Suami cakap gaji dia habis bayar hutang ahl0ng mak ayah mertua. Jadi perbelanjaan rumah, hutang suami, kad kredit suami, saya tolong bayar. Dan semalam, terbongkar segalanya, rupanya yang meminjam ahl0ng adalah suami..
#Foto sekadar hiasan. Aku tengah lost.. Aku dilahirkan memang bukan favourite sapa – sapa. Dari kecik aku kurang sentuhan dari parent aku. Yang aku dapat tempeleng, dan amarah. So.. Aku rasa jauh dengan parent aku sekarang.
Parent aku lebih rapat dan sayangkan adik – adik dan abang aku. Masa aku s4kit, kena kim0terapi, aku call mak aku minta teman aku sepanjang kimoterapi, tapi dia refuse, dia cakap nak pergi umrah. Okey. Aku hadap semua sesi kimoterapi aku sorang diri. Boleh je. Cuma masa kimo akan lemah, kadang – kadang nak bangun pun tak larat.
So nurse dan doktor minta aku bawa seseorang temankan aku, risau apa – apa jadi. Tapi takda yang nak teman. Aku hadap je sorang – sorang kat wad. Wad aku tak boleh orang melawat, dan suami tak boleh teman. Hanya wanita.
Tutup bab tu. Aku dah kahwin kan dan aku rasa sangat terasing. Suami aku anak ke-4 dari 5 beradik. Kakak – kakak dan abang dia dah kahwin. Adik ke-5 suami meninggaI masa kecik, so suami auto jadi bongsu. So since kami pasangan paling last kahwin, anak – anak kami paling muda la.
Dan anak – anak kami selalu dipulaukan sepupu – sepupu diorang yang umur lebih kurang, iaitu anak – anak kakak – kakak dan abang suami. Kadang – kadang sengaja dorang buIi anak kami. Cousin yang membIi semua masih bersekolah rendah.
Anak saya masih awalan sekolah rendah dan tadika. Anak saya sangat gembira bila jumpa cousin – cousin, alih – alih kena tengking dan ditolak jauh – jauh. Benda begitu buat saya sangat tak gembira nak berkumpul beramai – ramai bersama adik beradik suami.
Saya dalam dilema, nak protect anak saya, atau biarkan. Kalau saya bawa anak saya jauh – jauh, anak saya meng4muk sebab dia nak bermain. Tapi kalau anak – anak saya dibuIi, kakak – kakak ipar dan abang ipar serta biras – biras, buat tak faham je anak dorang buIi – buIi dan marah – marah anak saya.
Kalau tak datang masa dorang berkumpul, dik4takan sombong. Rumah dekat pun taknak datang. Untuk pengetahuan, keluarga suami juga tak begitu rapat dengan saya. Keluarga suami sukakan ex gf suami untuk jadi isteri suami.
Jadi saya pun agak dipalaukan sejak dari awal perkahwinan. Termasuk kena hadap biras yang t0ksik. Hujung tahun lepas, saya dapat tahu suami saya menggatal dengan seorang customer kami. Saya berniaga part time jual makanan.
Dan kadang – kadang suami jadi tukang hantar kalau dia free. Jadi kantoi dia menggatal dengan customer kami. Saya sangat sedih, saya berniaga sambilan di samping bekerja di pejabat untuk cukupkan expenses keluarga. Tapi ini saya dapat.
Tak cukup dengan tu, duit keuntungan berniaga saya, hilang. Saya memang mengesyaki suami yang ambil. Tapi dia bersumpah berm4ti – m4tian menafikan. Tak ada apa saya boleh buat melainkan percaya. Dan sejak tahun 2022 saya dibiarkan suami, untuk bayar segala keperluan rumah, segala perbelanjaan anak – anak sendirian.
Suami cakap gajinya kena beri ke ibu dan ayah mertua kerana membantu mereka bayar hutang ahl0ng. Jadi saya hadap sendirian susah payah membayar segala keperluan keluarga, termasuk loan dan kad kredit suami. Dan baru semalam, terbongkar segalanya, rupanya yang meminjam ahl0ng adalah suami, bukan mertua saya. Selama ni gaji suami habis bayar ahl0ng.
Dan banyak lagi yang terbongkar apabila in laws saya memberitahu selama kami berkahwin, mereka ingat segala isi rumah kami dibayar oleh suami seorang diri tanpa bantuan saya. Mereka ingat saya hanya goyang kaki, kerja gaji habis ke diri sendiri.
Terlalu geram, saya ceritakan segala perit jerih di pihak saya. Keluarga in law faham. Tapi masih berbunyi di belakang yang semua ni silap saya juga. Rupanya suami banyak meminjam wang dari adik beradiknya, saud4ra mara, dan kawan – kawannya, dengan alasan isteri s4kitdan alasan isteri teringin makan itu ini, semua alasan isteri.
Di mana saya ingin letakkan muka ni? Semua itu langsung tidak benar. Nak makan apa. Nak beli apa semua saya beli sendiri. Suami tak pernah spend duit ke saya. Nafkah jauh sekali. Saya suarakan untuk bercerai. Suami tak mahu dan suami cakap akan berubah.
Keluarga suami pun cakap takkan sebab ini sahaja nak bercerai, fikirkan anak – anak. Suami tak dinafikan, baik dan ringan tulang. Tapi bekerja tidak pernah tetap. Sentiasa ada masalah kewangan. Tapi semuanya baik – baik sahaja selama ini atas bantuan saya.
Saya dalam dilema dan terlalu lost sekarang ni. Saya betul – betul tak hingin hadap suami, tak hingin hadap keluarga in law, hadap anak – anak buah suami yang berlagak g4ngster membuIi anak – anak saya, hadap biras yang sentiasa rasa dia bagus.
Suami dahlah separa biawak dan penipu, keluarga suami juga meny4kitkan hati, anak – anak buah suami meny4kitkan jiwa. Tapi saya jugak tak mampu urus anak seorang diri. Anak – anak rapat juga dengan suami. Dan suami rajin urus anak.
Tapi bab yang saya ceritakan di atas terlalu meIukakan hati saya. Rasa tertipu dan saya penat jadi ketua keluarga yang tak dihargai. Saya nak pergi jauh jauh. Tapi ke mana? Kembali ke rumah parent? Atau.. Teruskan hidup sendiri di bandar yang jauh dari keluarga?
PerIukah saya bercerai.. Kalau bercerai, bagaimana prosedur? Adakah saya akan dapat hak jagaan anak – anak? Allahu rasa sesak d4da fikir apa saya hadap sekarang ni. Sudahlah simpanan saya kering saya keluarkan untuk bantu suami bayar ahl0ng.
Saya tak ada duit dan terlalu s4kit mengenangkan apa saya hadap dengan sikap keluarga suami dan segala yang dilalui sepanjang perkahwinan. Dengan s4kit saya yang masih memerIukan saya kim0terapi. Masih berbaki 3 kitaran kim0terapi saya. Bil hospitaI semua saya bayar sendiri.
Ya saya tahu orang lain lagi dahsyat dugaannya.. Tapi ini kisah saya. Bantu saya supaya saya boleh lepaskan semua ini. Saya terlalu buntu tak tahu nak ke mana.. – Janna (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Aza Yati : Puan kena list problem dan solution, mula dari yang berat kepada yang ringan. 1) kesihatan, settelkan kemo dan kembali sihat untuk keluarga. 2) simpanan kurang kerana tolong bayar hutang. Kerja dan simpan dulu, kurangkan bayaran atau yang boleh.
Sebab nak keluar menanggung anak – anak sendiri perIukan duit yang agak banyak. 3) in laws dan biras yang t0xic, stop visiting them regularly kalau hanya sekadar meny4kitkan mata dan hati. Baik layan anak – anak pergi taman mainan atau tempat rekreasi.
4) teruskan perkahwinan atau tidak puan fikir buruk dan baik dan istikharahlah. Boleh tanya family tapi bukan mereka yang akan hidup bersama suami puan seumur hidup yer, bukan mereka yang menanggung anak – anak puan, bukan mereka yang menghadap in laws yang t0xic. Jadi puan yang perlu fikir dulu diri puan dan anak – anak. Semoga yang baik – baik untuk puan sekeluarga.. Amin..
Farah Mrsfadzil : Sejak dari sekarang, ko serahkan segala urusan belanja rumah pada suami. Tak payah ko beria nak buat extra income semua tu. Lelaki jadi biawak bila isteri selalu tolong. Kalau ada hutang credit card dia, tak payah ko nak tolong bayar pun.
Pandai – pandailah dia uruskan. Simpan sikit sifat kesian tu. The fact is, bila isteri banyak ambik tugas suami, di sini lah kepincangan dalam keluarga akan jadi. Biarkan kepala dia sibuk fikir macamana nak bertanggungjawab pada keluarga.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.