Sejak aku dan suami pindah tinggalkan ibu, ujian bertimpa-timpa. Anak aku s4kit, kewangan m4kin merosot. Gaji naik tapi masih tak cukup

Pelbagai dugaan, masalah demi masalah. Gaji dah naik tapi selalu tak cukup. Duit selalu pinjam tapi tak cukup lagi. Aku selalu tanya suami, kenapa dengan kita ya? Apa d0sa aku? Akhirnya aku dapat jawapan, kakak aku cakap sebelum ibu meninggaI dunia..

#Foto sekadar hiasan. Admin, sembunyikan profil saya ya. Apa salah aku? Apa d0sa aku? Doa seorang ibu boleh membawa kita ke syurga. Doa ibu juga boleh membuat hidup kita sengsara dan merana. Wahai para ibu sekalian, doalah yang baik – baik buat anak – anakmu.

Berilah keredaan buat semua anak kita, walau di mana jua mereka berada, supaya anak – anak kita tidak sengsara dan bahagia selamanya. Sekadar luahan perasaan. Aku telah berumah tangga dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kami tinggal berdekatan dengan rumah ibu aku dan ibu mertuaku. Hanya beza tak sampai satu jam. Suami aku bekerja kerajaan. Kami ada empat orang cahaya mata. Gaji suami biasa – biasa saja, tapi cukup segalanya. Kami dapat beli rumah dan kereta secara pinjaman. Alhamdulillah.

Suami aku sambung belajar dan lulus cemerlang. Suami dinaikkan pangkat dan dipindahkan bertugas di seberang laut. Bermulalah kisah duka hidup aku. Pada mulanya kami gembira kerana dinaikkan pangkat. Bertambah rezeki kami, tapi hakik4tnya episod duka menanti.

Ibu aku sedih kerana aku terp4ksa meninggaIkannya yang kurang sihat. Akulah yang menjaga ibu dan menguruskannya bila dia ada temujanji dengan doktor di hospitaI, kerana rumah aku berdekatan dengan hospitaI.

Walaupun kami ramai adik beradik, ibu mengharapkan bantuan aku untuk menjaganya. Bila aku terp4ksa berpindah ke seberang laut demi mengikuti suami. Ya, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Tapi ibu teramat sedih, ibarat jatuh ditimpa tangga.

Kata ibu, siapa yang akan bantu dan tolong ibu. Ibu s4kit. Kataku, “Ibu, anak ibu ramai. Semua boleh bantu. Isteri wajib ikut suami.” Ibu aku menangis pilu, langsung tidak gembira dengan kenaikan pangkat suami aku. Tapi aku pasrah. Aku terp4ksa tinggalkan ibu bersama adik beradik yang lain.

Bermulalah dugaan menimpa aku. Anak aku yang sihat dan aktif jatuh s4kit. Aku bawa anak aku pergi berubat dan teruskan juga berpindah ke seberang laut, mengikuti suami aku yang pergi lebih awal. Ibu aku menangis semasa menghantar aku di lapangan terbang.

Ibu sedih, teramat sedih. Menggenggam tangan aku, tidak mahu dilepaskan. Alhamdulillah, kami selamat berpindah. Terp4ksa meninggaIkan dua orang anak yang belajar di semenanjung, serta ibu dan keluarga semua. Aku masih sedih teringatkan ibu, tapi apakan daya. Demi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu juga.

Masa kami pindah di sana, pergerakan kami agak terbatas kerana PKP, musim kovit. Segalanya terhad, hanya mundar – mandir dalam kawasan rumah. Selepas PKP, bermulalah episod duka kami. Ibu jatuh s4kit. Aku sedih dan pulang ke kampung bersama suami untuk menziarahi ibu.

Bila kesihatan ibu agak reda, aku terp4ksa tinggalkan ibu. Ya, ibu sedih lagi. Aku tak cakap banyak sebab aku tahu ibu tak mahu aku tinggalkan ibu. Hari berganti hari, ibu jatuh s4kit lagi. S4kit ini teramat s4kit, s4kit terakhir bagi ibu.

Ibu terp4ksa dimasukkan ke wad. Aku dah ambil tiket ke KT untuk balik menjaga ibu, tinggalkan anak sekolah pada suami. Aku minta izin dari suami untuk menjaga ibu di hospitaI. Bayangkan masa itu musim kovit lagi, tiket berganda mahalnya.

Kewangan kami agak menipis sebab dah habis bayar kuarantin, swab test lagi. Beribu – ribu duit habis. Tapi demi ibu, aku redha. Ada kawan aku taw4rkan bantuan, minta aku balik juga jaga ibu. Ya, aku akan balik. Dah siap kemas – kemas, berita baru dapat keadaan ibu teramat tenat. Ibu kritikaI.

Suami aku cari tiket segera, tiket kec3masan. Harganya tiga kali ganda. Allahuakbar. Kami dah usaha sehabisnya untuk jumpa dengan ibu. Tapi Allah SWT lebih menyayangi ibu. Ibu pergi menghadap Yang Maha Kuasa. Setiap detik, setiap masa semasa dalam perjalanan balik, aku hanya berdoa, “Ya Allah, izinkanlah h4mba-Mu ini berjumpa dan menatap serta mengucup ibu buat kali terakhir. Tolonglah, ya Allah.”

Setiap masa dapat panggiIan dan WhatsApp bertanya di mana keberadaan kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Tiada kata – kata yang dapat diluahkan. Hanya doa aku pahat, “Tolonglah aku ya Allah, mahu jumpa ibu.”

Akhirnya kami sampai dan dapat jumpa ibu sebelum dikebumikan. Alhamdulillah. Episod demi episod duka, dugaan demi dugaan, kami hadapi selepas kem4tian ibu. Selepas beberapa hari ibuku meninggaI dunia, anak aku yang sedang belajar jatuh s4kit sehingga ke ICU.

Rasanya lima enam kali juga terp4ksa ditidurkan, tapi keadaannya stabil. Selepas itu, anak aku yang ketiga pula jatuh s4kit. Ulang – aliklah kami naik ke KT dengan tiket yang agak mahal. Sem4kin tipis lagi kewangan kami.

Terp4ksa berhutang sana sini. Kami lemah longlai tidak bermaya, tapi demi anak – anak, kami terp4ksa gagahi juga. Selepas episod anak s4kit, berita lain pula kami terima. Nenek s4kit tenat, mungkin sedih kehilangan ibu. Kami balik lagi ke kampung. Tapi akhirnya nenek pula meninggaIkan kami. Allahuakbar.

Tak sampai dua tahun kami pindah, dah enam kali kami ulang alik dari sana ke kampung. Allahuakbar. Dengan harga tiket yang mahal, bayangkanlah.. Suami ambil keputusan untuk berpindah semula ke semenanjung atas alasan anak s4kit, tak tertanggung dah nak ulang-alik.

Alhamdulillah dipermudahkan dan diluluskan. Akhirnya kami berpindah ke negeri pantai timur. Letihnya pindah randah. Kata orang – orang sana tak puas berkawan dengan kami. Baru saja kenal dah nak pindah. Katanya, kami ini orang baik – baik. Huhu. Ya, kami selalu buat baik.

Orang baik pun menanggung banyak masalah. Huhu. Dugaan demi dugaan, masalah demi masalah. Aku selalu berfikir, apa salah aku, apa d0sa aku. Kenapa gaji naik tapi selalu tak cukup – cukup? Duit selalu pinjam, tapi masih lagi tak cukup – cukup juga.

Aku selalu tanya suami, kenapa dengan kita ya? Padahal dah bertambah, tapi tak cukup – cukup juga. Lepas dikira – kira, dihitung – hitung, tak cukup juga. Aku teramat hairan. Apa salah aku? Apa d0sa aku? Akhirnya aku mendapat jawapan, apa salah aku, apa d0sa aku.

Semalam, ada seorang yang aku kenali cerita pada aku. “Akak tahu tak kenapa akak rasa sengsara, tak senang dan tak bahagia selama akak pindah dan tinggal di sana? Pelbagai dugaan menimpa akak. Akak tahu tak, sebenarnya… ibu tidak reda akak berpindah ke seberang laut. Ibu mengharapkan akak menjaganya. Sebab bagi dia, akaklah yang boleh menjaga ibu. Tak sama dengan yang lain. Dia sedih, Kak. Sedih sangat akak tinggalkannya. Dia tak reda…”

Ya Allah, baru aku tahu. Baru aku sedar. Selama ini aku pergi tanpa reda ibu. Ibu, ampunilah anakmu ini. Aku terik4t sebagai seorang isteri. Tempat isteri di sisi suami. Ya Allah, ampunilah ibuku. Tempatkanlah dia dalam kalangan para solehah. Aku doakan syurga buatmu, Ibu. Aamiin yarabbal alamin.

Komen W4rganet :

Nur Sirah : Apa yang awak buat itu betul. Tempat awak di sisi suami. Sekalipun ibu awak tak reda, tak ada bagi kesan apa – apa pada awak. Dia ibu awak, tapi awak hak suami. Mungkin arw4h ibu yang tak faham kedudukan awak di mana, atau awak anak kesayangan dia.

Tentang ujian s4kit yang datang bertimpa – timpa, itu tanda Allah nak naikkan darjat awak kerana awak pilih suami. Orang yang Allah sayang, Allah akan uji dan terus uji. Jangan pernah menyesal dengan keputusan awak. Mungkin asbab awak taat pada suami, sekarang ibu awak di tempat orang – orang yang beriman dan bahagia di alam sana.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.