Saya tipu isteri, konon naik motor pergi kerja. Sebenarnya saya jalan kaki 8KM sebab nak jimat duit. Sepanjang perjalanan, saya kutip tin kosong dan kotak kota

Pagi – pagi saya saya tak makan di rumah sampai kadang – kadang isteri saya merajuk. Saya cakap, saya tak suka ayam tapi saya tahu anak – anak sedang membesar. Mereka makan banyak. Malam itu, saya menangis buat pertama kali. Anak bawa balik borang nak pergi zoo..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin jasa baik tolong sembunyikan profile saya. Saya ni seorang suami, telah dianugerahkan Allah sebagai tanda kasih-Nya nikmat kemewahan berupa isteri solehah dan anak – anak yang saya cintai.

Merekalah jannah duniawi saya, merekalah firdaus hati dan naim hidup saya. Saya hanyalah watak mikro bekerja memerah keringat membanting tulang di sebuah kilang papan 10km dari rumah di Jerantut. Biasanya saya menunggang C70 uzur tapi menyimpan sejuta jasa ke tempat kerja.

Sayang sejak menerjah naik harga minyak kurang dua purnama saya terp4ksa pura – pura menunggang motor depan isteri saya selepas subuh. Diam – diam saya tumpang depan rumah kawan saya dan saya menapak 8km. Alhamdulillah dapat jimat minyak dan menambah pendapatan sebab sepanjang perjalanan saya kutip tin – tin kosong dan kotak di kedai – kedai untuk menambah pendapatan.

Tauke pon tak marah sebab saya kemaskan balik. Beza bangsa hati masih jernih merahnya manusiawinya. Perit metamorfosis hidup menjadikan saya lebih kuat untuk terbang menumpang di sudut alam. Duit kutip tu saya tabung untuk beli jam tangan casio kecil idaman isteri saya untuk ulangtahun kami lima bulan lagi.

Walau dia tak meminta saya tahu inginnya dan saya tetapkan harinya. Hari indah hari lafaz seribu makna, hari halalnya cinta dan hari diberkati sang bid4dari. Tak tahu cukup kah bila tiba waktu. Sekadar usaha dan tawakal pada Sang pemilik masa.

Satu hari isteri terjumpa tabung tu dan tanya saya, saya rasa bersalah sangat macam cuba sorokkan duit dari dia. Tapi dia tak merungut cuma pesan ‘asalkan halal terserahlah abang’. Pagi – pagi saya saya tak makan di rumah sampai kadang – kadang isteri saya merajuk.

Mungkin terasa perihnya memasak tak berjamah. Tapi saya tak makan sebab memikirkan anak – anak yang kian membesar mereka lebih memerIukan. Harga mahal yang harus dibayar bila bergelar Abah. Saya bukanlah jenis lelaki yang tunjuk susah depan isteri bagaimana payah, bagaimana s4kit, bagaimana perit getir dan lapar dahaga biarlah saya seorang.

Pantang ternampak dan didengar oleh anak isteri. Selagi hidup selagi bertenaga saya usaha sendiri. Biarlah tak bercahaya di mata insani umpama berlian tapi lebih darinya seutuh wurtzite boron nitride. Kadang- kadang dalam diam dalam senyumnya, isteri suka sorokkan jugak tupperw4re nasi goreng dalam beg untuk di makan di kantin kilang.

Selalu kena perli dengan kawan – kawan makan berbungkus. Alhamdulillah saya bersembunyi di balik senyuman saja. Dugaan dan cabaran menambah semangat untuk terus gagah menghadapi terik dugaan dunia. Bila kawan – kawan habis makan saya paling lambat untung – untung dapatlah sisa ayam goreng sambil buat – buat mengemas meja.

Sebab kalau isteri masak ayam saya cakap tak suka makan ayam. Bukan tak bersyukur pada nikmat tapi lebih gembira tengok dia dan anak – anak makan ayam. Makin hari makin besar dugaan lepas harga barang naik – naik lagi. Duit gaji saya beri semua pada isteri.

Isteri yang agih – agih untuk parent saya dan dia selebihnya belanja keluarga. Jauh dari mewah, berlari mengejar cukup, tetap berpayung kesyukuran. Kadang – kadang saya kesiankan isteri saya walau tak merungut tapi pada kelip matanya nampak jerih dan perit hidupnya.

Di senyumannya terasa pahitnya dugaan. Wajah yang terlalu lembut tabah menghadapi kerasnya cabaran. Di setiap tahajjud saya sering doakan semoga semua pemimpin – pemimpin kita diberi kemudahan oleh Allah dapat memudahkan peritnya d3rita rakyat.

Kami ini orang biasa bekerja bukan minta bantu simpati cukuplah sekadar peduli. Suatu malam saya pulang berteman lelah dan letih. Sampai di rumah itulah kali pertama sejak saya bergelar lelaki. Tangis mengalir deras membanjiri pipi… Maaf galaxy young saya hampir habis bateri kalau ada yang masih sudi nanti saya sambung. – MrMK.

Sambungan .. Salam admin mohon secangkir jasa tutuplah profile dan aib saya. Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd. Saya menyusun sepuluh jari menadah maaf andai ada yang terIuka. Andai terbuka Iuka lama membaca lusuhnya secebis perkongsian.

Wifi balai raya saya gunakan sebagai tali penyambung kisah pengikat ukhwah kita semua.Mengemislah dari Maha Kaya minta satu makbulnya seribu. Percayalah, percayalah, percayalah Dia pendengar tiap tangis dan sedu h4mbanya. Di setiap pelusuk kiri dan kanan meridian greenwish.

Jangan sekali terdetik menyerah atau rebah menyembah kalah. Dia hantarkan kalian sinar malaikah bertopeng manusia prihatin dan sudi menyapa insan h1na ini. Ikhlas kalian h4ncur tubuhku tak langsai, remuk tulangku tak terbayar.

Sabtu ini satu janji telah terlangsai, Sabtu paling indah! Lelaki mulia menolak disebut nama dari Jerantut melalui FB terbuka hati memberi 3 ekor kambingnya pada saya. Walau tak sudi kepada namanya di dunia saya kirimkan sejuta doa buat diviral di alam langit.

Telah saya ambil hari ini sambil memaku niat bayar padanya secara ansuran. Hari ini manis, semanis ‘Lugduname’ senyumnya dia menolak secebis duit saat menghantar kambing. Saat bid4dari menghulur kotak perbendaharaan casio kecilnya sendiri (dia tidak tahu dan takkan pernah tahu hingga tiba waktu).

Esok lusa tetap saya langsaikan janji pada diri tak terdetik melambat walau satu ‘yocto’saat sekalipun. Anak – anak paling gembira saat saya keluar masih berpesta di reban bersama sang bid4dari menjamu kambing yang tak sudi makan dek terk3jut perjalanan.

Kandang itu telah sebulan vacuum. Hakikatnya tak pernah berpenghuni rasmi. Tak terniat nak membela apapun cuma mengota seikat janji. Beberapa purnama sang abang pulang ke rumah. Bercahaya matanya hangat menyinari gegunung harap menghadap sang bid4dari membawa kerat borang lawatan kelas ke zoo Negara.

Peluang pertamanya ke ibu kota walau ibu negeri masih belum terjejak kaki kecil itu. Sepanjang hidupnya bercutinya tumpang membaca di kedai buku Dian, Star cruise nya di bawah jambatan Feri berlaut sungai Pahang, taman tema airnya hujan monsoon bertiketkan marah bonda.

Akar pada tangis saya malam itu tangis dalam lelah. Tangis lelaki paling lemah. Tak berdaya memikul upaya. Malamnya sebelum lelap melepas lenguh pekerjaan sang bid4dari berwajah tegang ‘abah buatlah reban ke kandang ke belakang rumah’.

Abang nak pergi lawatan zoo tapi bonda cakap tak payahlah nanti abah usaha buat zoo’. Isteri kawan – kawan minta langsir minta sofa bid4dari minta zoo!! Aduh. Kenapa bonda tak bagi ikut sahaja? 200 ratus abah! abah buatlah kecil pun tak apa bonda dah janji !

Bonda tolong abah tak nak abang sedih. Tak nak abang ingat bonda lidah bercabang. Sejak manifesto zoo itu saban sabtu dan ahad saya mengusung reja kayu sisa kilang dan atap buangan membina zoo mimpi buat si abang. Cantik dekorasi bonda arkitek tanpa tauliah ‘tolong’ mengarah abah.

Abang pon ceria senyum pelanginya tak terkata. Maklumlah sudah punya zoo sendiri nak ajak kawan melawat percuma katanya. Setelah siap zoonya tiba waktu abang bertanya tentang penghuninya. Manifesto bid4dari buat ‘abang’ yang gugur rambut basah peluh tentulah abahnya yang memanifestasi.

Terlepas isu zoo, isu penghuni zoonya pula munguak timbul. Kita letak Putih dululah duduk zoo ni abang siang – siang. Dia di keluarga ‘Felidae’ keluarga harimau dan singa. Abang angguk setuju logik yang dia lahap mentah – mentak tak bermasak fikir. Maafkanku putih siang berkandang, malam tidurlah di rumah.

Malang sekali, jauh sekali mengalah bekerja sama pun tidak mahu lima minit direban melompat keluar ikut lubang pulang tidur di rumah. Abang menjerit Felidae terlepas! Prima facie pada tak berbakatnya kontraktor dan artitek zoo. Hari ini hari indah buat abang. Hari zoonya ceria dan hidup kembali. Berpenghuni tetap dan mampu dilawat setiap hari. Terima kasih semua. Ketemu lagi walau bukan rezkinya di sini dimasyar Ilahi. Dalam alam abadi. MrMK.

Ulasan pembaca :

Ct Hajar : Tahniah empunya tulisan, membuat makcik terkesima, terkedu, terharu dan tersedu sangat. Bijak berbicara, tersusun indah kata – kata. Biar dalam duka, masih kuat semangat demi anak dan isteri tercinta. Biar kita miskin harta, asal kita kaya kasih sayang.

Nur Farah Wahida : Dia nak cerita, ada orang bagi dia kambing tanpa minta sesen pun duit, hasil penceritaannya sebelum ini. Mulia hatinya. Tapi disebabkan tak mampu, isterinya minta dibuatkan mini zoo. Maka terzahirlah impian kecil anaknya yang ingin sekali melawat zoo.

Dah lama siap mini zoo itu tapi tak berpenghuni, jadi kucinglah jadi penghuni pertama walaupun sekejap – sekejap lari masuk rumah. Terima kasih pada pemberi kambing itu, mini zoo itu dah ada penghuni tetap. Happy bukan kepalang anaknya. Itu yang saya faham. Tak kiralah sastera sangat ke apa. Kita membaca sambil menikmati butir perkataan yang ditulis, ambil juga point apa yang nak dicerita. Dari situ kita faham apa yang nak disampaikan. Sekian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :