
Mak aku datang rumah aku. Selalu cakap dah insaf, menyesal, tr4uma, tak nak kenal lelaki dah. Sekejap je insaf. Belum habis eddah, mak dah bercinta, siap plan nak kahwin…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku ada sikit nak meluah. Mohon admin sorokkan nama aku ye. Maaf sebab agak panjang sikit. Sebelum ni aku memang berasal dari keluarga yang bermasalah. Aku berjaya bawa diri, duduk di Bangi sebab sambung belajar dan terus menyewa dekat sana sendiri.
Aku rasa tenang sebab jauh dari keluarga yang t0ksik. Dari kecil aku akan dipukuI teruk kalau mereka tak puas hati. Mak aku panggil aku dengan nama nama binatang, anak h4ram sebab aku tak ada ayah kandung. Ayah sekarang ialah ayah tiri.
Aku tahan sampai besar, sebab tu aku tak rapat dengan mak aku. Aku pernah teruk kena sampai berd4rah – d4rah, kena tidur luar rumah sebab lupa masak nasi. Kena marah, carut sebab tak jemur baju. Macam – macam lagiIah… Aku duduk sorang – sorang dekat Bangi, makan ke tidak pun keluarga tak peduli.
Sampailah tahun lepas mak aku bagitahu ayah aku ada perempuan lain. Mak aku menangis – nangis, murung, asyik meluah dekat aku sebab adik – adik semua lelaki dan masih belajar. Aku sebagai anak perempuan hanya dengarkan. Sebab aku dengan mak aku tak rapat.
Lama – lama nampak macam dia dah insaf, dah tak ego tinggi, dan dah tak ganas macam dulu. Mak aku datang melawat rumah sewa aku. Selalu cakap dah insaf, menyesal, tr4uma, tak nak kenal lelaki dah, nak fokus perbaiki diri. Aku iyakan je…
Sampailah 28 Ogos tahun lepas aku berkahwin. Mak aku merayu minta aku dan suami pindah ke rumah dia. Alasan sebab dia duduk seorang, tak ada kawan, sunyi. Suami aku tak kenal per4ngai mak aku lagi, dia pun setuju untuk pindah. Aku pun terp4ksa berhenti kerja untuk ikut suami.
Mula – mula pindah okay je… tak lama lepas tu aku disahkan mengandung. Alhamdulillah tak ada alahan teruk cuma kadang – kadang senang nak pitam. Lepas tu perlahan – lahan mak aku mula buat per4ngai lama dia. Kerja rumah langsung tak buat, semua lepaskan dekat aku.
Makan minum tak basuh, masak maggi, kuali biar atas meja. Habiskan biskut untuk aku alas perut. Langsung tak peduli orang belakang bila makan. Maksudnya, aku masak sekali untuk suami tapi dihabiskan sampai aku kena masak lagi sekali.
Mungkin salah aku sebab tak asingkan, tapi aku tak larat sangat dengan mengandung ni. Cepat penat. Asal dapur dah bersih je mesti kotor balik, mak aku yang buat. Lagi teruk kalau adik aku balik dari asrama. Makan minum tak basuh, bersepah dapur, ruang tamu, bilik dia… aku juga yang kena kemas.
Pernah rumah sepah sikit, aku tak larat nak kemas, mak aku sindir “duduk rumah goyang kaki, kerja rumah langsung tak boleh buat.” Lepas tu mak ambil tempahan buat nasi ambeng. Segala periuk dia guna, dia tak basuh balik, tinggal je macam tu, aku yang kena basuh.
Kalau tak, biar sampai berkulat. Sampah bertimbun dalam sinki, penuh campur pinggan mangkuk dia guna untuk sediakan nasi ambeng. Lepas tu jenis mak aku ni dia geli nak pegang ayam mentah, jadi ayam 5 – 6 ekor tu aku yang kena bersihkan satu – satu.
Berdiri lama dekat sinki sampai s4kit pinggang, pening kepala. Sebab sebelum ni kalau ayah aku ada, semua ayah aku yang buat – kerja rumah, basuh baju, tak masak pun tapau je, jemur baju. Kalau ada tempahan nasi pun semua ayah aku yang uruskan. Mak aku cuma masak. Aku masih sabar…
Sekarang ni, dia berangan nak berniaga jual nasi ambeng. Aku dah terbayang keadaan rumah nanti, mesti aku yang kena kemas semua dengan sarat mengandung ni. Tak lama lepas tu, atuk nenek pula pindah duduk dengan kami sebab rumah yang mereka duduk tu, makcik ambil balik.
Nenek atuk kena halau. Disebabkan semua anak – anak atuk nenek tak peduli, mama buat keputusan atuk nenek pindah tinggal dengan kami. Bila atuk nenek ada, mak aku m4kin besar kepala. Langsung tak peduli hal dalam rumah. Kadang – kadang aku tak larat, atuk nenek yang tak berapa sihat tu masak untuk kami semua.
Belanja barang dapur semua atas tanggungan suami aku. Mak aku tak ada hulur pun sebab dia cakap gaji kerja dia kecil, nak bayar kutu RM600, tak cukup nak beli barang dapur. Baju adik bongsu aku pun mak aku tak urus, semua nenek yang basuh.
Nasib baik aku asingkan baju aku dengan suami sebab aku tahu nenek bukan jenis duduk diam. Mesti semua dia buat – menyapu, mengemop, mengemas… walaupun jalan dah tak kuat, bertongkat. Tak lama lepas tu, mak aku bercerai. Masa dalam eddah lagi, mak aku bercinta dan plan nak kahwin dah.
Hari – hari on call, video call, tak peduli pun keadaan atuk nenek – makan ke tak – semua aku yang urus. Sampai satu hari tu mama cakap, “asal atuk tak kerja? Orang tua lain boleh je kerja.” Padahal atuk aku pakai beg k3ncing, pernah operate buang separuh usus sebab Iuka dalam usus.
Lvka operation pun tak kering, sentiasa berair. Tapi atuk kerja balik sebab dengar cakap mak aku. Sebab atuk cakap “yerlah kan menumpang, kena sedar diri.” Aku str3ss sampai hypertensi. Kena pergi kIinik checkup dua hari sekali. Nurse bising tanya kenapa aku tak cukup rehat ke… aku senyum je.
Sebab kerja rumah kalau aku tak kemas, tak basuh, tak masak – nenek yang akan buat. Sampai atuk str3ss, aku pula yang kena marah hari – hari dengan atuk. Ada je benda tak kena… mak memang tak peduli. Lepas tu semalam mak dapat tahu ayah cakap kalau mak kahwin, kena keluar dari rumah yang kami duduk ni sebab ni rumah ayah.
Lepas tu mak tak boleh terima, mak macam nak meng4muk. Sebab mak dah plan kalau kahwin dengan lelaki tu, nak bawa dia duduk dengan kami. Aku pun tak suka sebab tak selesa, lagi – lagi bakal bersalin tak lama lagi. Semalam mak aku bagitahu suami aku, “jangan rasa apa – apa duduk rumah ni. Duduk je. Mak sayang menantu mak macam anak mak sendiri.” Mana tahu kamu terasa sebab anak mak buruk – burukkan mak. Sampai kamu rasa nak pindah…”
Depan aku mak aku cakap macam tu. Padahal dalam WhatsApp, mak aku cakap “untung tinggal free, selesa hidup, basuh baju pun pakai dryer, tak payah bayar sewa, apa semua… memang patutlah kena buat kerja rumah, beli barang dapur…” Dan chat tu suami aku baca.
Dia diam je sebab dia masih perlahan – lahan kenal per4ngai sebenar mak aku. Memang kami plan lepas anak lahir, kami nak pindah rumah… Sekarang ni aku cuma bertahan demi anak… dan banyak berkurung dalam bilik je. Untuk pengetahuan korang, total tanggungan suami dalam rumah – 6 orang termasuk diri dia. Lepas tu mak mertua tiap bulan suami kirim duit sebab mak mertua jauh di Sabah dan tak sihat. Ada adik sekolah lagi, tingkatan lima.
Komen Netizen :
Eve Nina : Betul dah planning awak berdua tu… keluar dari rumah secepat mungkin. Aku percaya je memang ada juga jenis mak kandung macam ni. Selalu kan dalam masyarakat kita ni, yang dapat gelaran macam tu selalunya mak tiri je yang buat dekat anak tiri, ataupun mak mertua yang tak suka dengan menantu.
Lepas ni fokus je pada kehidupan awak berdua. Atuk nenek tu, nak tak nak biar je lah mak awak yang handle, dah alang – alang mereka duduk sekali dekat rumah tu. Semoga mak awak betul – betul insaf dengan apa dia dah buat, apa dia dah cakap dekat awak. Mak pun dah m4kin berumur, patutnya lebih sedar diri. Doakan je lah mak awak tu diberi hidayah oleh Yang Maha Esa…
Wn Maidah : Pindah sekarang je lah sis, tak payah tunggu bersalin baru nak pindah. Tak payah hidup dalam suasana t0ksik. Kesian dekat diri sendiri dengan suami sis tu, penat lelah cari rezeki untuk sis sekeluarga. Harap sis pertimbangkan betul – betul.
Memang betul syurga di bawah tapak kaki mak, tapi lepas kahwin syurga sis ada di bawah tapak kaki suami sis. Pindah lah sis… kesian dekat baby dalam kandungan tu juga, kalau sis asyik str3ss, baby tu pun str3ss sama. Apa – apa pun, sis solat istikharah, minta petunjuk dari Allah S.W.T.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.