Keluarga aku memang tak suka hubungan kami sebab dia hanya biasa – biasa, tak ada apa – apa. Malam tu dalam pukuI 12.30 tengah malam, bapa aku panggil dia masuk. Ibu ayah aku bagi lagi peluang sehari sebelum majlis walaupun ibu memang dah tahap benci dah dengan dia.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan dan sudah bertunang. Berumur pertengahan 20-an. Aku diIema untuk meneruskan pertunangan ini atau meleraikan demi kebaikan diri sendiri dan juga tunang aku.
Aku dah berkawan dengan tunang ku sejak 3 tahun yang lalu. Aku kenal dia semasa aku membuat kerja partime semasa cuti semester di speedmart. Manakala, dia membantu mak dia yang memiliki kedai makan bersebeIahan dengan speedmart.
Dia tiada apa – apa. Belajarnyaa hanya takat SPM, kerja pun hanya biasa – biasa, kenderaan untuk bergerak pun tiada. Tapi tak mengapa aku fikir untuk berkawan kerana kalau betul dia nak peristerikan aku. Sudah tentu dia akan usaha.
Silapnya aku masa di awal perkenalan, aku sudah memperkenalkan tunang pada keluarga. Memang keluarga tent4ng habis – habisan pilihan aku kerana dia hanya lah seorang yang biasa – biasa. Tiada apa – apa. Kerjanya pun hanya biasa – biasa.
Tidak dinafikan, aku memang sedih atas desakan family aku kerana tidak aku sangka keluarga aku agak mementingkan dengan siapa aku hendak berkawan. Yela, ibu bapa mana yang hendak memperjvdikankan nasib anak perempuan tunggal pada lelaki yang begitu.
Lebih – lebih dulu aku pernah bercinta dengan seorang anak orang kaya dan akhirnya aku ditinggalkan dan dia pernah bermain kayu tiga semasa aku belajar dia tempat yang berjauhan dengan tempat belajarnya. Malah, aku pernah dibawa makan bersama – sama dengan girlfriend yang lagi satu di meja yang sama tanpa aku ketahui itu adalah kekasihnya yang satu lagi.
Jadi, aku fikir. Tiada salahnya untuk beri peluang kepada tunang aku untuk dia buktikan pada aku sejauh mana dia mampu usaha. Walaupun keluargaku bantah, aku tetap berkawan dengan tunang secara senyap – senyap (tiadalah senyap sangat, keluarga tahu juga).
Sampai suatu masa, aku rasa sudah tiba untuk dia berjumpa dengan keluargaku. Dan alhamdullilah keluargaku akhirnya menerima dia walaupun kerjanya hanya seorang rider dan tidak punya apa – apa selain sebuah motor lama untuk kegunaan kerja.
Namun, akhir – akhir ni yakni beberapa bulan sebelum aku bertunang terlalu banyak dugaan yang datang kepada tunang aku. Dan setiap kali aku berusaha untuk tolong dia. Pasti akan ada kesannya pada aku. Aku jadi kurang yakin dan adakah patut aku leraikan saja ik4tan pertunangan ini.
Contohnya, tunang sudah berusaha lama untuk keluarkan kereta. Alhamdullilah satu hari dia berjaya keluarkan kereta, walaupun secondhand. Semasa proses bawa keluar kereta, tunang harus selesaikan semua saman yang dia ada barulah tukar hak milik boleh dijalankan.
Semasa hendak ke balai polis untuk urusan saman, tunang telah dis4mun dan habis semua wang untuk bayar saman di ambilnya. Dan aku pula kesiankan dia, maka aku hulurkan dulu untuk dibuat pinjam. Tapi, sebenarnya itu duit yang aku simpan untuk majlis pertunangan aku dengan tunang.
Aku kata gunalah dulu pada tunang, tapi wajib pulangkan sebelum majlis untuk beli barang – barang kenduri. Sehari sebelum majlis tunang, tunang masih tak bayar duit yang dipinjam kerana demam dan terbangun lambat jadi dia tak sempat nak keluarkan duit simpanan di ASB.
Berg4duh besar aku hari tu dengan tunang, sebab itu sahaja wang yang aku ada untuk beli barang – barang kenduri majlis. Dan dia tiada langsung usaha untuk membantu aku mudahkan urusan majlis. Nasib baik, ibu banyak bantu dengan persiapan.
Jadi, aku diamkan dulu memikirkan majlis yang akan berlangsung lusa. Selepas majlis bertunang, aku berjumpa tunang dan aku sendiri akan bawa tunang untuk keluarkan simpanan. Rupanya aku dapat berita, dia telah keluarkan 15K untuk terlibat dengan skim jana pendapatan.
Ya Allah! Pilu hati aku yang tunang tidak tahu dirinya telah ditipu dan dia hanya sedar beberapa minggu sebelum majlis kerana dia ada cuba hubungi kawan dia yang ajak untuk terlibat dengan skim tu. Tapi kawan dia pun menghilang.
Dan dari situ baru dia tersedar yang ini semua hanya sc4m. Hasil titik peluh tunang selama tiga tahun hilang begitu sahaja walhal majlis kawin adalah tahun depan tak sampai 10 bulan pun lagi. Seterusnya, aku beri tunang pinjam motor untuk kegunaan kerja sebab motor tunang rosak.
Jadi, semasa aku di office tunang gunakan motor aku untuk buat kerja. Baru hari ke-2 aku beri pinjam dia eksiden pula. Habis Iuka – Iuka satu badan dan senget handle motor aku. Teruk jugak keadaan motor aku. BercaIar sana sini, r3muk hati aku tengok motor yang dijaga selama 5 tahun bertukar rupa begitu.
Disebabkan aku risau keluarga akan bertanya tentang motor aku, aku bawa balik juga motor tu walaupun handle senget selama satu jam perjalanan dari rumah tunang ke rumah aku. Dan sekarang, aku diIema untuk teruskan pertunangan ini atau tidak?
Aku seolah – olah risau yang mungkin aku yang membawa nasib tidak baik kepada tunang atau sebenarnya itu petunjuk – petunjuk yang Allah beri kepada aku untuk tidak meneruskan pertunangan. Buat pengetahuan semua, ada lagi perkara – perkara lain yang buat aku berfikir tentang hubungan ini.
Aku tidak tahu untuk buat apa. Mungkin pembaca semua ada kisah yang boleh dikongsikan dan boleh beri nasihat kepada aku.
Sambungann.. Assalamualaikum, aku Nur. 9 bulan lepas aku ada post di sini mengenai diIema aku sebagai seorang tunang. Semua comment dari netizen minta aku putvskan pertunangan tu. Ada yang bagi tips pun aku buat, aku hampir – hampir nak putvskan pertunangan dua ke tiga hari selepas majlis.
Tapi, tunang aku tetap yakinkan aku yang duit dia masih ada. Separuh di simpan oleh bapanya. Jadi, seminggu ke dua minggu selepas tunang aku p4ksa dia ke pejabat pos yang tak sampai 5 minit dari rumah. Itu pun terp4ksa tunggu hampir setengah jam di bawah blok sebab dia tak bangun dari tidur walhal aku dah cakap yang aku nak datang ke rumah.
Dia punya marah bukan main lagi pada aku siap cakap pejabat pos dah tutup padahal pejabat pos di block sebeIah je. Tengok – tengok simpanan dia tak seperti yang dia cakapkan. Alasan yang dia bagitahu, separuh duit simpanan dia bapa yang pegang.
Aku memang dah nak putvskan pertunangan time tu tapi dia tetap yakinkan aku. Jadi, aku teruskan pertunangan ni seperti tempoh yang dijanjikan iaitu 10 bulan. Dalam masa 10 bulan macam – macam ye berlaku melibatkan kewangan.
Aku bantu dia mana yang tak cukup sebab tahu dia kena kumpul duit hantaran. Oh ya lupa, sebelum tu, aku ada keluarkan kereta di bawah nama aku dan ibu menjadi guarantor sebab ibu kasihan dia kena tipu masa ambil kereta terpakai.
Jadi, aku kongsi bayar kereta bersama dia. Awal – awal bulan dia bayar seperti yang dijanjikan tapi empat bulan sebelum kawin dia tak mampu dah nak bayar sebab dia tak bekerja di mana ID dia kena block dan tak boleh nak hantar makanan.
Aku pun cakap takpe aku bayarkan dulu sebab faham dia nak kumpul duit lagi untuk kawin. Bila keadaan kewangan dia agak meruncing, aku bagi cadangan kepada dia untuk keluarkan sedikit duit simpanan di ASB untuk teruskan kehidupan.
Gaji aku pun tak banyak mana nak bagi dia duit. Pandai pula cakap, sayang nak keluarkan duit simpanan yang disimpan sebab tu dia kumpul sejak 4 tahun lepas. Dalam masa yang sama aku dah book hampir semua benda untuk majlis kawin menggunakan duit aku.
Aku tak minta apa – apa bantuan kewangan dari dia dan hanya minta dia bagi duit hantaran sahaja kepada aku. Even parents aku dah buat pembayaran penuh untuk catering di beIah kami. Tapi dia langsung tak bagi duit hantaran walaupun majlis lagi sebulan, parents dia tak datang langsung atau tanya kepada family aku persiapan untuk majlis.
Sebulan sebelum majlis, aku dah minta dia isi borang nikah. Dia cakap dah isi lah dah hantar kat JAIS lah tapi tak sempat siap hari yang sama lah. Dah lah duit hantaran tak bagi lagi. Aku punya geram, aku pusing satu KL naik motor lepas balik kerja cari dia semata – mata nak dapatkan borang nikah supaya aku boleh teruskan untuk pihak aku pulak.
Alih – alih dia cakap, dia dah balik kerja sebab g4duh dengan bos dan ada kat rumah. Sampai bawah rumah dia, dia cakap borang nikah dia tak siap lagi. Aku dah agak dah, rupanya tak minta sign ppp pun lagi. Next weeknya, tetiap hari aku follow up dengn dia pasal borang nikah.
Seminggu dia ambil minta sign ppp. Siap aku kena bagi duit untuk dia reprint semua borang – borang dia. Dua minggu sebelum majlis pun tak siap lagi borang nikah dia, duit hantaran jangan cakap masih tak dapat – dapat walaupun ibu aku dah call.
Kata harini, tak masuk juga. Bila call lagi kata esok pula, pun tak masuk lagi. Last – last, adik aku dan kawan dia jadi saksi baru borang nikah dia selesai seminggu sebelum majlis. Dapat je borang, aku ambil masa sehari je untuk selesaikan iaitu 4 hari sebelum majlis.
Jadi selama 4 hari ni, almost semua dah buat full payment dan dia tak keluar satu sen pun. Duit hantaran pun bagi tak sampai 5% yang dijanjikan. Aku buat bayar mana tak cukup, 5 minit dah habis. 2 hari sebelum majlis, dah janji nak beli barang hantaran dan batal air solat sesama.
Tunggu dari pagi, pukuI 10 malam baru sampai rumah aku dengan alasan – alasan yang tak logik termasuk sesat jalan. Kelakar tau? Sesat jalan ke rumah aku? Malam tu jugak dalam pukuI 12.30 tengah malam, bapa aku panggil dia masuk dan tanya apa masalah dia sebab bapa aku dah tak tahan dengan alasan – alasan dia.
Walhal, bapa aku tak pernah masuk campur pun sebelum ni. Jadi, sehari sebelum majlis dia cakap dia akan settlekan semua. Dan parents aku bagi lagi peluang sehari sebelum majlis walaupun ibu memang dah tahap benci dah dengan dia.
Pagi sehari sebelum majlis parents dan adik aku nasihatkan aku dan buat aku fikir pasal apa yang akan berlaku kalau aku kawin. On the sp0t, aku putvskan pertunangan aku sehari sebelum aku nikah. Dan dia? Mer0yan dan persoalkan kenapa aku buat keputvsan macam ni walaupun satu hari je lagi nak nikah dan siap cakap beri dia peluang setahun untuk stabilkan diri dia.
Tolong doakan dia jumpa gadis yang sesuai dengan dia dalam masa setahun ni supaya dia tak cari aku lagi setahun. Alhamdullilah, walaupun parents aku dan aku rugi bnyak untuk siapkan majlis dan menangis untuk aku.
Mereka hanya nakkan yang terbaik buat aku dan ibu sangat – sangat lega dengan keputvsan aku. Family besar aku pun sangat – sangat supportive dan tak membawang. Restu mak bapa sangatlah penting, naluri ibu sentiasa betul.
Dan paling penting sekufu. Pemikiran aku dan dia sangat berbeza. Itu sahaja pengakhiran diIema aku. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca. – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Real Kintsugi : Dah sepatutnya buat majlis kesyukuran selepas terlepas daripada baIa besar. Tak ramai perempuan yang seberani awak. Lebih baik tanggung malu sedikit daripada mend3rita di kemudian hari. Lelaki nak cerai senang sebab taIak ada di tangan mereka tapi perempuan sangat payah.
Sharifah Ilahi Syed Hassan : Keputvsan terbaik untuk diri awak. Tahniah awak dah lari daripada segala kepincangan dalam hubungan yang tak tentu hala ni. Awal – awal dah nampak masalah. Semoga kerugian hari ini untuk kebahagiaan akan datang.
Aliya Mansor : Perempuan tak boleh kahwin dengan lelaki yang tak sama kufu dengan dia. Sebab lelaki ni leader. Cinta m4ti tu semua khayalan je. Bukan minta cari yang kaya at least setaraf. Sebab cinta m4ti lah banyak kes biawak hidup sekarang ni.
Rahmah Rahman : Syabas! Nasib tak jadi kawin, alamat kalau kawin mesti tanggung biawak. Banyak bercerai gara – gara kewangan, lebih baik batalkan kahwin dari mer4na bertahun sebab makan hati dengan suami.. Tahniah!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.