Saya pelik bila tengok HP adik lelaki ada dalam bilik saya. Tersorok celah baju

Saya nekad mengadu dekat mak, tapi mak nangis – nangis kata tak mungkin adik lelaki saya sanggup buat semua tu. Esoknya mak bawa adik keluar konon nak tanya berdepan. Tapi saya terk3jut bila diorang balik, mak boleh gelak – gelak dan bergurau macam tak ada apa – apa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya rasa dari tajuk pun dah boleh agak apa yang saya nak cerita hari ni. Cerita saya ni boleh dikira sebagai membuka aib tapi saya harap supaya ibu bapa yang ada anak – anak kecil boleh ambil iktibar dari cerita saya ni.

Okay kita mulakan, apa yang saya nak ceritakan ni adalah dari pengalaman saya sendiri beberapa tahun lepas. Saya tak pasti bila lagi benda ni mula tapi apa yang saya ingat adalah apabila adik perempuan saya, P tiba – tiba cerita dekat saya yang lepas dia mandi dan nak pakai baju dia perasan yang hanset abang dia iaitu adik lelaki saya, B didirikan menghadap tempat dia selalu guna untuk pakai baju.

Jadi dia pelik dan bila dia tengok hanset tu rupanya hanset tu tengah record video dekat kawasan yang dia guna bila nak pakai baju. Bila P cerita benda ni, saya tak rasa apa – apa yang mencurigakan sangat. Saya anggap mungkin B tersalah tekan butang record dekat hanset dia dan terletak dekat dalam bilik P jadi saya cuma pesan dekat P lain kali kalau jumpa lagi hanset B macam tu tutup je video recording tu.

Saya masa tu tak naklah tuduh yang bukan – bukan dekat B sebab saya fikir takkanlah dia sanggup rakam video adik kandung dia sendiri pakai baju. Lama – lama kejadian macam ni berulang banyak kali dan saya dah tak boleh nak bersangka baik dengan B tapi saya masih tak boleh nak tanya B kenapa dia buat macam tu sebab tak nak mengeruhkan hubungan adik beradik kami jadi saya senyap je dan minta P supaya berhati – hati bila nak pakai baju.

Suatu hari lepas saya siap mandi dan tengah tunggu azan maghrib dari hanset saya untuk berbunyi tiba – tiba saya dengar azan dari hanset saya dan dari hanset yang lain. Jadi saya pun carilah mana sumber bunyi azan yang kedua tu.

Dan saya jumpa hanset B tersembunyi dekat celah – celah kawasan rak baju saya menghadap betul – betul tempat yang saya akan berdiri bila nak pakai baju. Tapi waktu tu saya blur, benda pertama yang saya fikir adalah kenapa hanset B ni boleh ada dalam bilik saya dan tersembunyi dalam rak baju saya.

Sebab saya blur lagi waktu tu saya tak sempat nak tengok hanset tu tengah record video ke tak tapi saya terus panggil B dan tanya dia kenapa dia letak hanset dia dalam bilik saya. Jawapan yang dia bagi adalah sebab dia nak k3jut saya sembahyang maghrib nanti jadi sebab tulah dia letak hanset dia dekat situ.

Mengarut! Saya terang – terang dah bangun dah waktu saya turun bawah nak mandi dan masuk bilik saya. Apa fungsi hanset dia dalam bilik saya kalau saya dah bangun. Tapi sebab waktu tu saya memang blur sangat saya malas nak layan alasan dia dan bagi je hanset tu dekat dia sebab saya nak sembahyang.

Kejadian yang berlaku ni bila saya imbas kembali memang mencurigakan. Sebab tu saya dah mula tak sedap hati dengan dia sebab dia dah mula berani buat benda ni dekat kakak kandung dia sendiri. Lepas kejadian ni saya dah mula lupa apa yang dia buat sebab sibuk dengan kelas tambahan untuk menghadapi SPM.

Namun, suatu hari waktu saya tengah guna tandas saya perasan yang dekat pintu tandas ada banyak lubang – lubang kecil yang agak besar sampai saya boleh nampak bayang – bayang orang yang lalu depan tandas.

Jadi sebab bosan, saya perhatikan lubang tu dan saya nampak ada bayang – bayang orang berjalan depan pintu tandas ulang alik nak dekat dua tiga kali. Tapi tiba – tiba, cahaya dari luar yang saya nampak dekat lubang tu kena tutup.

Lama. Macam ada orang berdiri lama – lama depan lubang tu. Saya tiba – tiba rasa macam kena perhati jadi saya cepat – cepat selesaikan urusan saya dan keluar dari tandas. Lepas keluar saya pergi dekat lubang tu dan intai.

Saya boleh nampak dengan jelas keadaan dalam tandas melalui lubang tu! Serius waktu ni meremang bulu roma. Saya sedih sangat. Takkanlah B sanggup intai adik beradik perempuan dia guna tandas. Jadi sebab saya takde bukti dia intai melalui lubang tu saya cuma ambil langkah untuk tutup lubang tu pakai ducktape.

Saya ingatkan kejadian ni tak akan berulang dah sebab takkanlah B tu beng4p sangat sampai tak boleh nak fikir yang kami (saya dan P) dah tahu perbuatan dia. Tapi, bila saya tengah guna tandas, saya pelik bila saya nampak cahaya dari luar tandas dekat lubang yang saya dah tutup pakai ducktape tu.

Rupa rupanya, B dia alih ducktape tu letak dekat tepi lubang tu, jadi lubang tu kalau tengok dari jauh macam dah kena tutup tapi sebenarnya kedudukan dia yang beralih. Jadi, sebab kejadian ni saya yang kena, setiap kali saya nak guna tandas saya akan rasa macam kena perhati.

Saya jadi tak senang hati. Sebab walaupun lepas saya dah tutup lubang tu banyak kali. B tetap akan alih ducktape tu. Kalau tak pun dia akan buat lubang atas ducktape tu. Saya dah tak boleh tahan. Dia punya usaha untuk intai orang mandi dengan guna tandas tu memang buat saya sedih.

Kami ni adik beradik kandung dia. Sampai hati dia buat macam tu dekat kami. Tindakan dia tu meIampau. Bila saya cerita benda ni dekat P, saya kata dekat dia hati – hati dengan B tu sebab dia sanggup buat lubang dekat pintu tandas tu.

Sedangkan pintu tandas tu pintu kayu yang memang tebal! Tapi dia punya bersungguh buat lubang. Lama – lama saya baru faham kenapa selama ni lepas saya siap mandi saya akan nampak dia duduk dekat depan pintu tandas.

Walaupun saya pelik tapi saya percaya bila dia cakap yang dia nak guna tandas jadi dia tunggu saya siap guna tandas. Tapi bila ingat semula, tak terkira dengan jari berapa kali saya nampak dia tunggu saya depan tandas.

Setiap pagi bila nak pergi sekolah dia akan duduk depan pintu tandas! Tapi saya b0doh sebab takleh nak faham sebab di sebalik tindakan dia tu. Satu hari, P bagitahu saya yang waktu dia tidur – tidur ayam dia perasan yang B bangun dan r4ba d4da dia!

Saya speechless. Saya, sebagai kakak dia yang tengok sendiri dia membesar tak sangka dia akan buat macam tu dekat adik dia. Jadi, saya kumpul semangat untuk bagitahu mak saya. Sebelum ni, saya diamkan sebab saya fikir yang selagi saya dengan P hati – hati, kami masih boleh elakkan situasi dirakam masa tengah pakai baju, diintai masa tengah mandi dan lain – lain.

Tapi rupa – rupanya saya salah perkiraan. Jadi sebab mak saya kerja dekat daerah lain. Saya cuma boleh call mak saya dan ceritakan satu persatu kejadian yang berlaku. Saya fikir, kalau saya ceritakan dekat mak saya, mak saya akan ambil tindakan tegas dekat B sebab mak saya perempuan.

Mesti mak saya faham perasaan bila rasa macam maru4h dan harga diri kita kena pij4k. Mak saya terkedu bila dengar cerita saya dan sebab waktu saya call mak saya tengah kerja. Jadi mak saya cuma kata kat saya yang nanti mak saya akan fikirkan apa yang berlaku.

Semestinya saya tak sangka yang petang tu saya dapat call dari mak saya, beliau menangis – nangis dan kata yang mak tak rasa B akan sanggup buat macam tu. Mak saya kata yang bila beliau call B, B menafikan tuduhan yang saya Iemparkan dekat dia.

Saya takde bukti. Tapi pengalaman saya berulang kali kena kejadian macam tu buat saya yakin yang B memang intai kami mandi. Sebab B satu – satunya adik beradik lelaki yang saya ada. Tiba – tiba besoknya mak saya balik.

Bila mak saya balik, mak saya terus bawak B keluar dan mak saya kata dekat saya yang beliau nak tanya depan – depan muka betul ke tak dia tak buat benda tu. Beberapa ketika kemudian, mak saya dengan B balik. Balik macam biasa, macam takde apa pun berlaku.

Balik dan lepas tu boleh gurau – gurau lagi. Saya dan P terk3jut. Kenapa mak saya boleh bergurau lagi dengan B sedangkan sebelum tu mak saya menangis. Saya tanya mak saya, mak saya kata yang B mula – mula menafikan tapi lama – lama baru dia mengaku.

Saya tanya mak periksa tak hanset dia. Mak saya senyap je. Saya dan P memang tak puas hati. Rasa macam hak kami tak ditegakkan. Kami bukan kena rakam, intai, r4ba dengan orang asing tapi d4rah daging kami sendiri!

Tapi kenapa mak saya tak ambil serius benda ni!!. Jadi lepas tu mak saya terus pergi balik dekat daerah tempat mak saya bekerja. Minggu depannya, sebab saya dan P betul – betul tak puas hati dan rasa macam kena ani4ya.

Jadi, P buat keputvsan nak tanya mak saya kenapa mak saya buat keputvsan macam tu. Waktu P tanya mak saya tu, saya dekat luar rumah tengah basuh baju. Bila saya masuk rumah apa yang saya nampak memang buat saya sedih.

P menangis – nangis depan mak saya sambil mak saya tanya dia apa yang dia tak puas hati dengan B! Cakap dekat dia. Mak saya panggil B suruh duduk sekali dalam perbincangan tu. Mak saya kata kita selesaikan semua benda ni hari ni.

Apa yang P tak puas hati sangat dekat B. Nada mak saya waktu tu… sedih sangat. Mak saya macam p4ksa P, macam marah P. Tapi P tak cakap apa – apa, dia menangis je sampai tersedu – sedu. Saya tak sampai hati tengok, P kecil lagi baru nak masuk zaman sekolah menengah.

P tu adik perempuan saya, yang bila saya ada masalah saya cerita dekat dia. Bila tengok dia macam tu saya pun nak masuk campur dalam perbincangan tu tapi abah saya halang. Tapi benda ni melibatkan saya jugak jadi saya pun masuk dalam perbincangan tu.

Saya cakap semua benda yang berlaku. Saya p4ksa dia, saya tanya dia betul tak dia rakam saya dan P tukar baju. Betul kan dia yang buat lubang dekat pintu tandas. Betul kan dia intai kami mandi! Dan dia mengaku. Dia mengaku!

Waktu tu saya minta hanset dia, saya nak tengok sendiri sama ada video tu ada tak dalam phone dia. Tapi sebab saya ni tak berapa pandai dengan teknologi saya tak jumpa apa – apa. Tapi saya tahu setiap hanset ada fungsi untuk hide album cuma saya buta teknologi.

Lagipun waktu tu mak saya perhati saya macam nak marah jadi saya bagi semula hanset dia. Saya ingat bila dia mengaku mak saya akan marah dia, pukuI dia, r0tan dia. Saya tanya kenapa dulu waktu saya kecil saya kena r0tan, t4mpar, kena kurung dalam tandas yang gelap, kena laga kepala dengan kakak saya bila kami berg4duh, bila saya buat salah.

Tapi bila B buat salah besar macam ni mak saya cuma nasihat dia. Tapi last – last saya yang kena semula. Mak saya tanya saya, saya ni sebenarnya pertikaikan didikan mak saya ke? Mak saya kata yang saya ni rasa mak saya tak pandai didik anak.

Menangis saya dekat situ. Apa yang saya maksudkan adalah kenapa dulu bila saya kecil, bila umur saya masih tak m4tang saya kena denda setiap kali saya buat salah. Tapi bila B yang dah m4tang, dah besar pandai beza baik buruk buat, mak saya cuma nasihat dia je.

Mak saya kata yang nanti B member0ntak. Jadi mak saya pilih langkah paling mudah, nasihat. Saya dan P tak puas hati, apa yang kami lalui sangat menyedihkan. Kenapa kami tak dapat pembeIaan. Lepas tu, mak saya suruh B minta maaf dengan kami.

B minta maaf cuma dia minta maaf sambil gelak. Sambil gelak! Macam maru4h dengan harga diri kami ni bahan jenaka bagi dia. Tapi apa yang saya dan P boleh buat? Kami kecil lagi. Saya SPM pun tak habis lagi. Kalau kami lari rumah pun apa yang kami boleh buat?

Kami kena simpan rasa tak puas hati, kecewa, marah, jijik, dend4m semua benda di dekat lubuk hati yang paling dalam sekali. Mak saya anggap benda ni dah settle. Hal ni dah tak boleh dibangkitkan. Jadi, tak kiralah walaupun kami terIuka sampai rasa nak menangis air mata d4rah pun.

Kami tetap tak boleh buat apa. Saya fikir banyak kali, apa salah kami? Kenapa kami kena macam ni? Dekat rumah, saya dengan P bukan pakai baju ketat, seluar ketat. Pakaian kami semua longgar. Kami tak pernah peIuk civm B.

Jadi kenapa dia buat kami macam ni? Iktibar yang saya nak semua ibu bapa ambil dari cerita saya adalah

1. Saya harap sangat ibu bapa sekalian ambil langkah untuk asing tempat tidur anak – anak ikut jantina. Silap mak dan abah saya adalah sebab P dan B tidur sekali dengan mak dan abah saya walaupun dah masuk sekolah menengah sebab bilik mak dan abah saya ada aircond.

Sebab tu B boleh r4ba adik saya. Asing tempat tidur ni penting sangat dan kalau boleh pastikanlah yang dalam bilik anak perempuan ada tandas dia sendiri. Saya tandas asing dengan bilik jadi setiap kali saya nak guna tandas saya kena keluar dari bilik.

2. Saya harap ibu bapa peka dengan em0si anak – anak mereka sendiri. Lepas apa yang berlaku mak dengan abah saya tak pernah tanya kami okay tak? Mak dengan abah saya tak tahu yang setiap kali P nak peri0d dia akan menangis dekat saya.

Waktu nak peri0d, em0si dia akan tak stabil. Jadi dia akan selalu menangis setiap kali dia teringat kejadian tu. P sekarang akan meremang bulu r0ma setiap kali dia tersentuh tangan atau berselisih dengan budak lelaki kelas dia.

Mak dan abah saya tak pernah tahu yang saya banyak kali fikir nak bvnvh diri. Saya pernah letak pis4u dekat pergelangan tangan saya tapi saya takut nak keIar. Sebab saya takut dengan az4b Allah bagi orang yang bvnvh diri.

Mak dan abah saya tak tahu yang em0si kami berdua tak pernah stabil. Yang setiap kali saya masuk tandas, tak kiralah tandas awam atau dekat sekolah. Saya akan rasa macam kena perhati. Adik saya P dah jarang bercakap, dia jadi pendiam, intr0vert dan tak bergaul sangat dengan kami.

Dia selalu duduk dalam bilik main phone. Kalau tak pun buat kerja sekolah. Bila keluar dari bilik pun sebab nak tengok tv je.

3. Saya harap ibu bapa pantau penggunaan telefon pintar anak anak masing – masing. Sekarang ni zaman teknologi, kalau boleh semua orang nak ada telefon pintar masing – masing. Tapi kalau boleh, bagiIah telefon pintar dekat anak anak bila mereka dah m4tang, lepas SPM ke.

Saya tengok sahabat – sahabat saya yang agak susah dan takde telefon pintar ni, takde masalah sangat pun dalam nak buat kerja sekolah. Kalau ada apa – apa info yang cikgu maklumkan dekat group whatsapp, mereka boleh guna phone mak mereka untuk cek.

Mereka juga boleh berjaya dalam pelajaran mereka. Jadi, kenapa kena bagi hanset yang ada akses kepada internet dekat anak – anak yang muda lagi usia mereka? Dekat internet macam – macam mereka boleh layari.

Silap mak dan abah saya, mereka sangat manjakan kami. Abah saya takut kami bosan dekat rumah bila mak dan abah saya pergi kerja jadi abah saya sediakan kami komputer dengan internet untuk kami main game, tengok cerita dekat youtube dan lain – lain.

Waktu saya kecil, saya pernah tersurf satu video yang saya rasa pelik dekat youtube bersama dengan B. Waktu tu saya tak faham apa sebenarnya video tu. Tapi bila besar baru saya faham yang tu sebenarnya video p0rno.

Jadi, saya betul – betul harap yang ibu bapa boleh pantau penggunaan telefon pintar anak mereka supaya boleh mengawal kelakuan anak – anak mereka.

4. Didikan agama. Saya betul – betul harap yang ibu bapa akan terapkan didikan agama yang kukuh dalam sukma, jiwa anak – anak mereka sejak usia yang muda lagi. Ajar anak – anak untuk baca al quran setiap hari, buat solat berjemaah selalu dan ajar mereka pantang larang dalam agama.

Sebab mak dan abah saya selalu sibuk, jadi mereka hantar kami adik beradik ke pusat mengaji. Jadi saya belajar mengaji dekat situ. Apa yang saya nak kata, mak dan abah saya akan suruh kami sembahyang, tapi tak pernah periksa kami betul – betul sembahyang atau tidak.

Dulu, waktu saya kecil, saya pernah tipu yang saya dah solat sedangkan saya tak solat lagi. Tapi bila dah besar saya tahu benda tu salah dan akan selalu pastikan saya cukup solat 5 waktu. Tapi, B saya jarang nampak dia solat.

Kakak saya pernah tanya dia sembahyang dah ke dan dia jawab dah. Tapi lepas tu kakak saya kata yang dia tipu sebab kakak saya tak nampak pun dia keluar bilik ambil air wuduk dan lepastu B senyap tak menafikan dakwaan kakak saya.

5. Saya harap yang ibu bapa akan gunakan cara didikan yang lembut tapi still tegas dekat anak – anak mereka. Pastikan anak – anak hormat ibu bapa dan bukan takutkan mak ayah mereka sendiri. Janganlah gunakan kekerasan dalam mendidik.

Percayalah, tak semua masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan. Sebab waktu kecil dulu saya pernah kena r0tan, t4mpar apa semua tu, bila besar saya tak puas hati. Bagi saya kesalahan saya dulu adalah normal bagi kanak – kanak yang tengah membesar.

Kenapa kawan saya tak kena r0tan pun? Tapi kenapa saya kena? Tapi, abah saya setiap kali lepas r0tan saya mesti akan datang dan sapu minyak gamat dekat Iuka saya. Pendek kata, saya tulis cerita saya di sini sebab saya tak nak apa yang berlaku dekat saya berulang dekat orang lain.

Saya nampak apa yang peristiwa ni buat dekat P. P selalu marah – marah. Dia jarang senyum macam dulu dan dia bertambah baran. Adik saya dah berubah. Saya pun dah berubah. Dulu, lepas perbincangan tu memang kadang – kadang saya akan sindir B, tapi sekarang saya dah penat.

Saya penat nak tegakkan hak saya untuk marah dia. Dulu waktu perbincangan tu mak saya suruh pukuI B kalau saya nak puaskan hati saya. Tapi, saya tak sampai hati sebab apa pun B tetap adik saya. Sampai sekarang, saya tak tahu sama ada saya dah maafkan dia atau tak.

Percayalah benda macam ni tinggalkan kesan tr4uma yang mendalam dekat saya dan P. Walaupun saya cuba maafkan dia, parut yang dia tinggalkan sangat mendalam. Saya kecewa sangat dengan perbuatan dia.

Saya tak pasti admin akan post atau tidak confession saya ni tapi kalau admin post saya harap yang kalian boleh berikan nasihat kepada saya cara untuk hilangkan dend4m dalam hati saya.

Saya kadang – kadang fikir apa yang kena dan lalui tidak seteruk orang lain. Ada orang yang lalui perkara dan kejadian yang lebih teruk dari saya. Tapi, kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang saya rasai sangat kuat.

Terima kasih sebab sudi baca cerita saya walaupun saya tak pandai nak mengarang dan menyusun cerita ni dengan elok. Saya harap Allah akan sentiasa merahm4ti dan meIindungi kalian semua. – Kakak yang kecewa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Bari’ah Dzulkifli : Betul dik, telefon talian NUR. Hak awak mmg tak boleh dibeIa melalui ibu bapa macam tu. Simpan semua bukti. Ambil gambar sebagai bukti setiap kali nampak apa – apa perbuatan mencurigakan macam tu.

Mohon marah adik awak B, dan ugvt dia, awak dan P akan report polis. Masa tu tunjukkan semua bukti. Baru dia tau langit tinggi ke rendah. Pem4ngsa mcm B lagi suka orang takut – takut dengan dia. Lagi pulak makpak backup. Seri0usly, kena berani. U can do it.

Nurulhuda Amran : Maaflah, memang betul la tu mak awak tu tak pandai didik anak. Isu macam ni dia boleh ambil ringan? MasyaAllah, sedih sangat rasa. Anak laki buat salah tetap dibetulkan, anak perempuan juga yang salah. Allahu.

Tolong confessor, lagi sekali dia buat macam tu, tolong sep4k adik awak tu. Simpan hp sebagai bukti. Kalau ayah awak takde fungsi nak pr0tect awak dan adik, awak pr0tect diri sendiri, heret dia ke balai dengan bukti.

Initrah Hartini : Nampak tak mula – mula intai – intai, rekod, dah berani r4ba – r4ba / mencabuI. Risau nanti si B berani untuk lebih dari itu. Berhati – hati dik dah cepat bertindak, kumpul bukti dan report. Bilik tu sila kunci walaupun duduk sekejap ke lama ke tolong kunci.

Si adik P tu tolong mintak pindah bilik. Jangan dah duduk sebilik dengan B semata – mata nak aircond. Takpelah panas sikit asalkan nanti tak jadi benda sepatutnya.

Airin Abu Bakar : Pernah dulu masa saya mula – mula beli rumah dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air, ada yg komen buat ape bilik air banyak – banyak? Buat penat nak basuh je. Sekarang saya sangat bersyukur dapat asingkan bilik anak – anak lelaki dan perempuan seawal 4 tahun lagi.

Biarlah saya penat menyentaI bilik air pun asalkan dapat asingkan mereka sejak kecil lagi.Semoga terhindar perkara – perkara yang tak diingini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.