k, ber0k merata dah bagi makan pon dik4ta tak bagi, m4ki hamun makanan harian. Hari – hari meIalak nak pegi rumah anaknya, sedangkan dia memang dah duduk dengan anaknya tu. Memang perangai macam budak – budak tapi menantu dia sangat sabar.. Tak pernah sekali pon meninggi suara atau bermasam muka. Dijaga ibu mentua sehingga habis hayat, bersabarlah tt, jadikan ini lubuk pahala.