
Dua minggu sebelum suami meninggaI, kami bincang soal rumah. Keluarga mertua sangat baik. Saya yakin keluarga mertua pasti tak akan abaikan saya dan anak – anak kalau apa-apa jadi dekat suami. Tapi tak sangka depan hakim mereka datang tuntut rumah yang cucu mereka tinggal..
#Foto sekadar hiasan. Saya Alya. Saya menulis ini bukan untuk membuka aib mana – mana pihak. Hanya secebis nasihat ikhlas atas pengalaman saya setelah bergelar balu. Sepanjang saya berkahwin, saya langsung tiada masalah dengan keluarga mertua.
Memandangkan saya sebatang kara di negeri ini, 80% hidup saya adalah dengan keluarga mertua. Saya tak punyai siapa – siapa, waima seorang sepupu pun di sini. Saya berpindah ke sini setelah bernikah dengan arw4h suami. Setiap kali cuti sekolah, setiap kali raya.. muka ni la dengan anak beranak ziarah mertua.
Menemani, membantu memasak dan meriuhkan suasana rumah kampung. Ipar – ipar jarang balik kerana susah cuti dan bekerja shift. Ke mana mertua nak pergi, kami bawa.. Langsung saya tidak berkira masa dan wang ringgit untuk keluarga mertua.
Sumpah, saya sayangkan kedua mertua macam ibu bapa sendiri. Kadang – kadang saya yang ‘over’ nak balik rumah mertua.. nampak tak di situ, betapa saya selesa, rapat dan sayangkan mereka… huuu… Apabila mertua ke bandar, rumah ini la mertua bermalam.
Even rumah anak – anak perempuan kandungnya ada sekitar sini, rumah ini jugak dia pilih untuk bermalam. Tapi setelah arw4h suami saya meninggaI.. keadaan bagai langit dan bumi. Saya tak tahu apa silapnya. Pada mulanya, saya seperti biasa.. tetap balik ke rumah mertua even suami telah meninggaI.
Tetap telefon dan menghulurkan duit jika pulang ke kampung. Tapi layanan mereka berbeza, tiada lagi panggiIan telefon bertanya khabar saya dan anak – anak. Tiada lagi kunjungan ziarah mereka ke rumah ini. Saya sejenis positif. Bersangka baik je.. even hati sedih.
Dah la hilang suami, rasa pulak terkontang kanting tanpa sesiapa di negeri ini. Memang hilang tempat bermanja sepenuhnya. Kemuncak rasa hati ini meIetup bila saya di Pusaka Kecil (urusan faraidkan rumah ini). Rumah ini nama bersama bersama arw4h.
Saya jelas dan faham berkenaan faraid. Bapa mertua pernah cakap, dia tidak akan tuntut waima sesen pun harta arw4h. Dia hanya berharap saya dapat besarkan empat orang cucunya dengan baik. Cukup makan, pakai dan pelajarannya.
Sepanjang dalam iddah, saya dan anak – anak langsung tidak dapat bantuan nafkah daripada keluarga mertua. 100% duit saya aturkan perbelanjaan kami anak beranak. Tapi saya masih lagi positif, even dapat rasakan layanan sudah berbeza.
Mungkin keluarga mertua beranggapan dia berlepas tangan dari segi nafkah kerana melepaskan bahagian faraidnya. Dua minggu sebelum arw4h suami meninggaI (kondisi dah teruk), kami ada berbincang soal rumah ini. Arw4h tanya, di mana saya nak duduk dengan anak – anak jika dia meninggaI.
Dia tahu saya tiada sesiapa di negeri ini. Raut wajah, jelas nampak dia bimbangkan saya dan anak – anak. Saya jauh dengan saud4ra dan d4rah daging sendiri. Saya dengan tenang, menjawab.. Rumah kita di sini, saya dengan anak – anak akan terus di sini. Ke mana lagi saya nak pergi.. harta kita, rumah ni sahaja.
Tambahan pula, keluarga mertua sangat baik. Saya yakin mereka pasti tidak akan abaikan saya dan anak – anak. Arw4h menambah, dia BERANI P0TONG JARI laa.. kalo ayahnya menuntut bahagian faraid rumah ini. Namun saya cuba meminta arw4h declare dengan keluarga mertua berhubung hutang arw4h (loan bank) yang menggunakan nama saya.
Saya berharap bila suami declare, keluarga mertua jangan la menuntut faraidnya kerana saya menanggung hutang arw4h. Lebih banyak amaunnya daripada hak faraid mereka. Tetapi arw4h sekali lagi berkata, dia BERANI P0TONG JARI kalau ayahnya menuntut rumah ini.
Namun apa yang saya gusarkan terjadi juga. Bapa mertua mahukan tuntutan faraid atas rumah ini. Di Pusaka Kecil, hakim meminta kami angkat sumpah untuk berkata yang BENAR – BENAR BELAKA setiap statement yang dikeluarkan.
Kami sama – sama mengangkat tangan bersumpah. Hakim menanyakan, anak – anak dibesarkan bersama siapa, kami tinggal di mana, dapat bantuan dari keluarga mertua tak, dah buat badal haji untuk arw4h ke, bagaimana dengan segala urusan hutang arw4h.
Saya menjawab apa yang betul. Anak bersama saya, duduk di rumah yang dituntut ini, telah membuat badal haji untuk arw4h dan telah melangsaikan segala hutang arw4h (kecuali hutang arw4h atas nama saya. Saya tak akan mampu bayar sedebuk.)
Hakim tanyakan lagi, sudahkah kami berbincangkan berkenaan faraid rumah yang dituntut. Saya jawab tidak kerana bapa mertua dah maklumkan, di mana dia tidak mahu sesen pun duit arw4h. Dia hanya meminta saya membesarkan empat cucunya dengan baik.
Sejurus itu juga, bapa mertua bersuara dan ingin menuntut bahagian rumah ini. Saya masih ingat lagi kata – katanya, kalau ikut dia. Dia kesiankan saya dan cucu – cucunya tetapi adik beradik arw4h yang lain menyuruhnya menuntut rumah ini atas alasan untuk kenang – kenangan.
Sungguh saya terkesima. Menitik – nitik air mata dan tersedu – sedu saya di depan hakim. Sampai hati ipar – ipar. Sungguh saya terk3jut dan kecewa. Tak sangka begitu busuknya hati ipar – ipar ni. Dan berganda tak sangka yang bapa mertua akur dengan cadangan ipar – ipar.
Rupa – rupanya saya sahaja yang menyayangi mertua seikhlas hati, mereka tak anggap pun saya ni macam anak dia. Masih orang luar. Saya sahaja yang terhegeh – hegeh rupanya. Jika mereka anggap saya ni anaknya, dia tak akan sampai hati buat saya macam ni.
Jika mereka menganggap saya ni adik beradik, mereka tak akan sampai hati perlakukan kami sebegini. Mereka tahu perjalanan hidup kami suami isteri. Suami pernah kena tipu dengan partner (loan atas nama saya). Rezeki tidak menyebeIahi arw4h suami even dia sangat rajin.
Suami kerja ON OFF atas pelbagai faktor terutama kesihatan. Sebahagian besar urusan perjalanan kewangan rumah ini, dari duit gaji saya. Berkenaan loan atas nama saya, saya tak menyesal. Saya ikhlas bantu suami saya. Satu nasihat ikhlas saya, jika la suatu hari nanti.
Kalian diuji suami yang kurang kemampuan dari segi kewangan, JANGAN HULURKAN DUIT KEPADA MERTUA MELALUI SUAMI. Jika kalian hendak memberi, berilah dengan tangan dan jari – jemari sendiri. Biar keluarga mertua tahu realiti perkahwinan anaknya.
Jika suami tak ada duit ketika itu, biarkan.. biar tangan kita sahaja yang menghulur dan sememangnya pun duit kita. Rutin kami dulu, arw4h suami menghulur dan saya pun menghulur even duitnya dari gaji saya. Bila dah jadi begini, pengajaran untuk saya. Jangan diulang pada yang lain.
Niat saya baik, nak jaga aib suami tapi niat baik tu membuat saya kesal hingga hari ini. Keluarga mertua mungkin beranggapan anaknya banyak duit. Saya pun bukan jenis bercerita kekurangan nafkah suami dalam keluaga kecil kami.
Saya bantu mencukupkan keperluan rumah dan anak – anak. Saya bukan jenis berkira orangnya. Tapi nasib saya tidak begitu baik bila diperlakukan begini. Sungguh saya kesal. Sesungguhnya, jika suami kalian meninggaI.. orang tak cari ayah, ibu, kakak atau adik bagi melangsaikan hutang arw4h. Tetapi orang akan cari isteri. Hadap la isteri seorang.
Even mereka tahu hutang d4rah dagingnya, dia hanya mendengar. Tak ada pun sama – sama buat collection untuk langsaikan hutang, isteri ini la bergolok gadai membayar segalanya. Saat suami nazak, saya menelefon individu yang suami berhutang.
Saya merayu tolong lepaskan bebanan hutang suami dengan meletakkan semua hutang atas nama saya. Saya berjanji membayarnya sehingga langsai. Ada yang menghalalkan dan ada yang saya bayar berperingkat. Saat saya berbisik di telinga arw4h, memaklumkan semua hutangnya saya sudah langsaikan (hutang berpindah atas nama saya).
Dia hanya mengalirkan air mata. Saya nampak wajah tenang di saat nyawanya ditarik. Saya hanya berdoa, agar Allah mudahkan saya melangsaikan hutang. Sungguh saya rasa terbeban bila menanggung hutang sesama manusia. Moga Allah memanjang usia saya, memewahkan rezeki saya dan memudahkan segala urusan saya membesarkan empat anak yatim ini.
Jangan ulangi kesilapan saya. Soalan saya, perlu ke lagi saya berbaik? Kalau ditanya saat ini, hati saya kosong. Hilang rasa untuk hubungan keluarga ini. Saya hanya mendiamkan diri. Sesekali bila teringat, air mata ini laju je mengenangkan nasib. Kalau arw4h masih hidup, pasti dia pun sedih dan tak sangka layanan sebegini isteri dan anak – anaknya dapat. – Alya (Bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Najah Farahin : Ya Allah, saya ni bila baca terus rasa insaf. Kalau saya laaa, Tak tergamakla saya nak tuntut harta pusaka orang lain. Dari ipar pulak tu. Anak – anak sed4ra kita juga. Dah la suami dia meninggaI. Sebatang kara kena jaga anak – anak. Hanya rumah tu je yang ada pun. Allahhh tak gamak laaa saya. Kesiannnnn.. Heran sungguh la cemana laa ada ipar duai yang sanggup buat camtu. Takdak hati perut kaaa.
Almahera Ibrahim : Tuntut dulu harta sepencarian atas rumah tu barulah difaraidkan. Dah tggal separuh tu nanti tggal sikit jer portion untuk bapa mertua sebab puan pun ada 4 orang anak. Puan pun ada bahagian faraid kat situ. Tak perlu bersedih sangat. Bagi saja hak ayah tu. Ingat saja jasa dia besarkan suami kita. Usahakan bayar sikit portion faraid bapa mertua tu. Lepas tu move on saja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.