Suami bawak isteri muda balik rumah. Mereka seronok tidur dalam bilik utama dan isteri tua ni terp4ksa tidur ruang tamu

Saya tak berani bantah kalau suami kata nak balik dan minta siapkan makan untuk dia dan isteri baru. Suami akan tidur bersama isteri baru dalam bilik, sementara saya terp4ksa tidur di ruang tamu. Anak – anak kata ayah zaIim.

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya cerita yang saya hendak ceritakan ini dah lama berlaku, lebih empat tahun lalu. Tetapi begitulah nasib isteri, mereka tidak berani bersuara apa lagi bertindak, sebaliknya tetap tunduk dan ikut perintah suami. Tak taulah apakah kerana terlalu sayang?

Ruby ada empat orang anak. Semuanya sudah besar dan dua orang sudah berkahwin. Cucu baru dua orang, kahwin muda agaknya. Sejak saya berpindah ke kawasan perumahan ini, saya lihat Ruby setiap hari keluar bekerja. D

ia naik motor sendiri, keluar pagi dan petang baru balik. Selepas beberapa bulan baru saya dapat berbual dengannya, kebetulan kami sama – sama ke kedai. Banyak barang keperluan dapur dia beli. Termasuk ikan, ayam dan sayur.

Saya tanya, ‘masak hari ini ke?’ Dia mengaku, katanya hari itu suaminya balik jadi dia kenalah masak. Esok jumpa dia jalan kaki balik rumah. Saya tanya mana motor, rosak ke. Tidak, katanya jujur suami ambil sebab kereta dia rosak.

Rasanya jauh juga dia berjalan dari perhentian bas masuk ke dalam kawasan rumah kami. Sejak itu kami sering berbual terutama kalau hari Ahad, dia hendak ke kedai mesti berbual dengan saya dulu. Sejak itu sedikit demi sedikit saya faham kehidupan Ruby.

Dan dia pernah datang berehat ke rumah saya lepas balik kerja untuk melepaskan lelah. Sambil minum, kami berbual. Panjang cerita kami kalau suaminya tak balik. Bila selalu berbual, banyaklah luahan hati terhambur keluar dari mulut Ruby.

Suaminya Kahar, pernah kahwin kali kedua. Madunya juga bekerja, tetapi dia minta cerai selepas sembilan bulan berkahwin, selepas dia tahu siapa Kahar sebenarnya. Dia salah pilih, ingatkan Kahar pegawai, rupanya pemandu van.

Kata Ruby, dia tidak pernah tanya di mana mereka nikah. Sebab Kahar tak suka ditanya. Daripada kena tengking, kena tempeleng, lebih baik tutup mulut. Dia bawa balik isteri saya diam. Ikut pandai dialah, tetapi anak – anak bantah.

Terutama anak pertama dan kedua, mereka berani marah ayahya. Sebab itu bila dua anaknya ada di rumah, Kahar tak berani bawa balik isterinya. Mungkin juga rumah mereka kecil, sebab itu isterinya minta cerai. Kata Ruby, ini bukan kali pertama suaminya ada kekasih.

Sudah beberapa kali, tetapi Ruby tak ambil peduli. Katanya badannya tak tahan lagi kena pukuI dan dia sudah penat bekerja. Dia balik mahu berehat, dia tak mahu berg4duh dengan Kahar pasal perempuan, lantak lah! Ikut pandai Kahar lah!

Dua tahun kemudian, Kahar kahwin lagi, hinggalah sekarang, Wanita itu ibu tunggal ada dua orang anak yang masih bersekolah rendah. Tapi dijaga bersama dengan bekas suaminya. Dengan isteri ketiga ini, kehidupan Ruby sem4kin teruk.

Dia terp4ksa meminjam duit untuk suaminya yang selalu ‘kering’. Bila anak – anak tirinya duduk dengan bekas suami, isterinya ikut Kahar tidur rumah Ruby. Sedihnya Ruby terp4ksa masak untuk suami dan madunya. Bila Kahar balik, anak – anaknya masuk bilik tak mahu berbual dengan ayahnya.

Sebab mereka terlalu benci dengan per4ngai ayahnya sanggup menyiksa ibu dan membawa madu makan tidur di rumah mereka. Kata Ruby, dia tak berani bantah kalau suaminya kata nak balik dan minta siapkan makan untuk dia dan isterinya.

Walaupun penat bekerja dia terp4ksa sediakan makan minum yang diminta. Kalau tidak, pasti mereka berg4duh. Ruby dah malu, sem4kin tua sem4kin selalu berg4duh. Jadi kerana malu pada jiran selalu sangat berg4duh.

Terutama suara Kahar yang amat kuat menengking itu, maka Ruby terp4ksa ikut apa juga kehendak Kahar. Kalau nak makan dia terp4ksa siapkan, walaupun perbuatan Kahar amat meny4kitkan hati. Paling meny4kitkan hati, cerita Ruby, Kahar akan tidur bersama isterinya dalam bilik dia, sementara Ruby terp4ksa tidur di ruang tamu.

Itu yang amat meny4kitkan hati anak – anaknya. Kata Ruby, anak – anak kata ayahnya zaIim. Tetapi bila hujung minggu, Kahar tak berani bawa balik isterinya. Dia sendiri pun jarang balik sebab kadang kala anak sulung dan anak keduanya balik ke rumah Ruby bergilir – gilir.

Giliran Kahar pula terp4ksa melarikan diri dari rumah kerana tak mahu berg4duh dan bertengkar dengan anak – anaknya. Kahar takut dengan dua orang anaknya itu terutama yang lelaki. Sebenarnya ramai penduduk kawasan taman perumahan kami tahu sangat masalah keluarga Ruby.

Dulu memang mereka sering berg4duh. Ruby pun sering kena pukuI. Sementara suaminya jarang – jarang balik rumah, alasannya kerana kerja luar maklum bawa van sering ke bandar – bandar jauh utuk menghantar barang.

Biasanya balik seminggu sekali atau dua kali seminggu. Pernah juga sebulan sekali kerana kerja. Ketiadaan suami, Ruby yang berhempas pulas bekerja menyara anak – anak. Terutama ketika anak – anak masih bersekolah.

Untung ada yang dapat masuk asrama dan masuk kolej, tapi perIukan banyak biaya. Ruby memang kerja keras dan ambil kerja lebih masa ketika dia kerja kilang. Bila umur sem4kin meningkat, dia terp4ksa bersara. Biasanya bila sudah bersara tentulah dapat sedikit duit KWSP, tentulah hidup senang kerana ada simpanan hari tua, maIangnya bukan kepada Ruby.

Menurut cerita Ruby, bila dia dapat duit KWSP, suamiya minta keluarkan semua, alasannya untuk dia simpan. Kerana Ruby enggan beri, mereka sering bertengkar dan berg4duh. Jadi kerana malu, Ruby terp4ksa serahkan simpanannya sedikit demi sedikit hingga habis kepada Kahar.

Konon cerita, duit itulah dia gunakan untuk kahwin lagi dan makan angin bersama isterinya ke Langkawi, Padang besar, Hatyai dan membeli beIah. Bila habis datang lagi, minta duit lagi pada Ruby. Selagi duit tak habis, dia tak puas hati.

Dia memang bawa bersama Ruby ke Langkawi tetapi yang banyak beli beIah madunya, sementara Ruby nak beli sehelai kain batik pun tak dapat. Pendek kata, mereka pergi bertiga makan angin selama lima hari ke Langkawi.

Bila duit dah habis, Ruby terp4ksa cari kerja lagi untuk menyara hidup mereka anak beranak. Terutama untuk anak yang perIukan banyak duit untuk belajar. Cerita Ruby, masa baru bersara Kahar minta duit hendak beli kereta, tetapi kereta itu untuk kegunaannya sendiri bersama isteri mudanya.

Bila kereta rosak dia minta duit Ruby untuk baiki. Itu yang buat anak – anak bertambah marah. Kalau Ruby kata tidak ada duit, Kahar terus ambil motor Ruby. Terp4ksalah Ruby berjalan kaki ke luar untuk naik bas. Dia ambil motor untuk hantar isteri mudanya ke tempat kerja.

Saya tumpang sama menangis bila dengar cerita Ruby kerana pend3ritaannya. Kini duit simpanan KWSP Ruby sudah habis, hinggakan nak baiki kereta yang rosak pun Ruby tak mampu. Dan dia sendiri tidak tahu apa nasib kereta tersebut, sudah dijual ataupun tersadai dekat rumah isteri mudanya.

Saya pernah dengar dulu, Kahar pernah pukuI Ruby hingga terp4ksa dileraikan oleh jiran tetangga. Jiran bawa Ruby buat laporan ke polis dan buat pemeriksaan doktor. Tetapi bila Kahar balik, dia suruh Ruby tarik balik aduan.

Kerana takutkan Kahar, Ruby tarik aduan. Sejak itu, masyarakat keliling tak mahu campur lagi urusan mereka kerana tak mahu dituduh galakkan orang bercerai berai. Sebenarnya saya kesian tengok Ruby, dah berumur masih bekerja cari duit sara anak – anak dan tanggung suami.

Katanya, hidupnya tak pernah rasa senang sejak mula kawin hingga berusia lebih 50 tahun. Dalam hatinya tidak ada rasa sayang pada suami. Dia hanya dikerah mencari duit untuk suaminya. Anaknya pernah pujuk dia tinggal bersama mereka, tapi dua anaknya masih belajar dan dia terp4ksa sediakan duit untuk makan minum mereka. Dan Kahar tak izinkan. Amaran Kahar, kalau keluar rumah juga bermakna mereka sudah bercerai . Itu membuatkan Ruby rasa berat kaki melangkah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.