Selalu kalau bercerai je mesti semua orang salahkan pihak lelaki. Aku sendiri pun bercerai sebab aku curang. Tapi kenapa aku curang? Sebab per4ngai isteri aku..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Man. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk meluahkan apa yang aku rasa berkenaan tajuk aku ni. Aku tak nafikan apabila berlakunya penceraian, kebanyakannya berpunca tak lain dan tak bukan sebab suami curang.
Kalau tak curang pun, sebab suami angkat tangan dengan isteri, dah tak sefahaman dan sebagainya. Pokok pangkalnya memang lelaki lah yang penyebab penceraian. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah pada zaman sekarang ni tak boleh lah seratus peratus salahkan lelaki saja.
Sebab ada kalanya dua puluh peratus dari penceraian yang berlaku adalah berpunca daripada si isteri tapi hal sebegini tak dihebahkan. Korang ingat isteri sajakah yang berharap perkahwinan kekal sampai akhir hayat? Lelaki pun sama sebenarnya.
Ya lah. Siapa yang nak berkahwin, lepas tu bercerai? Lagi – lagi bila ada anak. Korang cuba lah tanya siapa – siapa. Memang takkan ada sorang pun yang nak. Tapi ni lah yang terjadi dengan aku. Aku seorang bapa tunggal. Punca penceraian? Curang.
Ya, aku ada teman lain. Tapi apa penyebab aku ada teman lain? Sebab ex tak pernah anggap dan hormat aku sebagai suami. Kebahagian kami masa awal perkahwinan saja. Selepas tu, semuanya ke laut. Aku tak nak membuka aib dia dengan menceritakan apa yang telah dia buat dengan aku.
After all, dia mak kepada anak aku dan kami pernah bersama. Cuma apa yang boleh aku katakan ialah, ia berkenaan dengan sikapnya. Perkara – perkara yang dia buat terhadap aku, rasanya kalau kena dengan lelaki lain, awal dah bercerai.
Tapi aku tetap bersabar sebab sayang. Segala apa yang dia buat terhadap aku, aku diamkan saja. Aku menasihatinya selepas itu dan aku sendiri cuba untuk melupakan. Sampai lah ke satu tahap yang dia telah bertindak meIampaui batas.
No. Bukan seperti yang korang bayangkan. Dia ada lelaki lain ka apa. Tak. Masalah kami memang antara kami berdua saja. Takda orang ketiga (ketika ini). Rasa kasih dan sayang aku terhadapnya m4kin lama m4kin berkurang. Ketika ini, kami sudah mempunyai anak.
Kalau ikutkan hati, aku dah tak nak dengan dia lagi sebab aku dah tak rasa bahagia. Korang mesti terfikir, aku tak berbincang kah dengan ex aku ni? Jawapannya dah. Segala apa yang patut aku buat, aku dah buat. Tapi dia masih juga begitu.
Cuma aku tak pernah ceritakan masalah kami ni dengan ibu bapa masing – masing sebab tak nak mereka risau atau campur tangan. Akhirnya, aku terikut cakap sy4itan – berkenalan dengan orang lain. Ya. Aku berkenalan dengan someone else.
Kenapa aku tak ceraikan saja dia sebelum aku berkenalan dengan orang lain?? Aku rasa aku tak perlu jelaskan pun, korang mesti tahu sebabnya. Sebab anak. Ketika aku berkehendak untuk berkenalan dengan wanita lain, ketika itu lah aku rasa, aku masih bersama dengan ex aku hanya sebab tanggungjawab saja.
Niat aku berkenalan dengan wanita lain bukan saja – saja. Tapi untuk memperisterikan seorang lagi. Aku tahu kemampuan aku sebab tu aku beriya mengajak wanita yang aku kenali ini untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua aku.
Tapi dia tak nak sebab tak nak h4ncurkan hati ex aku dan dia cakap kalau betul aku ikhlas nak memperisterikan dia, dia nak aku berterus terang dengan ex aku pasal kami berdua. Aku setuju tapi belum sempat aku bagitahu, ex aku dapat tau aku curang.
Seperti dijangka, aku dipersalahkan seratus peratus. Kami duduk berbincang sama – sama atas apa yang berlaku dan akhirnya bersetuju untuk bagi peluang kedua kepada masing – masing. Mesti korang berfikir, apa jadi dengan teman aku tu kan?
Dia tau hal kami dah terbongkar sebab aku yang bagitahu dengan dia. So kami take a break. Masing – masing move on. Aku cuba untuk perbaiki hubungan dengan ex aku. Tapi tak berhasil. Walaupun ex aku ketika itu ada nampak perubahannya, tapi setiap kali aku teringat apa yang dia buat terhadap aku, aku tak boleh terima.
Macam orang selalu cakap lah, forgive but not forget. Dan pada waktu ini aku dah berfikir, aku tak nak aku masih bersama dia semata – mata kerana anak. Kami berdua kena benar – benar bahagia bersama, baru lah anak pun akan bahagia.
Akhirnya aku serahkan dia kembali dengan ibu bapanya. Aku tak menceritakan sedikit pun dengan ibu bapanya punca sebenar kenapa aku curang. Sebab aku tahu, baik buruk macam mana pun ex aku tu, tetap anak dorang. Dorang tak akan percaya.
Dan biarlah hanya aku dan dia saja yang tahu. Biar lah kalau sampai m4ti pun semua orang ingat aku yang bersalah terhadap ex aku sebab aku tahu, benda – benda macam ni, orang tak akan percaya punya walaupun aku cerita hal yang sebenar.
So tak payah lah aku nak bazir air liur aku untuk bercerita. People will always judge. So, apa perkembangan aku sekarang? A happy single father. Kalau ada j0doh lagi, alhamdulillah. Kalau tak ada, tak apa. Aku of course lah masih bercontact dengan ex sebab anak.
Tak lebih daripada tu. Aku harap dia akan bertemu j0doh yang lebih baik dari aku dan aku juga berharap dia akan belajar untuk mengubah sikap. Tu saja aku nak luahkan. Untuk orang – orang yang di luar sana yang suka sangat judge, dan menuding jari terus dengan si lelaki bila berlaku penceraian, sudah – sudah lah.
Korang bukannya ada di tempat dorang tu untuk tahu every detail yang sebenarnya berlaku. Kebiasaannya korang dengar dari sebeIah pihak saja. Ataupun dari mulut ke mulut, yang dah ditambah segala macam perencah dan perisa untuk buat cerita tu lagi menarik dan sedap macam maggi kari campur telur mata.
Nasihat aku lagi, untuk hal macam ni, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Tak payah lah nak sibuk – sibuk cakap lebih. Aku yakin, ramai yang akan kecam luahan aku ni tapi aku tak kisah lah. Yang penting aku dah luahkan apa yang aku rasa. – Man (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Madamme Que : Dahtu? Awak ada perempuan lain before cerai. Memangla orang salah anggap. Kalau tak suka isteri, berpisah dulu. Then baru cari pengganti. Kang adalah komen “perempuan kan semua betul” “perempuan tak pernah salah”.
“Ini semua salah suami sebab perempuan di malaysia ni semua wanita syurga”. Tuan – tuan, kita ada akal fikiran. Yang salah tetap salah. Bukanlah kami perempuan ni b0doh sangat nak sokong kaum kami walaupun terang – terang salah.
Sama juga. Kalau isteri dah tak bahagia dengan suami, lepas cerai carilah pengganti. Bukan masa masih suami isteri, duk berskandaI sana sini. Alasannya tak bahagia dengan pasangan. Tak bahagia, pisah terus. Takyah bagi alasan anak.
Pokok pangkalnya, lelaki ke, perempuan ke, kalau ada skandaI di luar perkahwinan adalah perkara yang keji.
Hazirah Hj Hamzah : Taknak cerita apa ex dia buat. Tapi saya wanita yang natural. Memang wujud je perempuan / isteri yang tak hormat suami meski pun suami dah cuba buat the best. Ada je perempuan – perempuan yang tak boleh ditegur dan dibawa berbincang.
Asal berbincang je sentap. Saya tak tahu apa masalah rumah tangga confessor jadi tak tau nak nasihat apa pun. Nak hentam confessor pun tak boleh sebab tak tahu cerita sebenar. Kesian pulak kalau lelaki confess mesti kena hentam. Padahal bukan semua wanita tu betul dan bukan semua lelaki salah.
Suhana Abdul Samad :
Wow.. perkahwinan tu saling melengkapi.. saling bertolak ansur bukan ditolak beransur – ansur. Tapi kalau tak bahagia bukan curang jalan yang harus dipilih. Tindakan awak menceraikan ex tu bagus lah.. sebab masing – masing keras kepala.
Awak taknak mengalah.. dia pun sama. Tapi curang sebelum menduda tu salah awak 100%. Kalau orang lelaki selamba je boleh curang bila tak sefahaman dengan isteri.. cuba kalau isteri buat.. ke ner4ka je lah jawapan korang. Apa – apa pun benda dah lepas.. semoga bahagia lah ye cari isteri perfect idaman hati.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.