Setiap hari ayah yang jaga kami, bagi kami makan sebab ibu selalu balik lambat. Satu hari ibu balik kerja tengah malam, sampai je rumah ayah simbah air dekat ibu. Aku terk3jut, depan mata..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum aku adalah Dalia (bukan nama sebenar) aku berasal daripada keluarga yang sederhana tidaklah kaya dan tidaklah miskin. Jadi sekarang aku merupakan seorang gadis yang masih menuntut ilmu di kolej dan menanti graduasi untuk diploma.
Tujuan aku menulis adalah sebab aku agak bosan dan saja nak share sebab korang pun tak kenal aku siapa kan. Sekarang aku akan cerita kan kisah yang berkaitan dengan tajuk harini. Aku merupakan seorang gadis yang masih terper4ngkap dengan masa lalu.
Aku cuba untuk keluar daripada bayangan hitam itu tetapi aku gagal untuk melakukannya. Sudah 7 tahun aku mencuba tetapi ianya sering mengh4ntui diri aku sehingga kini. Pembaca semua pasti tertanya – tanyakan kisah apakah yang membuatkan si penulis ini masih terper4ngkap?
Dulu aku merupakan seorang gadis yang periang. Aku juga merasakan seperti hidup aku penuh dengan w4rna w4rni sehingga satu hari segala w4rna w4rni itu berubah sekelip mata menjadi hitam putih. Aku merupakan anak ketiga di antara 4 adik beradik dan aku juga merupakan seorang puteri di antara putera – putera di dalam rumah aku.
Ibu bapa aku telah bercerai ketika aku berusia 12 tahun dan adik bongsu aku berusia 6 tahun. Di sinilah bermulanya kisah kenapa gadis itu terper4ngkap di masa lalu. Aku tahu jodoh, ajaI dan m4ut itu di tangan Tuhan.
Siapakah aku untuk mempertikaikan semua takdir yang telah tertulis, cuma aku masih sedih dan terkilan dengan sikap mereka. Aku seorang anak yang mengetahui segala punca kenapa ibu bapa aku bercerai. Perkara yang aku tidak boleh terima adalah aku merupakan saksi mendengar bapa aku melafazkan cerai kepada di malam itu.
Mereka bercerai mungkin disebabkan ego, salahfaham dan tiada persefahaman di antara satu sama lain. Kenapa aku kata mereka ego sebab ibu aku seorang wanita yang independent dan dia tetap teguh dengan pendirian dia.
Kalau dia sedih macam mana sekali pun, aku tak pernah nampak dia menitiskan air mata dia di hadapan anak – anak. Dia seorang wanita yang kuat hadapi c4baran dan dugaan yang sering menimpa dia. Ibu aku juga seorang wanita yang kadang – kadang lembut dan seorang yang garang, okay itu basic la sebagai seorang ibu.
Tetapi ada je keburukan dia, dia sanggup meninggaIkan anak – anaknya demi mencari duit dan sebab apa dia cari duit sebab bapa aku seorang yang berkira dan seorang yang mengungkit. Jadi dia mengambil jalan penyelesaian untuk bekerja tetapi sejak dia bekerjala segalanya berubah.
Bapa aku seorang lelaki pertama yang aku sayang dan dia lelaki pertama yang meny4kiti aku, tetapi bukan la daripada segi fizikaI tetapi daripada segi mentaI. Bapa aku seorang yang baik, seorang yang lemah lembut tetapi aku tidak suka daripada sikap mengungkit, kedekut dan juga sikap sering mempunyai wanita lain.
Kisah hitam ni berlaku pada bulan puasa. Masa tu, kami sekeluarga lepak di depan tv and spend time sama – sama. Then abah aku pun pergi lah mandi sebab dia baru balik daripada kerja dan tiba – tiba ibu aku mendengar satu notifikasi masuk daripada facebook abah aku.
Bermula daripada sini lah ibu aku berg4duh dengan abah aku dan abah aku tidak mengaku dan dia meminta maaf kepada ibu aku. Ibu aku juga memaafkannya dan memberi peluang tetapi abah aku menyia – yiakan peluang yang diberikan ibu.
Sampai satu masa, ibu aku membaIas semula perbuatan yang abah aku buat kepadanya. Ibu aku kenal dengan seorang lelaki tapi aku tak tahulah daripada mana sebab ibu aku seorang suri rumah dan mungkin dia kenal daripada FB.
Bermula daripada sini, ibu aku sentiasa busy main fon dan aku sering melihat apa yang berlaku di antara mereka. Mereka sering bertengkar dan tak hiraukan anak – anak mereka. Ibu aku juga membuat keputusan untuk bekerja tetapi adakah benar dia bekerja?
Aku pun tidak pasti, dia sering balik tengah malam dan kadang – kadang dia tak balik. Ke manakah ibu aku pergi? Banyak persoalan yang timbul di dalam fikiran aku. Bapa aku pula, hari – hari menanti ibu pulang dan tanya, “kau g mana balik malam macamni, anak masih kecik” dan dia menghiraukan pertanyaan abah.
Semenjak daripada itu, abah tidak lagi mengongkong ibu dan abah yang memberi kami adik beradik makan. Dia yang masak lepas balik kerja bagi kami 4 beradik makan dan ibu masih tiada di rumah. Pada satu hari, terbongkar la satu kebenaran dan hati aku h4ncur bagaikan dir0bek sedangkan waktu tu aku merupakan seorang gadis 12 tahun yang ingin mencipta pelbagai kenangan yang seronok untuk dunia kanak – kanak aku.
Sekelip mata sahaja dunia aku tenggelam bagaikan ditenggelam dan diIemaskan oleh orang lain. Waktu itu pukuI 11 malam, aku berpura – pura untuk tidur dengan adik bongsu aku dan waktu tu juga abah kerja shift malam dan ibu aku keluar selepas abah keluar bekerja.
Tapi yang peliknya waktu tu ibu aku tak seperti nak pergi kerja, tapi ke manakah dia pegi? Dan waktu itu aku terdetik nak selongkar almari dan semua la tapi aku tak jumpa apa – apa dalam almari dan TIBA – TIBA aku terjumpa fon bawah bantal.
Mungkin itu fon dia lagi satu dan aku pun cuba untuk membuka. Aku terkaku, hati aku h4ncur, kaki aku lemah longlai ketika itu. Aku terduduk dan menggigil melihat gambar yang aku nampak di dalam gallery nya. Gambar dia dengan seorang lelaki berpeIukan dan macam – macam lah. Aku menangis aku terkilan dengan apa yang berlaku.
Tiba – tiba ada satu panggiIan masuk, iaitu panggiIan daripada lelaki tersebut. Sampai sekarang muka dan nama lelaki itu masih terngiang – ngiang di dalam kepala aku. Pada satu hari, ibu membawa aku dan adik ke reunion rakan – rakan sekolah dia tetapi dia membawa aku dan adik aku menjemput lelaki tersebut.
Ibu suruh aku untuk diam dan jangan bagitahu dekat abah. Aku pun berpura – pura tidur dan menutup muka aku dengan selimut dan aku mendengar perbualan mereka di dalam kereta. Aku menangis, aku h4ncur dalam diam.
Ibu kata mereka hanya kawan tapi kenapa sampai mempunyai panggiIan yang bukan seperti kawan. Aku tak tahu la benda yang berlaku ni nak salahkan siapa dulu. Mungkin ibu menyimpan d3ndam terhadap perbuatan abah yang tak pernah nak berubah. Mungkin mereka memang tak bersefahaman.
Akhirnya abah ceraikan ibu. Aku masih ingat lagi kejadian tersebut, malam. Waktu itu ibu baru balik daripada kerja dan abah terus menyimbah air ke muka dia dah aku terkedu waktu tu. Dahlah aku je depan tv tengah malam, tiba – tiba aku nampak mak ayah macamtu, tak ke terk3jut? Tr4uma?
Setelah jatuhnya talak 1 ibu mencivm aku dan menasihati kami adik beradik sebelum dia melangkah keluar daripada masjid yang dia dengan abah aku bina. Bermula daripada inilah aku sering terper4ngkap dengan masa lalu.
Aku takut untuk berkahwin dan aku taknak anak – anak aku merasa pend3ritaan yang aku rasa. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, mungkin ada sambungannya dan mungkin takkan ada. TERIMA KASIH SEMUA.. – Dalia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mahfudz Mohamad Nor : Yang lalu biarlah berlalu, yang kita ni sendiri boleh tentukan tindakan kita macam mana untuk masa depan yang nak tiba ni. Satu pengalaman besar dalam hidup pernah lihat mak ayah sebegini, tak mudah dan boleh tr4uma, tapi apapun ya – mak ayah kau bukan kau, kau boleh buat yang baik untuk diri kau sendiri.
Jangan buat kesilapan yang sama dengan orang lain. If you need help, find help ok. Jangan biar apa yang orang lain buat hantui kau selamanya. Allah pilih kita hanya untuk ujian yang kita mampu hadapi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.