Hidup PJJ dengan isteri, 6 bulan aku sorok curang dalam diam. Bila isteri terbaca semua mesej, lembut je dia tanya aku. Aku tersentak. Aku malu. Aku rasa betapa b0dohnya diri aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Z (bukan nama sebenar). Berusia lewat 20-an. Sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga bersama wanita yang dicintai, A. Dikurniakan 2 cahayamata. Aku bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di ibukota. Isteri aku seorang sururimah tangga sepenuh masa.
Sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga namun kami suami isteri sudah 4 tahun tak duduk bersama (PJJ). Aku di Kuala Lumpur manakala isteri dan anak – anak tinggal di rumah keluarganya di Perak. Aku punya alasan aku yang tersendiri mengapa kami tidak tinggal bersama kerana salah satu alasannya adalah isteri aku harus menjaga kedua orang tuanya yang sudah uzur.
Isteri aku punya 7 orang adik beradik (isteri aku yang bongsu). Masing – masing punya kerjaya yang hebat – hebat kecuali isteri yang hanya surirumah. Atas kerana itu, adik beradik yang lain bersepakat meminta isteri aku untuk menjaga orang tua mereka yang telah uzur.
Ayah mertua menghidap str0ke manakala ibu mentua menghidap s4kit buah pinggang yang memerIukan perhatian yang penuh. Isteri aku patuh dan sangat ikhlas memenuhi amanah sebagai seorang anak tanpa rungutan.
Namun aku tahu isteri aku sangat lelah menjaga orang tuanya serta 2 orang anak kami. Aku cuba balik setiap hujung minggu. Perjalanan makan masa 2 – 3jam aku tempoh setiap minggu. Aku cuba membantu isteri aku sebaik mungkin semasa aku berada dengannya.
Aku akan uruskan anak – anak kami. Aku memasak. Mengemas rumah. Hatta memandikan ayah mertua aku. Demi meringankan beban isteri yang telah bersusah payah dengan aku selama ni. Teringat ketika awal perkenalan kami, aku hanya bermotosikal buruk. Selekeh. Kerja tidak tetap. Simpanan tak banyak.
Isteri aku pula sangat berbeza dengan aku. Sangat cantik (persis Ayu Raudhah). Punya kerja yang stabil. Punya kereta. Punya segalanya. Aku seperti bermimpi ketika aku jabat tangan ayahnya sesama akad nikah. Aku tak sangka dia dan keluarganya terima aku seadanya. Aku sangat bersyukur.
Namun, aku tersalah langkah. Aku mula berkenalan dengan seorang wanita di laman sosiaI. Bermula dari private message seterusnya ke whatapps. Niat aku untuk menghilangkan bosan tatkala berjauhan dengan isteri.
Hampir setiap hari aku bermesej dengan wanita itu, aku gelar dia sebagai F. Aku selesa berkawan dengan F. Dia tahu aku sudah berumahtangga. Namun katanya tak salah jika hanya sekadar berkawan. Dia rajin melayan masalah aku. Aku rasa sunyi aku hilang. Aku seakan – akan lupa isteri aku.
Hubungan kami tak diketahui oleh isteri aku selama 6 bulan, sehinggalah isteri membaca segala mesej – mesej kami di whatapps. Isteri aku dengan lembut bertanya pada aku mengenai mesej itu. Aku menjadi serba salah dan aku cuba untuk jujur.
Aku terangkan secara jujur kepada isteri aku. Isteri aku hanya diam dan airmatanya tumpah sambil bertanya, apakah selama ini ada kurang layanannya pada aku? Ya Allah. Aku tersentak. Aku malu. Aku rasa betapa b0dohnya diri aku.
Aku turut menangis minta maaf kepada isteri aku. Isteri aku diam. Diam dan terus diam. Sudah 7 bulan hal ni berlaku. 7 bulan aku tidak lagi mesej F. 7 bulan isteri aku diam. Senyumannya hampir sudah tiada buat aku. Dia dingin dengan aku. Aku tak jemu – jemu meminta kemaafan. Hampir setiap hari. Namum isteri hanya diam.
Aku buntu. Aku sangat sayang isteri aku. Tatkala aku di sampingnya, sepatah aku tanya sepatah yang dijawab. Rutinnya menjaga kedua orang tua dan anak – anak aku tak pernah pun diabaikan walaupun aku tahu isteri sangat makan hati dengan apa yang berlaku.
Aku nampak juga yang isteri aku sejak kejadian itu, dia banyak termenung. Banyak menangis untuk hal – hal yang kecil. (Contohnya, anak tumpahkan air). Adakah isteri aku tertekan? Kemurungan? Allah. Aku rasa sangat menyesal.
Aku akui aku bersalah. Aku berjanji tak akan ulangi perbuatan b0doh itu lagi. Aku sangat sayangkan isteriku. Aku malu. Aku malu. Aku malu. Apa yang harus aku lakukan untuk memperbaiki hubungan aku dan isteri aku? – Mr.Z (Bukan nama sebenar)
Sambungann, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis adalah sebagai membaIas dari cerita ‘Maafkan Abang Sayang’, aku seakan – akan terpanggil bila mana kisahnya sangat mirip dengan kehidupan aku kini.
Contoh situasi yang sama :
Dia : PJJ di ibu kota isteri di Perak
Aku : PJJ di ibu kota isteri di Pantai Timur
Dia : Seorang Jurutera
Aku : Seorang Senior Jurutera
Dia : Cahaya mata 2
Aku : Cahaya mata 2
Dia : Lewat 20 an
Aku : Awal 30 an
Dia : Usia Perkahwinan 5
Aku : Usia Perkahwinan 6
Dia: Isteri anak bongsu
Aku : Isteri anak bongsu
Semua benda yang berlaku contohnya balik seminggu sekali dangan setiap tugas diselesaikan bagi meringankan beban isteri ketika balik sekali skala ~ sama saja dengan beliau . Anak – anak kami ada di kampung cuma kepenatan isteri ditambah dengan waktu bekerjanya yang hakiki (isteri bukan seorang suri rumah tangga).
Malah memliki seorang isteri yang cantik jugak suatu kebetulan dengan confessor berkenaaan. Walaubagaimanapun, cara beliau hilangkan bosan tatkala berjauhan dengan isteri tidak sama seperti aku. Nah aku sediakan cara cara untuk beliau malah siapa – siapa yang sama situasi (PJJ) dikala bosan (bagi kaum Adam la).
1. Sibukkan diri dengan tugas kerja : setiap hari ada tugasan kerja yang senang dan juga susah. Rajin – rajin kan la diri ambik insiatif sendiri dengan siapkan tugas yang susah yakni (semua orang tolak kalau boss suruh) dan memerIukan masa yang lama nak diselesaikan.
2. Bermain permainan game online yang menc4bar minda : Dewasa ini macam – macam game ada la. Ko main jela game apa – apa pon, ikut pada yang ko minat. Masa tak kan cukup bila ko dah start mula main game online ni. Trust me! haha.
3. Bersukan : Time free tu rajin – rajinkan la diri cari kawan – kawan yang boleh ajak bersukan seperti futsal atau bola padang. Bosan akan hilang jugak bilamana kita selalu menyertai kejohanan luar kilang. Ala setakat di ibu kota, senang saja nak cari team bola atau futsal. Bukan futsal je, kadang – kadang aku ada je join budak – budak kawan – kawan lain main bowling, masuk liga, boleh buat hati hilang bosan.
4. Tengok wayang : ni ‘me time’ ko dekat ibukota. Bila lagi ko nak tengok wayang sorang – sorang. Aku releks je tengok sorang – sorang, tak de hal punya la, asal masa bosan itu hilang.
5. Layan anime, komik dan novel. Oleh sebab hobi aku ni suka membaca, apa – apa yang berkaitan dengan kartun, anime dan komik aku boleh masuk je. Ni pon salah satu hobi hilangkan bosan dikala berjauhan dengan family. Masa yang ada isi je dengan semua ni.
Contoh anime yang tak habis – habis dari aku sekolah menengah sampai sekarang adalah one piece. Bila nak tamat ntah la, tapi hobi ni bagus bilamana akan buat kita selalu sibuk.
6. Tak payah la layan sangat perempuan : tidak dinafikan apabila status anda sebagai Jurutera diketahui dengan sengaja atau tidak sengaja, akan datang semacam bala bilamana ramai la perempuan akan datang dekat (sesetengah saja ~ mereka yang suka lelaki yang stabil).
Mungkin bagi diorang seorang Jurutera ni banyak duit walhal komitmen sama je dengan orang lain malah lebih tinggi sebab terp4ksa ulang alik seminggu sekali kut dekat kampung. Apa depa ingat kami banyak duit barangkali padahal dapat menyimpan sikit sikit sebulan pon suatu bonus dah tuh.. hahaha.
Bagi aku kalau ko melayan ko habis. Contoh disini seboleh bolehnya aku merahsiakan status aku yang PJJ dan pekerjaaan aku dari diketahui orang lain yang tidak berkaitan lebih lebih lagi perempuan. Dekat tempat kerja naik motor buruk je.
Pakai selekeh. Tak payah pakai smart kemas – kemas, pakai apa yang ada sekadar biasa – biasa je. Biar orang perempuan nampak kita selekeh. Kalau ada yang tegur dan nak share benda dari hati ke hati baik tak payah layan jela, nanti panjang pulak kisahnya.
7. Aku banyak la kisah kisah perempuan atau gadis cuba cuba nak share problem diorang tapi disebabkan aku banyak benda lain nak kene fikir malah dengan aktiviti aktiviti yang banyak jugak buat aku malas nak ambik tahu pasal masalah yang diorang cuba nak ceritakan. Apa diorang ingat aku ada masa untuk s4kit kepala? kui kui
Untuk confesor , kalau boleh cuba la pelan – pelan pujuk isteri tu. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Abaikan saja komen – komen kaum hawa dekat post ko tuh ~ kalau tengok dan baca, diorang bukan bantu nasihat tapi saling bantu membantu kecam ko ada la… hahaha…
Ingat balik apa yang isteri tuh lakukan, nak jaga anak – anak lagi, malah nak jaga ibu dan ayah yang uzur lagi. Kalau la ko tahu betapa penatnya isteri ko, ko tak kan tergamak atau terniat walau sedetik pon nak bermesej dengan perempuan lain di luar sana.
Kisah ko ni cuma secebis kisah – kisah orang lain yang lagi berat ujiannya. Ko patot bersyukur ada 2 @ 3 jam je dapat balik kampung. Cuba fikir secara meluas betapa ramai lagi insan insan di luar sana berPJJ lagi jauh dari ko?
Contoh mudah cikgu la paling ramai PJJ, ada sampai suami / isteri di Sabah / Sarawak tapi pasangan ada di semenanjung. Anak – anak ada terpisah. Ada yang suami jaga, anak – anak lain isteri yang jaga. Dugaan diorang dan tahap kebosanan mereka lagi melampau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikuli.
Nasihat aku, cubala berbaik dan pujuk balik isteri. Pujuk tanpa jemu hari – hari dan setiap waktu saat dan ketika tanpa putvs asa. Jangan mengalah pada keadaan. Bawak dia melancong atau pergi mana rehatkan diri. Nak lagi bagus, kumpul duit banyak – banyak dan bawak la isteri buat Umrah sebagai tanda ko sungguh sungguh mintak maaf dan insaf.
Ini cara yang paling paling koman la, dekat sana doa sungguh sunguh pada Tuhan supaya pintu kemaafan masih ada dari seorang isteri. Yang lain lain, dekatkan diri pada Yang Maha Esa, berdoa banyak – banyak supaya semuanya kembali harmoni.
Sayangi la keluarga yang anda bina bersama – sama. Tiada yang sempurna di atas duni ini tapi kita mampu menjadi yang terbaik pada keluarga kita. P/s : hargai la isteri , kalau la ko tahu begitu penatnya jaga anak – anak sorang, huhuhu. – Mr M (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.