
Gaya hidup dan keinginan isteri aku agak tinggi. Apa yang diaminta aku akan cuba berikan dengan cara aku berhutang. Dia suka makan di kafe viral dan baju raya mesti nak yang harga RM400 hingga RM600. Lagi pun, isteri aku baran dah pernah mengungkit hal duit. Ibu mertua pula suka bandingkan dengan anak lain..
#Foto sekadar hiasan. Aku memerIukan pandangan yang ikhlas. Tak tahu nak mula dari mana, tapi aku cuba. Hidup aku penuh dengan hutang kad kredit dan juga pinjaman peribadi. Semuanya dari bank rasmi dan bukan daripada ah l0ng. Untuk pengetahuan, hutang kad kredit aku jumlah keseluruhan RM40,000 daripada bercinta hinggalah kahwin dan RM30,000 pinjaman peribadi.
Sebenarnya hutang aku ini berlaku selepas berkahwin. Ada juga sebelum kahwin tapi aku sudah selesaikan dulu, cuma jadi balik. Aku seorang yang sangat sederhana. Makan dan perbelanjaan itu kalau boleh aku nak jimat sangat, tapi sebab sudah berkahwin ini, aku perasan isteri aku tak berapa berkenan hidup macam ini.
Isteri aku ada gaya hidup dan keinginan yang aku rasa agak tinggi. Selama berkahwin aku selesaikan segala komitmen, dari rumah hinggalah makan minum. Alhamdulillah Allah bantu. Isteri aku ini seorang yang panas baran juga macam aku, tapi aku banyak diam.
Banyak kata – kata dia yang buat aku s4kit hati, tapi aku pendam sahaja. Tapi dia baik sahaja dengan aku. Cuma kadang – kadang itulah, hahaha. Aku seorang yang sangat susah untuk kata tidak. Kalau isteri minta apa – apa aku akan cuba sediakan.
Dia suka makan di kafe – kafe dan baju raya mesti nak yang harga RM400 hingga RM600. Ya, apa yang isteri aku minta aku akan cuba berikan dengan cara aku berhutang, sampailah sekarang aku bayar kad kredit hanya minimum sahaja. Duit gaji aku, kalau dapat hari ini, esok tinggal RM900 sahaja selepas tolak segala komitmen.
RM900 inilah duit yang aku mampu untuk tanggung hidup kami berdua selama sebulan. Tapi kalau makan pun sudah RM100 sekali makan. Takkan pernah cukup. Aku dan isteri bekerja, tak sempat nak masak dan aku okey tak ada masalah dan selalu makan luar sahaja.
Kerja rumah semua aku buat dengan suka rela sampailah cuci tandas. Aku tak kisah dia tak buat apa sebab itu yang dia nak. Untuk pengetahuan, aku bekerja seharian dan balik pun malam, hanya ada rehat Sabtu dan Ahad sahaja. Nak cari duit lebih mungkin agak tenat.
Selama aku dapat gaji ini, aku tak dapat langsung buat simpanan. Sebab perbelanjaan makan dan lain – lain. Kami baru pindah rumah baru yang aku beli sebelum berkahwin. Disebabkan cara aku berbelanja sangat teruk, aku tak mampu nak beli meja makan dan segalanya.
Aku terp4ksa buat pinjaman peribadi untuk beli segala kelengkapan. Itu pun hanya cukup beli kipas, lampu, mesin basuh, kabinet dapur dan juga pendingin hawa sekali caj pemasangan. Lebih daripada itu kadang – kadang digunakan untuk perbelanjaan gaya hidup. Kad kredit pula ini hanya untuk belanja makan yang dia suka.
Dulu pernah aku cakap aku ada komitmen dan kadang – kadang tak cukup duit dan terp4ksa minta isteri tolong tanggung sikit. Tapi dia cakap, “Sampai bila nak hidup ada RM50 sahaja? Buatlah lebih sikit.” Sejujurnya aku terasa sangat dengan apa yang dia pernah cakap dan ungkit.
Kalaulah aku tak fikir panjang, aku sudah cakap semua hutang aku ini semuanya untuk puaskan keinginan dia. Dulu sebelum kahwin aku sanggup keluarkan duit simpanan aku untuk rumah sewa dia. Dan bila ada masalah di sana, keluar tanpa notis dan deposit yang dibayar itu hangus sahaja. Dan aku terp4ksa hidup penuh dengan komitmen.
Lepas dia cakap macam itu, sampai sekarang aku takkan minta duit dan cuba pinjam guna kad kredit dan juga pinjaman peribadi. Isteri aku tak tahu apa yang aku hadap. Aku diam dan teruskan hidup macam biasa. Tapi bila duit habis hujung bulan aku jadi macam tak tentu arah, fikir pasal duit sahaja sepanjang masa, segan dan macam – macam perasaan. Pandu kereta pun aku diam sahaja, fikiran melayang ke perkara lain.
Baru – baru ini isteri cakap nak beli kereta baru. Aku diam sahaja. Rumah masih tak ada sofa dan meja makan. Sekarang sudah perIukan kereta baru pula. Aku risau dia tak dapat buat pinjaman beli kereta sebab harga kereta mungkin tak sepadan dengan gaji dia. Dan aku risau juga kalau aku yang kena bayar.
Dengan isu yang aku ada ini, aku tak berani nak jamin untuk ada anak. Aku rasa sangat berisiko dan kadang – kadang dia cakap aku tak nak ada anak. Ibu mertua pula suka banding – bandingkan hidup dia dengan adik beradik sebab dia tak ada anak. Aku rasa tertekan.
Jadi kesimpulan aku, patutkah aku jujur dengan isteri aku dan bagitahu dia, dia ada pilihan untuk tinggalkan aku dan hidup cara dia dengan bahagia? Aku tak nak dia terp4ksa hidup susah dengan aku. Dengan isu aku ini, entah bila aku boleh beli barang – barang rumah tanpa ada tabiat hutang yang teruk ini.
Aku rasa serba salah kalau simpan lama – lama. Aku tak nak dia bazir masa hidup dengan orang macam aku. Aku pernah cuba cari kerja tambahan, cuma aku tak ada rezeki dan penat juga dengan kerja hakiki yang aku ada. Sudah dua tahun. Aku reda kalau dia cakap aku tak ada usaha.
Banyak aku fikir kalau bercerai, apa yang aku akan hadap. Tapi perceraian itu banyak bermain dalam fikiran aku seolah – olah ia satu jalan penyelesaian. Betul, aku mungkin suami yang lembik dan tak pandai mendidik isteri. Doakan aku. Terima kasih kerana membaca dan memberi pandangan.
Komen Netizen :
Kak Long : Tak perlu rasa bersalah pun. Kena berterus terang. Sebelum awak yang makan hati dengan per4ngai isteri yang tak pernah nak faham. Memang ada isteri yang macam ini, serba – serbi nak mewah dan tak faham susah suami. Terus terang lebih baik.
Jangan awak berlebihan sayangkan manusia, ingat isteri hanya pinjaman. Lagipun awak tak ada anak lagi, apa yang awak risaukan. Nak bahagia bukan awak yang harus mend3rita. Awak kena bercakap dengan dia dari hati ke hati. Awak ketua keluarga, awak kena bertegas kalau awak nak bahagia.
Anonymous Participant 543 : Cuba bagi isteri baca luahan ini. Aku dengan suami ada masalah yang sama. Aku ada duit, tapi aku minta duit pada suami sebab itu tanggungjawab dia. Suami aku jenis susah nak kongsi berapa gaji dia. Aku tanya dia ada duit atau tak, dia tak jawab.
Dia sangat susah nak kongsi bab kewangan, ego mungkin. Aku sebagai isteri tak tahu dia ada duit atau tak. Aku tetap minta bahagian nafkah aku. Kalau aku tahu dia tak ada duit, tak adalah aku nak ungkit hal nafkah aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.