Saya tersentap bila mak h1na isteri saya sebab dia anak tidak sah taraf

Walaupun saya anak mak, mak tu syurga saya, tapi, boleh ke saya ikut sahaja apa yang mak kata? Walaupun apa yang dik4ta tidak betul? Bila orang kata mak ada satu, isteri boleh cari lain, memang isteri ni mainan ke? Boleh pakai, buang macam tu je? Saya tak setuju!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Mohon share cerita saya untuk saya dapatkan pandangan dari pembaca. Seumur hidup saya, saya dibesarkan dari keluarga yang mak dan ayah bercerai. Saya dibesarkan oleh ayah saya. Sejak dari umur 2 tahun, saya tak pernah tengok muka mak kandung saya. Ayah saya tak pernah cerita siapa mak saya dan punca mereka bercerai. Alasannya, ayah tak nak cerita perkara buruk tentang mak saya. Takut saya hilang hormat dan sebagainya.

Tak dinafikan saya menjadi anak kesayangan ayah saya kalau nak dibandingkan dengan adik – beradik lain. Sewaktu umur saya 27 tahun, saya ditemukan kembali bersama mak saya. Alhamdulillah, mak saya terima saya dengan baik. Sewaktu itu, baru saya tahu cerita sebenar penceraian ayah saya. Tapi ini dari sebeIah pihak. Dari situ diceritakan nenek merupakan punca mereka bercerai. Nenek tak suka pada mak sebab mak tak bekerja (ini apa yang mak cerita). Nenek kerap marah mak. Sampai satu masa, mak tak tahan, mak marah nenek.

Ayah dapat tahu, ayah marah mak dan mereka bercerai. Bila saya balik jumpa ayah, saya tanya dengan ayah. Ayah tak setuju dengan jawapan mak. Tapi masih tak cerita perkara sebenar. Ayah tidak mahu saya hilang hormat pada mak. Saya terima jawapan dua – dua pihak. Selepas bertunang, saya dan bakal isteri (sekarang dah sah isteri) membuat persiapan untuk berkahwin. Pada awalnya, hubungan kami direstui oleh ayah dan mak. Sebab bakal isteri pakai tudung labuh dan cantik. Baru habis belajar dan tengah cari kerja masa tu.

Nak dijadikan cerita, rupanya, status bakal isteri saya anak tidak sah taraf. Bagi saya, perkara ini bukan perkara yang besar. Bakal isteri tidak bersalah, yang salah mak dan ayah dia. Memang ada tips untuk memilih isteri (dari sudut agama). Agama, Rupa, Keturunan, Harta. Pada pendapat saya, alangkah baiknya keluarga saya kalau saya mensucikan semula keturunan isteri saya dengan perkahwinan yang sah.

Tapi maIangnya ayah saya menentang dengan keras. Dia marah sebab saya berkeras untuk kahwin dengan bakal isteri. Waktu ni, bakal isteri dah mengalah dan niat untuk pulang semula cincin tunang. Saya buntu. Saya mengambil langkah untuk bercerita dengan mak saya. Mak saya sokong saya untuk teruskan perkahwinan dengan bakal isteri. Mak saya telefon bakal isteri dan brainwash sampai dia setuju untuk kahwin dengan saya. Alhamdulillah.

Ayah saya dapat tahu, marah dengan saya dan merajuk (tak angkat telefon dan tak baIas whatsapp). Pujuk punya pujuk, akhirnya ayah pun bersetuju. Alhamdulillah. Selepas berkahwin, isteri duduk di rumah ayah. Sementara waktu sebelum saya dapat rumah. Alhamdulillah, isteri disahkan mengandung (bunting pelamin). Datanglah rezeki saya dapat menyewa rumah di kawasan tempat saya bekerja. Isteri ikut bersama. Dia tak bekerja. Gaji saya cukup untuk tampung keperluan kami berdua.

Isteri ada satu perangai, dia tak boleh tengok habuk. Habis dia panjat kerusi, meja nak cuci habuk. Masa anak dalam kandungan 2 bulan, isteri panjat mangkuk tandas nak cuci habuk dekat tandas. TergeIincir dan jatuh. Isteri mengaIami keguguran. Allahuakbar. Isteri jadi meroyan. Malam – malam bangun nak buka pintu rumah (jam 2-3 pagi). Katanya anak kami datang. Nasib la saya tidur peIuk dia. Sedar la bila dia nak bangun. Saya tarik balik suruh dia tidur.

Bila ayah saya tau cerita isteri keguguran, ayah saya tenang dan bagi tahu untuk banyakkan bersabar. Mak saya sebaliknya. Habis dimarahnya isteri kerana tak pandai jaga kandungan. Saya setuju juga dengan mak sebab isteri gatal sangat nak buat kerja – kerja susah. Bagi tahu pada saya, saya akan buat. Degil. Alasan sebab tak nak susahkan saya. Sebab saya dah bekerja di siang hari. Selepas kejadian hampir 2 tahun, isteri tak mengandung. Mak sering kali tanya dengan isteri bila nak mengandung. Isteri selalu str3ss dengan soalan mak. Bila pergi jumpa doktor, dua – dua tidak bermasalah. Cuma belum rezeki.

2 tahun selepas tu, isteri saya mengandung semula. Ayah dan mak kembali gembira. Selalu pesan pada saya. Suruh isteri duduk dan jangan buat kerja – kerja lasak. Okay. Nak jadikan cerita, isteri alahan teruk. Memang dia tak boleh buat kerja. MeIepet je dekat katil. Saya belikan dia makanan pagi, tengah hari dan malam. Bila kandungan dah berusia 5 bulan baru alahan dia kurang. Waktu ni dah boleh buat kerja rumah sikit – sikit.

Masa ni, mak sering kali video call isteri. Tapi isteri jarang – jarang angkat sebab tak reti nak berbual dengan orang tua. Biasanya kalau saya ada di rumah baru dia angkat. Sampai kandungan berusia 7 bulan, saya patah bahu sebab main rugby. Allahuakbar. Dugaan. Isteri kena uruskan diri sendiri dan saya. Beli barang rumah, hantar saya ke hospitaI, bersihkan rumah dan lain – lain. Dengan keadaan perut dah besar, memang satu kesukaran.

Satu hari, mak saya whatsapp dengan isteri. Masa ni isteri tengah keluar beli barang dapur. Borak – borak biasa. Tiba – tiba mak cakap dengan isteri yang biasanya isteri ni sayang suami sebab suami berduit (tak pasti sama ada dia tujukan kepada isteri atau tidak). Dalam keadaan em0si tidak stabil, isteri terasa dan baIas whatsapp dan tanya mak saya macam tu ke dengan ayah saya?

Mak saya menafikan dengan menyatakan mak saya berbeza. Whatsapp tu berhenti disitu sebab isteri saya terasa dengan mak saya. Isteri saya balik dan bercerita dengan saya. Saya cakap, mak saya bergurau dengan isteri. Tapi isteri saya masih terasa hati. Saya faham keadaan tersebut. Saya yang tak beri isteri bekerja sebab nak isteri sentiasa bersama dengan saya. Selepas kejadian tersebut, mak saya kerap hubungi saya (macam ins3cure hilang saya). Isteri perasan tapi saya suruh buat biasa.

Ada satu pagi, saya dekat dalam tandas. Tengah buang air besar sambil main game. Mak saya video call. Sejujurnya, saya tak boleh nak angkat (tengah ook ook kot). So saya biarkan. Ingat nak call balik. Tapi lupa. Typical lelaki normal. Esoknya, mak saya wasapp dengan saya. Kenapa tak angkat call dia. Saya ambil jalan mudah, saya cakap saya demam. Terus dia marah isteri saya (dalam whatsapp saya). Kenapa isteri saya tak boleh bagi tau dia?

Dalam keadaan marah tu, terIuah segala isi hati mak saya. Isteri saya cuma mata duitan. Nak barang – barang mahal. Tak boleh hidup susah. Dan paling saya tak boleh terima, mak saya menyesal sebab tak ikut cakap ayah saya. Sebab keturunan isteri saya bukan dari keturunan yang baik. Saya tersentap dan terus membaIas whatsapp mak saya. Siapa pon keturunan isteri saya, bukan hak siapa – siapa untuk h1na. Saya hidup dengan dia, saya lebih kenal siapa isteri saya. Kami pernah hidup dengan duit poket RM50 untuk seminggu sebelum gaji. Isteri saya tidak pernah merungut.

Sebelum akhiri whatsapp, saya mohon maaf dengan mak saya dan saya minta untuk menjauhkan diri dari mak saya. Alhamdulillah, anak saya seIamat dilahirkan dengan comel. Perempuan. Mak saya whatsapp saya, sampai hati tak bagi tahu dia. Saya tak baIas. Saya belum bersedia. Saya harap mak saya sedar dulu kesalahan dia dengan isteri saya. Walaupon saya anak mak, mak tu syurga saya, tapi, boleh ke saya ikut sahaja apa yang mak kata?

Walaupun apa yang dik4ta tidak betul? Biarkan sahaja perasaan isteri terabai asalkan perasaan mak diutamakan? Bila orang kata mak ada satu, isteri boleh cari lain, memang isteri ni mainan ke? Boleh pakai, buang macam tu je? Saya tak setuju. Bila saya google dan cari dekat youtube, ramai alim ulama bagi tahu suruh bersabar dan jaga mak. Saya buntu. Salah ke saya untuk Iindungi isteri saya? Mohon pandangan semua. – Roy (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fydd Arsat : Iindungi isteri dan anak sepenuhnya, dalam waktu yang sama jangan meIukakan hati mak. Bercakap elok – elok, guna bahasa yang baik tapi tegas. Tak perlu k0rek cerita lama mak ayah. Yang hari ni itulah yang kau perlu hadap. Mak cakap bukan – bukan, dengan hormat kau minta mak kau berhenti dan jangan ulang lagi. Orang tua ni kadang – kadang kalau dia sunyi, dan dah terbiasa ada fikiran negatif, mulalah fikir bukan – bukan. Kenali mak kau yang sekarang, hadap perangainya, jangan kurang ajar, tapi tegas, dan tetap Iindungi isteri dan anak. Semoga Allah permudahkan.

Puteri Pelangi : Sepatutnya mak tuan tak perlu keterlaluan. Maaf cakaplah, yang lebih berk0rban adalah ayah tuan. Menjarakkan buat sementara adalah lebih baik tapi dalam waktu yang sama bagiIah nafkah pada kedua org tua ikut kemampuan. Semoga Allah memberkati kehidupan tuan dan bila sampai waktu, sebagai anak mengalahlah. Sebab banyak waktu yang kita tak boleh putar kembali…

Fadiyy Mid : Faham rasa serba salah tu, mungkin apa yang sesuai dibuat ialah berterus terang 100% dengan mak supaya jangan sebut lagi keturunan isteri dan jelaskan sikap baik isteri yabg sebenar. Isu – isu terIanjur kata ni buruk akibatnya. Jelaskan yang anak tak sah taraf tak pernah minta lahir ke dunia. Lepas tu buat macam biasa jela, nak jauhkan diri pun sampai bila. Isteri pula, tak perlu dibawa jumpa atau berhubung dengan mak dulu sehingga hubungan confessor dengan mak pulih dan mak confessor dah sedar untuk  tak sebut lagi isu keturunan isteri.

Nur Humaira Yasmin : Kamu suami yang baik, abaikan apa orang kata pasal isteri tak kerja, tugas kamu mengenai nafkah melainkan kalau kamu s4kit ke apa, jangan takut sangat mengenai rezeki. Dari segi mempertahankan isteri apa tuan buat tu betul, cumanya, walaupun tuan tengah marah, sepatutnya baIaslah whatsapp mak mengenai cucu tu walaupun tak nak bagi jumpa. Tak semestinya bila kamu baIas whatsapp, isteri kamu tak diIindungi. Memang ada pemikiran terutama zaman sekarang, isteri kena kerja, tak kerja tak guna, isteri mata duitan malas kerja, tak nak susah payah dan lain – lain.

Saya percaya itu tak betul. Ada gak perempuan pandang rendah isteri tak kerja, salah tu. Tak ade masalah mengenai tak kerja, jangan dengar kata – kata orang. Try ambil insurans kalau mampu nanti. Tahniah kerana menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Saya berharap perkahwinan tuan bahagia sampai syurga dan suami isteri bersabar sangat atas ujian mak tuan.

Farhana Een : Buat baik dengan mak ayah sekadarnya. Mak whatsapp tanya khabar, jawab la. Bila mak meIalut kutuk isteri, baIas cakap benda yang betul sekali ja. Tak payah cakap berkali – kali sebab kalau mak tu tak nak terima, awak cakap 100 kali pun dia dok ulang kutuk benda yang sama. Abaikan… Cuba nasihat isteri untuk sabar. Perkara ni ujian dalam rumahtangga. Mulut orang termasuklah mak, bukan kita boleh kawal. Ada masa kita reply, ada masa diam lebih baik.

Peah Peah : Tak salah pun awak meIindungi isteri awak. Jangan ulangi kesilapan mak ayah awak. Cuma jangan biarkan mak awak atau ayah awak mempengaruhi keputvsan awak dalam melayari rumahtangga. Sebelum buat keputvsan, fikir secara rasional bukan disebabkan oleh pendapat mereka. Yang kenal isteri awak adalah awak sendiri bukan mak atau ayah. Mak ayah nak yang terbaik untuk anak – anak dia. Bila mak ayah call jawaplah. Janganlah senyap. Kesian mereka. Walaupun malas nak jawap call atau terasa hati dengan mereka.