
Suami p4ksa saya balik kampung dia 3 hari sebab ibunya dah tak puas hati saya dah lama tak balik. Hari kedua saya terp4ksa balik sebab ada customer VVIP.. Mak mertua kecil hati sangat. Marah betul dia kat saya sampaikan saya dah minta maaf pun dia kata dia dah tak nak tengok muka saya lagi…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum… Saya Mira. Tujuan saya luahkan perasaan saya sebab saya rasa dah sampai limit kesabaran saya ni. Rasa nak meng4muk tapi saya kawal dan sekarang saya malas nak jumpa orang yang tak berkaitan.
Saya seorang yang workaholic. Meaning saya sukakan kerja saya, saya akan bagi komitmen sepenuhnya. Dulu saya kerja dengan orang dan sekarang saya dah ada company sendiri. Masa kerja dengan orang dulu pun, saya tak kisah balik malam, weekend pun kena kerja tapi saya tak rasa kepuasan yang sebenarnya sehingga saya buka syarik4t sendiri. Dan alhamdulillah, syarik4t saya berkembang dengan sangat baik.
Tapi dalam kejayaan saya terselit rasa tak puas hati dari kalangan family saya. Suami saya banyak berk0rban dan dia cakap tak kisah tapi ibunya sangat terkesan. Saya jarang ikut balik kampung menyebabkan ibu mertua terasa hati. Saya fikir, biarlah.. sebab saya tak pernah halang suami nak balik kampung bawa anak tapi saya tak boleh ikut memandangkan saya baru nak membina syarik4t, banyak yang saya perlu buat untuk memastikan perniagaan saya berkembang dan tak rugi begitu sahaja.
Suami saya pula kerja di syarik4t swasta, gajinya tidaklah terlalu besar tapi sederhana sahaja. Pendapatan dari perniagaan saya sehari bersamaan gaji sebulan suami saya. Tapi suami saya tak sesibuk mana dan dia boleh tolong saya buat marketing, invois dan carikan sponsorship mana – mana. Kebajikan staff pun dia ambil tahu.
Tapi tak pernah suami saya berhenti kerja sebab dia suka companynya sebab kawan – kawan di situ boleh ngam dan ajak lepak – lepak. Kalau berhenti maknanya hidup sunyi tanpa kawan – kawan. Itu saya tak kisah sangat. Family saya kerap datang dan tinggal di rumah saya tapi itupun saya tak sempat nak melayan mereka sebab sibuk kerja.
Tapi mereka tak kisah janji dapat jumpa kejap – kejap pun jadilah sebab saya memang tak ada masa nak balik kampung saya sendiri. Segalanya bermula bila suami p4ksa saya balik kampung dia 3 hari sebab ibunya dah tak puas hati saya dah lama tak balik.
Saya tak ada apa – apa konflik cuma saya terlalu sibuk nak tanya khabar berita, nak shopping bagai.. siapa yang join business je tau betapa sibuknya nak set up kan perniagaan tambahan saya bukan artis popular mahupun instafamous. Sebagai seorang isteri, saya turutkan aje padahal saya risau kot – kot berbangkit apa – apa isu. Telefon bimbit memang sentiasa di tangan sebab nak melayan panggiIan customer lagi.
Nak dijadikan cerita, saya ni tak sempatlah nak ajak mak mertua bersembang. Bersembang pun bukan hal apa, hal – hal saud4ra mara yang ada tu saya tak kenal siapa – siapa pun.. so saya dengar and tak banyak berborak sangat sambil tangan tengok handphone.
Dalam hari kedua kami bercuti, saya dah tak senang duduk sebab macam – macam masalah di ofis yang saya perlu selesaikan. Bukan itu sahaja, ada je customer yang nak dapatkan khidmat saya dan sebab dia customer vvip jadi saya kena juga balik ke sana untuk entertain.
So saya minta izin suami nak balik ke ofis dan spa saya. Suami izinkan tapi insiden tu buatkan mak mertua kecil hati sangat. Marah betul dia kat saya sampaikan saya dah minta maaf pun dia kata dia dah tak nak tengok muka saya lagi. Segala yang dia tak puas hati semua keluar.
Pasal saya tak balik kampung, pasal saya tak temankan dia shopping, pasal saya tak bagi hadiah barang kemas, baju handbag, semua dia ungkit. Saya jenis malas nak shopping and mak mertua saya terlampau cerewet kalau shopping dengan dia, 6 jam belum tentu siap.
Saya str3ss jadi saya cakap mak pilih bagitau brand apa, model nanti saya pergi beli. Sekarang mak mertua desak suami ceraikan saya walaupun saya dah minta maaf. Saya pun dah lama tak rasa nak balik sebab dia sendiri dah kata tak suka saya datang.
Penat dah saya ambil hati dia cuma saya nak dia faham yang nak membina sesuatu perIukan peng0rbanan. Saya jenis yang nak berdiri di kaki sendiri, nak berjaya tanpa harapkan suami 100%. Ini jalan saya pilih dan suami saya tak halang pun.
Saya dengar macam – macam dia doakan yang tak baik untuk saya. Bukan itu sahaja, mak mertua saya dah ser4ng ibu saya cakap saya menantu biadap. Mana tak berkecai hati ibu saya. Saya berg4duh dengan suami sampai saya suruh dia pilih ibu dia tapi suami masih nak pertahankan hubungan kami.
Saya cakap kalau macam tu, dia kena ikut keputusan saya kalau saya dah tak nak balik kampung dia, even beraya pun saya tak mahu ke sana sebab orang dah benci. Bukan saya tak usaha ambil hati dia, tapi saya sendiri dah letih sampai saya tak tau apa dia nak.. nak suruh saya berhenti dengan apa yang saya usahakan sekarang semata – mata nak suruh kami balik kampung selalu dan temankan dia? Saya rasa tak mungkinlah..
Asalkan ibu bapa saya, suami saya restui saya, saya rasa dah cukup. Aim saya tinggi, saya nak hidup selesa. Jadi kena usaha keras. Kesenangan takkan datang bergolek. Suatu hari kalau dia nampak hasil saya mesti dia akan terima saya. Saya cuma dah penat nak fikirkan perasaan dia, saya tak pernah halang pun suami dan anak saya balik sana sebab saya tau kalau saya balik dia tak suka kalau saya sibuk dengan phone dan busy dengan kerja.
Saya tak pasti korang nak kecam ke tak tapi siapa yang dah terjun bidang bisnes ni boleh tau laa langit tinggi rendah, risiko semuanya tak sama macam makan gaji, cuti ada, gaji jalan tak kisahlah apa jadi sekali pun. Bisnes ni kena selalu marketing, jumpa orang tu jumpa orang ni.
Pagi malam, sabtu ahad mesti kena tayang muka. Semua nak pastikan kita untung, kalau tak besar sangat pun dapatlah bayar expenses bulanan. Str3ss kerja memang ada tapi tak str3ss menghadap per4ngai orang yang tak suka kita.. sampai tahap ni untuk elakkan kemurungan maka saya menjaga hati saya sendiri, suami dan anak sahaja. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Joseph Thalapathy Vijayy : Awak boss, tapi awak takda masa nak lawat mertua.. lawak apa ni.. adab kot.. jangan jadi macam biras aku sudah. Bisnes sama lah, tapi kedai makan. Bila mertua atau adik beradik buat majlis apa, asyik bagi alasan tak boleh balik.. tapi kalau kawan dia kahwin, laju je dia pergi, walau kena naik kapal terbang.
Pergi sana sini boleh pula.. sampai terasa hati mertua. Takkan lah dalam tiga empat bulan tak boleh balik langsung walau sehari? Agak – agak lah.. duit boleh cari, kenangan tak boleh dicari ganti.. jangan dah takda, baru nak menyesal.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.