
Pada hari merisik, mak mertua yang tak pernah suka aku tiba – tiba bercakap kalau boleh malam tu juga nak kami bernikah. Aku tak tahu apa agenda sebenar, nak tutup aib anak dia selama dua tahun ni. Sekarang anak aku dah umur 3 tahun, aku baru tahu rupanya…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hidekan profile aku. Aku seorang isteri dan mempunyai seorang anak lelaki. Aku dah berkahwin hampir 4 tahun. Sebelum kami berkahwin kami bercinta hampir 6 tahun, dan kami pernah putus 2 tahun atas sebab dia panas baran dan kaki pukuI aku.
Sepanjang pengenalan kami, mak mertua tak pernah sukakan aku dan dia menganggap aku seorang perempuan yang sangat miskin yang tak setaraf dengan kehidupan mereka. Selama 2 tahun aku tak tahu apa yang terjadi antara mereka anak beranak sehingga suami aku mengambil met4don, pemulihan untuk membuatkan dia tak ketagih.
Selepas 2 tahun tak jumpa, aku tak fikir panjang apabila dia ingin melamar aku dan berjanji akan berubah. Aku dirisik oleh mak mertua aku pada bulan 3 dan kami menjalani proses kahwin dan sebagainya dalam tempoh 1 bulan. Bulan 5 aku dinikahkan.
Pada hari merisik, mak mertua yang tak pernah suka aku tiba – tiba bercakap kalau boleh malam tu juga ingin dinikahkan dengan alasan kami sudah lama berkawan. Tapi sebaliknya aku tak tahu apa yang dia ingin tutup dalam tempoh 2 tahun masalah keluarga mereka alami.
Sekarang hampir 4 tahun aku berkahwin. Pada tahun pertama aku mengandung dan suami aku buat per4ngai menghisap balik t4ik d4dah. Dalam masa yang sama dia masih mengambil ubat pemulihan dari jabatan AADK. Aku tak sangka dalam diam dia masih mengambil benda – benda tu padahal dia dah berjanji sebelum kahwin untuk tinggalkan semua tu.
Sehinggalah ke hari ni anak aku dah hampir 3 tahun dan aku baru dapat tahu dia masih lagi mengambil d4dah. H4ncurnya perasaan aku. Baru aku sedar kenapa aku sering rasa terp4ksa bila aku tunaikan tanggungjawab batin aku kepada suami. Kalau tak diberi dia meng4muk. Naluri aku kuat mengatakan dia masih tak berubah.
Aku tersiksa bila dip4ksa. Rasa nak menjerit. Bila duduk serumah, bagi aku macam dip4ksa tengok muka dia dan duduk bersembang dengan dia. Seolah – olah badan aku saja ada di rumah tapi hati dan perasaan aku jauh tersiksa. Aku sangat tertekan bila duduk di rumah. Aku lebih seronok pergi ke kerja. Bila hari cuti suami bekerja, aku dengan anak sahaja. Terasa bahagia bersama anak.
Dalam tempoh aku mengandung dan bersalin, suami aku tak bekerja dengan alasan dia ambil ubat pemulihan kena kerja – kerja yang tertentu. Sepanjang tempoh kelahiran aku mengharapkan duit gaji aku. Aku cuti 2 bulan di pejabat swasta dan aku mengharapkan belas kasihan dari keluarga aku.
Alhamdulillah walaupun mak aku ibu tunggal, dia masih lagi boleh menjaga dan menghulurkan bantuan dari segi makanan dan keperluan aku dalam pantang. Dalam tempoh aku di hospital bersalin, sekali sahaja mak mertua aku melawat aku.
Dalam tempoh pantang, hanya 2 kali mak mertua aku menjenguk aku di rumah mak aku. Sepanjang anak aku 3 tahun, tak pernah sekali pun dia membeli barang anak aku walaupun sehelai baju ketika baru dilahirkan sedangkan dia sendiri tahu anak dia tak bekerja.
Dalam tempoh aku di wad, suami aku ambil duit aku senyap – senyap dari dalam bank untuk membeli d4dah. Sedangkan duit gaji aku tu nak bayar bil wad hospital dan membeli keperluan anak. Hampir 3 tahun aku duduk di rumah mertua sebab aku tak nak duduk rumah mak aku kerana aku tak nak membebankan mak aku untuk menanggung keperluan kami yang tak cukup sedangkan mak aku ibu tunggal dan mempunyai 6 orang anak.
Belah mertua aku, maknya kerja kerajaan dan ayahnya kerja bank. Dalam tempoh 3 tahun kami tak pernah bersembang. Hanya bertanya dah makan. Mak dan ayahnya masing – masing duduk dalam bilik tanpa keluar. Sekarang aku terasa mak dia terp4ksa pilih aku untuk jadi menantunya sebab untuk menjaga anak dia dalam keadaan macam tu.
Hampir 4 tahun aku rasa aku sangat tertekan sebab dia masih lagi berkeadaan macam tu. Aku kesiankan anak. Tu sebab sampai sekarang aku fikir banyak kali untuk tambah anak dengan keadaan dia yang tak nak berubah. Aku buntu untuk minta cerai atau sebaliknya. Aku tak nak malukan keluarga mak aku.
Cukuplah mak aku dipandang h1na oleh adik beradiknya kerana kami dibesarkan tanpa pelajaran dan bukan anak anak yang baik. Aku sangat keliru untuk membuat keputusan untuk teruskan lagi perkahwinan ni ataupun tak. Suami aku pun baik orangnya, boleh tolong aku buat kerja rumah dan jagakan anak. Tapi sikapnya masih menagih dan baran membuatkan aku takut dan terasa masa depan aku sia – sia.
Aku tak ada ayah dari kecil dan mak bekerja pagi dan malam part time di shopping mall. Kami kurang didikan agama. Aku tak rasa yang suami aku dapat didik aku sembahyang dan membaca alquran. Dalam hati kecil aku teringin untuk membaca, tapi dari sifat suami aku yang masih menagih dan baran membuatkan dia dah lupa tentang membaca. Ruginya tak diamalkan.
Begitulah sedikit tentang kehidupan aku sepanjang 4 tahun. Sekarang aku nak tanya pendapat anda semua. D0sa kah aku jika pergi ke mahkamah untuk menuntut cerai sebab suami aku masih menagih dan aku dah hilang perasaan padanya.
Seolah aku duduk dalam penjara. Hanya tersenyum di luar, tersiksa jiwa batin aku tanpa kerelaan. Boleh ke aku menuntut cerai dengan sikap suami aku macam tu. Masihkan aku boleh dapatkan tuntutan nafkah anak daripadanya sebab anak aku masih 3 tahun, masih menyusu dan dihantar ke rumah pengasuh.
Aku pun buntu untuk bercerai. Betul ke apa yang aku buat. Kalau aku bertahan hati aku kosong padanya, kecewa dengan apa yang dia dah lakukan belakang aku. Kalau aku bercerai aku kesiankan anak aku yang masih kecil yang tak tahu apa – apa. Aku tak nak dia jadi member0ntak tanpa ayah bila besar nanti macam aku.
Aku kalau boleh nak anak aku dapat perhatian dari ayah dan ibu dia. Aku tak nak dia rasa kosong tu sebab tu aku bertahan sampai sekarang. Kalau menuntut cerai aku kesian pada anak. Kalau bertahan aku tersiksa dalam. Walaupun terp4ksa senyum di luar, tak senyum kena maki.
Ya Allah aku tak terdaya membuat keputusan. Aku nak minta pendapat dalam group ni apa yang terbaik sebenarnya. Aku buntu dan aku sangat malu untuk ceritakan hal ni kepada keluarga aku sebab aku tak nak mereka tahu keburukannya. Minta pencerahan. Terima kasih semua .Assalamualaikum.
Ulasan Pembaca:
Papan Putih : Ni pandangan aku saja, ikutlah jika baik. Pertimbangkan habis – habis baik. Pertama sekali kes d4dah ni susah untuk diubati. Yang puan boleh buat pergi laporkan pada polis dan AADK supaya suami puan boleh diletakkan dalam pemulihan.
Kedua puan perlu keluar dari rumah mertua. Duduklah di tempat lain walaupun menyewa bilik asalkan gembira. Ketiga jangan dihirau mulut orang dan anggapan mereka kerana yang beri makan dan pakai serta tanggung peritnya bukan mereka. Jadi buatlah sesuai dengan undang – undang.
Keempat selepas semua di atas telah diuruskan, tahajudlah. Bangun sepertiga malam, menangislah sepuasnya dan mohon pada Allah untuk diberi jalan penyelesaianNya sama ada berpisah atau tak. Biarlah Allah beri jawapanNya. Lakukan dengan istiqamah dan sabar. Demi keselamatan anak dan persekitaran anak yang baik maka usahakanlah jangan ditunggu.
Nadia Atika Kamarul Azhar : Nasihat aku puan rujuk pada pejabat agama. Mereka akan beri pandangan dan nasihat yang sebetulnya. Kalau pendapat aku, baik puan bawa diri dan anak berpisah dengan suami. Cukup puan siksa hati dan diri sendiri.
Takkan nak tunggu puan m4ti dulu baru puan nak ambil tindakan. Dah sah – sah tak boleh buat apa. Sebelum keadaan lagi teruk dan anak lagi membesar, baik puan berpisah dengan dia. Aku lagi kesian dengan anak puan sebab ibarat ayah tu akan beri pengaruh negatif dekat anak bila besar nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.