Belum kahwin lagi ‘biras’ dah call aku nak korek rahsia tentang keluarga suami

Setiap kali biras ada masalah dengan suami dia dan mertua, dia selalu mengadu dekat aku. Aku pun baiklah bagi nasihat. Tapi rupanya mak mertua bagitahu kami, asalkan dia berg4duh dengan abang ipar, dia akan salahkan kami.

#Foto sekadar hiasan. Aku dah 16 tahun berkahwin, kami bahagia je sekarang cuma masa dapat anak sorang dulu aku pernah selisih faham dengan mak mertua (tak perlu ceritalah nanti penat nak baca) tapi keluarga beIah suami memang salahkan aku la.

Walhal puncanya tu datang dari suami aku. Sudahnya suami yang merajuk dengan familinya dan tak nak balik – balik lagi dah. Dalam tahun pertama suami tak balik tu tiba – tiba aku dapat panggiIan dari seorang perempuan yang mengaku dirinya adalah kakak ipar aku.

Aku dah rasa semacam sebab suaranya memang lain. Tapi aku teruskan bercerita dan terangkan setelah apa yang terjadi agak payah untuk aku pulang. Jadi aku ingat sudah tentu dia lebih dari faham tentang apa yg telah berlaku.

Rupanya pemanggil tu bukan kakak ipar tapi bakal isteri abang ipar aku. Tak ke sengal call lepas tu nak menyamar bagai. Niatnya untuk menjemput aku ke hari pernikahan diorang. Masalahnya, lepas habis perbualan, kakak ipar aku betul – betul call aku dan marah – marah kata aku sengaja memburukkan mak mertua pada bakal biras aku tu.

Tak tahulah apa yang telah diceritakan oleh dia kepada kakak ipar. Aku bagitahu suami tapi suami tak berminat untuk pulang ke rumah ibunya walau untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Maka masjlis itu berlangsung tanpa kehadiran kami.

Masa berlalu dengan pantas selama 4 tahun. Setelah aku lahirkan anak kedua. Ibu aku minta aku pujuk suami untuk bawa anak – anak pulang ke rumah mak mertua sekiranya mak mertua masih tidak menyukai aku maka tak perlu membawa aku.

Suami tetap tak nak. Jadi aku cari akaun Facebook abang ipar aku dan minta nombor mak mertua. Kemudian aku pun call, terjadilah drama airmata sekejap. Then, aku bagi suami bercakap dengan mak mertua. Akhirnya suami bersetuju untuk pulang ke rumah mak mertua (Alhamdulillah) hujung bulan tu setelah sekian lama tak balik.

Bila sampai d irumah mak mertua, biras (aku panggil dia kak M) pun sambut. Mula – mula macam tak ada apa yang berlaku. Elok aja. Tapi bila lama kelamaan biras aku tu selalu mesej dekat fb messenger, ceritakan masalah rumahtangga dia dengan abang ipar dan mak mertua.

Semua pun buruklah, yang baiknya dia seorang je. Jadi aku pun menasihati dia (tapi dia tak dengar pun). Begitulah setiap kali bila dia mengadu. Ingatkan boleh berubah, rupanya mak mertua bagitahu kami asalkan dia berg4duh dengan abang ipar, dia akan salahkan kami yang waktu itu duduk di daerah lain tak dekat pun dengan diorang.

Malah apa yang berlaku antara diorang tu tak ada kena mengena pun dengan kami. Abang ipar pun sama je per4ngai dengan bininya waktu tu. Sejak dari itu, aku dan suami dah jarang bercakap dengan biras tu, kalau bercakap pun bila perlu dan untuk perkara – perkara yang penting je.

Aku dan suami elak betul – betul dari bergaul dengan dia dan suami pun memang haIang aku dari rapat dengan biras tu. M4kin hari aku pun m4kin menyampah dengan per4ngai dia yang suka berdengki dan nak berlawan.

Kalau aku beli laptop baru dia pun sanggup berhutang beli laptop, kalau aku make up dia pun nak make up juga malah lagi heavy sampai blusher merah serupa b0nt0t babun, bila aku nak macam ni macam tu dia pun nak sama walaupun berlebih – lebih sampai tak sedar hidup dia jadi miserable kerana tak tenteram ada saja disebokkannya dengan kehidupan aku.

Rimas giIa! Sudahnya dia bercerai dengan abang ipar aku. Lepas cerai sebok nak duduk serumah dengan abang ipar atas alasan abang ipar wajib menyediakan tempat tinggal untuk dia sampai terkeluar anak tak sah taraf sorang.

Lepas tu dia balik kampung tak tahu dia cerita kat keluarga dia sampai famili dia benci giIa dengan famili suami terutamanya mak mertua. Pernah sebelum bercerai, abang dia call suami aku marah – marah cari g4duh.

Tapi nasib baik waktu tu aku ada, lepas tu aku r4mpas phone dari tangan suami dan cakap, “kalau abang tak bercakap dengan hormat macam mana kami nak hormat abang? Ini tak nampak macam cara nak selesai.” baru dia terdiam.

Aku beri phone tu pada suami semula dan ceritakan apa perkara yang berlaku. Abangnya terima dan saling bermaafan. Ye la, abang mana tak mengam0k bila adiknya mengadu tertindas sekian – sekian kan. Pernah juga nak beraya jenguk biras tu dengan anak – anaknya.

Sump4h niat aku nak hulur la seratus dua untuk anak – anak dia (anak buah kami juga) Sekali kena m4ki berbakul – bakul. Kakaknya yang dik4takan seorang guru pun berper4ngai seperti kera dihutan tak bertamadun. Tak reti hormat orang tua. GiIa betul.

Kesian juga pada mak mertua kena macam tu. Seolah mak mertua yang tak terima biras tu kembali bersama abang ipar. Walhal abang ipar aku memang dah buang dia. Fikir logik la kalau abang ipar tu nakkan dia lagi tak akan la sampai dah terkeluar anak tak sah taraf pun masih abang ipar tak nikah semula dengan dia kan.

Abang ipar aku ni pun satu hal juga. Yang pergi sentuh tu buat apa kalau dah tak nak. Sejak diorang bercerai hidup aku dan suami happy dan aman yakmat. Bila balik rumah mak mertua pun rasa seronok sangat tak ada rasa s4kit mata dengan per4ngai biras yang entah hapa – hapa tu.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang biras dan abang ipar ni buat pada aku tapi aku malas nak cerita detail kang sampai esok tak habis. Aku tak baIas tapi aku ambil pendekatan sabar dan berdoa mohon pada Allah supaya beri baIasan setimpalnya kepada mereka yang meny4kiti aku.

Sesungguhnya Allah Maha Besar hingga aku dapat melihat keh4ncuran demi keh4ncuran yang berlaku kepada mereka tahun demi tahun. Mungkin dia lupa, d0sa sesama manusia takkan terampun selagi tidak dimaafkan oleh insan tersebut.

Aku sedang cuba memaafkan dan melupakan tapi aku tak tahu kenapa payah benar hati ini, mungkin kerana dia tak pernah minta maaf atas segala d0sa dan tak pernah rasa sesal dengan apa yg telah dibuat pada aku.

Moral of the story, berbaiklah dengan sesama biras jangan berdengki dan melaga – lagakan. Kerana dari situlah akan berputiknya d0sa dan permusvhan. Wallahhu’alam. – H4mba Allah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.