Sebelum ada anak, isteri aku manja, jalan pegang tangan, tidur berpeluk. Lepas ada anak, dia berubah. Aku kerja IT, aku mula siasat

Aku fikir, baik aku cari perempuan lain, walau tidak sebagai isteri, mungkin sebagai peneman. Memang aku pernah ada perempuan lain senyap – senyap belakang isteri tapi tak bahagia jugak..

#Foto sekadar hiasan. Kalau baca kebanyakan confession topik isu rumahtangga, boleh dik4takan majoriti penulis adalah dari kalangan para Isteri. Aku bersimpati dengan korang semua yang tengah ditimpa ujian dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Kali ni cerita aku mungkin sedikit sebanyak boleh memberi input dari segi permasalahan rumahtangga yang turut dirasai si Suami. Aku dan isteri telah mendirikan rumahtangga selama hampir 8 tahun. Telah dikurniakan 2 orang anak berumur 5 tahun dan 3 tahun.

Kami berdua masing – masing bekerja sebagai penjawat awam dengan masa bekerja normal cuma tempat aku bekerja lebih rileks berbanding tempat isteri. Sebelum menimang cahaya mata, hubungan kami sangat mesra. Jalan pun berpimpin tangan. Tidur pun boleh berpeIukan. Kiranya semuanya baik – baik saja.

Kehadiran cahaya mata orang cakap boleh menambahkan kebahagiaan sesuatu pasangan tetapi dalam kes aku, seperti terbalik pula. Semenjak punya cahaya mata, hubungan kami sudah tak mesra seperti dulu. Sudah susah berpegangan tangan, sudah tidak dapat tidur berpeIukan malah nak bersama pun susah.

Aku amat bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel dan amat sayang pada anak – anak aku dan aku sama sekali tak menyalahkan kehadiran mereka, cuma aku sedikit terkilan dengan perubahan isteri aku dari segi layanan.

Aku cuba berbaik sangka, mungkin sekarang kasih sayangnya bukan semata – mata untuk aku, tetapi untuk anak – anak juga. Mungkin juga isteri sibuk dalam kerjayanya. Namun aku terasa agak kurang kasih sayang. Untuk tidak membebankan sangat isteri, aku turut membantu dengan kerja – kerja rumah, membantu menguruskan anak, malah aku tidak mem4ksa isteri untuk memasak dan kami pun memang lebih banyak membeli makanan luar. Namun tetap sama.

Aku juga cuba mulakan, pegang tangan, peluk isteri dan sebagainya, namun itulah, seolah aku saja yang usahakan. Tiada tindak baIas yang sama dari pihak dia. Lama kelamaan aku rasa macam dia saja yang seronok dimanjakan.

Aku cuba juga menyiasat jika ada sesuatu berlaku di belakang aku. Sebagai pakar ICT, aku dah siasat semua medium sosiaI, email dan sebagainya. Selain turut merisik perkara – perkara di luar namun tiada yang mencurigakan dan aku 99.9% yakin bukan berkaitan orang ke-3.

Permasalahan begini sebenarnya agak memaIukan untuk orang lelaki macam aku untuk bicangkan. Selalunya aku dapati keluhan sebegini banyak datang dari para Isteri. Mungkin juga para suami malu nak mengaku tapi itulah apa yang aku rasa, aku juga inginkan kasih sayang. Teman untuk berborak macam dulu – dulu. Teman bermanja.

Aku banyak kali suarakan perasaan aku kepada isteri, namun katanya, ini perkara biasa bagi pasangan yang sudah punya cahaya mata. Habis sangat dia akan cuba buat sesuatu seperti aku harapkan, tapi boleh nampak ketidak ikhlasan dalam perbuatan tu dan lama kelamaan akan berbalik kepada asal.

Aku cuba juga suarakan pada ibu dan ibu mertua. Masing – masing hanya suruh aku bersabar dan berdoa. Kami juga sudah pernah mendapatkan kauseling, jujur, tiada input positif melainkan kaunselor nasihatkan aku untuk turut membantu membuat kerja rumah. Perkara yang aku dah lama buat.

Permasalahan aku ni mungkin nampak kecik, tapi bagi orang yang tak ramai kawan macam aku ni, isteri aja lah tempat aku balik berborak, bermanja dan semuanya. Mungkin berbeza dengan dia yang bekerja di pejabat yang agak hectic dan ramai kawan.

Jadi bila seperti tak berapa diendahkan, lama kelamaan aku mula memendam rasa. Perkara kecil pun boleh buat kami berg4duh besar. Bukan aku marah sesuatu perkara tu sangat, tapi lebih kepada melepaskan kemarahan di atas apa yang aku pendam.

Kerana memendam perasaan terlalu lama, aku mula terasa depr3ss. Kadang – kadang aku fikir, baik saja aku cari perempuan lain, walau tidak sebagai isteri, mungkin sebagai peneman. Sejujurnya aku pernah cuba dan punya seseorang di belakang isteri.

Namun aku tak juga bahagia. Bukan kerana aku rasa bersalah pada isteri, tapi lebih kepada rasa berd0sa dengan Sang Pencipta. Maka aku putuskan hubungan. Kadang – kadang aku terfikir perlu kah aku punya perempuan lain dan biarkan ia diketahui oleh isteri, mungkin waktu itu baru dia akan mula hargai aku.

Tapi bila difikirkan semula, jika itu berlaku, sudah semestinya keluarga dan orang lain akan salahkan aku. Sekarang sudah beberapa bulan aku kembali hidup dalam diselubungi perasaan sebegini. Aku cuba sibukkan diri. Banyak luangkan masa bermain dengan anak – anak.

Malam balik dah penat aku tidur agar tak perlu terasa hati. Sebenarnya banyak lagi usaha – usaha yang aku dah buat untuk ambil hati isteri dan menghangatkan kembali hubungan, namun kelihatan hanya aku saja yang berusaha.

Kadang – kadang aku harap isteri aku singgah di page ni untuk baca keluhan – keluhan para isteri yang menghadap pelbagai per4ngai buruk suami, mungkin dengan itu dia akan lebih hargai aku. Tapi isteri aku bukannya rajin membaca.

Tak apa lah. Aku hadapkan saja demi anak – anak kerana tak mungkin aku bercerai dan berjauhan dengan mereka. Dan tak pernah terlintas di hati nak berkahwin dua. Membaca keluhan permasalahan orang lain di sini sedikit sebanyak mengingatkan aku yang ramai lagi berhadapan masalah yang sama malah lebih teruk. Dan mungkin saja ini fasa normal seiring perubahan usia. Mungkin aku juga perlu berubah. – Malik (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Dilla Azman : Isteri dulu okay, lepas besalin terus jadi lain. Encik dah bawa isteri ke kaunseling perkahwinan, why dont bawa isteri ke pakar kesihatan pula? Ada tau kes yang mana, isteri hilang interest terhadap suami dan hubungan tu.

Antara sebabnya ialah faktor hormon dan faktor kesihatan mental. Kadang – kadang mereka ni tak sedar. Dia rasa normal. Pasangan yang akan rasa lain sebenarnya. Kita je yang tahu something wrong dengan pasangan kita.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.