
Ramai kawan – kawan lelaki puji saya buatkan saya rasa seronok. Salah suami langsung tak tegur tentang penampilan saya yang m4kin s3ksi. Sehinggalah saya m4kin rapat dengan seorang lelaki yang juga suami orang.
#Foto sekadar hiasan. Suami saya dambaan setiap wanita. Walau tak alim, suami saya sangat baik, romantik, tak suka buang masa di luar, family man, membantu saya urus rumah, nafkah saya dan anak – anak sentiasa cukup. Setiap hari jadi dan anniversary tak pernah dia lupakan. Dia sangat sayangkan saya.
Semuanya bermula bila saya sebagai surirumah mencuba satu bisnes yang perIukan saya bergaul dengan orang ramai. Perlu kursus, kelas, appointment, dan lain – lain. Makna kata kehidupan saya selepas bekerjaya berubah bagai langit dengan bumi.
Kalau dulu duduk di rumah saja sekarang saya keluar hari – hari. Pakaian saya daripada menutup aur4t sempurna, saya mula memakai seluar ketat, tudung pendek, dan akhirnya buka tudung seperti zaman sebelum kahwin. Di sini saja kesiIapan suami saya, dia tak menegur dan membiarkan saya bebas kerana dia terlalu sayangkan saya.
Mungkin disebabkan saya yang kelihatan sem4kin vouge, sudah mula ada rakan sekerja yang mesej saya walaupun mereka tahu saya sudah berkahwin. Saya tak tahu dengan industri lain, tapi dalam bidang ini, lelaki tak peduli wanita tu isteri orang atau tak, mereka cuba saja.
Ada yang saya layan, ada yang saya buat biasa – biasa saja. Mereka ini bujang dan suami orang. Puji – pujian lelaki buat saya terawang – awang, kerana selama menjadi surirumah saya rasakan saya sudah tak cantik. Suami bukan tak puji saya, tapi bila lelaki luar memuji saya rasa saya masih laku. Astaghfirullah.
Akhirnya saya sem4kin rapat dengan seorang rakan lelaki yang juga suami orang. Hubungan kami berjalan hampir 7 bulan. Sepanjang itu juga saya selalu balik lewat. Prestasi kerja terganggu kerana dah tak fokus lagi. Anak pun saya jumpa malam saja, kesian anak saya bila saya ingat balik kebod0han saya.
Hubungan ini suami dapat tau bila suami buka WhatsApp saya dan baca perbualan kami yang menjurus kepada maksi4t. Suami sangat marah dan kecewa dengan saya. Mujur saja suami tak ceraikan saya dan berikan masa untuk saya berubah.
Suami juga berjumpa dengan lelaki itu dan beri amaran. Sejak itu kami tak berhubung lagi. Kerjaya saya terganggu akibat perkara ini. Saya akhirnya buat keputvsan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang melibatkan diri dengan orang lelaki.
Saya kini kembali menjadi surirumah, bekerja sendiri lebih tenang dan seIamat untuk saya, kalau di luar itu merisik0kan suami, anak dan akhir4t saya. Di sini saya kongsi sedikit tips untuk berubah, kalau betul – betul sayangkan pasangan dan anak – anak :
1) Tukar environment/ kerja. (Tak mudah tapi, berbaloi)
2) Putvskan semua hubungan dengan orang tersebut. (You will be fine)
3) Dapatkan khidmat nasihat kaunselor/ ps1kiatri. (Saya ada daddy issue)
4) Bila berkawan berlainan jantina :
– Jangan whatsApp selepas kerja hal tak penting.
– Jangan berdua dalam satu kereta.
– Elak makan berdua.
– Jangan kerap berjumpa.
5) Bila ada orang cuba nak dekat, anggap macam satu cab4ran. 1 markah bila kita berjaya tepis g0daan. Macam berjaya menang game yang very chaIIenging.
Sebagai pasangan, bila merasakan ada sesuatu yang berlaku, terus take action ketika itu juga. Tegur pasangan ketika ternampak bunga – bunga kecurangan. Tegur dan take action. Saya bersyukur Allah gerakkan hati suami untuk cek whatsapp saya, asbab itu saya kini bebas dari curang dan berpeluang masuk syurga kembali.
Doakan saya jadi isteri solehah dan kami sekeluarga masuk syurga. Di syurga itu ramai pend0sa yang bertaubat kan? Masih ada sinar untuk saya. InshaAllah. – Tokyo (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Zy Ismail : Sebab tu dalam Islam perempuan ni lebih baik diam di rumah jika tiada apa – apa urusan di luar, ke masjid pun tidak digalakkan namun tak dilarang. Even mencari rezeki pun terdedah dengan pergaulan ajnabi. Tak semua orang mampu menjaga ikhtilat dengan baik.
Diam di rumah tidak bermakna hilang kebebasan, anti sosiaI atau sempit pemikiran. Allah tu sebaik – baik pemelihara, yakinlah jika tiada urusan penting di luar, rumah tu adalah sebaik – baik tempat bagi wanita. Rumah tu tempat membangunkan keluarga, sekolah pertama anak-anak, tempat ibadat dan banyak kebaikan dan keberkatan di dalamnya. Dan para suami juga, IindungiIah para wanitamu.
Ellya Farahanny : : Puan ni dia k3jutan budaya sekejap rasanya. Takpe yang penting dia dah sedar. Alhamdulillah. Ladies, kita kena sayang diri kita dulu. Always bagitau diri kita cantik sangat, kita hebat, kita kuat, kita bijak. Bila kita confident mcm ni, you don’t need anyone else to vaIidate it for you.
Kalau orang lelaki lain (selain suami) puji pun lepas ni, u akan rasa “Yeah I know. You don’t need to tell me” supaya u tak rasa terawang – awangan bila orang puji. Semoga kita semua dijauhkan dari ujian ni. Aminn
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.