Saya terk3jut bila dapat tahu suami banyak hutang kad kredit masa dengan bekas isteri

Pada tahun kedua perkahwinan kami, baru saya tahu suami ada hutang kad kredit. Kad kredit tu suami guna masa dengan bekas isteri dia. Masa dah bercerai, kad kredit tu masih ada dalam simpanan bekas isteri dia. Sampai tahap pengutip hutang call nak sita rumah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap admin sudi siarkan confession saya ni. Ini kali pertama saya confess dekat sini. Maaflah kalau susunan ayat saya berterabur. Maklumlah saya bekerja di bahagian engineering, jadi tak berapa pandai nak karang ayat. Apa yang saya nak kongsikan ni lebih kepada untuk menyebarkan kebaikan AKPK berdasarkan pengalaman sendiri.

Saya berumur 29 tahun. Telah berkahwin dengan lelaki yang agak berusia. Kami telah berkahwin hampir 6 tahun. Pada tahun kedua perkahwinan kami, baru saya tahu suami ada hutang kad kredit. Kad kredit tu suami guna masa dengan bekas isteri dia. Masa dah bercerai, kad kredit tu masih ada dalam simpanan bekas isteri dia, dan saya pon tak faham kenapa suami tak hentikan penggunaan kad kredit tu. Mereka dah bercerai setahun lebih dalam tahun 2009. Tahun 2010 baru saya jumpa dengan suami, dan kami berkahwin tahun 2011.

Nak dijadikan cerita bank kad kredit (E BANK) tu telah dibeli oleh bank HL. So every hutang dekat E bank, akan dibawa dekat bank HL. Tetiba suami dapat surat dalam tahun 2012, bank HL mintak jelaskan bayaran tertunggak. Masa tu baru saya tau suami ada hutang kad kredit. Sudah tentu saya marah dan terk3jut. Sebab saya ni bukan jenis yang suka berhutang – hutang dan lewat – lewat bayar. Saya jenis yang disiplin bab – bab kewangan.

Biar duit shopping dengan simpanan sikit, asalkan segala hutang bayar tepat dan tiada yang tertunggak. Suami kata, dia takut nak bagitau. Takut saya marah. Marah isteri tahap mana pun, paling tidak isteri akan usaha jugak untuk setelkan. (Walaupun itu hutang dia dengan bekas isteri dia). Namun saya memilih untuk biarkan suami setelkan sendiri isu kad kredit itu. Saya tak nak masuk campur.

Dari sehari – sehari saya suruh suami pergi HL bank untuk selesaikan isu ni. Dia tak pergi – pergi jugak. Sehinggalah berlarutan ke tahun 2016. Satu hari, saya dapat panggiIan dari Pengutip hutang dalam November 2016, dia tanya suami saya. Sebab dia telefon suami banyak kali, suami tak angkat panggiIan. Pengutip hutang dah ugvt, kalau tak selesaikan jugak hutang kad kredit tu dalam tempoh 2 minggu, mereka nak sita rumah. Ok, masa ni, d4rah dah naik kepala. Dah la ugvt saya atas hutang yang bukan saya punya. Mereka cakap dalam intonasi yang agak kurang adab. Saya rasa memang mereka dah dilatih sebegitu.

Saya telefon suami. Tanya dia kenapa isu tak selesai lagi. Dia bagitau pernah cuba untuk selesaikan, tapi dia melalui pengutip hutang, bukan melalui bank. Diorang mintak suami bayar RM300 sebulan sehingga hutang habis. Kami bukan orang senang, RM300 tu agak tinggi bagi kami. Memang akan terganggu la perbelanjaan dapur nanti. Suami bagitahu dia memang tak mampu nak bayar jumlah yang diberikan, sebab tinggi. Mintak kurang lagi dari diorang, mereka tak bagi. Sebab tu isu kad kredit tak selesai. Sekali lagi saya tanya, kenapa tak bagitau saya, Sekali lagi, dia bagitau, nanti saya marah. Kalau tak pun, bila – bila saya dapat tau, tentu kena marah jugak. Haishh..

Ok, tak boleh jadi, saya kena buat juga sesuatu. Kalau saya masih nak mengharapkan suami, perkara ni memang tak akan selesai. Saya dah selidik serba sedikit tentang sita menyita rumah ini. Akhirnya, saya tau, saya dah kena Game dengan pengutip hutang tu. Kurang ajar punya pengutip hutang. Mereka tidak boleh sita rumah selagi tiada surat dari mahkamah dan bukan semudah itu mereka nak sita, kena naik turun mahkamah berkali – kali. Dan yang paling best, rumah yang hendak disita juga perlu dimiliki oleh penghutang itu sendiri. Rumah yang kami duduk di Kuala Lumpur, rumah sewa.

Saya p4ksa suami untuk pergi terus ke bank HL. Tanya berapa jumlah yang perlu dibayar kalau nak buat bayaran penuh. Bank HL bagi paling last amount kena bayar RM5000. 5k memang ada dalam tangan, tapi duit tu nak buat bayar law dan SNP fee. Saya beli rumah atas nama saya. Sudah tentu saya tak akan sesekali k0rbankan duit tu. Bukan senang nak kumpul duit. Kalau pengutip hutang tu boleh main jahat, kali ni saya pulak nak kenekan diorang. Saya teringat, ada baca pasal AKPK dalam confession di FB ini. Saya telefon AKPK. Dan tanya macam mana nak sertai program bawah AKPK.

Finally 4 January lepas, suami saya ada appoinment dengan AKPK. Sekarang dah tak macam dulu. Dulu nak join AKPK kena masuk course sehari. Sekarang cuma isi online dekat Website AKPK. Isi segala maklumat yang AKPK nak. Termasuk jenis hutang dan jumlah hutang tu. Kemudian, terus set tarikh untuk buat appointment dengan pegawai AKPK. Pegawai AKPK tu bagitau, jumlah keseluruhan hutang suami dengan bank HL termasuk kadar interest dan extra fee adalah RM12,000. Bila suami masuk program AKPK jumlah hutang yang suami kena bayar adalah RM2,000++ only!!

Kalau tahu dari dulu lagi, saya heret suami pergi AKPK. Saya tanya macam mana boleh jadi sikit, pegawai AKPK bagitau, suami hanya perlu bayar principal sahaja. Interest tu jadi tinggi sebab kali terakhir suami bayar tahun 2008. Sebelum dia bercerai dengan bekas isteri dia. Jadi, bulan – bulan yang suami perlu bayar hanya RM50 sebulan selama 4 tahun. Kalau nak bayar RM20 sebulan pun boleh, tapi lambatlah habis. Pegawai AKPK tu bagitahu, selama dia handle kes, inilah jumlah hutang paling sikit. Maka bermula la ik4tan sah suami dengan AKPK.

Habis perbincangan dengan AKPK, pengutip hutang call husband, tanya bila nak bayar. Suami bagitau, baru turun dari AKPK dan dia di bawah program AKPK sekarang. Bila dia dengar suami cakap macam tu, baru diorang tu bagitau, kenapa jumpa AKPK? Kita boleh bincang lagi pasal bayaran bulanan bla… bla. Suami terus letak telefon. Dan sampai sekarang pengutip hutang tu tak telefon lagi dah saya dan suami.

Bagi saya AKPK ni sangat membantu untuk uruskan kembali masalah kewangan kita. Namun ada beberapa faktor yang perlu dilihat semula sebelum join program AKPK. Antaranya, jenis loan. Biasanya AKPK hanya handle unsecure loan, macam kad kredit dan personal loan. Kereta ada jugak rasanya tapi ada syarat – syarat tertentu. Boleh hubungi terus AKPK kalau nak penerangan lanjut. Juga, seseorang itu mestilah belum disytiharkanmuflis oleh pihak mahkamah. Dan hutang tak melebihi 2 juta.

Saya ada baca, dalam tempoh yang terik4t di bawah program AKPK, tak boleh apply apa – apa loan. Namun ada jugak yang bagi feedback masih boleh buat loan walaupun di bawah program AKPK. Tertakluk kepada corak bayaran. Kalau cantik, mestilah bank approve kan. Saya berani masukkan suami saya bawah program AKPK, sebab rumah dan kereta bawah nama saya. Loan pun bawah nama saya. Jadi tiada masalah untuk suami masuk di bawah program AKPK. Malah dapat kebaikan lagi adalah. Pengutip hutang, bank pon dah tak kacau suami. (Teringin jugak kalau nak diorang call, nak sembur sikit).

Pengajarannya adalah, bagi mereka yang memang adalah masalah kewangan, jangan malu, sampai bila nak hidup dengan gangguan bank dan pengutip hutang, pergi je AKPK. Cuba berurusan dengan AKPK. Komitmen hutang pun akan jadi kecil. Bak kata AKPK, “Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan”. – isteri penyayang yang garang