Saya teringin nak makan nasi kerabu viral, suami suruh guna duit sendiri. Saya baIing pinggan, biar rumah dapur bersepah

Duit nafkah dia p0tong RM60 sebab saya banyak guna peti sejuk untuk berniaga. Hari itu saya minta RM10 dia bagi tapi malam itu dia ingatkan supaya pindahkan semula RM10 itu nanti lupa. Allahu.. berkira sungguh dengan isteri mu..

#Foto sekadar hiasan. “Dia hendak makan, kita yang kena bayar.” Terus menusuk dalam hati paling dalam dengan kata – kata itu. Alkisahnya, pagi tadi saya ajak suami sarapan di nasi kerabu viral sekitar Kuala Lumpur. Kami dari Shah Alam. Dia cakap, bayar minyak dan tol beres sahaja.

Saya pun cakap, nanti makan siapa yang akan belanja. Sebab selama ini kalau saya ajak, memang saya akan bayar. Tetapi sekali minyak dan tol, kopak juga saya. Kemudian dia cakap, “Dia hendak makan, kita pula kena bayar, di rumah pun ada nasi.”

Saya pun cakap, eh saya ini siapa? Dulu kita nak makan apa – apa dia beli sahaja. Kemudian dia diam. Malas cakap banyak, saya pun keluar bilik masak nasi, buat jemput pisang sahaja sebagai sarapan untuk makan bersama anak. Terasa betul hati pagi ini.

Memang saya sudah lama perhatikan, sejak saya ada duit sendiri (buat perniagaan dari rumah), dia sudah m4kin berkira dengan saya. Dan saya pun bila ada duit, saya sudah malas hendak minta. Apa – apa saya hendak, saya beli guna duit sendiri.

Tetapi dia masih menyediakan nafkah asas. Barang dapur dan sebagainya. Dia ada beri duit belanja kepada saya tetapi tahun ini sudah potong RM50 sejak beli rumah kerana komitmen bertambah. Kemudian dia p0tong lagi RM60 kerana peti sejuk yang digunakan di rumah untuk saya berniaga.

Saya tidak kisah, baki tinggal RM190 sahaja. Kemudian tolak PTPTN RM100 tinggal RM90 sahaja. Saya tidak kisah sebab saya ada duit sendiri hasil perniagaan. Tetapi nampak m4kin berkira. Saya minta belikan tambah nilai RM35, dia cepat – cepat suruh pindahkan balik takut lupa katanya.

Hari itu saya minta RM10 dia pun beri, malam itu dia beritahu supaya pindahkan semula RM10 itu nanti lupa. Allahu… berkira sungguh dengan isterimu.. Dahulu waktu saya memang suri rumah sepenuh masa tidak ada pendapatan apa – apa, dia langsung tidak berkira.

Kalau guna duit dia apa – apa, dia cakap tidak payah ganti duit itu duit yang sama juga hasil daripada dia juga. Apa – apa saya hendak makan, dia usahakan beli. Sampai dia korek tabung dia dahulu. Tetapi itu cerita dahulu.

Sekarang sudah hampir 360 darjah berubah. Hari itu dia minta saya belikan minyak rambut dia. Padahal kedai itu kedai sama dia hendak beli susu dan lampin anak. Tetapi dia keluar dengan susu dan lampin sahaja. Dia suruh saya juga belanja dia minyak rambut. Saya pun belikanlah.

Kalau pergi bercuti, kami berkongsi duit. Dan banyaknya duit saya yang keluar. Dia suruh saya belanja itu ini, tetapi kalau dia beli apa – apa dia masukkan dalam senarai kongsi. Tidak ada pun hendak sukarela belikan benda itu guna duit sendiri.

Boleh dik4takan RM5 pun berkira dengan saya. Saya buat perniagaan, dia tolong promosikan juga dan minta komisen. Kalau saya tidak mahu beri, dia tidak promosikanlah. Tidak seperti suami orang lain yang menyokong perniagaan isteri.

Barang rumah saya banyak belikan juga. Meja makan, sofa, katil. Saya cari yang terpakai sahaja untuk keselesaan sendiri. Harapkan dia beli, sampai bila – bila tidak ada duit, tidak ada barang. Suami boleh dik4takan baik, tetapi sikap berkira dia itu buatkan saya banyak makan hati.

Oh ya, modal perniagaan dahulu dia ungkit suruh saya bayar. Saya pun malas bertekak, saya bayar terus RM490. Padahal selama saya buat perniagaan, sudah beribu rasanya saya beri dia upah tolong saya angkat stok perniagaan. P/s: Kami berkahwin tidak sampai 5 tahun. Ada anak seorang. Okay itu sahaja hendak luah… – Kukis (Bukan nama sebenar)

Hai semua. Saya hendak sambung tentang nasi kerabu. Boleh tidak? Hikhik. Okay ceritanya selepas siang itu berlalu… Malam dia masuk kerja syif. Saya hendak – hendak pula sedang datang bulan memang perubahan emosi lain macam sedikit.

Anak pula meng4muk memang buat naik d4rah. Dengan pinggan bertimbun dalam sinki tidak terbasuh. Saya makan sekali dengan anak di depan televisyen, anak kacau – kacau saya jadi naik d4rah terus saya campak pinggan ke lantai.

Saya telefon dia menjerit – jerit suruh balik, saya letih dengan anak bla bla. Saya cakap saya sudah taw4r hati rasa hendak bebas. Oh ya, sebelum itu saya screensh0t pengakuan saya itu dan hantar kepadanya tetapi seperti biasa dia tidak akan beri apa – apa reaksi. Entah baca atau tidak tetapi saya yakin dia baca.

Dia tak dapat balik jadi letak telefon. Saya masuk tidur dengan dapur bersepah, makanan bersepah atas lantai memang saya sengaja tidak bersihkan. Saya hendak tunjuk protes. Esok itu saya bangun pagi dengar dia balik kerja membersihkan dapur, lap – lap makanan yang tumpah atas lantai itu.

Bangun – bangun tengok semua sudah bersih. Okay sejuk hati yang s4kit. Tetapi dia tetap takde ada usaha pujuk saya makan nasi kerabu yang saya hendak itu. Jadi saya lancarkan per4ng lagi. Saya keluar pergi spa dan makan – makan seorang diri di kawasan berdekatan itu. Saya memang taknak masak.

Dia balik kerja seperti biasa tidur sampai tengah hari tetapi saya sudah keluar pukuI 12 tinggal anak dengan dia jadi dia tidak boleh tidur. Saya tengah tengok cerita, dia bawak anak keluar pergi makan. Saya balik pukuI 5 petang selepas berseronok. Puas hati sekejap.

Malam itu dia masuk kerja, saya WhatsApp, esok tak payah belikan apa – apa makanan. Simpan sahaja duit itu nanti belanja isteri kurang pula duitnya. Dia pun cakap okay sahaja. Geram bukan? Esoknya dia balik kerja dia belikan saya nasi kerabu tetapi dari tempat lain.

Saya tak sentuh langsung sampailah tengah hari. Saya tak memasak hari itu. Tengah hari itu dia tanya nak makan tak nasi kerabu tu? Saya cakap tak mahu. Dia cakap okay. Kemudian saya jerit. Saya hendak nasi kerabu lain! Bukan yang itu!

Kemudian dia membebel cakap saya garang ke apa tetapi saya kurang dengar. Tak lama selepas dia makan, dia ajak saya, “Nasi kerabu itu buka sampai petang? Jomlah.” Saya diam lama. Dia tanya lagi dan lagi. Takut dia ubah fikiran pula.

Saya pun terus cakap nak! HAHA. Tapi awak kena belanja, minyak tol semua saya tak mahu bayar. Awak bayar semua. Dia cakap okay, jom lah. Dalam kereta saya beri ceramah panjang lebar. Saya cakap selepas ini, saya ah tak nak belanja dan keluarkan duit apa – apa lagi sebab nampak awak naik lemak. Dia diam sahaja.

Jadi alhamdulillah sudah tercapai hajat saya hendak makan nasi kerabu. Maka per4ng dingin pun berlalu.. Terima kasih semua doakan saya. Dia beri saya satu masalah, saya beri dia 100,000 masalah. – Kukis (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Marosidah Mior : Laa, ini yang kisah suami itu berkira ke selepas si isteri mula ada duit sendiri, hahaha, kan? Suami berkira, kita pun kena berkira, haha, tetapi suami pengaku ini lebih kurang macam suami saya juga, yang balas “ok” itu, sabar sahajaIah kan?

Apa – apa pun hasrat sudah tercapai, Alhamdulillah, itulah, bukan selalu pun kita mengidam, kan? Biasalah suami ini, kadang – kadang dia tengok kita okay sahaja padahal m4kin lama m4kin makan hati. Memang kena beritahu apa yang kita sebagai isteri ini rasa. Apa – apa pun selamat berbahagia dunia dan akhir4t untuk pasangan suami isteri ini, Amin!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.