Saya tak tahu dia suami orang. 6 tahun lepas kami kahwin, bekas isteri suami saya meninggaI dunia. Saya terp4ksa jadi ‘ibu’ segera

Saya rasa janggal sebab umur anak tiri ada yang hampir sebaya dengan saya. Tapi peliknya, saya masih boleh pergi ke rumah bekas isteri suami. Bekas isteri pun memang baik seperti yang suami katakan cuma umurnya tak panjang..

#Foto sekadar hiasan. Sebagai pengenalan, saya Lis, berusia pertengahan 40an, berkahwin hampir 22 tahun dan mempunyai anak. Berbalik kepada tajuk yang saya kongsikan, lelaki dan kejujuran. Sekarang ni boleh dik4takan agak panas tentang isu poligami.

Saya ingin kongsikan pengalaman diri saya sewaktu umur awal 20-an. Saya telah berkenalan secara tidak sengaja dengan suami. Waktu tu suami juga berstatus suami orang (saya tidak tahu akan statusnya waktu itu). Saya namakan dia Man.

Pada mulanya saya tidaklah berminat untuk berkawan dengan Man apatah lagi untuk berkahwin. Tapi Man adalah seorang yang tidak berputus asa. Sedaya mungkin dia cuba dapatkan contact number saya. Waktu tu saya tidak memiliki handphone jadi kalau nak berhubung saya akan berikan no handphone rakan serumah.

Tapi saya akan pesan supaya hubungi pada waktu malam sebab kawan dah balik kerja. Saya ada beberapa kali terserempak dengan Man tapi tidak lah memberikan apa – apa respon pun jika dia cuba untuk berkenalan sebab pada pandangan saya waktu itu, Man bukanlah bujang (tekaan saya).

Satu hari sewaktu nak balik rumah, saya terp4ksa bertanya orang tentang no bas yang akan menuju ke kotaraya. Saya tidak mahu tersilap naik bas yang akan menyebabkan saya terlewat sampai rumah. Jadi dengan keadaan yang terp4ksa saya bertanya kepada rakan Man (rakan Man saya dah kenal lama tapi tak biasa sembang) tentang no bas yang perlu saya naik.

Waktu tu lah rakan Man mintak no telefon saya sebab katanya senang nak contact nanti. Saya dengan rasa berat hati bagi lah jugak no telefon kawan dan pesan siap – siap kalau takde apa yang penting jangan call sebab saya tak nak ganggu kawan.

Man cuba dapatkan jugak no telefon tu tapi saya hanya tersenyum saja dengan alasan saya takde hp. Lepas saja saya dapat maklumat tentang bas, saya terus bergerak ke bus stop. Selepas 3 ke 4 hari kemudian rakan serumah bagi tau ada orang call nak bercakap dengan saya.

Rakan mintak orang tu call balik lepas dia balik keje dalam jam 8 malam. Waktu tu tiba – tiba saja d4da saya berdebar. Tidak tahu apa puncanya. Tepat waktu seperti rakan saya maklumkan, saya terima panggiIan dari Man (waktu ni terk3jut sebab seingat saya tak pernah bagi pun no telefon)

Mulanya saya tidak perasan siapa yang call tapi lepas dia memberikan bayangan barulah saya dapat tangkap. Beberapa kali jugak Man cuba untuk ajak keluar dengan alasan hanya keluar makan aje. Saya sentiasa memberi alasan dan alasan.

Bila rakan serumah tahu tentang pelawaan Man, rakan memberikan cadangan untuk saya terima pelawaan. Jadi saya pun bersetuju untuk keluar itu pun adalah beberapa kali dia kena sc4m hahaha. (bukan saje nak sc4fm, last minute ada je hal)

Sampai lah kali ke-3 baru lah kami keluar. Waktu tu saya merasa Man agak berumur dan sudah semestinya dia suami orang, tapi semua tu hanya hati saya yang berkata – kata. Saya cuba bagi jarak supaya tidak terlalu selesa jadi saya panggil dengan nama formal En Man, walaupun dia bahasakan dirinya abang.

Kebetulan waktu jumpa tu dah masuk waktu maghrib jadi dia ajak solat di masjid (masa ni rasa wahhh bagusnya dia) selesai solat, kami pergi makan. Lepas makan terus dia hantar balik. Esokan ya Man ajak keluar lagi (dalam hati ini dah lebih) saya menolak dengan alasan banyak kerja yang perlu dibuat.

Tapikan seperti yang saya maklumkan sebelum ini Man bukan jenis orang yang putus asa. Lepas beberapa hari dia cuba ajak keluar lagi, saya pun bersetuju untuk keluar. Pada waktu itu lah dia ceritakan segalanya tentang status diri, keluarga dan pekerjaan.

Masa ni makanan yang masuk dalam mulut pun macam dah tak boleh nak telan. Man bagi tahu yang dia berstatus suami orang dan dalam proses berpisah, ada anak 2 orang, kerja sebagai penjawat awam dan buat part time di kedai makan (tempat saya jumpa tu di food court).

Dia bagi tahu yang isterinya takde masalah tapi keluarga isteri yang bermasalah, sentiasa mencari salah dia. Dia dah tak sanggup berada dalam keluarga t0ksik. Biasa lelaki seblehnya tak ngaku dah kahwin, yang dia ni seperti transparent.

Masa tu rasa macam nak lari pun ada, sudahnya makanan tu terbiar macam tu aje. Dia mintak maaf sebab ceritakan tentang hidupnya cuma katanya dia tak nak menipu dan dia tertarik dengan saya. Selepas saja sesi luahan malam itu saya ada lah mengelak tapi itu lah kalau dah dik4takan jodoh, asam di d4rat garam di laut boleh bertemu.

Saya terus ringkaskan selepas setahun berkenaan, saya kenal dengan anak – anaknya dan dia jumpa dengan keluarga saya serta nyatakan hasratnya kami pun berkahwin. Dalam waktu berkawan tu saya ada beberapa kali mintak putus sebab tak nak anak – anaknya kehilangan sebuah keluarga tapi Man kata walaupun tanpa Kehadiran saya kehidupan dia dan isteri tidak dapat diselamatkan lagi.

Pada awal perkahwinan agak kekok bila tiba – tiba menjadi ibu segera. Lagi janggal bila anak tiri hampir sebaya. Tapi alhamdulillah semuanya nampak OK dengan aturan yang suami buat. Saya masih boleh pergi ke rumah bekas isterinya jika ada apa – apa masalah tentang anak – anak atau untuk hantar kiriman barang jika suami tak dapat hantar.

Bekas isteri pun memang baik seperti yang suami katakan cuma umurnya tak panjang lebih kurang 6 tahun lepas kami kahwin dia meninggaI tiba – tiba selepas demam. Tugasan yang setiap tahun yang saya perlu lakukan adalah belikan barang – barang persiapan raya untuk anak – anak tiri.

Saya akan jemput dan hantar cuma anak – anak akan mintak turunkan jauh dari rumah mereka bila ada sed4ra mara yang datang ke rumah. Saya faham dan ikut cara mereka. Bila nak raya saya akan siapkan beberapa jenis kueh mueh untuk diberikan.

Kadang – kadang mereka yang minta nak kuih apa dan nak makcik masak apa. Saya OK aje. Cuma waktu ni suami selalu cakap yang saya cuba nak tunjuk anak – anak tu baik kat dia. (Haha, macam dah terbalik, anak sape ni)

Kini dah 22 tahun kahwin, alhamdulillah tiada adegan tarik – tarik rambut, adegan per4ng mulut buat masa sekarang tapi apapun mak tiri tak akan jadi mak sendiri. Kami baik – baik je, cuma biasalah bila dengar cakap orang tu adalah rasa terkesan di hati anak – anak.

Anak – anak tiri pun dah kahwin dan ada anak, sekarang ni mereka faham serba sedikit apa yang ayah dia rasa dulu. Anak – anak saya pun baik dengan abang dan kakak dia orang. Bila jumpa saja dengan abang dan kakak dia orang, mesti sibuk nak jaga anak buah tapi anak buah panggil dia orang kakak sebab umur pun dekat – dekat.

Apapun yang ingin saya katakan di sini adalah kejujuran. Jika seorang lelaki itu betul – betul jujur insya Allah tidak akan timbul isu yang besar. Isu penolakan akan berlaku tapi jika kedua – dua pihak ikhlas, semuanya dapat dilalui dengan aman.

Dan seorang lelaki yang bergelar bapa perlu lah amanah juga pada anak – anaknya. Amanah memberikan nafkah zahir (duit) dan batin (kasih sayang). Apapun saya harap semua perempuan yang ingin menjadi isteri seterusnya perlu kuat dan tambah hatinya.

Walaupun tidak berkongsi suami anda tetap perlu berkongsi selamanya dengan anak – anak. Jangan lupa mintak pertunjuk dari Allah untuk membuat keputusan. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum. – Lis (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ye, saya setuju. Saya ada adik lelaki yang bermadu. Tapi diorang boleh je ke sana sini berdua – duaan sesama madu. Adik lelaki saya businessman. Jadi banyak kerja luar. Isteri kedua janda, yang ada masalah tak boleh mengandung.

Sebab kesian adik bagitau isteri pertama nak ambil jadi isteri no 2. Yang no 1 terima. Siap balik dari nikah, isteri no 1 yang hiaskan bilik pengantin. Sekarang diorang tinggal serumah. Adik lelaki dah sediakan rumah lain – lain tapi isteri – isteri decide duduk sama – sama untuk menjaga sesama sendiri bila suami selalu takde.

Jadi, saya setuju. Yang penting adalah kejujuran. Pahit macam mana pun janganlah cuba – cuba menipu perempuan. S4kit sebab dikhi4nati tu lagi s4kit dari kepahitan sebuah kebenaran.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.