
Masa di kampung, ramai cakap kami ‘terkena’ dengan orang. Sebab suami kerja hebat, saya pula ada perniagaan sendiri walau tak hebat mana. Mulanya saya percaya, tapi tiba – tiba saya terfikir, takkan dalam puasa pun sih1r boleh ‘jalan’ juga…
#Foto sekadar hiasan / AI. Sebelum puasa tak ada ribut, tak ada angin, suami cakap dah tak ada perasaan sayang pada saya. Sebabkan sebelum ni ada ujian yang kami lalui, maka saya cakap, tak mengapa, pergiIah mohon proses cerai. Saya ikhlas kalau itu yang dia inginkan.
Sepanjang bulan puasa kami tidur asing. Kalau ada apa – apa, hanya melalui WhatsApp saja. Pertengahan bulan puasa, suami failkan penceraian kononnya kami asyik berg4duh. Pelik… Kes g4duh dah lama, dah settle, dah jalani hidup bahagia pun, dia yang tiba – tiba kata dah tak sayang saya.
Kenapa cakap dalam surat permohonan cerai, kami berg4duh? Saya pula di tempat defendan, seolah saya yang bersalah. Sebelum raya saya balik kampung dengan anak – anak. Pindah terus ke kampung. Tarikh bicara kami 2 bulan dari sekarang.
Masa di kampung, ramai yang cakap kami ‘terkena’ dengan orang. Sebab suami kerja hebat, saya pula ada perniagaan sendiri walau tak hebat mana. Mulanya saya percaya, tapi tiba – tiba saya terfikir, takkan dalam puasa pun sih1r boleh ‘jalan’ juga.
Kami pun amalkan zikir tertentu, tak ada pula terasa diri disih1r. Saya pasang pendinding aya – ayat suci yang menghalang gangguan jin dan segala benda tak baik dari masuk ke rumah, memandangkan kami ada anak kecil. 2 hari nak raya, suami tiba di kampung.
Masa tu nampak perubahan dia. Baik sangat layan saya dan anak – anak. Bawa jalan, beli baju raya, bersalam raya, bergurau, bermaafan dan kami siap ‘bersama’ 2 kali sebelum dia balik rumah kami. Saya terfikir, mungkin ‘sesuatu’ yang bersarang dalam diri kami h4ncur dengan bantuan ayat – ayat suci yang saya pasang.
Bila dia dah balik rumah kami, kami masih elok. Suami siap tanya nak balik rumah tak? Tapi saya sangsi, dan saya tanyakan pada dia, apa perasaan dia pada saya sekarang? Dia cakap KOSONG! Saya?? Allahuakbar… Kenapa ya dia buat saya macam ni???
Kalau hati dia kosong, kenapa dia layan saya baik? Sedangkan sebulan kami tidur asing dan saya redha tunggu masa untuk dilepaskan. Saya belajar untuk buang perasaan sayang pada dia. Tapi masa raya, kenapa dia jadi baik? ‘Bersama’ tu semua?
Beberapa hari nak puasa, dia dah start pulaukan saya tanpa sebab. Sedangkan elok saja. Saya diamkan je, tak nak ganggu dia. Tapi masuk lebih dari 3 hari saya tanyakan dia. Dia kata dah taw4r hati dengan saya. Kami memang ada masalah teruk sebelum ni. 2 kali. Tapi berbaik semula, bermaafan.
Ni kali ke-3, sampai saya tak faham dah dengan per4ngai dia. Maka saya cakap, teruskanlah cerai. Saya minta proses cerai dekat kampung, sebab saya nak mula dari sana, biar berakhir dekat sana juga. Dia setuju. Sepanjang bulan puasa kami tidur asing, pertengahan puasa dia balik kampung buka kes cerai dan tarikh bicara 2 bulan lagi.
Seminggu nak puasa, dia minta saya kemas barang suruh balik kampung, pindah kampung. Ya, saya uruskan termasuk sekolah anak. Saya balik kampung dengan anak – anak naik bas. 2 hari lagi nak raya, dia balik kampung, nak sambut raya dekat kampung.
Masa sampai kampung, dia macam hantarkan barang – barang saya dan anak – anak je, lepas tu dia tidur homestay, sedangkan rumah keluarga dia sebeIah kampung saya saja. Sehari nak raya dia baik sangat, bawa saya dan anak – anak jalan. Pergi beli baju raya.
Saya mula pelik, tapi saya bahagia, mungkin dia dah lembut hati. Dan malam raya tu juga dia tidur di rumah saya. Pagi raya kami bergambar, beraya bersama. Saya juga bermaafan dengan dia. Waktu malam kami berjemaah, sekali lagi saya mohon maaf.
Hampir seminggu lebih kami habiskan masa bersama. Siap rancang dia akan bekerja dan pindah di sini. Saya dah bahagia sangat bila dia cakap mungkin kami akan batalkan penceraian nanti bila tarikh tiba. Kami sempat 2 kali bersama atas keinginan dia.
Bila dia balik sana, kami bincangkan semula bab pindah, saya tanyakan bab perasaan dia. Masa tu saya terkilan bila dia cakap hati dia kosong sama macam sebelum ni. Dia kesiankan anak – anak je… Masa ni saya dah rasa terkilan sesangat, seolah saya dipermainkan.
Sebulan saya belajar untuk buang perasaan sayang saya pada dia, dia balik kampung, saya layan macam biasa sekadar hormat dia. Tapi bila dia tunjuk sifat seperti nak berubah, maka saya percaya kami akan berbaik semula. Tapi last – last ini yang saya dapat…
Dia ani4ya saya ke? S4kit sangat saya lalui beberapa hari ni sebab nak kena belajar lagi buang perasaan sayang saya pada dia. Semalam kami bincang. Tapi dia meng4muk, m4ki saya, lastnya saya minta maaf sekali lagi, dan saya minta izin dengan dia saya nak block nombor dia untuk saya terima takdir ujian saya sekali lagi. Ya, saya terus block nombor dia. S4kit sesangat perasaan ni.
Hati saya h4ncur sangat, suami seolah ani4ya perasaan saya. Saya sangka kami dah boleh berbaik, boleh batalkan penceraian nanti, boleh hidup bahagia dengan anak. Saya nak tanya semua, kalau hati suami KOSONG, kenapa dia buat baik dengan saya? Kenapa kami boleh ‘bersama?’ Saya tak goda dia pun.
Sebulan kami seperti orang asing, sengaja nak lepaskan nafsu dia atau memang dia nak ani4ya perasaan saya? Kalau dia tak mengaku dia ani4ya saya, saya nak sebut apa situasi ni??? Hati saya terIuka sangat bila suami akan teruskan juga penceraian tu nanti. Allahuakbar… Kenapa Allah uji saya keadaan ini?
Sepanjang bulan puasa saya merintih minta Allah bantu saya untuk saya redha dengan penceraian ini, saya minta Allah buang segala perasaan sayang saya pada dia. Alhamdulillah, hati saya kuat dan tenang masa tu. Tapi bila kami berjumpa di kampung, ini yang saya dapat? Situasi apa sebenarnya ni???
S4kit sangat saya rasa sekarang, bila saya dah hampir berjaya ‘buang’ dia dari hati saya, suami buat baik dengan saya, tiba – tiba bila jauh dia cakap kosong… Allah… kenapa jadi macam ni??
Komen Netizen :
Anonymous member 841 : Sebenar memang ada orang macam ni, Puan. Dia masuk pada fasa dia nak utamakan diri dia berbanding orang lain. Jawapan untuk berpisah tu sekadar atas kertas, dalam fail berpisah cara baik. Sekadar di atas kertas. Manusia ini unik, Puan. Ada yang boleh lepaskan ik4tan dan rasa dia pada pasangan dan anak demi jiwa, emosi dan mental dia.
Untuk bersama tu, biologi dia perIukan, jadi dia salurkan pada Puan sebab Puan masih isteri dia. Bagusnya mahkamah tu beri masa 2 bulan, boleh Puan usahakan dapatkan rawatan alternatif. Dengar online dan dari henfon tak sama dengan rawatan sebenar.
Carilah rawatan yang betul. Memang wujud, Puan, sih1r pemisah. Ada dalam Al-Quran juga cerita tentang sih1r yang pisahkan suami dan isteri. Apabila m4ti rasa, sebenarnya sih1r itu dah lama. Dia tak jadi sekejap, cuma itulah, rawat untuk diri Puan supaya tidak apa – apa. Untuk jodoh itu, banyakkan doa dan usahalah mana boleh. Apabila berpisah rumah, nak usaha berlebihan jadi terbatas. Namun apa pun, Puan lebih mengetahui apa yang Puan alami.
Anonymous member 725 : Saya rasa masalah utama sebab selalu g4duh. Yup, itu utama. Kedua, bila awak suruh dia ceraikan. Kat sini problem. Lain orang lain penerimaan. Bila dah suruh ceraikan, sini mungkin punca dia fikir awak dah terima tak nak dia dah. Dan dia pun ok, awak tak nak dia… dia pun tak nak awak.
Sini silapnya… jangan mudah – mudah ajak cerai, sebab ada orang anggap benda ni serius. Once decided, dia tak nak patah balik dah. Dah kalau semua tak ada masalah kecuali g4duh dan perkataan minta cerai tu, so saya rasa dua ni lah punca dia.
Penerimaan dia bab minta cerai tu adalah dia tak boleh terima. Kalau tak nak cerai, kenapa minta cerai? Itu problem awak. Kalau dah dia terima permintaan tu, awak kena terima lah sebab awak yang minta. Sekarang nak patah balik? Awak kena lah bagitau awak tak nak cerai.
Hari tu sebab emosi. Awak sayang dia lagi. Kena bagitau bagi dia rasa awak memang sayang dia lagi. Tak nak g4duh, tak payah cari salah. Just cakap tak nak cerai. Tak nak cerai. Try lah. Saya syak perkataan “minta cerai” tu punca utama.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.