Setahun 6 bulan saya jaga suami lumpuh. Saya tanggung semua komitmen. Keluarga mertua kecam saya sebab tak menangis masa suami meninggaI

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Orang luar asyik tanya, kenapa saya tak menangis langsung masa suami meninggaI. Dalam eddah, mak mertua asyik ajak saya ke kubvr. Saya tak mahu. Sampai habis eddah pun orang tanya. Korang memang suka aku sedih ke?

#Foto sekadar hiasan / AI. Suami saya kemaIangan. Enam hari dia koma. Saya hanya datang melawat suami waktu melawat sahaja. Dalam enam hari dia koma, saya cuma sempat melawat dua hari sahaja. Bukan sebab saya tidak sayang, tapi waktu itu saya perlu kerja, perlu jaga anak, dan perlu urus rumah sewa yang kami duduk. Tak semudah itu saya boleh ambil cuti sesuka hati.

Lepas suami sedar, dia duduk wad sambung lapan hari lagi. Saya datang melawat selang sehari. Datang waktu melawat sahaja juga. Suami saya lumpuh separuh badan. Bila doktor benarkan balik rumah, saya yang uruskan semua. Saya minta adik ipar tinggal sekali dengan kami di rumah.

Tujuannya supaya dia boleh bantu jaga abang dia waktu saya pergi kerja. Bukan saya lepas tangan, tapi saya manusia biasa yang perIukan bantuan juga. Sepanjang tempoh suami lumpuh, saya tanggung semuanya. Ubat suami, makan minum, baju, lampin pakai buang, sewa rumah, bil api air… semua saya tanggung seratus peratus.

Satu tahun enam bulan saya jaga dia tanpa merungut pada sesiapa pun. Saya kerja siang malam, balik rumah saya jaga dia pula. Pernah sekali saya demam teruk, tapi tetap gagahkan diri uruskan dia, suapkan makan, lap badan, tukar lampin. Saya tak bising. Saya anggap ini ujian dan tanggungjawab.

Lepas tu, suami saya meninggaI. Sesak nafas di rumah. Waktu itu saya sedang bekerja. Adik ipar telefon beritahu abang sesak nafas dan dia dah pun telefon ambulans. Dia suruh saya terus ke hospital. Saya terus minta cuti separuh hari dan bergegas ke hospital. Sampai di sana, doktor sahkan suami saya sudah meninggaI dunia.

Sejak itu, saya mula dikecam teruk. Hanya sebab saya tak menangis masa suami meninggaI. Tetamu yang datang, sahabat suami, saud4ra mara semua macam berpakat tanya saya “Kuatnya kau Ira… Langsung tak menangis. Tak sedih ke…?”

Saya hanya diam. Senyum pun tidak, marah pun tidak. Masa jen4zah nak dikebvmikan pun, saya tidak ikut ke kubvr. Saya memang duduk di rumah sahaja. Saya ada alasan kukuh, dalam Islam tidak digalakkan isteri ikut ke tanah perkubvran. Tapi itu pun jadi isu juga.

Yang buat saya tertekan, orang sekeliling asyik persoalkan. Kenapa saya tidak menangis langsung masa suami meninggaI. Saya layan tetamu yang hadir seperti biasa. Tak meraung, tak meratap. Adakah itu salah? Dalam tempoh eddah, mak mertua asyik ajak saya ke kubvr. Saya tidak mahu. Saya masih dalam eddah.

Tiada keperluan pun untuk saya ke kubvr. Saya pergi kerja, balik kerja, jaga anak, jaga rumah. Itu sahaja rutin saya. Saya sangat jaga eddah saya. Tiada keluar rumah tanpa sebab. Saya buat semua seperti biasa. Sampai nak habis eddah pun, orang masih tanya kenapa saya tak menangis.

Korang memang suka aku sedih ke? Tak nak aku bahagia ke? Dah tiada apa yang nak disedihkan. Dah ajaI. Suami tu pinjaman. Bila masa dia habis, dia akan pergi. Saya redha. Bila saya cakap begitu, orang kata saya tak ada hati dan perasaan.

Perlu ke saya cerita apa saya rasa selama ini? Apa yang saya pendam? Apa yang saya lalui waktu jaga suami lumpuh setahun setengah? Waktu dia marah – marah, waktu dia murung, waktu saya nak tidur pun tak sempat. Saya rasa lebih baik saya diam. Tak perlu buka aib sesiapa.

Tak perlulah saya cerita kenapa saya tak menangis sikit pun. Tapi tolonglah, jangan persoalkan. Jangan tanya. Ada sebabnya. Bila hati dah tak sedih, nak buat macam mana? Takkan nak pura – pura menangis pula? Rumah suami, KWSP suami semua saya serahkan kepada mahkamah.

Saya langsung tak berebut walaupun saya ada dua orang anak lelaki. Saya serah bulat – bulat. Biar mahkamah yang tentukan faraid. Saya mudahkan urusan mereka. Lepas selesai urusan faraid, eddah pun dah habis, saya pindah ke tempat lain. Tenang sekejap.

Lepas itu saya kahwin baru. Saya tak jemput seorang pun dari keluarga mertua lama. Tapi biasalah, ada orang yang bercerita juga pada mereka tentang saya kahwin lain. Masa kenduri kahwin saya, mak mentua lama datang dan bising – bising dengan mak saya. Eh, dah kenapa pula nak buat kecoh di kenduri saya?

Sampai sekarang mereka asyik sibuk dengan hal saya. Terutama bekas adik beradik ipar. Saya naikkan cerita di Instagram, pergi bercuti, jalan – jalan… mereka sibuk nak komen, perli – perli. Paling kelakar bila mereka tanya: “Kak Ira, kenapa masa dengan abang dulu tak pergi holiday pun?”

Ringan saja mulut saya nak jawab. Takkan korang tak kenal per4ngai abang korang dulu? Tapi saya tetap diam. Saya masih tak buka apa – apa aib. Saya masih jaga maruah orang yang sudah tiada. Tolonglah jangan persoalkan itu ini. Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Cuma saya tak cerita sebab apa. Itu sahaja.

Komen Netizen :

Anonymous Member 165 : Saya pun jenis yang tidak menangis di majlis pengebvmian. Sekali sahaja saya pernah menangis. Lepas itu, siapa – siapa meninggaI pun saya tidak menangis lagi. Memang ada orang yang tidak puas hati kalau kita tidak melalak masa tengok m4yat, ya?

Padahal dalam agama pun tidak diajar pun untuk meratap – rapat macam itu. Kita sedih, ya kita sedih… tapi boleh sahaja sedih diam – diam. Ada juga orang mengata saya sebab saya tidak menangis masa orang meninggaI. Padahal bukan saya tidak rasa apa – apa, cuma saya tidak tunjuk. Saya lebih selesa simpan dalam hati.

Bab pergi kubvr pun, suami saya tidak benarkan saya pergi. Sama ada belah keluarga dia atau belah keluarga saya, tetap juga dia tidak bagi. Saya duduk dalam kereta sahaja, tunggu di tempat letak kereta. Kalau ada orang tanya kenapa saya tidak turun ke kubvr, dia akan jawab, “Dia jaga anak.”

Padahal suami saya sihat lagi, bukannya uzur pun. Tapi dalam hati saya selalu berbisik, biarlah aku m4ti dulu daripada suami aku, sebab kalau aku yang hidup lepas dia, aku tak menangis, aku tak pergi kubvr… mesti banyak benda orang nak mengata.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5161 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.